DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 29 June 2016

Falling in Love - Bab 1



“MACAM mana sekarang ni?” tanya lelaki itu.
Wajahnya sudah merah padam entahkan menahan marahnya
kat aku ataupun menahan daripada terik panas matahari.
Aku kalut, memang kalut yang amat. Aku menggarugaru
kepala. Aku tengok kesan langgaran di keretanya dari
belakang. Aku lagilah serabut, dahlah kereta aku pun kena sama
ni, dan if kereta dia murah pun, pokai jugak aku nak bayar ganti
rugi kat dia ni. Aku nak pengsan ni, tau tak...
Memang bankrap terus, botak kepala aku dibuatnya.
Kereta dia ni... Kereta lambang kuda berdiri tu, tau tak. Aku
rasa macam nak menangis tau. Mana aku nak cekau duit ni.
Aku accident dengan lelaki kaya juta-juta ni. Aku ni, kereta
MyVi pun belum habis bayar lagi, dah langgar kereta cap kuda
berdiri ni. Adoi... Serabutnya otak aku ni!
“Ermm... ermmm...”
“Cepatlah... I want to settle it now. I takde masa nak
tunggu ermm you tu. I nak tau, you sanggup bayar ke tak?”
soalnya.
Aku ni tak taulah kenapa, aku terus ambil telefon
bimbitku dan menekan entah nombor siapa. Kenapalah hari ni
aku panik semacam je ni???
“You nak call siapa tu??”
“Ermm... Polis?”
“Polis!!!”
“Eh... Bukan eh? Saya call bombalah,”
“Hello, there’s no fire here!” balasnya sambil petikpetik
jari kat depan muka aku.
“But... There’s a fire in your heart!” ketepek terus
keluar dari mulutku secara tak sengaja.
Kyabongg!! Memang otak aku dah mereng waktu ni.
Tiba-tiba aje ayat tu terkeluar dari mulut aku dengan secara tak
sengaja. Adoi, Mister Gojes-gostan, minta maaf banyak-banyak.
Tengkinganmu itulah yang membuatkan aku termerepek.
“You ni kan, Degree dari universiti mana you ambil?
Don’t try something stupid jokes in here!” marahnya.
“Nonsense! Mana ada orang panggil bomba nak
padamkan api dalam hati!” bebel lelaki tu.
Aku tekan-tekan lagi. Hah... Abah... Call abah... Pastu
suruh abah cakap dengan mangkuk tak siap ni.
“Assalamualaikum... Ermm... Abah... Tolong Cik Ja
kejap. Cik Ja… Langgar kereta orang,” kataku. Tapi bab kena
langgar kereta mangkuk tak siap ni aku slow sikit.
“Apa??? Langgar kereta orang?! Kat mana? Dengan
kereta apa?” Soal abah. Tapi soalannya tu boleh diubah kepada
jeritan jugaklah, sebab tercair jugak taik telinga aku kejap garagara
abah terjerit tadi.
“Kat depan KLCC... Dengan... Dengan… kereta yang
ada cop kuda berdiri tu,” jawabku perlahan-lahan, tersekatsekat
pun ada jugak.
“Apa?! Ferrari?! Habis tu, kau ingat abah kau cop duit
pakai kertas A4 ke?? Teruk sangat ke?” Jerit abah lagi. Adoi...
Tercair lagi taik telinga aku.
“Dia punya tak teruk sangat... Tapi Cik Ja punya yang
teruk...”
“Kau yang langgar ke?”
“Habis tu? Takkanlah motor langgar dia pulak...”
“Apa nak jadi dengan kau ni?”
“Jadi panik kejap, bah. Kejap eh, Cik Ja passkan phone
ni kat dia,” kataku terus menghampiri mangkuk tak siap yang
entah aku pun tak tahu namanya. Cermin mata hitam dia pun
tak mau ditanggalkan lagi. Suka hati dialah.
“Awak... Cakap dengan abah saya, dia yang settlekan,”
kataku lalu memberikan telefon bimbitku padanya.
Lelaki itu terus mengambil telefon bimbit aku dan
entah apa yang mereka cecitekan aku malas nak ambil port.
Apa yang penting sekarang ni, kereta aku dengan kereta dia aje.
Adalah, lebih kurang 5 minit perbincangan tu dilakukan antara
lelaki tu dengan abah.
Aku nampak juga lepas beberapa minit itu lelaki tu
terus menghampiri aku semula dan memberikan semula telefon
bimbit aku. Dia terus masuk ke dalam keretanya tapi, entah
apa yang diambilnya dari dalam kereta. Agak terpinga-pinga
jugak aku sebenarnya. Kemudian, dia keluar semula. Lelaki
tu memegang sekeping kad. Mungkin jugak business card dia.
“When you feel free, just come to my office” katanya.
Tu aje.
Lelaki itu terus aje masuk ke dalam kereta dan terus
