DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 28 June 2016

Akad Kedua - Bab 15

MYRA meletakkan gagang telefon, dan buku
notanya ditutup. Dia bangun, lalu bergerak menuju ke bilik
Khuz. Sekali ketuk sahaja, Myra melangkah masuk dengan
senyuman. Dilihat Khuz sedang fokus menatap komputer
dengan beberapa dokumen yang dibiarkan terbuka di atas
meja.
“Ada apa Myra?” tanya Khuz setelah melihat Myra
berdiri di hadapan meja kerjanya.
“Saya nak maklumkan pada Encik Khuz yang
mesyuarat sekejap lagi ditangguhkan ke petang ni, pukul 3,”
kata Myra.
“Orite. Anything else?” soal Khuz lagi tanpa
memandang setiausahanya. Dokumen diselak-selak
seolah-olah mencari sesuatu.
“Saya baru aje dapat panggilan ni tadi. Encik Khuz
ada lunch date pukul 12.30 sekejap lagi,” beritahu Myra.
“Lunch date?” Khuz melemparkan pandangan ke
wajah Myra. “Dengan siapa?” tanyanya pula, kehairanan.
“Dia takde pulak beritahu nama, cuma dia cakap
yang dia ialah ‘soulmate to be’ kepada Encik Khuz. Dia jugak
ada suruh saya beritahu pada Encik Khuz yang dia pakai
selendang warna ungu cair.”
Khuz terdiam. Dia sudah dapat mengagak siapa
orang yang dikatakan ‘soulmate to be’ itu.
“Di mana?” soal Khuz.
“Kafeteria kat bawah,” jawab Myra.
“Okey, terima kasih,” ucap Khuz.
“Saya keluar dulu,” pinta Myra.
Sebaik sahaja pintu biliknya ditutup oleh Myra, Khuz
menutup dokumen yang dibukanya tadi dan diletakkan ke
atas meja. Melantun kerusi yang empuk itu kerana disandar
olehnya.
“Soulmate to be?” Khuz bertanya sendiri. Beberapa
saat kemudian dia tergelak lucu. 'Aduh! Macam mana aku
boleh tak ingat yang hampir seminggu aku jadi tunangan
orang? Tunangan kepada seorang gadis yang langsung aku
tak kenal.'
SELESAI MEMBUAT pesanan makanan dan minuman,
Dhia melihat sekilas jam di tangannya. 12.20 tengah
hari. Dhia tersenyum lega. Nampaknya dia tidak terlewat.
Sambil menunggu, dia amati sekitar kafeteria itu. Kesemua
orang yang menjamu selera di sini merupakan pekerja
di syarikat Green Holdings. Dia merasa sedikit janggal
duduk bersendirian di situ. Ini merupakan kali pertama dia
menjejakkan kaki di syarikat ini.
“Assalamualaikum?” salam diberikan seseorang.
Dhia menoleh ke sebelah. Sepasang matanya
menikam seorang lelaki tegap berdiri dengan memakai kot
biru gelap.
“Waalaikumussalam.” Segera Dhia menjawab.
Biarpun tidak pernah bersua, dia yakin inilah Hasbi Khuzairy.
“Duduklah,” pelawa Dhia. Jantungnya tiba-tiba
berdegup kencang. Terasa darah meruap naik. Nervous ke
dia?
Khuz mengambil tempat berhadapan dengan Dhia.
Dhia tersenyum simpul. Nasihat Fiqa supaya dia
harus memastikan wajahnya sentiasa kelihatan manis
dengan senyuman, harus diguna pakai. Di kesempatan yang
terbentang luas, Dhia menilik segenap wajah tunangnya itu.
Boleh tahan kacak orangnya. Tidak nampak macam berusia
31 tahun pun, malah seperti sweet twenty. Hehehe.
“Erm, saya...”
Belum sempat Dhia bercakap, Khuz pantas
mengangkat tangan menyuruh Dhia untuk diam. Jam di
lengan dilihat. Beberapa saat lagi akan tepat pukul 12.30
seperti yang dijanjikan.
Dhia akur dan diam menunggu. Takkan begini sekali
orang yang mementingkan ketepatan waktu? Punyalah awal
dia datang, risaukan si dia tertunggu-tunggu.
Jam sudah tepat menunjukkan ke angka 12.30 tengah
hari. Khuz menurunkan tangan dan beralih memandang
gadis yang duduk di hadapannya.
