DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 27 June 2016

Semusim Kasih - Bab 8

Hari ke 8...
SEDAR tak sedar, sudah seminggu mereka berada
di Awana Genting. Setiap hari ada saja aktiviti untuk mereka.
Bermula dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh
coach Razali dan kemudian sarapan pagi di Rajawali Coffee
House. Sebelah petang juga mereka diberi pelbagai aktiviti
berkumpulan. Rutin yang sama.
Marsha dan Juwita terus terang menunjukkan
mereka amat membenci Olynn. Olynn tidak tahu, sama ada
Marsha ada mengadu kepada Encik Anwar perihal dia dan
Tengku Budriz menari berpelukan malam itu atau tidak.
Olynn reda dan pasrah kalau disingkirkan. Bukankah dia
sertai Pilihan Hati atas desakan Nadia?
Selepas seminggu, barulah pertama kali mereka
diberi peluang berlibur di Resort World Genting. Selepas
sarapan pagi saja, mereka menaiki coach mewah dengan hati
yang berbunga-bunga. Sejak balik dari KLCC, baru hari ini
mereka dapat keluar dari Awana.
Sudah tiga orang finalis yang dapat keluar
berdua-duaan dengan Tengku Budriz dalam masa seminggu
ini. Ariana, yang pertama semasa mereka semua ke KLCC
tempoh hari. Dua hari selepasnya, Yasmin pula berpeluang
untuk habiskan masa dengan Tengku Budriz. Yang terakhir,
semalam giliran Athirah. Sepanjang perjalanan ke puncak,
Athirah senyum meleret-leret menceritakan pengalamannya
bersama Tengku Budriz.
“Semalam, Tengku Budriz bawa I ke Mines. We all
naik cruise. Dari makan tengah hari sampai ke petang, hanya
kami berdua dalam cruise tu.”
Olynn, Mila dan Lyana sama-sama seronok
mendengar.
“Tengku Budriz romantik tak?” Lyana semakin
teruja.
“Romantik sangat. Best! I cium pipi dia, dia senyum
aje.”
Erkk!!! Amboi minah ni? Selamba badak aje cerita
dia cium pipi Tengku Budriz. Agaknya ini salah satu cara
Tengku Budriz nak buat Olynn cemburu kut?
‘Perasanlah kau ni.’ Olynn ketawa dalam hati.
“Lagi korang buat apa?” Mila pula bertanya. Olynn
pasang telinga.
“Adalah... hehehehe,” Athirah gelak. Gediknya Olynn
dengar. Sabar ajelah!
Tak sempat bercerita panjang bas sudah pun
berhenti di tempat parkir. Olynn capai beg silang lusuhnya
dan sangkutkan ke bahu. Sweater baru yang mereka dapat di
butik Nike juga disarungkan ke tubuh. Sejuknya sudah terasa
walaupun cahaya matahari mula memancarkan sinar.
Di pintu masuk outdoor theme park, Tengku Budriz
menunggu dengan jean dan jaket di badannya. Maskulin! Itu
pujian pertama Olynn untuk Tengku Budriz hari ini. Tapi,
mengenangkan cerita Athirah tadi, rasa-rasanya harus kena
potong 50 peratus kut pujian untuk dia.
“Hai semua! Saya, Engku Farid selaku Event
Manager Resort World Genting Highlands mengucapkan
selamat datang ke Taman Tema Genting Highlands. Kami
berbesar hati dapat bersama-sama sebelas finalis rancangan
Pilihan Hati.”
“Sekejap lagi saya akan edarkan peta setiap lokasi
permainan bersama tag nama yang mesti dipakai setiap masa.
Anda semua juga berpeluang untuk masuk ke Indoor Park
bila-bila masa sahaja dengan tag nama tersebut.”
“Hari ni, nampak gayanya cuaca pun cantik, kabus
pun tak tebal sangat. Jadi saya harap anda semua terhibur
dengan segala permainan yang ada. Saya serahkan kembali
kepada Encik Anwar dan juga Yang Mulia Tengku Budriz.”
Encik Anwar serahkan satu per satu tag nama.
Mereka berbaris melepasi pintu pagar automatik yang sudah
dibuka.
“I rasa macam budak sekolah nak buat lawatan
sambil belajar,” Lyana berjenaka. Olynn dan Lyana sama-sama
ketawa perlahan. Cuba kawal kelakuan mereka.
Olynn tidak perasan sama sekali bila masanya Engku
Farid berjalan di sebelahnya di dalam Berry’s Chocholate
Wonderland. Tempat pertama kumpulan mereka tuju.
Manakala Tengku Budriz di depan sekali melayan Hanis dan
Zalifah.
