DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 27 June 2016

Ivy Raihana - Bab 11

FAYED memarkirkan kereta di belakang kereta
Tuan Irham. Fayed menolak sewaktu Tuan Irham mengajak
dia datang bersama kerana saat ini, dia sangat memerlukan
ruang untuk bersendirian. Kepalanya mendongak ke arah
rumah yang pernah menjadi rumah kedua kepadanya suatu
ketika dahulu. Nafas ditarik dalam dan mata dipejam rapat.
Cuba diusir segala memori yang mengganggu fikiran.
Hampir lima minit Fayed memejamkan mata,
mencari kekuatan untuk berhadapan dengan segalanya.
Perlahan-lahan matanya dibuka. Kelihatan Leona sedang
berdiri tegak di hadapannya dengan senyuman yang
menghiasi bibir.
“Hai, Ayed!” Sapa Leona dengan riak gembira. Sudah
lama dia ingin bertemu dengan Fayed dan hari ini baru
berkesempatan. Teruja betul dia rasa bila Babah Am beritahu
yang Fayed akan datang kemudian.
Fayed kaget. Terkejut sungguh dia tadi bila buka
saja mata terus nampak muka Leona yang sedang tersenyum
manis di hadapannya. “Err... Leona buat apa dekat sini?” soal
Fayed dengan suara yang perlahan.
“Leona tunggu Ayed la.” Jawab Leona dengan mesra.
“Jom masuk. Papa dengan mama dah lama tunggu Ayed.”
Leona cuba menarik lengan Fayed tetapi cepat ditepis oleh
Fayed. Berubah riak wajahnya.
“Err... Ayed masuk dulu.” Kata Fayed lalu melangkah
laju ke arah rumah Tuan Luqman. Entah kenapa, dia rasa
kurang selesa bila berada dekat dengan Leona. Kalau dulu
mereka boleh saja bersenda gurau seperti abang dan adik,
tetapi kini tidak lagi.
“Haa, dah sampai pun orang yang ditunggu.”
Kata Tuan Luqman saat terpandangkan Fayed yang sedang
melangkah masuk ke ruang tamu rumahnya. Tetamu yang
lain sudah lama pulang. Yang tinggal hanyalah Tuan Irham
dan Puan Fadhilah yang sedang berbual bersama-sama Tuan
Luqman dan Puan Iris sambil menunggu kedatangan Fayed.
Fayed ukir senyum walaupun payah benar rasanya.
Kakinya melangkah ke arah Tuan Luqman dan Puan Iris
untuk bersalam. “Papa dan mama apa khabar?” soal Fayed
sambil melabuhkan duduk di atas kerusi yang masih kosong.
Wajah-wajah yang sedang tersenyum ke arahnya dipandang
satu per satu.
“Papa sihat Yed, mama pun sama.” Jawab Tuan
Luqman dan Puan Iris hanya tersenyum saja. “Yed pula
macam mana?” soal Tuan Luqman pula.
“Yed sihat, pa.” Jawab Fayed pendek dengan
senyuman yang menghiasi bibir.
“Why didn’t you come early?” soal Tuan Irham yang
dari tadi hanya diam memerhati saja.
“Ayed duduk termenung dalam kereta, bah. Dah
lama dah Ayed sampai sebenarnya. Kan Ayed, kan?” Leona
melabuhkan duduk di sebelah Fayed. Rapat.
Fayed hanya senyum saja. Matanya mula meninjau
keadaan rumah yang sudah lama tidak dijejakinya. Rindukah
dia? Entah... Rasanya rindu itu sudah lama hilang dibawa
pergi oleh Lidiya. Yang tinggal hanyalah memori yang sangat
sukar untuk dilupakan. Matanya tertancap pada bingkai
gambar yang terletak di atas almari di penjuru dinding.
Gambar dia bersama Lidiya yang sedang tersenyum gembira.
Kenapa gambar tersebut masih ada di situ?
Leona yang perasaan akan pandangan mata Fayed
mula rasa tidak selesa. Kenapalah mama letak semula gambar
tu dekat situ. “Ayed...” Leona menyenggol lengan Fayed.
Kurang senang dengan pandangan mata Fayed yang masih
terkaku di situ.
Bagaikan baru tersedar dari mimpi, Fayed kembali
memandang ke arah mereka yang sedang memerhatikan
segala gerak lakunya.
“Kenapa Yed dah lama tak datang rumah mama?”
soal Puan Iris memecahkan kesunyian. Sungguh dia
rindu dengan Fayed. Sejak peristiwa itu, Fayed tidak lagi
menjejakkan kakinya ke rumah mereka ketika pulang bercuti
ke Malaysia dan sejak pulang ke sini belum pernah sekali
Fayed menjengah mereka. Marah sungguh Fayed dengan apa
yang terjadi membuatkan dia rasa bersalah sangat.
“Tak berkesempatan nak datang sini mama. Maaf.”
Jawab Fayed dengan senyuman hambar. Sengaja mencipta
alasan.
“Nanti selalulah datang sini ye, Yed? Leona ada,
Lidiya pun dah nak balik. Meriah semulalah rumah papa