“Okey, apa yang awak nak cakap tadi?” tanya Khuz.
“Awak memang macam tu ke? Selagi tak tepat pada
waktu yang dijanjikan, tak boleh cakap?”
“Tak... dengan awak aje,” balas Khuz selamba.
Dhia sedikit terkejut. Dengan dia aje???
“Awak belum jawab soalan saya, apa awak nak cakap
tadi?” tanya Khuz sekali lagi.
Dhia mengangkat dan menayang tangan kirinya.
“Saya, Dhia Irdina Binti Rahman. Tunang awak
dan ini buktinya. Nampak?” Dhia menunjukkan cincin yang
tersarung di jarinya.
Sesaat Khuz menjeling melihat cincin platinum di
jari manis wanita di hadapannya itu. Cantik. Pandai betul abi
pilih. Sempat Khuz memuji dalam hati.
“Ya, saya tahu. Awak gadis yang dipilih oleh abi untuk
dijadikan isteri kepada Hasbi Khuzairy, iaitu saya. Saya minta
maaf. Sebenarnya saya terlupa yang saya dah pun bertunang.
Dah seminggu, kan? Tak sangka, tak lama lagi saya akan naik
pelamin buat kali yang kedua.” Ayat ‘naik pelamin buat kali
yang kedua’ itu sengaja ditekankan sedikit. Motifnya? Sudah
tentulah mahu perempuan di hadapannya ini terasa menyesal
dan mahu menarik diri daripada berkahwin dengannya.
“Terima kasih,” ucap Dhia kepada pelayan yang
datang menghidangkan makanan yang dia pesan tadi.
Ayat-ayat Khuz tadi dibiarkan sepi sahaja. Sengaja dia
buat-buat tidak dengar. Seolah-olah tidak terkesan langsung.
“Nasi tomato dengan ayam masak merah. Saya tahu,
ini nasi kesukaan awak, kan?” tanya Dhia lalu mengukirkan
senyuman.
“Yes... macam mana awak tahu?” soal Khuz.
“Owh ya! No wonderlah... awak kan setiausaha Datin
Azizah. Mesti awak korek cerita daripada dia, kan?” Khuz
meneka.
“Saya tak korek, tapi Datin yang sukarela bercerita.
Tak banyaklah, sikit aje,” bidas Dhia.
Khuz mengangkat kening.
“Whatever. Tapi saya minta maaf, sebab hari ni saya
sedang berdiet. Jadi saya rasa, saya nak minum air aje.”
Anak mata Dhia melorot memandang pinggan
nasi tomato yang ditolak ke tepi oleh Khuz. Perbuatan itu
membuat hatinya sedikit terasa. Kalau ya pun tidak mahu,
tak payahlah tolak ke tepi!
“Saya hairan, kenapa awak perlu buat appointment
dan kenapa awak tak terus aje telefon saya?” Khuz menyoal.
“Sebab saya seorang setiausaha dan saya tahu
bagaimana sibuknya awak sebagai seorang CEO,” balas Dhia.
Kemudian nasi dimasukkan ke dalam mulutnya.
“Urm, sedapnyaaaa!” kata Dhia. “Betul tak nak
makan? Rugi tau!”
Khuz menelan liur melihat gadis di depannya ini
begitu menikmati kelazatan makanan tersebut. 'Nasi tomato
favourite aku tu. Huhuhu.'
Khuz kemudian berpeluk tubuh. Dia tidak mahu
terpengaruh.
“Memang saya sibuk, tapi syarikat dengan hal
peribadi adalah sesuatu perkara yang berbeza, tapi risikonya
sama tinggi.” Sungguh mendalam maksud Khuz.
“Saya faham apa yang awak cuba nak sampaikan
pada saya dari tadi. Cuma satu hal saya nak beritahu, saya
akan berusaha menjadi yang terbaik. Maksud saya, isteri yang
terbaik,” kata Dhia yang dapat menangkap makna di sebalik
kata-kata Khuz. Tidak perlu dia mengungkit atau bertanyakan
tentang masa lampau lelaki itu, kerana masa depan mereka
yang bakal dikecapi bersama itu lebih penting.
Khuz berdeham kecil sambil melarikan
pandangannya dari mata bundar milik Dhia. Entah apalah
yang mempengaruhi perempuan di hadapannya ini untuk
berkahwin dengannya.
