HUJUNG minggu menjengah lagi kali ni, dah
masuk bulan baru pun. Dan, dah tentulah gaji baru masuk.
Memang seronok sakanlah aku. Tapi akan menjadi tak best
bila nak keluar, semua tempat penuh. Biasalah orang baru
masuk gaji, nak bershopping sakan. Sama jugak macam aku
ni. Memanglah tak terkecuali pun. Sasaran lokasi aku kali
ni adalah KLCC. Memang dah lama sangat tak pergi tempat
membeli-belah ni. Sasaran aku sudah semestinya... Kedai Buku
Kinokuniyalah. Kedai mana lagi aku nak terjah. Aku ni bab-bab
baju kurang sikit. Kasut boleh tahan, tapi aku takde hati nak
beli kasut untuk bulan ni.
Aku dah janji dengan anak-anak Angah yang aku nak
belikan buku-buku cerita untuk diaorang, sebelum diaorang
balik semula ke Ipoh malam lusa. Mujur juga mereka semua
berada di Ipoh hanya untuk beberapa ketika, sebab tak lama lagi
mereka akan pindah semula ke Kuala Lumpur.
Beberapa buah buku dah memang jadi sasaran aku dari
tadi. Aku dah letak ke dalam bakul. Bukan setakat buku budakbudak
tu aje, buku untuk aku pun ada jugak. Untuk abah pun
ada jugak. Mak tak berapa nak layan buku sangat, mak lagi suka
tengok tv daripada baca buku.
Terlalu leka membaca sinopsis novel yang boleh tahan
lama jugak, Pergilah Sepi karya Fauziah Ashari sampai aku
terlanggar seseorang yang bertentangan laluannya denganku.
Habis jatuh buku-buku di dalam bakul. Terpaksa aku dan dia
duduk mengumpul semula buku yang terjatuh. Aku pun tolong
dia jugak sebab dia pun ada ambil buku untuk dibayar.
“Maaf, salah saya, tak sengaja terlanggar. Leka sangat
tadi,” ucapku pada lelaki, berada di hadapanku yang sedang
tunduk mengumpul semula buku-buku yang terjatuh.
“Takpe-takpe. Sama-sama salah. Saya pun jalan tak
tengok depan,” balasnya pula. Dah, masing-masing salah diri
sendiri. Susah… Susahh…
Aku dan dia kembali bangun dan buku terakhir milikku
berada di tangannya dan dia memberikan semula kepadaku.
“Terima kasih,” ucapku.
“Sama... Eh... Macam kenal,” kata lelaki itu. Aku baru
aje nak mendongakkan kepala sebab baru aje bangun dari
kumpul buku dan masukkan semuanya ke dalam bakul. Mataku
langsung tidak berkelip. Senyumanku terus aje mati.
“Ika, right?” teka lelaki itu. Ika, nama panggilan yang
sudah lama aku luputkan daripada ingatanku, kini menjengah
kembali sebaik aje lelaki tu memanggil semula nama tu di
depanku. Aku hanya tersenyum paksa. Tapi, tidak pada lelaki tu,
dia kemain gembira sangat dan terlampau gembira bila nampak
aku.
“Thanks God, we’re meet again. You know what, I
really... Really miss you. And... Wow! Look at you! You look
gorgeous, honey!” ujarnya.
Aku terlihat matanya bersinar-sinar sebaik aje melihat
aku dari pandangan matanya. Tangannya cuba menyentuh
pipiku, tapi aku tepis dengan perlahan.
“You know what, I just wanna hug you just right now!”
tambahnya lagi sambil menghampiriku dengan lebih rapat lagi.
Kata-kata itu juga makin perlahan aku dengar.
Mungkin itu juga membuatkan dia semakin menghampiri
aku. Aku mengundur selangkah ke belakang. Simpang! Kalau
perjumpaan yang tak dirancang pun jadi macam ni, apatah lagi
kalau dirancang? Ikh… makin melampau kut! Balik dari luar
negara, makin teruk aku tengok perangai nasi kandar ni!
“Banyaknya children books. Buku-buku untuk anakanak
Along ke?” Soal Iskandar padaku. Tapi aku tak sempat
nak jawab pun sebab tiba-tiba aje ada seseorang dah memeluk
pinggang aku dari belakang.
“Sayang, dah habis pilih buku-buku tu ke?” Soal suara
garau yang lagi romantik itu dari belakang. Aku macam dapat
agak suara siapa yang menjengah telingaku di belakang.
