DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 27 June 2016

1st Class Mistress - Bab 1

Sebelas tahun kemudian...
PERLAHAN-LAHAN tubuh bangkit dari
perbaringan. Tangan melekap ke dada, menghalang selimut
nipis daripada satin mewah melorot jatuh dari tubuh. Tubuh
yang tidak dilitupi hatta seurat benang pun.
Kaki melangkah berjingkit-jingkit. Entah apa
perlunya. Sedangkan telinganya akur, hakikatnya lantai
beralas karpet mewah dan tebal itu tidak mengeluarkan
sebarang bunyi pun. Satu per satu pakaian yang bergumpal
di atas lantai dikutip dengan sebelah tangan.
Kepala yang tidak gatal digaru. Mata melilau mencari
sesuatu.
'Mana pulak benda alah tu? Heck! Terbang ke mana
tadi?' Kepala ditoleh ke belakang. Bulat mata melihat benda
yang dicari sedang elok tergantung di terendak lampu. Bibir
mungil mengukir senyuman nipis. 'There you are! Naughty
little sucker.'
Pakaian dalam Victoria Secret berwarna hitam
digapai. Mata melirik ke arah katil bersaiz king. Sebenarnya,
lirikan itu lebih kepada si dia yang masih tidur pulas di atas
katil. Senyuman serta-merta mati. Tubuh terus berpaling
menuju ke bilik air. Pintu gelangsar kaca ditolak perlahan.
Pili air pancuran dipulas.
'Sampai bila?'
'What?'
'Jangan berlagak bodohlah!'
'Apa ni? Guilty conscience? Tolonglah... jangan juga
cuba berlagak suci, wahai Jasmine Hannah!
'Bukan berlagak suci. Itu cuma soalan yang mudah.
Kenapa melatah? Terasa?'
Tangan meraup wajah yang masih basah. Cermin
muka di dalam bilik air itu direnung dalam.
'Dah nak jadi gila ke? Bercakap dengan diri sendiri.
Siap mengejek lagi. Bukan masa nak berperang dengan diri
sendiri wahai, Jasmine Hannah! Besok awal pagi lagi kau
perlu cari makan. Nanti tak pasal-pasal mata jadi jelmaan
panda.'
“Terbang bebas di atas awan!” Jasmine tersengih
suka. Inilah masa yang paling membahagiakan buat dirinya.
'Okey, sila sedar diri sekarang. Bersiap!' Tuala putih
segera dicapai. Sisa-sisa air yang masih melekat di wajah
segera dikeringkan. Mata mencuri pandang jam tangan yang
tersadai di atas meja vanity. Ops! Ini betul-betul kena sedar
diri. Dia sudah lambat!
Daun pintu bilik suite tertutup perlahan di belakang
Jasmine. Senyuman manis automatik terukir di bibir. Beban
beribu tan terasa lepas dari atas kedua bahu.
'Keep your head high, gorgeous!'
Sepasang kaki panjangnya yang bersarung Christian
Louboutin ankle strap membawa tubuh menelusuri lorong
lantai suite mewah hotel. Langkahnya panjang, namun masih
berhati-hati. Jemari panjang dan runcing sesekali menyebak
juntaian rambut yang melorot ke dahi.
Tiba-tiba kening Jasmine berkerut. Salah
satu sebabnya ialah kedua bahu terasa sengal tiba-tiba.
Occupational hazardlah katakan. Konon. Apa-apalah! Pun
begitu, Jasmine tidak begitu mengendahkannya. Tapi, sebab
yang kedua pula, sangat menarik. Hidungnya kembang kempis
menghirup bauan aroma yang sungguh enak. Wangian lelaki!
Mata tajam tertancap ke hadapan. Sesusuk tubuh
sedang berjalan laju menuju ke arahnya. Lorong laluan yang
agak luas ini menjadi sempit tiba-tiba. Kening terjongket
sebelah.
'Aha! He is so freakin'licious!'
Walau hanya beberapa saat, Jasmine sempat
mengimbas tubuh tegap itu dari hujung rambut ke hujung
kaki. Tubuh sempurna itu disalut persalinan mewah.
Persalinan yang tampak seperti ditempah khas. Lelaki ini
bukan sembarang orang, fikir Jasmine. Tengok saja kasutnya.
