DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 27 June 2016

Tak Mampu Menjaga Cintamu - Bab 8

HUJUNG lengan uniform diselak sedikit.
Jarum jam sudah menghala ke pukul 3.30 pagi.
Anatasya masih lagi bertugas di hospital. Dan entah apa
malang nasibnya, gastriknya tiba-tiba menyerang
dalam waktu dinihari begitu. Eh, aku tak makan ke
tadi? Rasanya dah… tapi tengah hari tadilah. Anatasya
tersengih sendiri, akur dengan kecuaian diri. Dah tahu
ada gastrik, masih lagi mahu culas makan. Hmm…
Anatasya melabuhkan duduk di atas kerusi
berdepan dengan kaunter utama. Dia menghela nafas
dengan tangan menekan-nekan perut. Sakitnya terasa
mencucuk-cucuk. Pasti angin sudah mula memenuhi
ruang perutnya itu. Berpeluh-peluh dahinya melawan
kesakitan.
“Excuse me…”
Anatasya tersentak mendengar suara itu. Spontan
kepalanya berpaling ke arah tepi meja kaunter. Terkejut
melihat Rusdi di situ. Oh, mungkin malam ini giliran
doktor muda itu menjalankan tugasnya sebagai
perawat di hospital itu. “Err… doktor perlukan apaapa?”
Anatasya paksa diri untuk bangkit berdiri. Cuba
untuk tidak dihiraukan sakit yang mencengkam. Kerja
tetap kerja.
Rusdi mengerutkan dahi melihat wajah Anatasya
yang sedikit pucat seperti sedang menahan sakit. Perlahanlahan
dia mendekati. “Kenapa dengan awak ni? Are you
okay?” soalnya.
“Hmm… yeah, I’m okay,” jawab Anatasya berselindung.
Rusdi mengecilkan matanya. “No, you’re not okay.
Tell me, kenapa ni? Awak sakit ke?”
“Err…” Anatasya resah. Sakit di perut makin
mencucuk-cucuk. Ya Allah… sakitnya, rintih hatinya
sendiri. “Tak… saya cuma gastrik. Nothing serious…”
balasnya perlahan. Tangan masih lagi memegang perut.
“Gastrik? Awak tak makan ke sebelum masuk kerja
tadi?”
“Err… tak sempat,” bohong Anatasya malas
memanjangkan cerita. Lagipun sekarang waktu kerja.
Takkan nak habiskan masa dengan berborak di situ saja.
Rusdi mengeluh. Kerut di wajahnya jelas
menggambarkan betapa risaunya dia waktu itu. “Awak
tunggu sini. Jangan pergi mana-mana,” pesannya
sebelum terus menghilangkan diri.
Anatasya mengerutkan muka. Apahal pulak ni?
Dia nak buat apa? Takkan nak bedah kut? Erk… apa
aku fikir ni? Melalut aje. Anatasya mengetuk kepala
sendiri. Perutnya masih terasa senak. Aduhhh… sakitnya…
Apa nak buat ni? Menyesal gila tak makan tadi!
“Here…” Rusdi muncul semula dengan segelas air
panas di tangan. “Minum ni,” suruhnya lembut.
“Err…” Anatasya teragak-agak.
“Minumlah…” suruh Rusdi lagi. Gelas di tangan
didekatkan dengan Anatasya.
Mahu tak mahu terpaksa juga Anatasya
menyambut. Air panas di dalam gelas itu diteguk perlahanlahan
hingga habis. Kemudian gelas itu dihulurkan
semula kepada Rusdi. Perut yang tadinya senak dipenuhi
angin mula rasa bergolak hebat. Tekaknya meloya. Tak
dapat menahan lagi, Anatasya bergegas ke arah tandas.
“Tasya!” Rusdi mengikut dari belakang. Namun
langkah kakinya berhenti di depan pintu tandas.
“Uwerkkk!” Anatasya termuntah di singki. Kolam
matanya terasa berair. Aduh… peritnya. Diurut-urut
batang tengkuk. Bila dah rasa lega sedikit, barulah dia
memulas kepala paip. Muka dibasahkan dengan air. Tisu
yang sudah tersedia di dalam tandas itu diambil
untuk mengelap muka yang basah.
“Tasya… are you okay?” Rusdi bertanya dari
luar pintu tandas. Makin bertambah kerisauannya apabila
Anatasya terus senyap.
Anatasya memaksa langkah untuk keluar dari
tandas. Sebaik saja kepalanya terjengul di luar pintu, nafas
lega terlepas dari mulut Rusdi. “Sakit lagi?” soalnya
perlahan.
Anatasya menggeleng. “Dah rasa lega sikit…”
“Jom, ikut saya ke pantri. Awak kena rehat dulu…”
“MINUMLAH air ni…” Rusdi meletakkan segelas air Milo
panas di atas meja.