“Ada hal apa awak nak berjumpa dengan saya?” soal
Khuz.
Dhia menepuk dahinya.
“Aduh! Sorry, saya terlupa. Sekejap ek?” Cepat-cepat
Dhia mengambil sesuatu dari dalam beg tangannya.
“Nah.” Sehelai kertas dihulurkan kepada Khuz.
“Apa ni?” tanya Khuz kehairanan sambil menyambut
kertas tersebut.
“Takkan CEO tak pandai baca?” perli Dhia.
Khuz menelan liur. Pertanyaannya terkena pada
batang hidung sendiri.
“Fitting baju, hantaran...” Khuz membaca dan
tiba-tiba dia berhenti. Dahinya berkerut seribu.
“Untuk apa semua ni?” Khuz tidak mengerti.
Dhia tersenyum senget. Terasa geram pula apabila
tunangnya itu buat-buat tidak faham.
“Saya tak tahu sama ada awak betul-betul tak tahu
atau sengaja buat-buat tak tahu yang kurang dua bulan
daripada sekarang kita akan berkahwin. Semua persiapan
saya dah tulis atas tu. Saya harap awak dapat bagi kerjasama,”
jelas Dhia.
“Tak boleh ke awak aje yang uruskan semua ni? Soal
bayaran, awak jangan risau. Saya akan bayar semuanya.”
Khuz cuba untuk berunding. Berat sungguh rasa hatinya
untuk menguruskan semua itu. Tambahan lagi, perkahwinan
yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi itu bukan kerelaan
dirinya. Ya, abi. Semuanya kerana abi.
Lambat-lambat Dhia menggelengkan kepalanya
sambil merenung wajah lelaki di hadapannya.
“Ini bukan pasal bayaran, tapi saya nak awak
sama-sama dengan saya uruskan majlis perkahwinan kita.
Saya ulang, majlis perkahwinan kita. Bukan orang lain. Saya
jumpa awak, sebab abi minta saya untuk berkenalan dengan
awak dan berbincang pasal majlis kita nanti. Itu aje,” ujar
Dhia lembut.
“Saya rasa, awak dah kenal saya. Buat apa nak
berkenalan lagi?” tanya Khuz.
'Eh, mamat ni. Bila masa pulak aku kenal dia? Sabar
Dhia, sabar... Di depan kau ni ialah bakal suami kau sendiri.
Kau yang sudi nak berkahwin dengan dia, jadi jangan mudah
nak melatah.'
“Awak silap, Hasbi Khuzairy. Saya tak pernah kenal
awak sampailah hari kita bertunang. Hari tu, baru saya tahu
awak ni ialah anak kepada kawan baik Datin Azizah dan
merupakan CEO Green Holdings.” Dhia berterus terang.
“Kalau betullah awak tak kenal saya, macam mana
awak boleh terima untuk bertunang dengan saya? Beraninya
awak ambil risiko.” Khuz seakan mahu menyiasat.
“Sebab awak ditakdirkan untuk saya dan dah
takde jawapan lain dah selain daripada tu,” balas Dhia cuba
meyakinkan lelaki yang duduk di hadapannya itu.
Khuz termangu mendengar jawapan yang diberikan.
Takdir? Terasa seperti pernah dia menuturkan perkataan itu
kepada seseorang.
“Abang... abang rasa macam mana kita boleh kahwin
ek?” tanya Daliya yang sedang berada dalam rangkulan erat
Khuz.
Khuz mengucup rambut isterinya penuh kasih.
Kemudian melekapkan pipinya ke pipi Daliya.
“Sebab kita saling mencintai antara satu sama lain.
Liya untuk abang dan abang untuk Liya. Kita memang dah
ditakdirkan untuk bersama sampai bila-bila,” beritahu Khuz.
Daliya tersenyum bahagia. Dia menoleh sedikit agar
dapat melihat wajah suaminya.
“Takdir? Sampai bila-bila?” soalnya meminta
kepastian.
“Yup! Abang nak Liya ada dengan abang selamanya. I
really love you. Seluruh dunia takkan dapat terjemahkan rasa
cinta abang pada Liya,” kata Khuz.
Kedua-dua mereka saling berpandangan dengan
senyuman. Bunyi deruan ombak yang kuat menghempas
pantai menarik semula perhatian mereka untuk melihat laut
biru yang terbentang luas itu.