“Cik Ailyn pernah datang sini?” Terhenti langkah
Olynn dan segera dia menoleh kepada empunya suara.
“Pernah juga, tapi dah lama.” Sekadar menjawab,
tiada niat Olynn mahu mencipta kemesraan.
“Sudi makan tengah hari dengan saya hari ni?”
Engku Farid bertanya perlahan. Agaknya tidak mahu yang
lain mendengar.
“Er... maaf, Engku Farid. Saya terikat dengan
kumpulan kami. Tak mungkin saya dapat lepas berdua-duaan
dengan Engku.”
“Saya boleh minta pelepasan daripada Encik Anwar.”
Olynn diam sejenak. Nak minta tolong dengan
Lyana, kawannya itu sudah menonong ke depan.
“Terima kasih tapi... terima kasih sajalah Engku.
Saya rasa itu bukan idea yang bijak.”
Olynn lega, di taman tema ini tiada rakaman dibuat.
Hanya ada seorang jurugambar yang sibuk mengambil
gambar para finalis dari segenap sudut. Engku Farid
mengeluh hampa, tapi Olynn buat-buat tidak peduli.
“Ini kad saya. Kalau ada masa, Cik Aliyn boleh la call
saya.”
“Insya-Allah Engku Farid, thanks.” Olynn
tinggalkan Engku Farid dan kejar langkah Lyana. Mereka
semua rupa-rupanya sedang bergambar di depan jam besar.
Cepat-cepat Olynn dan Lyana menyelit antara mereka.
“Kenapa lambat?” Lyana menegur.
“Er... I tanya Engku Farid kat mana toilet.”
Selesai bergambar, para finalis diberi peluang
mencuba beberapa jenis sample coklat yang dijual di kedai
cenderahati. Seronok juga dapat makan coklat free. Bertuah
badan. Kalau nak beli coklat-coklat yang berderet di rak,
bukannya Olynn mampu. Sekadar menjamu mata, bolehlah.
Terpaku mata Olynn kepada Engku Farid yang
sedang berbual mesra dengan Anne yang jelita. Gatal matanya
seakan tidak mahu pandang ke arah lain. Kenapa ya? Mungkin
sebab sebelum ini, Engku Farid cuba meraih perhatiannya
tetapi Olynn menolak secara baik ke? Dan sekarang Engku
Farid cuba memancing Anne? Kad bisnes dihulurkan kepada
Anne seketika kemudian. Tersungging senyuman di bibirnya.
Dasar lelaki hidung belang!
Keluar dari Beryl’s Chocolate Wonderland, Anne
putuskan untuk mencuba Space Shot. Olynn dongak ke arah
tiang tinggi. Mak aihh gerunnya!!! Dengar jeritan manusia
yang sedang diangkat ke atas saja, Olynn sudah kecut perut.
“Ailyn jom, nak naik tak?” Mila mengajaknya.
Lyana sudah pun pergi. Pantas Olynn gelengkan
kepala. Mereka bersedia di tempat duduk Space Shot. Dada
Olynn pula yang berdegup kencang untuk menyaksikan
permainan ngeri itu.
“Kenapa tak nak cuba?” Entah dari mana datangnya
Tengku Budriz. Tadi, bukankah dia bersama Zalifah?
Mati-mati Olynn ingat dia sudah menyertai yang lain naik ke
space shot.
“Tak berani.” Olynn geleng kepalanya dua tiga kali.
“Apa yang Engku Farid mahu daripada awak?”
“Tak ada apa-apa. Saya cuma tanya kat mana toilet
dan surau.”
“Awak tak payah tipu saya. Saya nampak Engku
Farid hulur kad pada awak.”
Olynn tercengang. Tengku Budriz intai dia ke tadi?
“Okeylah, saya mengaku. Engku Farid pelawa saya
lunch dengan dia tapi saya tolak. Sebabnya, saya terikat
dengan kumpulan finalis.”
“Bagus! Saya akan pastikan dia tak akan cuba usyar
awak lagi. Lepas ni buang aje kad tu.”
Olynn ketap bibir, geram! Tengku Budriz masih
dengan sikap bossynya.
“Tengku ni, kenapa? Salah ke kalau saya nak call
dia?”
“Sebab awak milik saya, tetap akan jadi milik saya.”
“Tengku pasti ke? Sedangkan ada sepuluh orang lagi
yang cuba raih perhatian Tengku.”
“Saya pasti dengan kehendak dan naluri saya. Saya
hanya mahukan awak.” Tengku Budriz berbisik rapat di
telinga Olynn.
Berderau darah Olynn seketika. Dia kehilangan
kata-kata untuk membalas. Jeritan dan pekikan di udara
kedengaran. Olynn segera mendongak. Begitu juga dengan
Tengku Budriz.
