DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 27 June 2016

Ivy Raihana - Bab 8

FAYED melangkah ke arah ruang tamu dan
melabuhkan duduk di atas sofa kulit uminya. Menghilangkan
penat setelah seharian menghabiskan masa di farmasi. Fayed
menyandarkan badannya ke belakang dan kepala didongakkan
sebelum mata terpejam rapat. Tuan Irham yang baru turun
dari tingkat atas merapati anaknya yang sedang berehat di
tengah ruang tamu itu.
“Yed...” Panggil Tuan Irham sebelum turut
melabuhkan duduk di atas sofa yang masih kosong. “Kenapa
tak naik berehat dekat atas?” soal Tuan Irham.
Fayed membukakan mata dan memandang ke arah
babahnya sebelum tersenyum. “Penat sangatlah bah, tak
larat nak panjat tangga. Umi mana, bah?” Fayed memandang
sekeliling. Dari tadi senyap saja rumah dia ni, bayang umi dan
adiknya juga tidak kelihatan.
“Duduk bersembang dengan Tin dekat atas.”
“Patut la. Babah macam mana? Ubat ada lagi tak?”
soal Fayed sambil membetulkan duduknya.
“Ada, Yed.”
“Makan on time, tak?”
Tuan Irham menjeling anak bujangnya itu. “Ah
kamu ni, mengalahkan doktor pula.” Fayed ketawa. Fayed
memang mengambil berat tentang pengambilan ubat-ubatan
babah dan uminya. Bimbang kalau ada yang tertinggal, lain
pula jadinya nanti.
“Yed...” Seru Tuan Irham.
“Ada apa, bah?
“Hujung minggu ni babah dengan umi nak ke rumah
papa, ada kenduri sikit. Kamu tak nak ikut ke?” Tuan Irham
memandang wajah Fayed yang sudah berubah riak.
“Kenduri apa, bah?”
“Kenduri doa selamat Leona dah habis belajar dekat
kolej tu.”
Fayed hanya diam. Sejak dia pulang ke Malaysia,
belum pernah dia menjejakkan kaki ke rumah sahabat baik
babahnya itu. Berat rasa hati untuk melangkah ke rumah
yang pernah dihuninya suatu ketika dulu.
“Jangan bimbang Yed, Lidiya tak ada. Dia masih
dekat sana.”
Fayed mengangkat wajah memandang ke arah Tuan
Irham. “Bukan sebab dia, bah.” Jawab Fayed perlahan. Cuba
melindungi rasa hati.
“Habis tu sebab apa? Tak eloklah macam ni. Apalah
salahnya kalau Fayed ke sana? Papa dengan mama teringin
sangat nak jumpa dengan Yed. Babah rasa tak ada salahnya
kalau Fayed berjumpa dengan mereka, kan?”
Fayed menghembuskan nafas perlahan-lahan.
Memang tiada salahnya, tetapi dia yang bermasalah sekarang.
Rasa tidak mampu untuk menjejakkan kaki ke sana lagi.
“Yed, walau apa pun yang jadi Fayed tak boleh
lupakan papa dan mama. Mereka kan papa dan mama angkat
Fayed, merangkap sahabat baik umi dan babah. Takkanlah
hanya kerana perkara itu, Fayed mahu memutuskan semua
hubungan yang pernah terjalin di antara Fayed dengan papa
dan mama. Tak elok buat macam tu, Yed.” Sedaya upaya Tuan
Irham cuba memujuk Fayed.
Fayed mengeluh perlahan. “Entah la, bah. Yed tak
tahu.” Fayed menggelengkan kepala sebelum menutup
mukanya dengan kedua belah tangan. Serabut rasanya bila
memikirkan tentang perkara ini.
“Abang... janganlah push sangat. Beri ruang untuk
Yed juga.” Tegur Puan Fadhilah yang baru melangkah ke
ruang tamu.
Tuan Irham memandang ke arah Puan Fadhilah
seketika sebelum mengalihkan pandangan ke arah Fayed.
“Okay, just take your time. Tapi babah harap Yed dapat
pertimbangkan apa yang babah cakapkan tadi.” Tuan Irham
bangun dan terus berlalu. Petang-petang macam ni adalah
waktu untuk dia meluangkan masa dengan tanamannya di
belakang rumah.
“Yed...” Puan Fadhilah melabuhkan duduk di
sebelah Fayed lalu meletakkan tangan di atas bahu Fayed.
“Yed janganlah stress macam ni. It is okay kalau Yed tak nak
ikut umi dengan babah ke sana, kami tak paksa. Yed jangan
stress ye, jangan marah pula dekat babah tu.”
Fayed tersenyum dan menggeleng. “Taklah umi,
Yed tak marah babah pun. Betullah apa yang babah cakapkan
tu. Tapi sejujurnya Yed belum bersedia, umi.” Fayed