“Khuz...” Panggil Dhia sedikit kuat. Hairan dia
melihat tunangnya itu diam tiba-tiba.
Pantas Khuz tersedar. Entah bagaimana dia boleh
teringatkan kenangannya bersama Daliya.
“Awak fikir apa?” tanya Dhia setelah Khuz
memandangnya.
Khuz diam. Mustahil untuk dia ceritakan apa yang
sedang melayari fikirannya tadi. Dia mula rasa tidak betah
berada di situ dengan Dhia. Setiap kali teringatkan Daliya,
terus hilang rasa ketenangannya.
“Ada apa-apa lagi awak nak cakap?” soal Khuz pula.
Pertanyaan Dhia tadi dibiarkan sepi.
Dhia menggelengkan kepalanya.
“Saya rasa takde, tapi awak ada apa-apa nak cakap
dengan saya ke?” Dhia memberi peluang dan ruang kepada
Khuz. Manalah tahu tunangnya itu mahu mengenali dirinya
dengan lebih dalam lagi.
“Orite... saya pun takde apa-apa nak cakap dengan
awak,” jawab Khuz. Jam di tangannya dilihat sekilas. “Saya
sebenarnya ada hal. Jadi, saya minta diri dulu.” Khuz bangun
dan siap untuk melangkah. Air yang tinggal separuh di dalam
gelas itu sempat dihirupnya sedikit.
Dhia baru saja mahu membuka mulut untuk berkata
sesuatu, namun cepat dipotong oleh Khuz.
“Takpe, saya bayar semua ni,” kata Khuz lalu
meninggalkan Dhia.
Dhia mengeluh. Kata-katanya setakat berada di tekak
sahaja. Bukan itu yang dia mahukan. Sedari tadi dia lihat Khuz
seperti tidak berkeinginan untuk cuba mengenali dirinya.
Wajahnya pula seakan-akan menunjukkan keterpaksaan.
'Tan Sri Junaidi paksa anak dia untuk bertunang
dengan aku ke?' Dhia mula curiga. Lelah dilepaskan berat.
“MYRA!” PANGGIL Khuz sebaik sahaja keluar dari kafeteria.
Myra yang laju berjalan segera berhenti.
“Eh, Encik Khuz. Bukan ke sekarang Encik Khuz ada
lunch date?” soalnya kehairanan. Rasanya dia tidak tersalah
beritahu waktu kepada bosnya tentang janji temu itu.
Khuz menggaru kepalanya dengan jari telunjuk.
Cuba memikirkan jawapan yang sesuai dengan soalan
setiausahanya.
“Urm... dah selesai pun,” kata Khuz sedikit
teragak-agak, lalu mengukirkan senyuman.
Myra menarik wajah. Tidak faham dengan jawapan
yang boleh dikategorikan sebagai umum itu.
“Apa yang selesai?” tanya Myra. Bukan niatnya mahu
masuk campur, tetapi kalau berkaitan soal kerja, rasanya dia
perlu ambil tahu.
“Awak nak pergi makan ke?” Khuz mengubah topik.
Sebetulnya dia sudah kekeringan idea untuk mereka jawapan.
“Haah, baru nak pergi makan. Tak jauh. Kat depan
tu aje,” beritahu Myra.
“Erm... kalau macam tu, jomlah kita pergi lunch
sekali. Saya pun lapar ni. Dapat makan nasi tomato dengan
ayam masak merah sedap jugak, kan?” Khuz memberi
cadangan.
Kalau Dhia dengar ni pasti sudah gelak
terguling-guling. Sengaja dia memberi alasan sedang berdiet
tadi. Saja hendak menduga gadis itu. Begitu juga dengan
ketepatan waktu. Tapi, gadis itu a.k.a tunangnya umpama
spesies yang tidak mempunyai perasaan.
“Haah, sedap...” balas Myra. Kemudian dia
memandang bosnya yang sudah bergerak pergi meninggalkan
dirinya beberapa langkah. 'Pelik. Bukan ke dia ada lunch date
tadi?'
Khuz menoleh memandang Myra yang masih diam
di situ.
“Jom!” Sekali lagi Khuz mengajak.
“Yes, coming.” Myra tersenyum lalu jalan beriringan
dengan Khuz.

No comments:

Post a Comment