Worth thousand ringgit at least! Jasmine tahu. Bukankah itu
menjadi subjek kepakarannya?
'My forte.'
Tiba saat kedua insan itu berpapasan, tanpa sedar
kedua pasang mata bertembung. Sedikit tersentak, entah
kenapa. Tapi, Jasmine teruskan saja langkahnya. Sempat dia
meninggalkan jelingan penuh makna kepada lelaki itu yang
masih memaku pandangan kepadanya. Jelingan cuba nasib.
Jasmine terus membalas pandangan itu dengan kerdipan
mata penuh menggoda. Sayangnya, lelaki itu cuma membalas
dengan pandangan tidak beriak.
Dada terasa sedikit bergelombang.
'Cis! Buat malu! Kau kenapa? Terkejut, dia tak
tergoda?'
Pelik. Tidak ada lelaki yang tidak suka melihat tubuh
seksi seorang Jasmine Hannah. Sempat gaun di badan diberi
imbasan pantas. Backless little black dress. Tidak cukup
cantik ke? Jasmine juling mata ke atas pula.
'Oh! Please... tak tergoda pun tak apa. Tak rugi apa
pun. Move on Hannah.' Langkah dicepatkan. Sampai ke
selekoh lorong, telinga menangkap pula suara wanita yang
bernada keras.
“Kalau I dapat perempuan sundal tu, memang I
ganyang separuh mati! Cepat Paul! I dah tak sabar nak tengok
macam mana muka Dato’ Adam bila tertangkap dengan I
nanti. Suami tak guna!”
Mata Jasmine terbuntang luas. Spontan tangan
menekup mulut sendiri.
“Oh, my God! Dato’ Adam? Adam?”
Jasmine terbayang tubuh tua yang masih berdengkur
di atas katil bilik hotel tadi. 'Itu isteri Adam ke? Mampus kau
hari ini, Hannah!'
Jangan panik. Apa nak buat sekarang? Jasmine
mengetap bibir mungilnya. Bilik yang tidak jauh dan baru
saja ditinggalkan direnung dengan perasaan yang bercampur
baur. Habis, takkan dia nak terus berjalan menuju ke arah
wanita yang hendak mengganyangnya? Habis muka dia
wanita itu kerjakan karang.
Pengawal peribadi Datin Mirrah, yang namanya Paul
itu sungguh menakutkan! Belum pun buka mulut, atau buka
langkah, bulu roma Jasmine sudah menegak. Tengoklah
badannya itu. Kalau dia dicampak dari tingkat ini ke bawah,
tak ke haru namanya? Seorang yang bernama Jasmine Hannah
itu memang suka perhatian. Tapi, bukan sebagai mayat yang
dijumpai mati berkecai di pekarangan hotel mewah!
Jasmine kaget.
Aduh! Takkan dia nak masuk balik bilik tu? Orang tua
itu entahkan sudah sedar ataupun masih enak berdengkur.
Kalau orang tua tu tak sempat nak sembunyikan dia, macam
mana? Tapi, jelas itu bukan pilihan yang bagus. Mak Datin itu
kan nak cari Adam, mestilah dia akan pergi ke bilik lelaki tua
tu. Nak cari nahas pulak kalau patah balik. Tertangkap basah,
habis kuyup dia! Jadi, nak sembunyi ke mana pulak?
Lantai tingkat ini cuma ada empat bilik atau suite.
Ada satu jalan keluar, dan satu jalan masuk sahaja untuk
para tetamu. Tangga kecemasan memanglah ada selain
lif. Malangnya, jalan keluar masuk dan tangga kecemasan
terletak di tempat yang sama dengan tempat Datin Mirrah
bersama pengawalnya itu berada.
'How? Fikir Hannah, fikir!'
Tiba-tiba mata yang berat dek bulu mata palsu itu,
menangkap kelibat lelaki freakin'licious tadi yang masih
berdiri tegak di hadapan salah sebuah pintu bilik.
'Aha! Kesatriaku.' Jasmine tersenyum puas. Tidak
salah mencuba nasib, kan?
Yusuf meraba poket dada kiri dan kanan. Tidak
cukup dengan itu, poket seluar slek juga diseluk.
