MINGGU yang agak membosankan tambah serabut
bagi aku. Hari ni aku lepak bersama Jepah, tanpa ditemani oleh
Encik Raykal pun. Kalau tak, mesti nak join da club. Tapi, dia
dah beritahu dengan Jepah awal-awal yang dia tak dapat join
sebab dia kerja kat luar KL selama seminggu.
Aku hanya bermain-main straw pada air yang aku
minum. Lama aku duk renung air tu. Tak tengok skrin putih
yang terpampang game bola yang best pun. Manchester City
lawan Manchester United tuh!
Jepah dah start pelik dengan aku yang memang
tak fokus langsung dengan game yang sedang berlangsung
sekarang ni. Padahal kelab favourite aku tengah on the game
lawan dengan Manchester City.
“Cik Ja!” Jerit Jepah membuatkan lamunanku tadi
terus terhenti.
Aku kembali ke alam realiti. Aku betul-betul terpingapinga
ni. Amendanyalah dia jerit weh, kalau pelan aku tak kisah.
Ni sampai meja hujung dekat tepi jalan tu pun boleh dengar si
Jepah ni panggil aku.
“Hah? Apa dia?” soalku.
“Apa dia kau tanya kat aku?! Dari tadi aku panggil kau,
tau tak?” Marah Jepah padaku. Muka dia dah berkerut je.
“Sorry... Sorry sangat-sangat weh. Aku betul-betul tak
dengar kau panggil aku tadi,” balasku lalu minum teh ais yang
aku kacau dari tadi.
“Kalau kau ada masalah, bagitau. Jangan diam aje.
Aku nak tengok game ni pun takde moodlah! Kalau macam ni,
lebih baik aku tengok budak rempit,” marah Jepah. Aiseh... Aku
dah spoilkan mood dia malam ni. Lagilah aku tak sedap hati.
“Sorry, Jep. Aku betul-betul serabut ni,” jawabku.
“Pasal apa?” Soalnya.
“Biasalah…” Jawabku ringkas dengan harapan dia
dapat memahami aku.
Padahal bukan itu yang aku maksudkan. Yang
serabutnya bila dapat tahu yang nasi kandar tu memang dah
confirm kerja di bawah satu bumbung dengan aku nanti. Tapi,
aku tak nak beritahu hal ni kat dia. Tak sanggup! Apatah lagi
si nasi kandar tu memang member kamceng dia jugak. Sebab
itulah si nasi kandar tu tau apa jua tentang aku sekarang ni,
sebab informernya si mangkuk hayun tak guna yang ada kat
depan aku sekarang ni!
“Biasalah?” Ulangnya.
“Kau ni... Macam tak tau pulak!” Jawabku sambil
menguak rambut panjangku ni yang dah ke depan dan hampir
menutup seluruh mukaku. Aku bersandar sambil menonton
perlawanan bola di skrin sisi kiriku.
“Ke… Kau ada masalah dengan Is?” Teka Jepah.
Pandanganku beralih ke arah Jepah sekali lagi.
“Boleh tak kau jangan sebut nama dia depan aku lagi?!”
tengkingku tapi dengan nada yang perlahan.
“Kau tak payah nak tipu akulah, Ja. Aku dah tau
semuanya. Lepas ni pun kau akan selalu panggil nama dia
sebab tak lama lagi dia akan kerja satu tempat dengan kau,
kan?” balas Jepah.
Kedua keningnya diangkat untuk mendapatkan
kepastian. Aku mengeluh berat. Kemudian berpeluk tubuh.
Aku hanya mampu diam. Malas nak beritahu apa yang Jepah
dah pun tau.
“Ja... Betulkan apa yang aku cakap ni, kan? Is akan
kerja sama tempat kerja dengan kau, kan?” Desak Jepah lagi.
Soalan tu memang betul memaksa aku untuk mengatakan ya
pada Jepah. Aku mengangguk perlahan.
“Apa yang susah sangat? Kau anggap dia sebagai
colleague kau aje sudahlah,” kata Jepah.
