DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 27 June 2016

Ivy Raihana - Bab 13

FAYED membiarkan pintu biliknya terbuka
sebelum merebahkan badan ke katil. Penat sungguh rasanya
hari ini. Penat dengan kerja dan penat memikirkan tentang
siapa yang letak bunga dekat kereta dia. Masuk hari ini sudah
empat kuntum ros kuning berserta kad dengan nota ringkas
yang diterimanya. Fayed mengeluh perlahan sebelum bangun
dan bergerak ke arah almari yang terletak di hujung bilik.
Laci dibuka dan tiga keping kad berserta bunga ros kuning
layu dikeluarkan. Kemudian dia kembali menapak ke arah
katil.
Kad dan bunga dicampakkan di tengah katil sebelum
dia melabuhkan duduk di tempat yang sama. Satu per satu
kad dipegang dan dibaca tinta yang tertulis pada kad tersebut.
Fayed diam berfikir. Kad yang tertulis kata-kata
tersebut dia terima pada hari kedua. Jenuh dia mengimbas
kembali aktiviti dia pada hari tersebut. Dengan siapa dia
bercakap, dengan siapa dia senyum. Tapi memang taklah
dia akan ingat sebab dah memang kerja dia akan berjumpa,
bercakap dan senyum dengan ramai orang.
Tercengang Fayed seketika bila menerima ros kuning
berserta kad yang tertulis kata-kata tersebut semalam. Am I a
weird person? Tak habis soalan tersebut bermain di benaknya.
Apa yang pelik tentang dia pun tak tahu la. Berani betul orang
tu cakap dia pelik. Macam dah kenal lama pula.
Kad yang dia terima hari ini. Semakin berani
nampaknya si penghantar misteri ni. Tiba-tiba dia rasa seram
sejuk pula. Agak-agak yang bagi semua kad ni perempuan ke
lelaki? Fayed menggelengkan kepala. Tak kisahlah perempuan
ke lelaki, asalkan jangan psiko sudah. Lari tak cukup tanahlah
dia kalau jumpa nanti.
“Haa... buat apa tu?!” Sergah Farah yang tibatiba
menjengukkan kepala dari luar. Memandangkan esok
hari minggu, Farah sekeluarga datang bermalam di rumah
keluarganya. Memang begitulah rutin mereka sekeluarga.
Kalau minggu ini mereka bermalam di rumah keluarga
Farah, minggu depan mereka akan bermalam di rumah
keluarga Amran pula supaya adil dan saksama. Tetapi setiap
hujung minggu sajalah. Kalau hari biasa mereka tinggal di
rumah sendiri saja.
Fayed menoleh ke arah Farah yang sedang tersengih.
“Kak Farah, meh sini kejap.” Fayed melambaikan tangan ke
arah Farah yang sedang berdiri di luar biliknya.
“Ada apa?” soal Farah sambil melangkah ke arah
Fayed. Jarang adik bujangnya ini mengajak dia masuk
ke dalam bilik. Kecuali kalau ada hal penting yang perlu
dibincangkan.
“Cuba kakak tengok ni.” Fayed menghulurkan kadkad
yang diterimanya kepada Farah yang sudah melabuhkan
duduk di sisi.
“Kad apa ni? Kad cinta, ek?” soal Farah saat
terpandangkan bunga ros kuning yang terdampar di atas
katil.
Fayed angkat bahu. “Kakak rasa?”
Farah diam membaca kata-kata yang tercatit pada
kad di tangannya. “Wah! Yed ada secret admirer la!!!” Jerit
Farra dengan kuat.
“Kakak!” Pantas tangan Fayed menutup mulut Farah
yang sedang terbuka. Tangan Farah sudah terkapai-kapai
memukul tangan Fayed yang melekat pada mulutnya.
“Janganlah bising, kakak. Karang umi dengar, susah.”
“Kenapa tak nak beritahu umi pula?” soal Farra
setelah Fayed melepaskan tangan pada mulutnya. Kemudian
dia ketawa. “Kelakarlah Yed ni. Macam budak sekolah tengah
bercinta. Takut umi tahu dia dapat kad daripada kekasih.