Anatasya hanya memandang kosong gelas itu.
Tidak tahu reaksi bagaimana harus diberikan. Tak dapat
dinafikan, hatinya tersentuh dengan keprihatinan Rusdi
terhadapnya. Agaknya kalau hal ini terjadi pada orang
lain, mahukah lelaki itu membantu sebegini rupa?
“Minumlah. Jangan biar perut tu kosong. Nanti
sakit lagi kan susah…” Rusdi menarik kerusi lalu duduk di
depan Anatasya.
Lambat-lambat Anatasya mencapai gelas itu
dan meneguk air di dalamnya perlahan-lahan. Rasa
lega sekali pada saat air suam itu mengalir di alur
tekaknya. “Thanks, doctor…” ucapnya antara dengar
dengan tidak. Segan pula rasanya apabila mengingatkan
betapa Rusdi masih sudi membantunya walaupun selama
ini dia melayan lelaki itu dengan dingin sekali.
Rusdi tersenyum. “Sama-sama. Nak makan?”
Soalan tiba-tiba Rusdi itu mengerutkan dahi
Anatasya. Malam-malam buta ni nak cekau makanan kat
mana?
“Tak apalah, saya boleh tahan lagi…” tolak Anatasya.
“No, you need to eat. Kejap ya, saya pergi
ambilkan makanan…” Tanpa menunggu jawapan Anatasya,
Rusdi terus berlalu dari situ.
Anatasya tercengang-cengang seketika. Nak
ambil makanan kat mana? Takkan mamat tu bawak
bekal kut? Dia menggaru-garu kepala sendiri sambil
meletakkan gelas di tangan ke atas meja. Nasib baiklah
kerja-kerja penting sudah diselesaikan sebentar tadi.
Hanya tugas mengawasi pesakit saja yang belum selesai.
Nafas berat dihela lagi. Badan disandarkan pada kerusi.
“Tasya…”
Panggilan itu membuatkan Anatasya berpaling.
Rusdi menarik kerusi dan duduk dekat dengannya. Beberapa
orang jururawat yang lalu-lalang di depan pintu pantri
tertoleh-toleh ke arah mereka berdua. Mulalah Anatasya
rasa tidak senang duduk. Namun begitu reaksi Rusdi
tetap bersahaja. Penutup bekas di tangannya dibuka dan
dihulurkan kepada Anatasya.
“Err… mana doktor dapat kuih ni?” Anatasya
tidak dapat menahan diri daripada bertanya.
Rusdi tersenyum. “Saya bawak dari rumah,”
akuinya tidak berselindung. Walaupun malu dan segan
Anatasya sudah tahu dia membawa bekal, dia tetap cuba
berlagak tenang. “Makanlah… sedap ni,” pelawanya mesra.
Anatasya sembunyi senyum. Kelakar pula
rasanya. Doktor yang dihormati ramai dengan
komitmennya terhadap kerja itu bawa bekal ke hospital?
Siapa tak rasa lucu mendengarnya?
“Kalau saya makan, doktor nak makan apa nanti?”
tanya Anatasya.
“Awak perli saya eh?” Rusdi tersengih.
Anatasya memalingkan wajah. Namun bibirnya
tetap mengukir senyuman nipis. Saat itu dia merasakan,
Rusdi tidaklah seteruk yang selama ini dia sangkakan.
“Saya tak kisah. Lagipun saya dah makan tadi.
Awak tu… nanti makin melarat pulak. Macam mana
nak buat kerja? Nah, ambillah…” Rusdi mendekatkan
bekas di tangan ke arah Anatasya.
Anatasya memandang kuih di dalam bekas itu.
Perlahan-lahan dia mencapai satu. Orang dah bagi tu,
janganlah menolak. Lagipun perutnya benar-benar
memerlukan makanan waktu itu. “Thanks,” ucapnya
perlahan.
“Saya ada kerja. Awak habiskanlah…” Rusdi
meletakkan bekas di tangan di atas meja. Sempat dia
tersenyum manis buat tatapan mata Anatasya sebelum
berlalu pergi.
Anatasya memerhati langkah doktor muda itu
dengan perasaan yang dia sendiri tidak mengerti.
Kenapalah selama ini dia tidak pernah nampak kebaikan
Rusdi itu? Atau, mata hatinya sendiri yang tidak ingin
untuk memandang? Kuih di dalam bekas di atas meja
direnung kosong. Mungkinkah dia patut memberi
peluang pada Rusdi dalam hidupnya? Tetapi, kalau lelaki
itu mendapat tahu rahsia yang selama ini disimpan,
masih mahukah lelaki itu dengannya?
