DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 27 June 2016

Semusim Kasih - Bab 10

TEPAT jam 8 malam, Olynn menunggu di lobi
dengan gaun kembang separas betis yang dibelikan oleh
Nadia. Clutch LV panjang milik Nadia, Olynn pegang erat dan
sesekali dia melirik jam di tangan. Sudah terlewat lima minit.
Ah! Lelaki memang susah mahu menepati masa.
“Maaf, saya terlambat.”
Olynn senyum tipis apabila tiba-tiba Tengku Budriz
muncul di sebelah kirinya.
“Awak, eh... Tengku, kita nak ke mana?” tanya Olynn
yang mengekori Tengku Budriz dari belakang ke tempat
parkir.
Serta-merta langkah dihentikan. Terus Tengku
Budriz berpaling ke belakang. “Saya suka awak panggil saya
macam tu, bukannya Tengku.”
“Saya... er... er... saya... tersilap!” La... lain yang
Olynn tanya, lain pula Tengku Budriz jawab.
Olynn tergamam apabila Tengku Budriz tekan
remote dan buka pintu Porsche Cayenne untuknya. Seumur
hidup Olynn, tidak pernah lagi dia bermimpi untuk duduk
di dalam kereta semewah ini. Tengku Budriz hidupkan enjin
dan halakan air-cond sederhana ke arahnya.
“Kita nak diam aje ke sepanjang perjalanan?”
Olynn tersentak dengan soalan itu. Tengku Budriz
cekap memandu menuruni bukit dan jalan yang berliku-liku.
Sesekali senget badannya apabila kereta membelok di selekoh
yang tajam. Sedar Olynn masih berdiam, Tengku Budriz
tekan sesuatu di panel radio. Berkumandang lagu My All
dendangan Mariah Carey. Terus sahaja Olynn menoleh ke
kanan tapi mata Tengku Budriz tetap terarah ke jalan raya.
“Tengku...” Tengku Budriz senyum seraya menoleh
kepada Olynn sekilas dan pandang ke depan semula.
“Saya tahu, lagu ni mesti buat awak bersuara.
Memang awak mainkan lagu tu untuk saya, kan?”
Ek eleh! Perasan pulak dia.
“Petang tadi, saya hanya menyanyi ikut gerak hati.
Saya tak tahu pun Tengku ada kat sana.” Olynn pandang ke
luar tingkap. Mereka sudah pun melepasi tol Gombak dan
masuk ke bandar KL.
“Olynn.”
“Saya, Tengku...”
“Betul awak tak pernah bercinta sebelum ni?”
Aduhh! Soalan sama ditanya berulang-ulang. Siang
tadi, Mila dan Lyana yang bertanya, sekarang Tengku Budriz
pula.
“Saya rasa... saya pernah jawab soalan tu masa
malam pertama kita berkenalan di atas pentas.”
“Tak pernah ada lelaki pun yang cuba mengurat
awak?”
“Er... entah! Saya tak tahu.”
“Saya tahu kenapa.”
“Tengku tahu pasal saya?”
“Sebab awak sedingin ais. Mata awak cantik, tapi saya
tak nampak ada sinarnya di situ. Awak seperti pendamkan
segala kisah duka awak.”
“Sejak bila pulak Tengku jadi ahli nujum?” Olynn
cuba berlawak tapi tiada reaksi daripada Tengku Budriz.
Oopps!!!
PORSCHE CAYENNE perlahan-lahan mendaki Bukit Nenas
dan berhenti di depan lobi Menara Kuala Lumpur. Olynn
tergamam apabila mendapati ramai wartawan sedang
menunggu.
“Awak kena relaks, usah gelabah. Sebarang
pertanyaan daripada wartawan, awak harus jawab dengan
paling minima. Boleh, kan?”
Olynn angguk dalam gemuruh. Seram sejuk tangan
dirasakan.
“Cik Ailyn Batrisya, apa perasaan Cik Ailyn apabila
dapat bersama Yang Mulia Tengku Budriz malam ini?”
Olynn pandang Tengku Budriz dan dia mengangguk.
“Gementar.” Itu saja yang mampu Olynn jawab.
“Saya dengar desas-desus, yang Cik Ailyn dibesarkan
di rumah anak yatim, betul ke?” Seorang wartawan lain pula
bertanya.
Fuh, soalan yang hampir menjerut lehernya. Olynn
mula serba salah dengan pertanyaan yang tidak diduga itu.
“Maaf, itu hal peribadi. Saya tak boleh ceritakan di
sini.”
“Kami dah lambat, maaf semua.” Tengku Budriz
segera tarik tangan Olynn dan dengan langkah tergesa-gesa
mereka ke lobi lif.
Restoran Berputar Sri Angkasa...