TURUN DARI Space Shot, masing-masing tergelak sakan.
Ada juga yang pegang dahi sendiri akibat pening.
“Rugi tau you tak naik, Ailyn. Syiokkkk!” Lyana
hampiri Olynn dan Tengku Budriz. Tapi dia merenung
kedua-duanya yang nampak pelik.
“Lepas ni kita nak cuba yang mana?” tanya Marsha
yang datang mencelah. Sempat juga dia mengerling kepada
Olynn dan Tengku Budriz yang berdiri agak rapat.
“Kita naik monorel dululah. Then, kalau berani...
nak cuba Cork Screw.”
Hah! biar betul? Nak naik roller coaster?
Berpandukan arah di dalam peta, mereka ke stesen
monorel beramai-ramai. Seorang demi seorang masuk
ke dalam monorel. Sampai giliran Olynn, Tengku Budriz
menahannya daripada masuk bersama Lyana.
“Awak ikut saya.” Pergelangan tangan Olynn ditarik
ke arah tren paling belakang, jauh daripada finalis lain yang
berada di depan. Harap-harap tiada yang perasan dengan
ketiadaannya. Hanya Lyana yang nampak Olynn ditarik
Tengku Budriz tadi.
Agaknya tren paling belakang ini sengaja
dikosongkan untuk Tengku Budriz kerana tiada seorang pun
pengunjung masuk ke dalam selepas mereka. Monorel mula
bergerak mengikut laluannya.
“Tengku... saya bimbang, nanti apa kata finalis yang
lain?”
“Awak risaukan finalis yang lain atau awak takut
berdua-duaan dengan saya?”
Olynn tidak menjawab sebaliknya menjeling Tengku
Budriz dengan tajam.
“Awak tahu, kalau saya nak, kat sini pun saya boleh
cium awak.”
Hah? Olynn jarakkan tubuhnya dan menghimpit ke
tepi dinding tren.
“Tengku jangan nak cuba...” Bergemuruh dadanya.
Tengku Budriz ni ada niat tidak baik kepada dia ke?
“Cuba apa?” Tangan Tengku Budriz bersilang di
belakang Olynn. Olynn mula gementar. Tubuh Tengku
Budriz menginjak lebih rapat lagi kepadanya.
“Tengku... please...”
“Please what? Do you want me to kiss you? I'll be
very honoured to do so.”
Ya Allah! Pucat lesi muka Olynn. Wajah Tengku
Budriz semakin dekat dengan pipinya. Tangan Tengku Budriz
di belakang mula menyentuh rambutnya, bermain-main
dengan tocang ekor kudanya. Olynn semakin gelisah.
Jantungnya berdegup kencang.
‘Ya Allah... tolong selamatkan aku. Nadia... tolong!’
Air mata mula bertakung di kolam mata.
Olynn pejamkan mata semahu-mahunya. Hendak
berganjak lagi, dia sudah terkepung antara dinding tren dan
tubuh tegap Tengku Budriz. Tiada apa lagi yang mampu dia
buat. Terasa getah ekor kudanya melorot ke bawah. Rambut
ikalnya jatuh melepasi bahu. Tengku Budriz ketawa.
“Tahu takut! Saya cuma nak lepaskan rambut awak
sebab saya suka tengok rambut awak yang cantik beralun.”
Olynn buka mata perlahan dan tarik nafas panjang.
Semangatnya hampir terbang tadi.
“I will kiss you when the time comes. Trust me!”
ucap Tengku Budriz. Gemeresik suara Tengku Budriz
meremangkan tengkuknya serta merta.
MAKAN TENGAH hari di food court, Marsha dan Juwita
merungut dengan makanan yang dihidangkan kepada
mereka. Olynn tersenyum mengejek. Berlagak Diva!
“Aku menyampah betul dengan minah tu. Asyik
berkepit dengan Tengku Budriz aje.” Marsha mengomel
sambil matanya mengerling Olynn. Olynn tahu siapa minah
yang Marsha maksudkan. Sudah tentulah dia!
“Rilekslah Marsha, time ni aje dia ada masa dengan
Tengku Budriz. Kan kau dah report pada Encik Anwar pasal
malam tu? Lepas ni, sure dia kena tendang. So... kita tak ada
saingan lagi.” Dua minah Diva tu tergelak-gelak.
Bengkak hati Olynn ketika ini. Kalau ikut rasa
geram, mahu ditampar mulut mereka seorang demi seorang.