Awek ke yang bagi?” soal Farra cuba mengorek cerita sebenar.
Sekali lagi Fayed mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Entah sis ke bro yang bagi. Dia tak tulis pun nama dekat situ,
manalah Yed tahu. Kakak rasa?” soal Fayed kepada kakaknya
pula.
Farah meneliti tulisan pada kad tersebut. “Kalau
tengok pada kad macam tulisan orang perempuan. Alah Yed,
fikir logik la. Takkanlah orang lelaki nak bagi bunga dengan
hantar kad segala macam ni. Siap tulis nota macam tu pula.”
“Zaman sekarang ni tak ada yang impossible la,
kakak. Kadang yang lelaki tu nampak je sado tapi cenderung
pada jantina yang sama juga.” Ini bukan auta tetapi fakta.
Bukan main lagi badan ketak-ketak tapi suka kaum sejenis.
Banyak yang macam ni. Kalau tidak tak wujud pula kelab gay
tu semua. Dekat kelab pun bersepah manusia-manusia yang
bercinta dengan kaum sejenis.
Farah melirikkan mata ke arah Fayed. “Macam ada
pengalaman je?”
“Mana ada...” Fayed menolak bahu Farra. Dia
memang agak kasar kalau dengan Farah berbanding dengan
Fatin. Mungkin jarak umur yang dekat membolehkan mereka
berinteraksi begitu. “Yed cakap berdasarkan pemerhatian
okey, bukan pengalaman.” Tegas Fayed. Nauzubillahminzalik
la bercinta dengan kaum sejenis macam tu. Nabi tak mengaku
ummat kut.
Farah tergelak. “Kakak gurau sajalah. Tapi kalau
tengok pada kad ni kakak yakin yang pengirim dia perempuan.
Macam mana dia boleh bagi bunga dengan kad semua ni
dekat Yed?”
“Dia selit dekat cermin depan.”
“Memang confirmlah Yed tak tahu siapa yang bagi?”
soal Farah inginkan kepastian.
“Confirm, Kak Farah. Kalau Yed tahu tak adalah Yed
minta pendapat kakak.”
Farah menggaru kepala yang tak gatal. “Ye tak ye
juga, kan? Apasallah kakak ni slow sangat?” Farah mengutuk
diri sendiri sebelum ketawa. “So, Yed nak buat apa dengan
kad ni semua?”
Fayed mengambil kad di tangan Farra. “Simpan
jelah kut. Nak buang sayang. Sebab tulisan dia cantik sangat.”
Sekali lagi Farah ketawa mendengar kata-kata Fayed.
“Untunglah orang ada secret admirer...” usik Farah dengan
nada suara yang meleret.
“Untung apa benda, bukan kenyang pun.” Balas
Fayed dengan wajah bosan.
Farah duduk berhadapan dengan Fayed. “Kakak
rasalah kan Yed, budak perempuan ni memang betul-betul
minat dengan Yed la.”
“Confirm ke perempuan kakak?” soal Fayed raguragu.
Laju Farah angguk. “Tak adanya orang lelaki nak buat
kerja gila macam ni Yed oii... Kalau nak mengorat perempuan
pun belum tentu lagi diorang sanggup buat semua ni.” Fayed
hanya ketawa mendengar kata-kata Farra.
“Tapi Yed tak sukalah semua ni Kak Farah. Rimas.”
Fayed menolak semua kad ke tepi. Sungguh dia tak suka
berteka-teki macam ni.
“Kalau tak suka kenapa Yed simpan kad dengan
bunga ni semua?”
Fayed angkat. Dia sendiri pun tak pasti kenapa dia
simpan semua ni. Mungkin dia rasa sayang nak buang semua
ni. “Tulisan dia cantik kakak.” Terlepas lagi kata-kata yang
bermain di fikiran Fayed.