'Ke mana pulak magnetic key card tadi? Bagus,
Yusuf. Baru dapat jelingan menggoda si dia, kau dah gelabah
sampai tahap ni?' Yusuf mengurut belakang tengkuknya.
Mata terpejam seketika.
Saat mata tertutup, wajah si jelita tadi yang sedang
menjeling menjamu ruangan minda. Terbayang susuk tubuh
seksi itu. Bahagian belakang gaun yang mendedahkan kulit
putih mulus dan tali pakaian dalam berwarna hitam, bagaikan
video yang berulang-ulang tayangannya di mata.
Astaghfirullahal'azim. Yusuf meraup wajah. Tubuh
sudah letih sehari suntuk melayan delegasi dari Jepun. Minda
juga penat berfikir bagaimana untuk menyiapkan kertas
cadangan yang akan dibentang esok. Sudah tidak ada ruang
untuk berfikir yang bukan-bukan Yusuf Dzulkarnain! Nafas
dihela panjang. Kepala digeleng perlahan.
Hah! Yusuf baru teringat. Kali ini, dengan perlahan
tangannya meraba kemudian menyeluk poket di dalam sut di
dada kanan pula. Hah! Apabila minda menjadi tenang, semua
pun jadi senang, kan? Jumpa juga benda alah yang dicari
sejak tadi. Alhamdulillah.
Yusuf tiba-tiba tersentak. Belum pun dia sempat
membuka daun pintu biliknya, lengan kanan disauk pantas
oleh satu tangan kecil. Eh?
“Encik, tolong saya!”
Yusuf jadi bingung.
'Si jelita berkulit mulus, bergaun hitam dan
berpakaian dalam... err... sudah-sudahlah tu Yusuf. Itu juga
yang kau ingat!' Yusuf cuba menarik lengannya semula.
Gagal. 'Kau tak cuba sedaya upayalah, Yusuf! Hek eleh.
Sengaja. Kan?'
“Ehem!” Deham Yusuf sambil merenung tangannya
yang masih dipaut dengan erat oleh si jelita. Sementara
Jasmine pula memanjangkan leher, cuba menghendap kelibat
Datin Mirrah yang semakin hampir dengan bilik Dato’ Adam.
Aduh! Cuaknya.
“Awak ni kenapa sebenarnya?” Pelik Yusuf melihat
perangai wanita yang semakin menghimpit tubuhnya. Wajah
jelita itu jelas pucat, tertunduk-tunduk seolah-olah ingin
menyembunyikan wajahnya di balik dada Yusuf.
Yusuf tahulah dada dia ni memang bidang. Tapi...
adoi! Wangian tubuh wanita itu seperti ubat bius! Pening
kepala jadinya. Ingat dia ni takde perasaan ke apa? Dia ni
manusia biasa kut.
“Tolong saya awak...”
“Tolong apa?” Yusuf kerut dahi, cuba mencari arah
pandangan mata Jasmine.
“Kalau awak tak tolong, matilah saya!”
Yusuf semakin bingung. Mati?
Baru hendak membuka mulut. Yusuf dikejutkan
pula dengan satu dentuman kuat di pintu bilik berdekatan.
“Adam! Buka pintu ni. I tahu you ada di dalam
dengan perempuan sundal itu! Buka!” Tangan terus memalu
daun pintu. Tidak cukup dengan itu, loceng pintu pula
ditunjal geram.
Beberapa saat kemudian, Datin Mirrah memalingkan
wajah kerana terasa diri diperhatikan.
Jasmine jadi kelu. Baru berniat mencuri pandang,
mata singa Datin Mirrah memaku ke arahnya. Bagai
diprogramkan, Jasmine mengalihkan kedua tangannya dari
lengan Yusuf, kemudian dipaut pula ke atas bahu lelaki itu.
Walaupun agak sukar kerana ketinggian Yusuf yang jelas
berbeza dengan ketinggian dirinya, batang leher lelaki itu
berjaya juga ditarik mendekati wajahnya.
Mata Yusuf terbuntang luas. Mata tepat bertemu
dengan bola mata si jelita. Puncak hidung mereka berdua
berlaga. Seketika dunia Yusuf terasa berhenti berputar.
Betulkah apa yang berlaku sekarang atau ini semua mimpi?
Umi!
“Oi! Dah depan bilik pun tak reti nak sabar ke?”