memecut laju keretanya, meninggalkan aku dalam keadaan
yang terpinga-pinga. Apa dah jadi... Huikk... musykil... Ah...
otak aku memang dah serabut sebenarnya ni.
DAHLAH HARI ni kena jumpa dengan client kat Le Meridien,
otak tengah serabut dengan insiden yang dah terjadi kat aku
tadi sebelum tiba ke hotel ni. Hati pulak berkecamuk sebab
memang dah lambat sampai ke hotel ni. Habislah... Jatuh sikit
reputasi syarikat aku gara-gara terlambat ni. Adoi… Terkocoh kocoh
jugak aku menuju ke lounge. Isy…Isy... dan isy lagi.
Tengok rambut. Okey cun! Tengok baju. Okey kemas.
Tengok beg. Okey semua ada. Tas tangan, briefcase yang nak
kena bawak. Kertas projek yang sepatutnya bukan aku yang
bawak, tapi disuruh oleh Encik Ikmal dah pun aku bawak. Bos
aku tu, sengal je, bukan bidang aku pun disuruh jugak bawak.
Takpe, aku dah bawakkan. Kasut. Okey, dah cun. Apalagi,
bergeraklah kita ke lounge.
Aku berjalan laju sebab aku dah tau sangat yang aku
ni sebenarnya dah lambat. Sepatutnya meeting tu pukul
10.30 pagi, tapi disebabkan kemalangan kecil tadi, aku terlajak
setengah jam. Aku ni bukanlah jenis yang tak tepati masa. Boss
aku tu pun sudah sedia maklum perangai aku macam mana.
Tapi, benda dah nak jadi, tak boleh nak buat apa.
Langkah aku makin lama semakin dekat dengan Encik
Ikmal yang hensem, segak, bergaya, awek lalu semua pun cair
tapi aku dapat cair sikit je. Muka dia tak marah walaupun dia
susah sikit nak tunjukkan muka marah dia tu. Tapi, aku tau dia
agak bengang dengan aku kot.
“Maaf, boss. Tadi ada satu peristiwa yang amat
menakutkan dan membuatkan saya lemah semangat. Perkara
tersebut menyebabkan saya terlambat untuk datang ke sini,”
“Straight to the point, sayang,” ucap Encik Ikmal.
Boss aku ni, memang suka ayat-ayat sayang-mayang
ni, tapi aku langsung tak ambil kisah sangat pun ayat yang baru
aje terpacul dari bibirnya tadi. Dia memang suka gurau ala-ala
manja dengan aku. Tapi, hati aku sikitpun langsung tak ambil
port sangat. Takde macam sesetengah orang tu, bila lelaki
cakap sayang aje kat dia, dah mula perasan yang lelaki tu suka
kat dia. Padahal, dia main-main je. So, aku tak makan saman
sangat pasal hal ni.
“Saya accident tadi,” jawabku. Bulat mata Encik Ikmal.
Terus aje belek-belek aku, pusing-pusing dari depan sampai
belakang.
“Are you okay? Takde apa-apa luka, kan?”
“I’m very okay, boss. But my baby not okay,” jawabku.
“Pity to ‘him’. So, dah bawak dia pergi bengkel ke
belum?”
“Belum lagi, saya ingat saya nak pergi lepas lunch
appointment ni. So, client kita dah sampai ke belum?” tanyaku.
Ikutkan cuak jugak kalau-kalau client tu dah sampai kat lounge
ni.
“Memang dah sampai pun. Tapi, dia pun macam you
jugak, baru aje sampai. Tapi, dia pergi gents kejap. Takpe,
you relaks dulu. Take a breath for a while. I tau you penat. So,
duduklah dulu. Janganlah jadi Barbie doll pulak kat sini,” kata
Encik Ikmal.
Isy... boss aku ni boleh melawak jugak waktu-waktu
aku tengah macam ni. Aku pun ikut buat lawak yang lagi bodoh
daripada dia jugaklah. Aku ni memang sejak sekolah lagi suka
melawak bodoh. Takdelah bodoh mana, tapi sekadar buat hilang
tension yang melanda kat otak tu adalah jugak.
Aku pun duduklah... Kan... Briefcase aku letak tepi.
Kertas projek aku letak kat atas meja, mujur juga masa tu takde
kopi, kuih-muih yang dihidangkan lagi. Macam adalah pulak
kuih-muih tu. Huhuhu... Tas tangan aku letak kat belakang.
Baru nak sandar, tiba-tiba aje seorang lelaki yang baru aje
muncul entah dari mana tunjuk ke arahku. Aku rasa, aku cam
lelaki tu. Dan…
“Cik Ja???” tegur lelaki tu. Aku bangun...
“Kereta cop kuda berdiri?!”
OMG... Kenapa aku dipertemukan dengan lelaki ini
sekali lagi. Dan... Serius aku tak tau nama dia, meskipun dia
ada bagi business card dia kat aku. Adoi... Kenapa aku jumpa
dengan dia lagi ni???

No comments:

Post a Comment