SEORANG LELAKI berpakaian kemas mengiringi mereka
ke meja yang sudah ditempah khas. Patutlah Tengku Budriz
bersut lengkap dengan tuksedo. Rupanya mereka mahu
makan di sini, ada etika pakaian yang wajib dipatuhi.
Lagi sekali Olynn tidak senang duduk apabila ada
jurugambar yang tidak putus-putus merakamkan foto
mereka. Mujurlah lelaki itu dia sudah kenal. Abang Rosli,
jurugambar yang sama sepanjang mereka berada dalam
rancangan Pilihan Hati ini.
“Awak nampak nervous.” Tersungging senyuman di
bibir Tengku Budriz.
“Saya tak biasa datang ke tempat macam ni.” Olynn
menjawab seadanya. Memang dia gementar.
Pelayan bawa makanan yang dipilih Tengku Budriz
sebentar tadi.
“Kenapa saya tak jumpa awak sebelum ni? Kat mana
ya famili awak sorokkan awak?”
“Tak ada siapa yang sorokkan saya. Saya orang
biasa, Tengku. Pergi sekolah, ke kolej, lepas tu bekerja untuk
tampung hidup. Normal bagi orang kebanyakan macam saya.”
“Awak tak ada cita-cita? Tak fikirkan masa depan?”
Olynn geleng.
“Saya terima seadanya diri saya sekarang. Asalkan
saya tak mati kelaparan dan tak menyusahkan sesiapa.”
“Tapi, awak dah susahkan saya.”
Olynn kerutkan dahi dan pandang wajah Tengku
Budriz dengan hairan.
“Apa maksud Tengku?”
“Susah sangat nak rebut hati awak, nak rebut cinta
awak.”
Berderau darah Olynn serta-merta. Dia tunduk
merenung meja.
“Tengku, rasanya saya tak layak untuk Tengku. Ada
sembilan orang lagi finalis yang boleh Tengku pilih.”
“Saya mahukan awak. Hanya awak, Ailyn.”
Terkunci mulut Olynn. Tengku Budriz renung
matanya sehingga dia rasa tembus hingga ke jantung. Sudah
jatuh cintakah dia? Oh tidak!!!
DUDUK SEMULA di kerusi empuk keretanya, Tengku Budriz
mainkan lagu Butterfly sekali lagi. Alahai... tak ada lagu lain
ke?
“Saya isytiharkan lagu ni, lagu kita.”
Uitt! Pandai-pandai aje dia buat pengiktirafan.
“Kita?”
“Ya, kita berdua. Lagu Tengku Budriz Aizuddin
dengan Ailyn Batrisya.” Tangan kanan Olynn digenggam.
Budriz semakin kuat. Dia tarik nafas. Akhirnya dibiarkan
sahaja tangannya berada dalam genggaman Tengku Budriz.
Otaknya mula berfikir, mahu bertanya apa yang lelaki itu
buat setiap kali keluar berdua-duaan dengan para finalis. Tapi
dia bimbang, Tengku Budriz fikir yang bukan-bukan pula.
“Er... tiap kali Tengku keluar dengan finalis, Tengku
buat macam ni ke?” Terlepas juga soalan yang berlegar-legar
dalam benaknya dari tadi.
Tengku Budriz ketawa perlahan.
“Kenapa nak tahu?”
“Saja.” Olynn beranikan diri.
“Itu tandanya awak dah mula sukakan saya.” Kan
dah kata! Mesti Tengku Budriz fikir dia cemburu. Dan seperti
waktu turun dari Awana tadi, soalannya dibiarkan begitu saja
tanpa jawapan.
“Er... kita kat mana sekarang?”
“Putrajaya. Pusing-pusing sekejap, lepas tu kita
balik. Saya tahu esok awak kena bangun awal untuk bersenam
dan aktiviti yang lain.”
Diam lagi. Olynn perhatikan lampu berwarna-warni
sepanjang jalan di luar tingkap. Pertama kali dia berada di
kawasan ini pada waktu malam.
“Saya suka gadis yang serba sederhana macam
awak. Tak perlu make-up tebal, tak perlu berlebihan untuk
tonjolkan siapa diri awak yang sebenar.”
“Sorry, pujian Tengku tak laku.” Olynn berjenaka.
“Kesiannya saya. Tolong, tolong! Tolong cintakan
saya!”
Olynn tergelak. Cute juga lihat wajah Tengku Budriz
yang sedang merayu.
“Eh! Tengku tengah drive. Jangan pandang saya
sangat.” Olynn tolak pipi Tengku Budriz supaya pandang ke
depan semula. Kemudian, dia tergamam. Tak pasal-pasal dia
sentuh pipi lelaki kacak itu. Isyyy... tak sengaja, okey!