Suara sinis itu menujah cuping telinga. Barulah dunia Yusuf
kembali kepada paksinya.
Tangan menolak kasar kedua bahu Jasmine. Tautan
bibir terlerai juga. Namun, bibirnya masih terasa basah dek
kucupan si jelita di hadapannya.
“Kau...” Hilang rasa hormat Yusuf dibuatnya.
“Please... perempuan tu nak bunuh saya.” Bisik
Jasmine sambil melirik ke arah Datin Mirrah.
Yusuf mengalih pandang ke arah wanita berusia
yang masih tegak berdiri tidak jauh daripada mereka. Kening
Yusuf kembali bertaut. Kurang satu jam saja semua ini
berlaku. Tapi, cukup membuatkan Yusuf terasa lebih tua
beberapa tahun.
“Bunuh? Apa maksud awak?”
“Yusuf!” Datin Mirrah mencerlung tajam.
Yusuf terkesima. Datin Mirrah? Wajah Datin Mirrah
dan Jasmine dipandang silih berganti. Apa yang sudah berlaku
antara dua orang ini?
“Datin.” Sapa Yusuf perlahan.
“Begini perangai anak kesayangan Dato’ Khalil dan
Datin Khadijah, ya? Masih tak berubah.”
“Err... ehem!” Kering tekak Yusuf melihat cara Datin
Mirrah mengecilkan mata memandang wajah wanita di sisi
yang tanpa segan melakar aksi intim di depannya tadi.
“New toy, Yusuf?”
Melihat wajah gelabah Yusuf, Datin Mirrah
tersenyum sinis. Perempuan ini memang cantik. Tapi,
perangai tetap macam jalang! Agaknya begini juga perangai
perempuan simpanan suaminya yang tidak sedarkan diri
itu. Adam! Ingatannya sudah kembali kepada tujuan asal
dia melangkah masuk ke hotel mewah ini. Tangan kembali
memalu daun pintu. Suaminya itu perlu diajar. Memalukan!
“Please...” rayu Jasmine semakin cuak. Dia tahu dia
masih belum selamat sepenuhnya.
Yusuf mendengus. Pintu bilik dibuka kasar.
Perlahan belakang Jasmine ditolak masuk ke dalam. Sempat
dia mendengar dengusan sinis Datin Mirrah. Masak dia kalau
berita ini sampai kepada umi. Yusuf menggelengkan kepala
perlahan. Mata kini melotot tajam ke arah Jasmine yang kini
selamba duduk di birai katil. Aik? Mana muka perempuan
yang cakap takut nak kena bunuh tadi?
“Explain!” Yusuf sudah melonggarkan tali lehernya.
Sut sudah dihumban ke atas sofa. Lengan baju kemejanya
pula sudah dilipat hingga ke pangkal siku. Geram! Penghawa
dingin pun tidak mampu menyejukkan hatinya yang hangat.
Melihat gelagat Jasmine yang hanya tersenyum nipis sambil
menghembus-hembus kukunya, darah Yusuf sudah naik ke
kepala.
“Eh! Perempuan. Kalau kau setakat nak berlakon
aje, baik kau keluar dari bilik aku sekarang. Keluar!”
“Alaa... janganlah marah. Yang tadi tu bukan
berlakon pun. Betul-betul kejadian. Awak nampak kan sikit
punya garang perempuan tua tu tadi? Let me stay here, please.
Sekejap aje. At least sampai perempuan tua tu pergi. Bolehlah
ya?” Jasmine mengerdipkan matanya perlahan. Bibir sedikit
dimuncungkan. Bagi muka comel sikit, untung-untung lelaki
di hadapannya ini cair. Fuh! Fuh!
“Kau tahu tak, Datin Mirrah tu kenalan aku? Entah
apa yang dia fikirkan sekarang pasal kita. Kalau dia bawak
mulut, nama baik aku dan keluarga aku mungkin terjejas. Ini
semua pasal kau! Jadi, kau tak fikir ke yang kau berhutang
penjelasan dekat aku?”
“Tak perlu penjelasan. Cukup awak tahu saya hanya
perlu ruang untuk bersembunyi sementara. Saya tak akan
ganggu awak. Saya akan duduk diam-diam di sini. Sumpah!”