menggenggam tangan Puan Fadhilah yang di atas bahunya.
Puan Fadhilah menarik nafas dalam. “Anak umi
sangat terluka. Umi nampak tu. Tapi salah satu cara untuk
menghilangkan luka itu adalah berhadapan dengan semuanya.
Semakin Yed menjauhkan diri, semakin dalam luka itu Yed.
Face the fact, walaupun payah. Percayalah, lama-lama luka
itu akan hilang.”
“Sejujurnya Yed dah tak ada rasa apa dah umi,
cuma Yed tak nak mahu ada apa-apa kaitan lagi dah dengan
dia dan keluarga dia. Yed tak boleh terima apa yang dia dah
buat dekat Yed, umi.” Jelas Fayed. Sungguh semua rasa itu
sudah hilang dan dia tak nak bila dia tetap berhubung dengan
keluarga itu, segala rasa yang hilang muncul kembali. Dia tak
nak itu terjadi.
“Umi faham, Yed. Tapi, walau macam mana Yed
menolak pun, keluarga kita tetap juga berkawan rapat dengan
keluarga mereka. Jadi, Yed memang tak boleh nak lari dari
semua ini.”
Fayed mengeluh lemah sebelum menggenggam
kemas tangan Puan Fadhilah. “Dia ada call umi lagi tak?”
Puan Fadhilah angguk.
“Dia cakap apa?” soal Fayed sambil memandang ke
dalam anak mata uminya.
“Just tanya khabar umi dan family kita.”
“Dia ada tanya pasal Yed, tak?”
Sekali lagi Puan Fadhilah angguk.
“Dia tanya apa?”
“Dia tanya Yed dah ada pengganti ke belum.” Jawab
Puan Fadhilah perlahan. Rasa kesian bila melihat Fayed
memendam rasa begini. Namun apalah daya, semuanya sudah
kehendak takdir. Tangan Puan Fadhilah naik mengusap bahu
Fayed.
Lama Fayed diam sebelum bangun berdiri. “Yed naik
atas dulu, umi.” Kata Fayed sebelum berlalu ke tingkat atas.
Puan Fadhilah hanya mampu berdoa semoga luka di hati
Fayed akan sembuh juga nanti.
“AYED!!!”
Pantas Fayed berlari ke arah Lidiya yang sedang
berdiri di dapur. “Ada apa, Dee?” soal Fayed dengan nafas yang
termengah-mengah. Dia sedang mencuci kereta sewaktu
Lidiya menjerit memanggil nama dia tadi.
“Macam mana nak goreng telur ni?”
“What?!” Fayed tercengang. “Tak pandai goreng
telur? Seriously, Dee?” soal Fayed dengan nada tidak percaya.
Seketika kemudian dia ketawa. Sampaikan berair matanya
kerana ketawa kuat sangat.
“Not funny, okay!” Marah Lidiya dengan sudip di
tangan.
“Dee, serious la.”
“Dee seriouslah ni. Ayed tu yang tak serious,
asyik ketawa je.” Lidiya menjeling Fayed yang masih
terbongkok-bongkok menahan ketawa. Over sangat.
“Meh sini sudip tu. Fatin yang masih sekolah tu pun
pandai goreng telur tau.” Fayed bergerak ke arah kuali yang
Lidiya letakkan di atas dapur seketika tadi. “Pecahkan telur
macam ni je sayang oii... takkan itu pun tak pandai.”
“Takut la...”
“Takut apa?” Fayed menoleh ke arah Lidiya seketika.
Telur yang sudah siap digoreng diletakkan di atas pinggan.
“Takut kena minyak panas.” Jawab Lidiya dengan
senyuman di bibir.
“Eii... manjanya dia ni.” Fayed mencubit geram pipi
Lidiya. “Habis macam mana bila duduk jauh nanti? Siapa
yang nak tolong gorengkan telur untuk Dee nanti?” Fayed
meletakkan pinggan yang berisi telur goreng di atas meja lalu
melabuhkan duduk di atas kerusi sebelum menarik pinggang
Lidiya supaya mendekat.
Lidiya tarik muncung. “Kalau tak nak pergi, boleh
tak?” soal Lidiya dengan mulut yang masih memuncung.
Kalau sebelum ni dia memang teringin sangat nak sambung
belajar dekat luar negara. Tetapi sekarang, rasa macam malas
pula. Lebih-lebih lagi bila terpaksa berpisah dengan Fayed.
Fayed mencuit pucuk hidung Lidiya. “Mana boleh
macam tu, sayang. Kan memang itu cita-cita Dee selama ni.
Dah dapat peluang ni, takkan nak lepaskan pula?”
“Tapi nanti kena berjauhan dengan Ayed, dengan
family kita.” Lidiya mencebik. Tiba-tiba rasa nak nangis pula.
Fayed senyum. “Sekejap je sayang, bukan lama pun.”
“Tiga tahun Ayed cakap sekejap? Lama tahu tak.