Kereta Tengku Budriz masuk ke bandar KL semula
dan mengarah ke Lebuhraya Karak. Tanpa banyak bicara,
mata Olynn mula memberat. Tengku Budriz pula memandu
dengan tenang sambil mendengar lagu-lagu yang dimainkan
di radio. Bosan melanda, Olynn turunkan sedikit badannya
dan menyandarkan kepala seenaknya. Tutup sahaja kelopak
mata, dia terus hanyut.
Olynn tersedar apabila terasa ada hembusan nafas
sangat dekat dengan wajahnya. Eh, kenapa pula ni? Kereta
pula tidak bergerak.
“Olynn...”
Olynn takut hendak menoleh kerana dia yakin jarak
wajah Tengku Budriz tidak sampai seinci jauhnya. Dia pegun.
Kekal statik di tempat duduknya. Hendak menoleh ke kanan
pun dia tidak berani.
“Olynn...” seru Tengku Budriz sekali lagi dengan
suara yang tertahan-tahan.
Berderau darah Olynn. Mereka di mana? Di depan
hanya kelam, tidak nampak apa-apa.
“Pandang saya.” Tengku Budriz paksa Olynn
gerakkan wajah dengan menarik dagu Olynn ke arahnya.
“May I?”
Olynn terpukau dengan suara garau itu. Tanpa
dia sedar dan di luar kawalannya, dibiarkan Tengku Budriz
menguasainya.
“Tengku...” Olynn teresak-esak kecil. Walau hanya
dengan sebuah kucupan lembut, rasa bersalah itu tetap ada.
Selama ini bibirnya tidak pernah ternoda oleh mana-mana
lelaki, tetapi kenapa malam ini dia begitu lemah?
Ya Allah... betapa berdosanya dia. Sejak menyertai
Pilihan Hati, dengan sewenangnya tangannya dibiarkan
disentuh, menari berpelukan erat dengan lelaki di sebelahnya
ini dan baru sebentar tadi mereka... Arghhh!!!
‘Apa yang kau dah buat ni? Kalau Nadia dan Along
Fidz tahu, apa tanggapan mereka pada kau? Gadis murahan?
Oh Tuhan...’
“I’m sorry...”
Olynn diam tidak berkutik. Perlahan-lahan kereta
Tengku Budriz mendaki bukit ke Awana. Seperti sewaktu
turun, sesekali tubuhnya beroleng-oleng perlahan apabila
melalui selekoh.
“Olynn, saya tahu awak marah. Saya tak ada niat tak
baik pun pada awak.”
“Saya harap penyingkiran akan datang, Tengku pilih
saya.” Dalam tangisan kecil, Olynn meminta. Basah jarinya
dengan air mata saat menyentuh pipi sendiri.
“Jangan harap. Saya tak akan lepaskan awak.”
Olynn bungkam. Kalau ikut rasa hati, kalau tak
kenangkan di luar sana gelap, mahu saja dia buka pintu dan
terjun dari kereta.
“Sepatutnya awak berusaha untuk pikat saya macam
finalis yang lain buat apabila awak sertai Pilihan Hati. Tapi
sekarang, nampaknya dah terbalik. Saya yang terpaksa
bersusah payah untuk curi perhatian awak.”
“Saya dah batalkan niat saya sebaik saja saya tahu
Tengku dan Budin, orang yang sama. Saya akur kalau saya
tersingkir awal.”
Tengku Budriz mengeluh.
“TUNGGU DULU!” Sebaik saja Olynn keluar dari Porcshe
Cayenne putih milik Tengku Budriz, lelaki itu menahan.
“Apa lagi yang Tengku nak? Saya dah penat dan
mengantuk.”
“Tolong maafkan saya.”
“Untuk apa? Sebab Tengku cium saya? Sebab sebelum
ni Tengku sesuka hati dapat peluk saya? Oh, tolonglah! Kalau
saya tahu rancangan Pilihan Hati ni tiada batasan untuk sang
hero buat apa saja kepada pesertanya, mati-mati saya tak
hadiri uji bakat. Dan kita tak perlu pun berjumpa.”
“Saya tak buat macam ni pada gadis lain. Saya hanya
sentuh bibir awak seorang.” Tengku Budriz menyeringai. Dia
melangkah mendekati Olynn.
Olynn kecut, segera dia menapak ke belakang.
Setapak... dua tapak... Tengku Budriz semakin mara. Olynn
undur ke belakang setapak lagi dan badannya tersandar
di pintu kereta, tak dapat ke mana-mana lagi. Dadanya
berombak kencang. Di parkir lot bawah tanah dan di tengah
malam begini, keadaan sunyi sepi. Kedua-dua tangan Tengku
Budriz melekap di bumbung kereta mengepung tubuh Olynn.
“I love you. Awak tetap akan jadi pilihan terakhir
dalam hati saya.” Tengku Budriz menunduk. Dahi Olynn
dikucup lembut, jatuh ke hidung dan beralih mahu
menyentuh bibir ranum itu.