nanti.” Kata Tuan Luqman bagaikan tiada apa yang pernah
terjadi di antara Fayed dengan Lidiya. Tidak tahukah dia yang
Fayed masih belum mampu melupakan semuanya?
Fayed hanya diam. Lidiya akan pulang? Dan, apa
yang akan terjadi seterusnya? Fayed mula rasa tidak senang
dengan apa yang bakal terjadi nanti. Dia masih belum mampu
untuk menghadapi semua ini. Dia masih belum mampu untuk
berhadapan dengan Lidiya. Bukan sekarang dan selamanya.
“Haah Ayed, nanti bolehlah Leona spend time dengan
Ayed. Waa... bestnya.” Sorak Leona dengan gembira. Tuan
Luqman dan Tuan Irham hanya tersenyum saja manakala
Puan Iris dan Puan Fadhilah pula sudah saling berpandangan.
Tuan Luqman memandang ke arah Tuan Irham.
“Am, apa kata kalau kita beritahu je dekat Yed tentang hasrat
kita tu. Bila tengok Fayed ada dekat sini rasa tak sabar pula
aku ni, Am.”
Tuan Irham angkat bahu. “Aku ikut kau je, Luq.”
Jawab Tuan Irham. Memang itu pun tujuan kedatangan
mereka ke rumah Tuan Luqman hari ini di samping
menghadiri majlis doa selamat yang Tuan Luqman adakan.
“Bang...” Puan Fadhilah memegang lengan Tuan
Irham. Kurang setuju dengan rancangan suaminya dan Tuan
Luqman. Tuan Irham menggeleng, memberi isyarat supaya
Puan Fadhilah diam.
Fayed memandang wajah Tuan Irham dan Tuan
Luqman silih berganti. Ada rasa kurang enak yang mencucukcucuk
tangkai hatinya. Leona juga turut memberi tumpuan
kepada papanya. Rasa tidak sabar untuk mendengar hasrat
hati papanya. Puan Iris pula hanya memandang ke arah Fayed
dengan pandangan yang sayu.
“Yed, papa dengan babah teringin sangat nak tengok
Yed dengan Dee kembali bersama. Can you do that for us?”
Tuan Luqman memandang Fayed dengan pandangan yang
penuh berharap.
“What?!” Leona bangun dari duduknya. “Apa yang
papa cakap ni?” soal Leona dengan rasa marah.
“Leona...” Tegur Puan Iris.
Tuan Luqman memandang ke arah anak bongsunya
dengan kerutan di dahi. “Kenapa dengan Leona ni?”
Leona memandang ke arah Fayed tanpa
mempedulikan soalan yang keluar dari mulut papanya. “Ayed
tak setuju dengan semua ini, kan?” soal Leona terburu-buru.
Tuan Irham dan Puan Fadhilah hanya diam memerhati.
Fayed memandang ke arah Leona yang sedang
berdiri di hadapannya. Kemudian matanya beralih ke arah
Tuan Luqman dan Puan Iris yang sedang memandang ke
arahnya dengan kerutan di dahi. Lama Fayed diam sebelum
bangun berdiri. “Fayed balik dulu pa, ma.” Fayed bergerak
mendekati Tuan Luqman dan menarik tangan papa angkatnya
itu untuk bersalam. Kemudian Fayed menoleh ke arah Tuan
Irham dan Puan Fadhilah. “Jumpa babah dengan umi dekat
rumah nanti.” Kata Fayed lalu melangkah keluar dari rumah
keluarga Tuan Irham. Pantas Leona berlari mengekori
langkah Fayed.
“Fad dah cakap, sekarang bukanlah masa yang
sesuai untuk bincangkan tentang perkara itu.” Kata Puan
Fadhilah. Dari awal lagi dia memang tidak bersetuju dengan
cadangan Tuan Irham dan Tuan Luqman itu. Bila dinyatakan
pendapatnya itu, tiada siapa yang dengar. Puan Iris juga
hanya diam tanpa kata. Tuan Luqman dan Tuan Irham saling
berpandangan.
“AYED!!!” JERIT Leona sambil berlari anak ke arah Fayed.
“Ayed tak setuju kan dengan cadangan papa tadi?” soal Leona
sambil menarik lengan Fayed supaya berhenti melangkah.
Fayed menarik nafas dalam. “Let me go Leona, Ayed
nak balik.” Kata Fayed. Matanya tajam merenung ke arah
tangan Leona yang masih memaut lengannya.
“Answer me first!” Tegas Leona. Sejujurnya dia
langsung tidak bersetuju dengan cadangan papanya itu.
Untuk apa papa mencadangkan itu semua? Untuk melihat
Fayed dikecewakan sekali lagi?
Fayed mendengus geram. “Let me go, Leona.”
“No!”
“Let me go!” Jerkah Fayed sambil merentap kasar
tangannya.
Terkejut Leona dengan jerkahan Fayed itu. Matanya
yang bundar mula berkaca. Sedikit terasa bila Fayed menarik
kasar lengannya seketika tadi. “What’s wrong with you?” soal
Leona perlahan.
Tanpa mengendahkan soalan Leona, Fayed terus
melangkah ke arah keretanya sebelum menghempas pintu
keretanya dengan kasar. Tangannya menghentak stereng
