DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 29 June 2016

Falling in Love - Bab 10

AKU mengambil fail projek pembangunan di Johor
untuk diperbaiki semula. Segala laporan yang tertera pada
fail tersebut perlu aku susun semula agar ia teratur dan tidak
terlalu serabut sangat kalau nak baca nanti. Lagipun projek ni
adalah projek usaha sama syarikat aku dengan syarikat Encik
Raykal jugak.
Aku bangun dari tempatku dan berjalan menuju ke bilik
yang menyimpan kesemua maklumat yang berkaitan dengan
projek yang bakal bermula tak lama lagi. Cari punya cari...
Bongkar punya bongkar... Dapat jugak apa yang nak dicari. Lama
jugaklah aku bertapa dalam bilik tu, siap bukak heels aku ni lagi.
Nak buat proposal punya pasal, kenalah ada maklumat yang
berkaitan dan lengkap.
Mata sibuk membaca maklumat pada dokumen.
Tanpa aku sedar, aku terlanggar seseorang yang bertentangan
denganku. Adeh... Tu lah... Khusyuk punya pasal. Bersepah dah
fail-fail yang aku bawa dari bilik ‘kebal’ tadi.
“Sorry, tak sengaja langgar. Salah saya,” ucap maafku
pada orang yang aku langgar ni. Dia pun turut tolong aku ambil
semua fail yang bersepah kat atas lantai.
“It’s okay. I pun salah jugak tadi. I jalan tak tengok
depan,” balas suara tersebut. Memanglah aku tak perasan
dengan siapa aku langgar. Bila dah dengar suara tadi, baru aku
sedar yang aku sebenarnya dah terlanggar Encik Raykal. Aduii...
“Maafkan saya, Encik Raykal. I’m too careless,” ucapku
sambil memberi tanda maaf ala-ala orang Korea dengan Jepun
tu.
“It’s okay,” balasnya lagi. Betul-betul kalut aku hari ni,
tak taulah kenapa. Macam sengaja nak buat sibuk.
“Encik Raykal buat apa kat sini?” Soalku. Eh... Eh...
padahal soalan tu tak patut tanya pun. Tapi, dah kalut punya
pasal, tanya ajelah.
“Hari ni kan I ada meeting. Don’t you remember?”
Soalnya. Aku menggaru kepala sambil tersengih macam kerang
busuk.
“Dah habis meeting ke?” Soalku lagi sebab aku masih
belum dapat lihat kelibat Encik Ikmal. Yang aku nampak hanya
Encik Raykal sorang je buat masa ni.
“Ikmal tak join pun meeting tadi. Only Harrizan, Farhan
and I dalam meeting tadi. Kan dia ada lunch meeting. Takkan
you tak tau?” Tanyanya lagi. Memanglah hari ni merupakan
hari blur aku.
“Jom kita pergi lunch. Dah pukul 1 ni,” ajaknya lagi.
Aku mengerling ke arah jam tangan di tangan kiriku. Jarum
pendek sudah pun berada di angka satu. Terasa nak tolak aje
pelawaan dia ni, asyik keluar dengan dia aje. Nanti bebudak ofis
kata apa pulak.
“It’s okay. Encik Raykal pergilah dulu. Saya ada kerja
sikit lagi nak dibuat,” balasku.
“Kerja tu takde lari ke mana pun. Kerja tu takkan habis
kalau you keep working on it. Take a rest, badan you pun nak
rehat, perut tu pun nak diisi jugak. Dah, pergi letak fail tu dulu.
I tunggu kat sini,” arahnya. Isyy... Nak jugak paksa aku ni, apa
pasal? Hah... Ni aje jalan yang terbaik.
“Actually, saya dah buat McDelivery. Kejap lagi
sampailah,” kelentongku.
“Oh... Really? Tak apalah kalau macam tu. I terus balik
ofis ajelah kalau gitu. Hmm... By the way, kereta you macam
mana? Still under workshop?” soalnya.
“Oh... Dah ok dah... Thanks a lot,” ucapku.
Lelaki itu mempamerkan senyuman padaku. Sikit
tawarlah sebab aku dah tolak pelawaan dia untuk makan tengah
hari. Dia terus sahaja melangkah keluar dari pejabatku. Pada
masa yang sama, perutku sudah memulakan irama K-Popnya.
Aduss... Padan muka kau, dah ada orang nak belanja kau, ajak
kau pergi makan, tapi kau pergi tolak. Padan muka dengan kau,
Cik Ja.
Kau tau tak, kau dah tolak satu pelawaan yang
memang dapat menjimatkan duit kau pada waktu kemuncak
macam ni. Kau tau tak, duit kau tinggal berapa ringgit je???
Kad ATM kau pun tertinggal kat rumah. Dalam dompet kau tu
tinggal 10 ringgit aje, itu pun nak buat isi minyak balik rumah
nanti. Kalau dah kira dengan duit minyak, memang kau takkan
lepaslah, Cik Ja oiii…
Nampak gayanya, aku kena ikat perutlah sampai ke
malam jawabnya. Kriuuukkk... Alamak perut aku berbunyi
bukan main kuat! Haii... Perut... Janganlah kuat sangat. Aku
tau kau lapar, tapi… Macam nak menangis tersedu-sedu pun
ada jugak. Salah aku jugak, entah macam mana aku boleh pergi
tinggalkan kad ATM aku di waktu genting macam ni.
Aku meletakkan kepala di atas meja, mata menatap
terus ke monitor komputer, mulut mencebik. Buat-buat sedih
pada diri sendiri, tapi takde siapa pun yang nak tengok! Tanganku
