DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 29 June 2016

Falling in Love - Bab 5

NASI lemak yang ada kat depan mata ni aku dok
kuis-kuis aje dari tadi. Bukan tak sedap, bukan juga aku dah
kenyang. Tapi, memikirkan kolesterol yang terlalu tinggi bila
makan nasi lemak ni, terutamanya pada waktu pagi macam ni.
Doktor dah pesan kat aku, ambil cereal aje, ambil nesvita tu pun
dah cukup. Ikutkan macam tak lalu je nak makan nasi lemak
ni, tapi… Disebabkan orang lain yang belanja, dan dah takde
makanan lain yang mampu untuk aku sebatkan, ini ajelah yang
ada. Ni pun, sikit aje aku ambil, sampai orang yang nak belanja
tu siap suruh tambahlah lagi apa-apa yang patut. Takkan nak
makan sikit ni aje?? Aku diam ajelah... Buat pekakkan telinga.
“Kenapa kuis aje nasi lemak tu, makanlah. Habiskan...
Kejap lagi kita nak meeting,” pinta orang yang belanja aku tu...
Ataupun lebih dikenali sebagai Raykal Asyraff tu.
Aku yang dari tadi tunduk aje tengok nasi lemak tu
mendongak sedikit sama level dengan dia dan bagi senyuman
yang nipis kat dia. Aku tengah musykil dengan klien aku sorang
ni, dia ni tak pernah makan beberapa hari ke? Makan bukan
main banyak. Nama breakfast, tapi tak macam breakfast je
aku tengok. Mee goreng dia ambil, nasi lemak pun, bihun...
Perghh... Kau ni makan ke mencekik??? Perut kau tu ada
tangki ekstra ke? Aku yang tengok kau makan ni pun dah terasa
kenyang yang teramat. Aku pula yang tak lalu nak makan.
“Saya dah kenyanglah,” jawabku. Aku menolak sedikit
nasi lemak aku ni, lalu aku mengambil teh panas, lalu aku
hirupnya sedikit demi sedikit sampailah habis.
“Atau... you segan makan dengan I ni?” tanyanya lagi.
Aku pantas menggelengkan kepala. Cheee… Buat apa
nak segan dengan mangkuk tingkat tak siap ni. Kau bukannya
Lee Min Ho untuk aku segankan sangat.
“Bukan macam tula... Memang saya tak boleh nak
makan banyak apatah lagi waktu pagi-pagi macam ni. Saya biasa
makan nesvita, tu pun dah cukup,” jawabku. Dia tersenyum
sinis. Aik...
“Badan dah cekeding tak payahlah nak berdiet-diet
sangat. You kena makan banyak, barulah tak tumbang ditiup
angin,” perlinya. Amboi-amboi, tak sayang mulut nampak
mangkuk tingkat tak siap ni!
“Suka hati sayalah nak makan sikit ke, nak makan
banyak ke? Takkan nak paksa-paksa orang makan pulak. Kalau
saya muntah kat depan awak, awak sanggup ke? Nak belanja,
buat cara nak belanjalah, kalau tak nak belanja pun takpe...
Nampak sangat tak ikhlas,” bebelku lalu bangun dari tempat
itu, kiranya nak keluar dari kedai makanlah ni.
“Ehh… Eh... Suka hati tinggalkan aku sorang-sorang.
You! Siapa nak bayar makanan you yang tak habis ni?” jerit
Encik Raykal kat aku.
Aku dah agak sangat dah... Bukannya ikhlas sangat dia
nak belanja aku pun. Tengok, sekarang ni aku pulak yang kena
hulur duit nak bayar makanan aku. Dasar orang kaya kedekut
tahi hidung masin!
Aku patah balik dan keluarkan sekeping not RM10, lalu
aku letakkan kat atas meja yang aku duduk bersama dengannya
tadi. Aku terus sahaja keluar semula dari kedai itu dengan hati
penuh rasa sebal, sengal, kesal, bebal dan sekalian alamnya yang
lain tanpa menoleh ke belakang langsung. Lantak dialah nak
buat apa dengan duit yang aku bagi tu. Aku tak kisah sangatlah,
tak luak mana pun setakat RM10 tu. Tapi, ikutkan hati aku ni,
memang terluak kot! Sepuluh ringgit tu dah boleh beli macammacam,