Farah sorok senyum. “Kakak syak Yed dah berkenan
dengan tukang tulis ni. Dah jatuh cinta dengan tulisan dia,
ye?” usik Farah dengan jari telunjuk yang digoyangkan.
“Mengarut la, kakak...” Fayed menjeling. Bab
mengusik orang nombor satu kakak dia ni.
Lama Farah diam sebelum kembali bersuara. “Yed,
kakak nak tanya sikit, boleh?”
Fayed memandang ke dalam anak mata Farah. “Nak
tanya apa?”
“Kalau betul ada perempuan yang suka dan cintakan
Yed, Yed akan terima tak?” soal Farah. Sudah lama dia ingin
bertanyakan tentang hal ini, tetapi selalu tidak berkesempatan.
Fayed mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Akan
ada lagikah rasa cintanya untuk insan lain? “Entah la, kakak.
Kadang Yed rasa serik untuk bercinta lagi.”
Farah menarik tangan Fayed ke dalam genggaman.
“Yed, kecewa sekali tidak bermakna akan kecewa selamanya.
Yed perlu buka hati Yed untuk orang lain. Jangan biarkan
kenangan lama mengurung Yed di dalam kesedihan.” Farah
menarik nafas dalam. “Kakak rasa mungkin ini adalah satu
titik permulaan untuk Yed memulakan hidup baru. Ada
sebabnya kenapa bunga dan kad ini tiba-tiba muncul dalam
hidup Yed. Ada sebabnya Yed...”
“Maksud kakak, ini semua adalah permulaan untuk
kisah cinta Yed yang baru. Macam tu?”
Farah angkat bahu. “Who knows?”
Bergema ketawa Fayed. “Jangan buat kelakar boleh
tak, kakak? Yed kenal pun tidak orang yang bagi semua ni,
macam mana nak bercinta pula?”
“This is just a start, Yed. Ini baru permulaan.” Kata
Farah. Dia yakin yang ini semua adalah permulaan untuk
kisah cinta yang baru untuk adik lelakinya itu. Fayed hanya
menggeleng menidakkan telahan kakaknya. “Why not Yed
tunggu orang tu dekat kereta nanti.”
“Kalau dia nampak Yed dekat kereta memang taklah
dia nak letak bunga tu kakak.”
“Ye tak ye juga, kan? Alaaa... Yed menyorok la. Cuba
intai dari jauh ke?”
“Macam main hide and seek pula. Tak naklah Yed.”
Fayed menggelengkan kepala. Memang taklah dia nak buat
kerja budak-budak macam tu.
Farah mengeluh perlahan. “Semua tak nak. Sampai
bila-bilalah Yed tak akan tahu siapa yang bagi semua ni.”
Farah tarik muncung. Dia yang teruja nak tahu siapa yang
bagi semua ni dekat Fayed yang sebenarnya.
Fayed ketawa melihat bibir Farah yang memuncung.
“Sooner or later kita akan tahu juga, kakak. Jangan risau la.”
“Lambat lagilah kalau macam tu.” Kata Farah
dengan rasa tidak sabar.
“Habis tu nak buat macam mana? Hari ni dah
malam, esok pula cuti. Paling cepat pun minggu depanlah
kalau nak tahu siapa.”
Farah tepuk dahi sendiri sambil ketawa. “Lupa la,
Yed. Kakak pula yang terlebih excited ni macam mana?”
Fayed turut ketawa. “Dahlah kakak, Yed nak mandi
jap. Malam ni makan apa?” Fayed bangun dari katil dan
bergerak ke arah almari untuk mengambil baju.
“Your favourite la. Umi cakap dari semalam asyik
meminta je.” Farah turut bangun dari katil dan bergerak
keluar dari bilik Fayed dan Fayed hanya memandang langkah
kaki kakaknya sebelum menutup pintu rapat.
“TAPI LEONA tak faham kenapa papa beria sangat nak kakak
rujuk balik dengan Ayed. It’s not fair for Ayed la, papa.”
Tangan disilangkan ke badan dan Leona mendengus geram.