pula memegang perut yang dari tadi asyik mendendangkan
entah lagu apa. Dah tak macam lagu Korea pun ada jugak.
Untuk menghilangkan rasa lapar tu, aku bermain
The Sims Social kat dalam Facebook tu. Tapi, itu tetap tidak
membuatkan perut aku untuk terus berhenti berbunyi. Dia
buat bunyi lagi. Adoi... Kenapa sadis pulak hidup aku untuk
hari ni. Takpe... Takpe... Kita kena bersyukur, sekurang-kurang
aku lapar untuk hari ni je jika dibandingkan dengan rakyat yang
ada di Somalia tu.
Tak lama kemudian, pintu bilikku diketuk, games
The Sims Social dah aku minimize, buat-buat tengah ada kerja.
Padahal... Takde menda pun yang nak dibuat. Yang aku nak
tahan gelak, aku buka fail projek kerjasama syarikat dengan
syarikat milik Encik Raykal kat atas meja, tapi dalam komputer
aku buka fail senarai nama calon pekerja untuk ditemuduga
minggu depan.
Aku terasa bau masak asam pedas yang begitu kuat
menusuk hidung dan sudah pasti berbau kat dalam bilik aku
sekarang ni. Kemudian, sebuah polisterin sudah terletak di atas
mejaku. Aku merenung ke arah polisterin itu lama.
“I tau you lapar. You tak order McD pun. Tapi, you
sanggup tipu kat I yang you dah order makan. I dah tanya
Shikin kat bawah tu. Takde siapa pun yang order McD hari ni. I
tau you tak ada duit nak beli nasi, kan? I tak tau you suka makan
apa, I just ambil apa yang I rasa you boleh makan kut. I pun ada
beli untuk I punya. If you don’t mind, kita boleh makan sama.
Kat mana you selalu makan, eh?”
Kata-kata Encik Raykal tu memang membuatkan aku
tersentap, sepatah perkataan pun tak terkeluar dari mulutku ni.
Macam tau-tau aje yang makanan kegemaran aku asam pedas.
Tak kisahlah ikan jenis apa, janji asam pedas.
Aku bangun dan garu kepala. Ikhh... Si mangkuk ni...
Ikhhh… Semua benda dia tau ni, apahal? Dia ni pakai ilmu
nujum pak belalang ke? Dia dah pun ambil polisterin yang dia
letak kat atas meja aku tadi. Dia dah pun berdiri di muka pintu.
“Kita makan kat pantri ajelah,” cadangku. Dia terus
memberi laluan kepadaku untuk aku keluar menuju ke pantri.
Dia terus mengikutiku dari belakang. Sampai aje di muka
pantri, langkahku terhenti. Penuh! Ala... Mana nak lepak ni?
“Kenapa?” Soal Encik Raykal. Memang jelas dia tak
nampak apa yang ada kat pantri sekarang ni.
“Hah, Meen. Tak turun makan ke?” Soal Ila padaku.
“Turun. Ni nak ambil pinggan dengan mangkuk
kejap,” kataku sambil melangkah menuju ke kabinet pinggan
mangkuk.
“Aku tak nampak pun kau tuu… Eh... Encik Raykal?”
balas Ila. Dia dah nampak Encik Raykal kat belakang.
“Hai,” sapa Encik Raykal pada Ila. Aku terus aje
mengambil dua pinggan dan mangkuk untuk dibawa. Mungkin
bilik aku bakal menjadi tempat untuk makan tengah hari ni.
“Encik Raykal lunch dengan Encik Ikmal ke?”
“Nope! I lunch dengan Yasmeen,” jawab Encik Raykal.
Ikh… Tak boleh simpan rahsia betul mangkuk tingkat ni.
Terangkat-angkat kening Ila dibuatnya. Perlu ke dia beritahu
kat Ila ni? Isyy…
“Ada apa-apa ke?”
“Ada… Ada nasi,” selorohku. Aku terus kembali
berjalan menuju ke bilikku semula sambil membawa pinggan
dan mangkuk.
“Okay, I’ve got to go. Nice meeting you,” ucap Encik
Raykal pada Ila. Aku dah buat muka toya satu sen.
Encik Raykal pun ikut aku lagi sekali dari belakang.
Memanglah aku kena bahan tak lama lagi. Aku masuk sambil
meletakkan pinggan dan mangkuk kat atas meja aku. Sebelum
tu, aku kemaskan semua fail, dokumen dan kertas-kertas yang
bersepah kat atas meja. Aku susun pinggan dan mangkuk kat
atas meja.
“Nak letak kat mana ni?” Soal Encik Raykal padaku.
“Meh sini,” polisterin itu bertukar tangan.
“Ambil air kat pantri,” arahku.
“Air?” Ulang Encik Raykal. Ikh… Boleh blur pulak
mangkuk tingkat ni.
“Air minumlah. Nanti kalau tercekik tulang ikan, siapa
nak bertanggungjawab?” Balasku.
“I ada. I lah yang kena bertanggungjawab,” jawab
Encik Raykal.
“Itu kalau saya yang tercekik tulang ikan tu. Kalau
Encik Raykal yang tercekik tulang ikan tu?” Soalku padanya.
“Youlah yang bertanggungjawab,” jawab Encik Raykal
lagi. Amboi-amboi dia ingat aku ni apa bagi dia? Kalau tak ingat
dia ni kawan baik Encik Ikmal, dah lama aku pijak-pijak dia ni.
Ikut sesedap rasa dia aje berkata-kata. Tak tengok kiri-kanan
langsung!
“Dahlah, pergilah ambilkan air minum. Biar saya
susun ni dulu,” arahku lagi. Makin lama aku layan makin sakit
jiwa aku rasa. Okey, nanti sepanjang makan, aku nak diam aje.

No comments:

Post a Comment