Ah… Dah sudah... Memang pandai betul mangkuk
tingkat ni berlakon. Mujur jugak aku tak melompat ke, mati
terkejut ke, bila dia buat macam tu kat aku tadi. Aku menoleh
ke arah sisi kiriku. Encik Raykal sudah pun berdiri di sebelahku
sambil mengukirkan senyumannya yang paling manis. Lepas
tu, dia kenyitkan matanya padaku. Tanda dia tengah berlakon
kat depan nasi kandar ni. Saja-saja dia main-main dengan
rambut aku yang dah menjengah ke depan dan menutupi
dahiku. Akupun tersenyum.
“Sayang tak nak kenalkan ke, kawan sayang ni?” Soal
Encik Raykal. Hah… Memanglah aku lupa pulak nasi kandar ni
masih lagi ada kat depan kami.
“Ohh... Kenalkan, ni Iskandar. Is, ni…”
“Raykal Asyraff, just call me Carl. Yasmeen’s fiancé,”
jawab Encik Raykal. Hah, terbaiklah Encik Raykal! Sayang sama
kau lebih sikit daripada Jepah! Encik Raykal menghulurkan
tangan pada Iskandar sebagai salam perkenalan.
“Ohh... you dah bertunang ke Ika? Jepah takde bagitau
apa-apa pun?” Kata Iskandar.
“Actually, kami baru je bertunang. Kami buat pun
kecil-kecilan aje. Bertunang je pun, belum kahwin lagi,” jawab
Encik Raykal. Pandai betul dia ni berlakon, pandai betul dia
backup aku.
“Nanti kami jemput bila dah ada tarikhnya. Kalau boleh
lagi cepat, lagi bagus. Nikah aje dulu, bersanding kemudian,”
tambahku pula.
“So, belum ada tarikh tetap lagilah ni?” Tanya Iskandar
lagi.
“Belum ada bincang lagi nak buat bila, sebab dia ni
busy nak uruskan projek sana sini. Sekarang ni, baru buka
branch kat Hong Kong,” jawabku. Hoh... Kesian kat kau nasi
kandar. Mati-mati dah kena tipu dengan kita orang.
“We’ve got to go now, nak pergi tengok movie. Kejap
lagi movie dah nak start,” kata Encik Raykal padaku. Aku
kemudian tengok jam kat tangan dia.
“Kena pergi bayar dululah ni, kan?” Soalku padanya.
“Mestilah sayang,” jawab Encik Raykal sambil mencuit
hidungku.
Ikh... Melebih-lebih pulak orang tua ni berlakon
dengan aku. Tadi pinggang, lepas tu rambut, ni hidung pulak.
Ikhhh. Rimas pulak aku rasa.
“Nice meeting you, Iskandar. Nanti jumpa lagi. This is
my card, anytime you can call me,” ucap Encik Raykal sambil
memberikan kad bisnesnya pada si nasi kandar ni.
Kemudian, si mangkuk tingkat ni terus aje menarik
tangan aku, tapi pandanganku tetap beralih pada si nasi kandar
tu jugak. Tak taulah kenapa, macam tak sedap hati je duk
menipu dia. Mungkin juga sebab menipu bukanlah satu tabiat
rasmi aku.
Sebaik aje kami dah pun melangkah jauh daripada dia
dan dia dah pun hilang daripada pandangan, aku meleraikan
pegangan tangan si mangkuk tingkat tu dan bakul yang dari
tadi dia pegang, aku cuba tarik kembali ke peganganku.
“Eyh… It’s okay. I pegang.”
“Tak payahlah nak berlakon lagi, Encik Raykal. Nasi
kandar tu dah takde pun kat sini.”
“Even nasi kandar tu takde kat sini pun, I tetap nak
pegang bakul ni. Salah ke I nak tolong you?”
“Bukan macam tu. Saya ni, dah menyusahkan Encik
Raykal aje. Terpaksa berlakon untuk kepentingan saya, nak
elakkan diri daripada nasi kandar tu,” ujarku.
“Anything for you, I sanggup buat,” balasnya. Ikh...
bertambahlah aku tak sedap hati.
“Encik Raykal buat macam ni, buat saya rasa tak sedap
hati ajelah,” kataku.
“You tak payah nak rasa macam ni. Just... Trust me,
okay?” balasnya. Sampai ke kaunter pembayaran dan sewaktu
aku ingin mengeluarkan duit, Encik Raykal terlebih awal
menghulurkan kad kredit pada cashier tersebut.
