DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 29 June 2016

Falling in Love - Bab 6

AKU terus menekan nombor telefon Jepah, nak
juga tau apa perkembangan baby kesayangan aku tu di tangan
Jepah sekarang ni. Moga-moga dapat perkembangan yang
baiklah untuk kereta kesayangan aku tu.
“Jepah... Apa cer??” Tanyaku.
“Ja... Tak boleh siap esoklah... Kereta kau ni terkena
sampai kat bahagian air-cond dia ni. Ambil masa, nak pergi cari
barang lagi ni,” jawabnya. Isy... Takkan sampai ke situ pulak
rosaknya?
“Kena kat tempat air-cond? Teruk betul ke ni? Kau
jangan main-main dengan aku, Jepah,” aku memang dah cuak
sebenarnya. Kalau dah terkena kat situ, maka dengan rasminya,
memang banyak duit nak kena keluarlah ni!
“Betullah aku cakap ni. Ingat aku main-main ke?
Memang terkena kat bahagian air-cond ni. Teruk ni, Ja. Tapi,
yang bahagian dalam tu aku dah siapkan, tinggal bahagian luar
ni aje. Memang tak boleh nak siapkan esok, kena ambil masa
lagi ni,” jawab Jepah.
Aku mengeluh panjang. Duit lagi nampaknya.
Hmmm…
“Kau repairlah dulu mana yang teruk-teruk tu, nanti
bila dah siap, kau roger aku,” balasku.
Aku terus mematikan talian perbualanku dengan
Jepah. Aku merenung pada skrin telefon bimbitku, lama. Jam
pun sudah menunjukkan hampir 11 malam. Letih benar badan
ni rasanya sebab hari ni aku terpaksa balik menggunakan
pengangkutan awam. Mujur juga aku tiba di rumah sebelum
pukul 8 malam, sempat juga aku tunaikan solat Maghrib. Kalau
tidak, hmmm.. terlepaslah Maghrib aku.
Belum pun sempat aku merebahkan tubuh di atas
katil, pintu bilikku diketuk dari luar.
“Cik Ja, abah ni. Boleh abah masuk?” Soal abah dari
luar.
“Masuk ajelah, bah. Pintu tak kunci pun,” jawabku.
Aku berpindah tempat duduk di tepi katil dan memberi ruang
kepada abah untuk duduk di kerusi yang menempatkan meja
belajarku dulu yang kini dah menjadi meja kerjaku.
“Kereta Cik Ja macam mana?” Soal abah sebaik sahaja
melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Aku memandang sayu
pada abah yang sudahpun melepasi setengah abad itu.
“Cik Ja baru je call Jepah tadi. Rosak teruk katanya,
sampai terkena bahagian air-cond tu. Tak boleh nak siapkan
esok,” jawabku sambil duduk bersila di atas katilku dan
memeluk patung teddy bearku.
“Pagi tadi pergi macam mana?” Soal abah lagi. Mula
pula aku terasa macam kena soal dengan polis je pun. Huhuhu…
“Pagi tadi ada orang jemput,” jawabku tanpa ada nak
selindung-selindung. Buat apa nak menipu benda yang betul
pun.
“Boyfriend? Isy... Isy... Isy... Kenapa tak bagitau dengan
abah pun!” Balas abah pulak. Eh... Eh... Bila masa pulak?
“Apa pulak abah ni, Cik Ja takde kata apa-apa pun
lagilah. Kalau ada, Cik Ja bagitau kat abah dulu tau! Boleh abah
basuh dia cukup-cukup. Ehehehehehe,” selorohku.
Kalau ada boyfriend pun aku ni, waktu ni jugak
aku suruh abah cakap dengan dia meskipun di telefon. Tapi,
masalahnya… Aku takde boyfriend, macam mana aku nak
suruh abah ‘basuh’ dia cukup-cukup?
“Pandai pun. Macam nilah anak abah. Tapi, mak ada
bagitau kat abah, yang mak cik Temah bagitahu, yang mak cik
Leha kamu ada cakap dia ada nampak lelaki yang jemput kamu
pagi tadi,” kata abah yang cuba nak korek-korek rahsia yang
tersembunyi daripada aku.