kereta. Segala kesakitan hilang bila rasa marah menguasai
diri.
MASING-MASING hanya diam menanti salah seorang
daripada mereka untuk bersuara. Tuan Irham memandang
ke arah Fayed yang dari tadi hanya diam menunduk. Sejak
pulang dari rumah Tuan Luqman, begitulah keadaan Fayed,
lebih senang berdiam diri.
“Yed...” Panggil Puan Fadhilah. Tidak betah rasanya
bila melihat Fayed yang hanya diam tanpa suara.
“It is not going to happen umi, babah. Yed tak
akan kembali kepada Lidiya.” Kata Fayed dengan suara yang
perlahan. Sejujurnya dia sudah penat untuk memikirkan
tentang perkara ini. Susah payah dia cuba mengusir nama
Lidiya di dalam kamus hidup dia dan sekarang dengan
semudah itu umi dan babah dia mahu Fayed menerima Lidiya
semula. Kecelaruan apakah ini?
“Yed... Why don’t you give her a second chance?
Give both of you a second chance to build your happiness
again.” Kata Tuan Irham pula.
Fayed mengangkat kepala memandang ke arah Tuan
Irham sebelum menggelengkan kepalanya. “Not that easy,
babah.”
“Babah tahu yang Fayed kecewa dengan Lidiya.
Kenapa tidak Fayed beri peluang kepada Lidiya untuk
mengubati kekecewaan Yed itu? I know this is not easy for
her too.” Bersungguh-sungguh Tuan Irham cuba meyakinkan
Fayed untuk menerima Lidiya semula.
“No!” Nada suara Fayed sedikit meninggi. “Maaf
babah, tapi Yed tak boleh terima semua ini. Perancangan
babah dengan papa is ridiculous. Babah tak ingat ke apa yang
dah Lidiya buat dekat Yed dulu?” soal Fayed dengan suara
yang tegang. Sungguh dia tidak faham kenapa babahnya
berterusan mahu dia kembali semula dengan Lidiya.
“She ruined my life, bah. Yed sengsara, tahu tak? I
can’t simply accept her to be in my life again. No! Never!”
Fayed menggelengkan kepalanya. Sakit itu masih terasa.
Parut itu akan kekal selamanya. Tidak mungkin nama Lidiya
bisa tersemat di dalam hatinya semula.
“Bang...” Puan Fadhilah berpaling ke arah Tuan
Irham, memberi isyarat supaya suaminya melupakan saja niat
untuk menyatukan Fayed dengan Lidiya semula. Tuan Irham
angkat tangan mengarahkan supaya Puan Faridah diam.
“Babah buat semua ini untuk kebaikan Fayed juga.
Dengan keadaan Fayed sekarang, babah tak yakin yang Fayed
akan buka hati Fayed untuk orang lain. Jadi, untuk apa Fayed
buang masa macam ni kalau hanya Lidiya saja yang mampu
menghuni hati Fayed. Beri ruang untuk Lidiya menjadi
penghuni di dalam hati Fayed untuk kebaikan Fayed dan
Lidiya bersama.”
Fayed mendengus geram. Entah apa lagi yang harus
dia katakan supaya Tuan Irham faham tentang isi hati dia.
“Tentang urusan hati Fayed, biar Fayed saja yang uruskan,
bah. Sooner or later, akan ada juga penghuni dekat sini...”
Fayed menekan dada kirinya. “Maaf kalau babah rasa Fayed
kurang ajar dengan babah. Tapi sejujurnya, Fayed memang
tak boleh terima semua ni.” Fayed bangun lalu meninggalkan
ruang yang menyesakkan dadanya ini. Tuan Irham dan Puan
Fadhilah saling berpandangan tanpa kata.
Fayed melabuhkan duduk di atas katil sambil
mengeluh lemah. Lidiya... Kalau saja boleh dibuang ingatan
dia tentang Lidiya, sudah lama dia buang. Kalau boleh campak
Lidiya masuk dalam lombong terus lagi bagus. Tak payah dia
serabutkan kepala dengan masalah ini semua. Sungguh dia
tak faham kenapa babah dia dan papa Lidiya beria sangat nak
satukan dia dengan Lidiya semula. Sayang sangat babah tu
dekat Lidiya agaknya. Fayed menghempaskan badan ke tilam.
Kenapalah hidup dia harus begini. Dicintai dan mencintai
tetapi ditinggalkan sendiri. Dan sekarang, harus rujuk
kembali.
Telefon di sebelah berbunyi menandakan ada mesej
yang baru diterima. Minawel! Tanpa membuang masa Fayed
membuka mesej di telefonnya itu. “Ni satu lagi masalah. Tak
bosan ke mesej orang hari-hari? Patut campak je dia dalam
lombong dengan Lidiya tu.” Bebel Fayed dengan bola mata
merenung mesej yang baru diterima...

Life is short, always choose
happiness. Smile...

Dan Fayed terdiam seribu bahasa...

No comments:

Post a Comment