“Eyh... Encik Raykal. Barang-barang saya tu,” kataku.
“Takpe, I belanja.”
“Belanja... Tapi banyak tu, Encik Raykal,”
“Takpelah… Bukannya selalu, kan?”
Aku dan Encik Raykal keluar dari kedai buku
Kinokuniya beriringan. Kami berjalan dengan langkah yang
perlahan menuju ke eskalator.
“Terima kasih banyak-banyak. Encik Raykal dah
banyak sangat tolong saya kali ni. Saya tak tau nak balas apa kat
encik,” ucapku.
Memang aku tak dapat nak kata apa-apa dan nak balas
apa kat mangkuk tingkat ni. Dah banyak sangat dia tolong aku
pada hari ni.
“No biggies. Tak payah nak balas-balas. I ikhlas tolong
you,” jawabnya sambil tersenyum.
“By the way, Encik Raykal buat apa kat sini? Jumpa
girlfriend ke?” Soalku.
Yelah, nak jugak tau apa yang dia buat kat sini sampai
terserempak kat Suria KLCC ni dan dalam kedai Kinokuniya
lagi tu. Aku yakin yang dia ni sebenarnya bukannya ulat buku
pun.
“Yup!”
“Ohh... Dah jumpa dia ke belum ni? Kalau belum,
kang tak pasal-pasal dia merajuk pulak sebab kena tunggu
Encik Raykal lama sangat. Nanti, lagi haru kalau dia nampak
Encik Raykal berjalan dengan saya. Tak pasal-pasal perang besar
nanti,” jawabku. Dia tergelak kecil.
“I dah jumpa dia pun, and I think she’s not angry with
me. Dia takkan marah punyalah, I rasa dia tak kisah pun kalau
I berjalan dengan you,” balasnya. Wahh... Memanglah sporting
awek dia tu, kan? Tak kisah langsung kalau boyfriend dia
berjalan dengan perempuan lain.
“Encik Raykal ni, Encik Raykal tak tahu hati
perempuan macam mana kalau orang yang paling dia sayang,
berjalan dengan perempuan lain. Lepas tu rapat-rapat macam
ni,” kataku pula.
“What if, perempuan tu sebenarnya you?” Soalnya
pula.
Ikhh... Main-main pulak si mangkuk tingkat ni.
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku, nonsense betullah si
mangkuk tingkat ni.
“Buat lawak, eyh?” perliku sambil ketawa kecil.
“No, Meen. I’m serious. I betul-betul serius. Youlah
orang yang I jumpa tu,”
“How come?”
“Actually, I’ve been watching you since you’re here.”
“Wait a second. You are my stalker!”
“Tak salahkan kalau I jadi stalker you?”
“Dah tak boleh jadi stalker saya sebab saya dah tau
siapa dia. And it was you.”
“Meen...”
“Hmmm?”
“Could you please stop calling me Encik Raykal?”
“Habis tu nak panggil apa?”
“Just... Carl?”
“Saya tak biasalah panggil encik dengan panggilan tak
formal macam tu.”
“Dalam pejabat you panggil I Encik Raykal, tapi kat
luar you panggillah apa-apa yang you suka. Carl ke, Raykal ke,
nak panggil I sayang pun boleh,” balas Encik Raykal.
Perghh... Memanglah orang tua ni tak padan dengan
tua. Macam mana aku tak kata tua, dia lebih kurang sebaya
dengan umur Encik Ikmal yang dah pun berumur 35 tahun
pulak! Dan muda setahun daripada Along je tau!
“Euwww?!”
“Tak mau? Baby-Hunny ke?”
“Ada motif ke saya kena panggil dengan panggilan
macam tu?”
“Ada motif jugak. Untuk mengelakkan you kena kacau
dengan ‘Nasi Kandar’ you tu. So, kita kenalah practice. Practice
makes perfect. Kita startlah sekarang,” jawab Encik Raykal.
Memang wayar mangkuk tingkat ni dah bersimpul kut!
“Desperate?”
“No... Actually... Yes?!” balas Encik Raykal. Lagilah aku
serabut! Jantung aku dah berdegup semacam je, macam duk
berlari kena kejar dengan anjing pun ada jugak!
“Ohh.. Okay... Bye!”
Baik aku lari dulu daripada otak dia makin mereng,
sakit, senget, dan terus kena langgar dengan treler, lori simen
dan kenderaan berat lain yang bakal datang.
No comments:
Post a Comment