Abah ni, buat aku nak tergelak aje. Lepas sorang,
sorang. Haikss... Abah ni nak berbasa-basi lagi dengan anakmu
ini. Abah ni macam tak pernah kenal je Mak cik Leha dengan
Mak Cik Temah tu macam mana. Tapi, kalau ayat daripada Mak
Cik Leha aku kurang percaya sikit.
“Abah ni… Dah tau sepuluh patah apa yang mak cik
Leha tu kata, dua belas tak boleh pakai, nak jugak percaya,”
balasku.
Dah memang betul, meskipun abah memang dah tahu
benar Mak Cik Leha tu macam mana, tapi nak jugak percaya
apa yang Mak Cik Leha cakap dengan mak dan mesej tu pass
terus kat abah.
“Tapi, kalau dah bukan takat mak cik Leha aje yang
nampak, budak Aben dengan Jimbet and the gang pun nampak
jugak kamu tu, kamu nak kata apa?” tanya abah balik kat aku.
Owhh... Baru teringat dengan si Aben dan Jimbet and
the gang yang dok bolayan cakap orang Perak tu.
“Dengar kata lelaki tu handsome macam ala-ala mix
gitu. Siapa yang kamu minat tu? Lee Min Ho?” tambah abah
lagi.
Aku tersenyum, bukan sebab suka, sebab nak tergelak
sebenarnya. Lain betul muka mangkuk tingkat tak siap tu
dengan Lee Min Ho. Isy... Isy... Isy...
“Huish... Abah ni... Simpang! Lain sangat muka dia tu
dengan Lee Min Holah!”
“Hah... Dah mengaku tu. Dah nampak dah... Haaa…”
kata abah. Alamak! Memang aku terperangkap dengan abah ni.
“Abah ni... Saja nak perangkap Cik Ja! Itu bukan
boyfriend Cik Jalah,” balasku. Aku terus menarik muncungku
panjang.
“Alah... Mana tau lelaki tu boleh jaga sepenuh hati
anak abah ni, okey apa! Jangan lambat sangat Cik Ja, nanti
abah kempunan nak dapat cucu!” kata abah pula. Howaaa...
dah menyimpang jauh dah tu... Sampai ke cucu pulak perginya
abah ni!
“Apa pulak abah ni... Tu... anak along tu dah ada,
cukuplah tu,”
“Isy... Lambat tangkap pulak budak ni. Abah nak
merasa main dengan anak kamulah pun,”
“Apa ni abah. Tak sukalah… Baru 25 tahun.”
“Ha’ah... yelah tu. Sekarang kata baru 25. Nanti dah
sampai 28 pun nak kata ala... Baru 28. Cik Ja, abah dengan mak
ni bukannya muda lagi. Dah tua, abah nak tengok semua anak
abah ni berkahwin, ada anak. Tinggal Cik Ja sorang je yang tak
kahwin lagi. Anak-anak abah ni bukannya ramai. Kami teringin
sangat nak tengok kamu dirikan rumah tangga. Biarlah abah
dengan mak dapat tengok semua anak abah ni dah berkeluarga
sebelum kami tutup mata.”
“Abah ni... Janganlah cakap macam tu pulak.”
“Apa pulak tak betulnya,” sangkal abah pula. Abah
pandang tepat ke arahku. Muka serius je. Ya... dah memang
masuk ke topik yang agak serius juga waktu ni.
“Abah... Ajal, maut tu semua di tangan Tuhan. Kita tak
boleh nak kata bila kita akan mati. Muda ke, tua ke, tapi kalau
ajal dah sampai, kita akan kembali jugak pada Dia,” kataku
dengan penuh tenang.
Dalam masa yang sama aku memberikan senyuman
pada abah. Kita tak boleh nak sangkal lagi janji yang telah Allah
tetapkan pada kita. Smile for me. Abah terus sekeh manja-manja
kat kepala aku.