Jasmine angkat tangan kanan separas muka. Wajahnya cuba
diukir sehabis polos. Suci dan bebas daripada noda.
'Ceh, Jasmine Hannah!' Minda mengejek lagi.
“Apa hubungan kau dengan Dato’ Adam?”
“Hah? Dato’ Adam mana pulak ni?” Jasmine buang
pandang ke arah lain.
“Jangan buat-buat tak kenal. Dato’ Adam, lelaki yang
keluarkan duit untuk bayar bilik yang kau keluar tadi. Bilik
yang sama pintunya hampir pecah Datin Mirrah ketuk tu.”
“Bukan awak punya pasal...”
“Excuse me? Bukan aku punya pasal?” Yusuf tunjal
dada sendiri.
“Oh! Tolonglah... tak boleh ke buat tak tahu aje? Nak
tahu itu dan ini, macamlah saya nak tinggal dengan awak
selamanya!”
“Keluar!”
“Okey, okey! Hesy...” dengus Jasmine geram.
Penyibuk!
“So?”
“Memang saya keluar dari bilik Adam tadi. Err... saya
memang kenal dengan Adam. Entah kenapa tiba-tiba Datin
Mirrah pula datang ambush. Setahu saya, dia tak tahu pasal
saya dengan Ad... err... saya tak boleh ambil risiko, sebab itu
saya...”
“Pergunakan aku?” potong Yusuf dengan nada yang
tegas.
“Err...”
“Apa sebenarnya hubungan kau dengan Dato’ Adam?
Apa korang buat kat dalam bilik tu berdua-duaan?” sambung
Yusuf sementara menegakkan tubuhnya sambil menyeluk
poket seluar. Apa jenis soalan kau ni, Yusuf?
“Not your business.” Tegas Jasmine.
“Hmm... kalau aku tak hilang ingatan, atau tak gila,
aku baru sahaja kau cium di hadapan isteri kepada lelaki yang
berhubungan dengan kau. Lepas tu, secara kebetulan pula,
kedua suami dan isteri itu adalah kenalan kepada keluarga
aku. Kenalan rapat! Oh! I fail to see bagaimana mungkin
ini semua tak akan jadi urusan aku. Hei! Kau tahu tak yang
semua ni boleh menjejaskan nama baik aku? Kredibiliti dan
reputasi aku?”
“Terjejas macam mana pulak? Paling teruk
perempuan tua tu anggap kita ini pasangan yang romantis.”
“Romantis kepala hangguk kau!”
Jasmine tersentak. 'Eh! Mamat berlagak ni.'
“Yang kau marah sangat ni kenapa? Sebab kredibiliti
dan reputasi atau because I kissed you?” Jasmine bingkas
berdiri. Tangan dicekak ke pinggang. Berlebih pulak lelaki
di hadapannya ini. Kalau lelaki lain, agaknya senyum
sampai ke telinga kalau perempuan cantik cium. Dia... erk?
Jangan-jangan... Jasmine kecilkan mata.
“Kau ni teruna lagi ke apa?” soal Jasmine kasar.
Hati Yusuf semakin panas. 'Perempuan ini...
mengejek ke apa ni?'
“Kenapa kau tanya pulak?”
“Yalah. Kutlah perkara normal macam tadi buat kau
naik angin. Kalau kau teruna, memang aku tak hairanlah.”
“Ya. Normal untuk perempuan murah seperti kau.”
Jasmine tersentak. Bagaikan satu tindakan refleks
tangannya mencapai bantal kecil yang tersusun elok di atas
katil, kemudian menghumbannya tepat ke wajah Yusuf.
Buk!!!
“Hei!”
'Okey. Kau memang patut kena Yusuf. Mulut kau ni
kenapa jadi lancang sangat malam ni?'
Buk!!!
Tidak sempat mengelak, sebiji bantal kecil hinggap
lagi ke muka. Tepat!
'Oho... perempuan ini memang nak kena. Sekali
boleh. Kedua kali, memang nak cari pasal. Dia ingat aku tak
berani nak balas?'
Tingtong!!!
Belum pun sempat Yusuf pasang niat hendak
membalas, dentingan loceng pintu membantutkan niatnya.
Tingtong!!!
Siapa? Mata memandang wajah Jasmine yang sudah
berubah pucat.

No comments:

Post a Comment