“Papa lagi tak faham. Yang Leona nak marah sangat
ni, kenapa?” soal Tuan Luqman pula. Sungguh dia pelik
dengan perangai anak bongsu dia ni. Tiba-tiba saja marah bila
dia nak satukan Fayed dengan Lidiya semula.
Tuan Luqman memandang ke arah isteri yang hanya
diam memerhati. Isyarat kening diberikan supaya Puan Iris
bersuara tetapi isterinya itu hanya buat tidak tahu saja. Puan
Iris sendiri kurang setuju dengan rancangan Tuan Luqman
itu. Tapi apa kan daya, Tuan Irham sudah bersetuju pula.
“Leona marah sebab kakak yang buang Ayed dan
sekarang kakak nak Ayed semula? Apa ni?! Tak puas lagi ke
kakak sakitkan hati Ayed tu?” marah Leona lagi. Kakak dia
memang seorang yang kejam. Fayed cintakan kakaknya
separuh mati tetapi apa yang Fayed dapat? Akhirnya Fayed
ditinggalkan begitu saja.
“Papa dengan mama tak boleh buat macam ni. Papa
dengan mama tak ada hak untuk memaksa Ayed dengan
kakak kembali bersama. This is about Ayed’s life, bukan
hidup kakak semata-mata. Ayed berhak untuk hidup bahagia
dengan orang lain seperti Leona.”
Tuan Luqman cuba mententeramkan hati yang
mula ingin meletup. Geram dengan isteri yang diam tanpa
suara dan geram dengan anak yang tiba-tiba saja mengamuk
tak tentu pasal. Apa yang dia rancang langsung tiada kaitan
dengan Leona. Kenapa pula Leona harus marah sampai
macam ni sekali? Jangan-jangan...
“Don’t tell me that you like him, Leona.” Kata Tuan
Luqman dengan tegas. Rasa-rasanya dia sudah boleh agak
kenapa Leona marah sampai macam ni sekali.
Leona terdiam sebelum menghempaskan badan ke
sofa. “Yes, I do like him, papa. So what?”
“Leona!!!” Jerit Puan Iris dengan mata yang
membuntang. Tuan Luqman pula sudah menjegilkan mata.
Tidak sangka yang Leona sanggup berkata begitu kepadanya.
“Jangan nak mengarut la, Leona.” Marah Puan Iris.
“Leona tak mengarut mama. I’m just being
reasonable. Kakak is his past and I can be his future. Like it
or not kakak kena terima yang jodoh dia dengan Ayed dah tak
ada.” Kata Leona dengan penuh yakin.
“Baru sekarang awak nak bersuara.” Sindir Tuan
Luqman dengan dengusan kasar. Geram dengan kata-kata
Leona dan geram dengan isterinya yang lambat bertindak
balas.
Puan Iris hanya menjeling suaminya tanpa ada rasa
mahu membalas sindiran Tuan Luqman. “He’s your brotherin-
law Leona, jangan nak buat perangai.”
“Ex mama. Bekas abang ipar Leona.” Balas Leona
dengan tegas. Langsung dia tidak peduli tentang status Fayed.
Apa yang dia tahu, dia sukakan Fayed, fullstop.
“Apa pula kata kakak nanti?” Kata Puan Iris tidak
puas hati. Kenapalah kedua anaknya harus jatuh hati dengan
orang yang sama.
“Biarlah kakak nak kata apa pun. Yang Leona tahu,
kakak tak boleh rujuk dengan Ayed sebab Ayed akan jadi milik
Leona.” Jawab Leona dengan tegas.
“Kamu jangan nak perasan, Leona. Kamu ingat
Fayed akan sukakan kamu ke? Like it or not, papa nak Leona
buang rasa cinta Leona tu. He does not belong to you.” Bisik
Tuan Luqman di tepi telinga Leona.
“No!!!” Jerit Leona sekuat hati.
“Ada ramai lagi lelaki lain dekat luar sana. Kenapa
bekas kakak kau juga yang kau nak ha?” marah Tuan Luqman.