“Budak ni... Bercakap memang pandai,” seloroh abah.
Aku terus mempamerkan hampir seluruh gigi pada abah.
“Mestilah... Nama pun anak abah. Anak Sarjan Mejar
Hamidi mehh!” kataku.
“Cepatlah, Cik Ja. Siapa lelaki tu?” Soal abah lagi. Mak
aiii... Aku ingat dah habis dah informasi yang abah nak tau pasal
mangkuk tingkat tak siap tu. Kena mengelak ni...
“Aik... Tak habis lagi ke? Huwarrghhh… Cik Ja
mengantuklah abah. Esok nak kerja ni,” balasku.
Malas nak beritahu apa-apa walau sepatah pun
mengenai si mangkuk tingkat tak siap a.k.a. Encik Raykal
Asyraff itu. Aku terus berbaring mengiring ke arah kanan, lalu
mengambil bantal yang berada di sebelah lalu terus menutup
mukaku.
“Isy... Budak ni. Ni... Abah nak cakap. Kalau Cik Ja
nak pakai kereta abah tu, pakailah. Esok abah takde nak pergi
mana-mana,” jawab abah. Isy... Betul ke apa yang aku dengar
ni? Boleh bagi pinjam kereta Honda CR-V abah ke ni?
“Betul ni?” Soalku untuk mendapatkan kepastian.
“Amboi, bukan main terbeliak mata tu bila kata boleh
pakai kereta abah, eh?”
“Mestilah! Limited edition tu, nak usik pun tak berani!”
“Janji dengan abah tau.”
“Janji…”
“Janji dengan abah, cepat beritahu dengan abah
sekarang siapa lelaki yang jemput Cik Ja pagi tadi,” kata abah.
Adoiii… Teruklah abah ni. Kena perangkap lagi.
“Ala…” Balasku sambil memuncungkan mulut.
“Janji... Tak boleh dimungkiri!” Arah abah.
“Okey... Okey... Lelaki itulah yang cakap dengan abah
masa Cik Ja accident hari tu. Lelaki itulah yang accident
dengan Cik Ja. Okey... Puas hati dah? Cik Ja mengantuk ni,”
ujarku sambil menggosok-gosokkan mata tanda ‘mengantuk’.
“Oh… Apa nama budak tu? Raykal Asyraff, kan?
Hensem sangat ke budak tu sampai mak cik Leha kau tu siap
nak jatuh cinta lagi buat kali yang keempat puluh empat?” Soal
abah padaku.
“Biasa-biasa ajelah, bah. Takde terbeliak pun mata Cik
Ja ni tengok muka dia. Cik Ja lebih rela tengok muka Lee Min
Ho sampai pengsan meskipun dia jauh di Korea sana,” jawabku
pula. Memanglah pun, comel lagi Lee Min Ho, dengan lesung
pipit dia tu. Huissshh... Cair tau!
“Isy... Budak ni... Banyak betul berangannya. Nak lelaki
ala-ala Lee Min Ho, boleh nyanyi lagu Korea je,” balas abah.
Abah terus sahaja pamit untuk keluar dari bilik dan
pintu bilik terus ditutup rapat oleh abah sendiri. Aku hanya
tersenyum sambil memeluk bantal.
Aku tersengih-sengih, bukan sebab Lee Min Ho tapi
pasal dapat pinjam kereta abah sebentar yang ala-ala limited
edition itu. Walaupun hanya kereta Honda CR-V, bagi aku
ia tetap limited edition, sebab takde sorang pun yang boleh
pegang kereta kesayangan abah tu. Memang kereta tu abah jaga
dengan baik.
Tapi, mengenangkan anaknya ini yang lebih
memerlukan kereta itu daripadanya, kesian tengok anaknya ini
terpaksa tumpang kereta orang, balik pula naik bas berebutrebut.
Sayang kat anak punya pasal, abah bagi juga pinjam. Cik
Ja janji akan jaga kereta abah baik-baik.

No comments:

Post a Comment