Nanti kalau rindu macam mana?”
“Kalau rindu Dee boleh datang dekat tempat Ayed.”
Lidiya angguk. “Yelah, Toronto dengan Munich tu
kan macam Kuantan dengan KL saja, kan? Dekat sangat.”
Pecah lagi ketawa Fayed. Tahu yang Lidiya sedang
perli dia. “Nanti kalau cuti baliklah sini, kita jumpa dekat sini
je.”
“Kalau cuti tak sama?”
“Ayed pergi cari Dee dekat Munich tu jelah. Habis
cerita.”
“Betul?” soal Lidiya dengan mata membulat.
“Kalau ada duit lebih.”
“Ayed!!!” Lidiya memukul manja bahu Fayed
membuatkan ketawa Fayed terburai lagi.
“Dah sampai sana jangan lupakan Ayed pula.”
Rambut Lidiya yang berjuntaian Fayed selit di tepi telinga.
“No worries, Dee tak akan pernah lupakan Ayed.
Ayed tu ha, jangan lupakan Dee pula. Manalah tahu kut nanti
terjatuh hati dengan gadis mata biru pula.”
“Tapi hati Ayed dah jadi milik gadis bermata hitam
ni ha. Dia dah ambil hati Ayed lepas tu simpan dalam hati dia.
Ayed dah tak ada hati dah nak jatuhkan untuk gadis mata biru
dekat sana nanti.”
“Amboiii... manisnya mulut.” Lidiya mencubit pipi
Fayed.
“Mulut manis dengan Dee sorang je.” Fayed kenyit
mata membuatkan Lidiya senyum sampai telinga.
LIDIYA BERDIRI berhadapan dengan Fayed. Kaum keluarga
yang lain berdiri agak jauh daripada mereka, memberi ruang
untuk Lidiya dan Fayed mengucapkan selamat tinggal. Mata
Lidiya mula memberat. Tidak lama kemudian air jernih mula
mengalir membasahi pipi.
“Why do we have to do this? Tak boleh ke kalau Dee
ikut Yed? Sambung belajar dekat tempat Yed?” soal Lidiya
dalam tangisan. Tangannya menggenggam kemas tangan
Fayed seakan tidak mahu dilepaskan.
Fayed menggeleng. “It is not easy, Dee. Just proceed
with our plan, tak perlu nak merumitkan keadaan. Okey?
Semuanya sudah sedia Dee, tinggal nak masuk kelas dan
belajar saja. Kalau nak tukar sana sini, banyak masa yang rugi
nanti.”
“Tapi Dee tak sanggup nak berpisah dengan Yed.”
Semakin lebat tangisan Lidiya.
“It is just for a while, sayang. Yed janji, nanti bila
semuanya sudah selesai, Yed pergi Munich. Okey?”
Lidiya diam tidak menjawab. Kenapalah mereka
harus berpisah macam ni sedangkan dia baru saja merasa
hidup bahagia bersama Fayed. Fayed mengeluh lemah.
Bahu Lidiya ditarik ke dalam pelukan. “Be strong, sayang.
Kita berpisah untuk sementara saja. Anggaplah kita pergi
berjuang. Dan sememangnya belajar itu kan adalah salah
satu daripada jihad. Anggaplah kita sedang berjihad sekarang,
sayang.” Fayed mengusap belakang badan Lidiya.
Lama Lidiya diam sebelum bersuara. “Yed janji akan
datang jumpa Dee dekat Munich nanti?”
“Janji.”
“Yed janji tak akan lupakan Dee nanti?”
“Janji.”
“Yed janji tak akan menduakan Dee nanti?”
“Janji.”
“Dee sayang dan cintakan Yed.”
“Yed pun sama Dee.” Fayed mengemaskan pelukan
pada Lidiya. Kalaulah dia dapat hentikan masa, akan dia
lakukan supaya dia dan Lidiya tidak harus berpisah.
Fayed menggosok mata yang mula basah. Kenangan
lima tahun lalu sentiasa berputar di mindanya setiap kali
nama itu dibangkitkan. Tak siapa yang sangka dan tak siapa
yang menduga kebahagiaan yang dibina hancur di tengah
jalan. Dia sudah berusaha sehabis daya, tetapi jika hanya
sebelah pihak saja yang berusaha memang tidak akan berjaya.
Akhirnya, dia harus akur dengan kehendak takdir yang tidak
menginginkan mereka untuk terus bersatu.
Fayed bangun dari perbaringan bila telefonnya
berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. Tanpa lengah
Fayed membuka mesej yang baru diterimanya. Minawel!
“Haish, budak ni lagi. Tak bosan ke asyik mesej
orang je.” Bebel Fayed dengan mata tertancap pada mesej
yang baru diterimanya...

We met for a reason. Either a
blessing or a lesson.

No comments:

Post a Comment