Habis terkeluar bahasa kasarnya.
“Bang...” Puan Iris memegang lengan Tuan Luqman
supaya bertenang. Leona pula sudah menikus. Hilang
sudah keberanian dia tadi setelah melihat wajah bengis dan
mendengar bahasa kasar Tuan Luqman.
“Anak awak ni dah tak waras, Iris. Sedar ke tidak
yang Fayed tu abang ipar dia? Mana boleh dia berkahwin
dengan Fayed.” Marah Tuan Luqman.
“He is not my brother-in-law!” Jerit Leona sekuat
hati. Geram sungguh dia mendengar perkataan abang ipar
yang keluar dari mulut Tuan Luqman. “Papa yang tak waras.
Tak sedar ke yang kakak dengan Ayed dah lama bercerai?
Tak sedar atau buat-buat tak sedar? Tak boleh nak terima
hakikat?” soal Leona dengan kening terangkat seperti
mencabar papanya.
“Kurang ajar!” Tuan Luqman mengangkat tangan
untuk menampar Leona namun sempat dihalang oleh Puan
Iris.
“Jangan, bang...” Puan Iris menggeleng dengan mata
berkaca. Leona pula hanya kaku memandang ke arah papanya
yang sedang diamuk kemarahan.
“Kenapa awak halang saya? Saya nak ajar budak yang
kurang ajar ni.” Marah Tuan Luqman sudah beralih pada
Puan Iris pula.
“Bukan macam ni caranya, abang.” Pujuk Puan Iris
lagi. Suami dia tidak pernah menggunakan kekerasan dalam
rumah tangga mereka dan dia tak nak suaminya bertindak
melulu sebegini sehingga menimbulkan kebencian di hati
anaknya.
“Habis tu, macam mana lagi caranya saya nak ajar
budak mulut celupar macam anak awak ni? Kurang ajar! Tak
reti nak hormat orang tua. Siapa yang ajar kau cakap macam
ni?” soal Tuan Luqman dengan kasar. Tersentak Leona
mendengar. Seumur hidup dia papanya tidak pernah sekasar
ini.
“Kenapa papa nak sangat kakak rujuk semula dengan
Ayed?” Leona mencelikkan mata ke arah Tuan Luqman. Suara
kasar papanya dibuang jauh bagi mendapatkan apa yang dia
mahu.
“Aku nak Fayed jadi menantu aku semula.”
“Leona boleh gantikan kakak. Kalau Ayed kahwin
dengan Leona, he’ll be your son-in-law again, papa. Kenapa
susah-susah nak mereka rujuk semula?”
“Yang kamu susah sangat nak faham ni kenapa
Leona?” tangan Tuan Luqman naik mencekak pinggang
sendiri. “Lidiya dengan Fayed pernah bercinta dan pernah
berkahwin. Rasa cinta di antara mereka pernah wujud dan
tidak mustahil akan wujud semula setelah mereka kembali
bersama. Kau pula, apa yang kau ada? Papa yakin yang kau
hanya bertepuk sebelah tangan saja Leona.” Jelas Tuan
Luqman. Semuanya harus diselesaikan secepat mungkin
sebelum Lidiya kembali ke Malaysia.
“This is so not fair!” Bentak Leona.
“Takdir hidup kau yang tidak adil, bukan rancangan
papa.” Kata Tuan Luqman lalu melangkah meninggalkan
ruang tamu rumah mereka.
“Papa!” Jerit Leona dengan mata yang berkaca.
“Leona...” Puan Iris berlari ke arah Leona dan
memeluk tubuh anaknya dengan erat. Air mata mula
menuruni pipi. Tidak sangka yang suaminya sekejam itu.
Sanggup mengeluarkan kata-kata yang menghiris perasaan
anak bongsu mereka semata-mata kerana ingin membela
nasib si kakak.
“Papa kejam mama, papa kejam.” Kata Leona dengan
perasaan penuh benci.

No comments:

Post a Comment