Anatasya tergeleng-geleng apabila tersedar yang
dia sudah berfikir terlalu jauh. Tidak. Dia tidak
mungkin membuka pintu hatinya. Bukan cuma untuk
Rusdi, malah untuk semua lelaki di dunia ini. Suapan
yang terhenti tadi disambung semula.
“Tasya…”
Anatasya tersentak. Dia menoleh semula ke
belakang. Rusdi sedang menghampirinya dengan
sepapan ubat di tangan. “Nanti lepas makan, makan ubat
ni pulak ya?” Dia tersenyum meletakkan papan ubat
di tangan di sebelah bekas kuih. Kemudian dia berpaling
dan menghilang sekali lagi.
Anatasya hilang kata-kata. Rusdi… awak terlalu
baik untuk perempuan macam saya, bisik hatinya rawan.
ANATASYA melangkah keluar dari pintu utama hospital
sambil tangan membetulkan tudung di kepala. Semalaman
bertugas menjadikan kepalanya sedikit pening. Nak buat
macam mana, dah memang tugasnya begitu. Terpaksalah
hadapi biar sepahit mana pun.
Ketika sedang berjalan mendekati kereta, dia
terdengar namanya dipanggil. Dia menghentikan langkah
dan berpaling.
“Macam mana? Dah okey?” Rusdi bertanya
sebaik saja berdiri betul-betul di depan Anatasya.
Anatasya tersenyum mengangguk. Tanpa
disangka senyuman manisnya yang sangat ikhlas itu
membuat Rusdi terpegun di situ. “Thanks sebab tolong
saya tadi,” ucap Anatasya lembut. Rasa-rasanya, itulah
kali pertama dia bercakap selembut itu dengan Rusdi.
Melihat lelaki itu hanya diam, Anatasya meneruskan
langkah.
Rusdi berjalan menyaingi langkah Anatasya.
“Lain kali sebelum datang kerja, make sure makan
dulu tau…” Sempat lagi dia berpesan. Sengaja
mencari ruang untuk memanjangkan perbualan dengan
Anatasya. Terasa sayang pula mahu melepaskan gadis itu
pulang. Entah bila dia akan mendapat peluang untuk
bersama Anatasya dalam situasi begitu lagi, dia sendiri
tidak pasti.
Anatasya tersenyum. “Ya, doktor. Lain kali
saya akan pastikan saya makan dulu sebelum masuk
kerja,” balasnya.
Rusdi mengangguk dan turut sama tersenyum.
“I love your smile…”
Kata-kata itu membuatkan jantung Anatasya
berhenti berdetak untuk seketika. Namun langkah
tetap diteruskan tanpa langsung menoleh lagi ke arah
Rusdi.
“Saya harap dapat selalu berbual macam ni
dengan awak,” ujar Rusdi lagi. Wajah Anatasya direnung.
Anatasya menelan air liur. Apabila Rusdi sudah
menyentuh soal hati dan perasaan, dia mula rasa tidak
senang. “Doktor, walau apa pun, saya tetap hormatkan
doktor sebagai kawan sekerja saya. Kalau pun saya tak
terima doktor, itu tak bermakna kita tak boleh
berkawan, kan?”
Rusdi mengangguk kecil. Betul kata Anatasya
itu. Mereka masih boleh berkawan walau apa pun yang
berlaku. Tetapi ahh… hatinya tetap degil. Tetap
mahukan Anatasya lebih daripada seorang rakan sekerja.
“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih sebab
doktor dah tolong saya tadi. Hmm… saya mintak diri
dulu,” pinta Anatasya lalu mula mengatur langkah
mendapatkan keretanya yang sudah tidak jauh dari
tempatnya berdiri.
Rusdi hanya memerhati dari jauh. Anatasya…
Sebaris nama itu disebut perlahan dalam hati. Indah
sekali bunyinya. Tetapi pasti akan lebih indah sekiranya
gadis itu juga merasakan perasaan yang sama dengannya.
ANAK matanya tajam merenung pasangan yang
sedang berjalan keluar dari pintu utama hospital.
Nampak begitu mesra sekali pada pandangan matanya.
Anatasya tidak habis-habis tersenyum berdiri di sisi
doktor muda yang tampan itu. Naqiu ingat lagi, itulah
doktor yang merawat uminya ketika dimasukkan ke
hospital tempoh hari.
Stereng kereta dihentak kuat. Hatinya sakit.
Sia-sia saja dia datang ke situ pagi-pagi hari sematamata
untuk menemui Anatasya. Tetapi lain pula yang
jadi. Elok saja gadis itu bergandingan dengan lelaki lain
dengan begitu mesra sekali. Hatinya rasa bagai ditorehtoreh
melihat senyuman manis Anatasya di sisi lelaki itu.
Pedal minyak ditekan. Laju keretanya meluncur
di atas jalan raya meninggalkan kawasan hospital.

No comments:

Post a Comment