Olynn tekan dada bidang Tengku Budriz, cuba
menolak tubuh itu sekuat yang mungkin. Tiba-tiba sahaja
handphone milik Tengku Budriz menjerit dengan nyaring.
“Oh, shut up!!!” Tengku Budriz meraba-raba poket
seluarnya. Kesempatan yang ada, Olynn tunduk dan keluar
dari kepungan tangan Tengku Budriz dan berlari ke tangga.
“Ailyn, don’t go!”
Laungan Tengku Budriz tidak Olynn hiraukan. Pintu
lif terbuka. Bertembung pula dengan Marsha dan Juwita yang
mahu keluar. Olynn tergamam.
“You dari mana? Baru balik dating dengan Tengku
Budriz ke?” Juwita bertanya. Marsha menjeling tajam.
Olynn angguk dan menapak masuk ke perut lif. Ke
mana lagi mereka berdua mahu pergi tengah malam buta
begini?
“Tengku Budriz! Selamat malam.” Terus sahaja
Marsha memaniskan muka. Badannya terliuk-lentok
menggoda. Mendengar nama itu, cepat-cepat Olynn tekan
butang close.
“Nite ladies.” Tengku Budriz membalas bersama
senyuman tapi tangannya laju menahan pintu daripada
tertutup.
Olynn tunduk memandang lantai dengan gementar.
‘Janganlah dia buat hal lagi dalam lif ni.’ Bisik
hatinya waswas.
“Olynn, listen!” Tengku Budriz cuba pegang bahunya.
Olynn menepis. Dipegang lagi, sekali lagi Olynn tepis sekuat
hati dan jarakkan badannya jauh daripada Tengku Budriz.
“Saya tahu saya salah. Saya cium awak sikit aje.
Tapi percayalah, apa yang saya buat, atas dorongan perasaan
cinta saya yang ikhlas untuk awak. Saya tak akan minta lebih
daripada itu.”
Olynn mencebik. Sikit aje? Mula-mula memang
begitu. Lama-lama nanti, bertukar jadi banyak. Lantas Olynn
teringat pengakuan Lyana tentang kekasih lamanya yang
mahukan seks sebagai bukti cinta. Sungguh! Dia tak akan
rela sama sekali.
Ting! Lif berhenti. Olynn susuri koridor dan Tengku
Budriz masih mengekorinya. Sesampai di depan pintu
bilik, dia mencari kunci dalam clutch dan buka pintu tanpa
mempedulikan Tengku Budriz. Dia mahu masuk, tapi Tengku
Budriz menahan pintu pula.
“Now what?” Olynn jegilkan mata kepada Tengku
Budriz.
“What?”
“Lepas Tengku sesuka hati cium saya, sekarang
Tengku berhajat nak tidur sebilik dengan saya ke?” herdik
Olynn dengan garang sambil menentang mata Tengku
Budriz. Merenung mata yang menawan itu, Olynn jadi lelah.
Jiwanya meronta-ronta. Dia benci dengan apa yang Tengku
Budriz telah lakukan terhadapnya, tetapi kenapa sekeping
hatinya semakin tertawan dengan lelaki kacak di depannya
itu?
Tengku Budriz menggeleng perlahan. Wajahnya
didekatkan kepada wajah Olynn.
“Sekarang belum masanya. Saya akan tidur sekatil
dengan awak, bila awak sudah sah jadi isteri saya.”
Olynn mendengus dan tolak pintu. Tengku Budriz
akur lalu pergelangan tangan Olynn dicekup.
“Apa lagi???” Olynn sudah tidak boleh bersabar
melihat Tengku Budriz masih tersengih.
“Let me guess. That was the first time you've been
kissed?”
Olynn rentap tangannya sekuat hati. Pegangan
Tengku Budriz terlepas.
“Shut... up!!!” Sekuat hati Olynn menjerit dan
hempaskan pintu.
“Auchhhh... aduhh!!!”
Olynn terkejut dengan suara Tengku Budriz di luar
pintu. Errk!!! Tangan Tengku Budriz tersepit ke? Dia mula
bimbang. Cepat-cepat daun pintu dibuka semula.
“Tangan Tengku tak apa-apa?” Olynn serba salah
melihat Tengku Budriz berkerut-kerut menahan sakit sambil
memegang jarinya. Kalau jari Tengku Budriz patah, macam
mana? Dia ke yang kena bertanggungjawab?
“Tengku... saya minta maaf, saya tak sengaja.” Risau
juga Olynn. Tak pasal-pasal nanti dia kena saman kerana
cederakan anak teruna keturunan kerabat ini.
“Wachaaa... Got you! Saya tahu awak sayangkan
saya.” Tengku Budriz tergelak-gelak.
Grrrrrr!!! Sekali lagi dia dipermainkan. Bencinya!!!

No comments:

Post a Comment