Tapi berbaloi ke dia tampar mereka tu? Nanti tak pasal-pasal
pula jadi kecoh. ‘Tiga orang finalis Pilihan Hati bergaduh di
Genting Theme Park’. Isyy... tak mahulah Olynn dijadikan
bahan utama dalam surat khabar!
Bergilir-gilir para finalis ke surau selepas makan.
Olynn bersama Mila bangun selepas nampak Zalifah datang
semula. Eloklah Olynn tunaikan solat zohor dulu, sekali gus
boleh juga redakan hati yang sedang panas. Panjang doanya
selepas solat. Keluar dari surau, dia terserempak dengan
Tengku Budriz sedang berdiri di situ.
“Saya cari awak tadi, lama sungguh awak hilang.
Saya cukup risau.”
“Sekarang dah jumpa, kan? Takkan saya ke surau
pun nak beritahu Tengku?”
“Betul ni, awak tak apa-apa?”
“Sure... I'm okay. Tengku dah solat?” Opsss! Alamak,
laju aje Olynn bertanya. Harap-harap Tengku Budriz tidak
melenting.
“Sudah, sebab tu saya tunggu awak kat sini. Okey...
lepas ni saya kena luangkan masa petang dengan finalis lain
pulak.”
Olynn senyum. Elok sangatlah kalau begitu. Tak
adalah orang mengumpat pasal dia lagi selepas ini.
“Sekejap Tengku, saya ada nak tanya sesuatu.”
Tengku Budriz hentikan langkahnya dan berpusing
balik kepada Olynn.
“Yes... ada apa?”
“Tentang malam Tengku menari dengan saya...”
Olynn berhenti sekerat jalan. Malu untuk teruskan
kata-katanya.
“Hah ya? What’s wrong? Is it bothering you?”
“No, is not that. My ex-roommate, Marsha. Saya tak
pasti, macam mana dia dapat tahu tentang apa yang berlaku
malam tu. Dia tahu saya yang menari berpelukan dengan
Tengku. Saya dengar dia dah report pada Encik Anwar. Jadi,
saya bakal dibuang. Betul ke?”
“Saya dah uruskan perkara tu dengan Anwar. Don’t
worry, it won’t happen.” Tengku Budriz kenyitkan mata dan
lemparkan senyuman sebelum dia berpaling dan melangkah
pergi.
Olynn termangu-mangu sebentar dan kemudian
barulah dia hubungi Mila. Rupa-rupanya Mila sudah pun
menunggunya di food court.
Sebelah petang, Tengku Budriz tidak lagi menempel
dekat dengan Olynn. Seronok agaknya dikelilingi gadis-gadis
gedik yang melengser dengannya seperti Hanis, Zalifah dan
Anne. Olynn hanya memerhatikan dari jauh. Namun terkesan
juga, sesekali mata Tengku Budriz melirik kepadanya. Seperti
selalu, dia buat muka seposen. Langsung tidak tunjukkan
riak cemburu.
Sudah banyak permainan yang mereka cuba.
Daripada Venice Gondola, Ferris Wheel, Reindeer Cruiser,
Euro Express hinggalah ke Bumper Car.
Tit! Tit! Tit! Pesanan masuk ke handphonenya.
Awak ni memang jenis tak ada perasaan
ke? Beku macam ais!!!
Olynn senyum tipis dan membalas dengan icon
smiley menjelir lidah. Padan muka! Dari malam pertama dia
mengenali lelaki itu sebagai Tengku Budriz, dia disamakan
dengan ais. Apa salahnya jadi ais? Penyejuk tekak yang haus.
Kalau dia jadi naga berapi, rentunglah Tengku Budriz Olynn
sembur.
Tengku Budriz angkat muka dan pandang Olynn.
Dengan berani Olynn tentang mata yang tajam merenungnya.
Serius! Dia tak tahu bagaimana dia boleh seberani ini.
Mungkin kejadian dalam monorel tadi, buat Olynn nekad
supaya lebih berwaspada.
Segera Olynn alihkan perhatian kepada Lyana
apabila dia tunjukkan sesuatu di atas sana. Rio Float dengan
lampu berwarna-warni. Cantik! Teringin juga dia untuk
mencubanya. Naik pula ke tingkat satu, terdapat banyak butik
menjual barang-barang berjenama. Apa lagi, masing-masing
tidak melepaskan peluang. Semua kedai kalau boleh hendak
dijelajah.
Masuk saja ke butik Converse, Olynn tertarik dengan
sebuah beg silang. Tapi apabila dibelek-belek, harganya jauh
lebih mahal dari butik di Kuala Lumpur. Olynn letakkan
semula ke tempatnya. Tak apalah, habis saja rancangan
Pilihan Hati, mungkin dia boleh cari di KL saja nanti.

No comments:

Post a Comment