2-3 kali makan pun boleh aku beli tu.
“Hei, you! Nak pergi mana tu? Kereta kat sebelah
sinilah!” jerit Encik Raykal lagi. Peduli apa aku kereta dia kat
hujung sini ke, sana ke, sekalipun terletak kat Kutub Utara pun
aku tetap tak ingin nak naik kereta dia.
Semalam, salah dia tiba-tiba aje brek kecemasan di
tengah-tengah jalan. Tapi salahkan aku pulak. Lepas tu, entah
kenapalah ditakdirkan dia ni kawan baik bos aku, Encik Ikmal
tu. Boleh pulak masa tengah-tengah bincang macam tu, dok
jeling-jeling aku. Ingat aku tak nampak ke? Aku terus saja
melangkah kaki laju, jauh daripada mangkuk tingkat tak siap
tu.
“Tak inginlah nak naik kereta yang konon-konon
Fairlady sangatlah tu. Tak teruja mana pun, bukannya boleh
terbang pun kereta tu!” Kemain betul amarahku ni. Tak boleh
blah betul. Entah kenapa aku nak meng’hangen’ je dengan
mangkuk tingkat tak siap ni.
“You jangan lupa, briefcase you, semua dokumen yang
you bawak untuk meeting nanti ada kat dalam kereta I. Kalau
dah you kata macam tu, I just nak pesan, jalan elok-elok ajelah.
Okey,” jerit Encik Raykal.
Cisss… Bukannya nak kejar aku ke apa, padahal dia
yang mulakan dulu. Isy... Suka sangat bagi aku berada dalam
keadaan penuh rasa bersalah. Aku hentakkan kaki dengan high
heel yang aku pakai ni kat atas tar jalan. Geram jugak rasanya.
Bukan rasa dah... Sebenarnya pun, dah membara-bara aje dah
ni.
Terpaksa juga aku patah balik, kalau tak ingat pasal
semua dokumen yang ada kat dalam briefcase yang aku bawak
dan sudah sedia terletak dalam kereta dia tu, memang tak
teringin langsung aku nak patah balik ke arahnya.
Entah macam mana dan apa yang aku tersepakkan
aku hilang imbangan untuk kembali pada asal sebaik sahaja
menghampiri kereta milik Encik Raykal. Mungkin juga sebab
high heel yang aku pakai ni. Nyaris-nyaris tubuh aku yang tak
seimbang ni nak menyembah terus ke atas tar jalan. Aku tutup
mata, tapi sempat disambut oleh seseorang. Tangannya memaut
pada pinggangku.
Mata yang terpejam rapat tadi perlahan-lahan aku
buka. Siapalah yang jadi penyelamat aku daripada terus tercium
kat tar jalan ni. Terbeliak mataku dan Oh My God! Si mangkuk
tingkat tak siap yang jadi penyelamat aku rupa-rupanya! Posisi
kami berdua memang tak ubah nak menari Tango. Cuma lagu
tema macam Pendekar Bujang Lapok itu saja yang tak ada pada
waktu ni, tapi terasa terngiang-ngiang pula di telinga di mana
aku dan dia sedang cuba mengikut rentak lagu tersebut.
Perghh, bayangan maut betul! Aku cuba menolak
tubuhnya, tapi kudratku sebagai seorang wanita, manalah
terdaya untuk mengatasi tenaganya yang lebih tu. Dahlah dia ni
makan lagi banyak daripada aku tadi, mesti tenaga dia banyak
lagi ni. Ala…
Dia memberikan senyuman sinis padaku. Dia terus
perbetulkan posisi kami yang hampir-hampir membuatkan
kami untuk lebih rapat, tapi dah posisi macam ni pun dah
membuatkan aku rasa tak selesa langsung. Aku pantas
menjauhkan diri daripadanya, dia masih lagi tersenyum. Dan
aku rasa muka aku ni, dah habis merah tahan tahap keseganan
yang paling maksima.
Aku terus aje masuk ke dalam keretanya, malas nak
tengok muka dia atau beralih ke arah kanan walaupun sedikit.
Aku lebih rela tengok pokok, tiang elektrik, lampu isyarat,
divider pun aku sanggup tengok. Isy... Memang malu tahap
gaban sebenarnya ni! Isy... Mana nak letak muka ni…

No comments:

Post a Comment