“Kau cakap memanglah senang. Yang kena
tanggungnya aku. Ikutkan hati, aku memang tak ingin nak
tengok muka dia lagi lepas apa yang dia dah buat kat aku dulu,”
balasku.
“Benda tu dah lama berlalu, Ja. Dah hampir lapan
tahun pun.”
“Kalau kau ada kat tempat aku waktu tu, for sure kau
takkan cakap macam tu depan aku sekarang. Kau tak rasa apa
yang aku rasa. Kau ingat, senang ke aku nak lupakan apa yang
dah jadi lapan tahun lepas? Tak semudah tu, Jep!” Tukasku.
Air mataku dah mula nak bergenang, tapi aku tahankan
aje. Kami diam buat seketika, Jepah pun diam aje tanpa berkatakata
walau sepatah pun. Berani lagi dia nak cakap, berdebat
dengan aku. Sinilah!
“Aku ingat aku datang sini dapatlah jugak release
tension aku yang serabut ni. Boleh tolong backup aku, bagi aku
semangat balik, support semua. Tapi, kalau macam inilah…”
Kata-kataku terhenti. Aku terus mengambil helmet di bawah
meja dan terus bangun dari kerusi.
“Lebih baik aku balik. Takde guna aku duduk sini, tapi
menambahkan otak aku yang serabut ni,” tambahku.
“Kau sendiri yang nak serabutkan otak kau, kenapa?”
Marah Jepah kat aku.
Aku malas nak jawab dan layan, karang ada juga helmet
yang melayang kat kepala dia. Aku dah elok pegang helmet ni,
belum pakai lagi.
“Cik Ja!” Jerit Jepah.
Aku terus menghampiri skuter yang baru aku terima
lebih kurang tiga minggu yang lepas. Air mataku dah mengalir
lama tanpa Jepah sempat melihatnya. Belum sampai kat tempat
skuter aku dan lap air mata, aku terlanggar seseorang.
“Sorry,” ucapku dengan nada bergetar. Aku tunduk
tanpa melihat wajah orang yang aku langgar. Tapi, aku begitu
pasti dengan wangian yang dia pakai, selain kereta yang baru
sahaja diparkir betul-betul bersebelahan dengan skuterku.
Encik Raykal!
Eh... Tadi mangkuk ni kata ada kerja kat luar KL. Dah
siap kerja ke mangkuk ni? Ah... Lantaklah, apa kisah pulak aku
pasal dia ni?! Yang penting sekarang, aku perlu blahkan diri dari
kedai aney ni. Tapi, tak tau lagi sama ada aku nak balik rumah
ataupun nak merayap. Kalau nak merayap, merayap ke mana
pulak? Ah... balik je lah...!
SAMPAI AJE di rumah, aku terus kunci pintu pagar, rantai
skuter, masuk rumah dan terus naik atas, masuk bilik sampai
aku tak kisah langsung Along dengan Abah yang dok panggil
aku.
“Awal balik Cik Ja, bola tak haaaaa… Apahal pulak
tu?” Soal Along yang baru aje lalu kat depan aku dari dapur
sambil pegang dua mug. Matanya terus aje tengok aku berjalan
daripada muka pintu sampailah naik ke bilik.
“Adalah tu…” jawab Abah, matanya masih lagi
tertancap pada skrin televisyen.
“Takkan gaduh dengan Jepah pulak? Sampai nangis
tu,” balas Along.
“Nangis? Bukan pasal Jepahlah tu. Jepah takdenya
nak kasi anak abah sorang tu nangis. Mesti pasal orang lain ni.
Kalau abah tau Jepah, malam ni jugak abah serang rumah dia,”
balas Abah.
“Kisah pulak abah!”
“Mau abah buat tak kisah pulak? Anak abah tu! Tu lah
yang paling busuk, comot. Adik kau jugak, kan?” kata Abah lagi.
Kita abaikan ajelah apa yang terjadi lepas aje aku
dah naik ke atas, sebab setakat itu aje yang aku dengar dari
mulut diaorang. Aku terus masuk dan kunci pintu bilik. Aku
menghempaskan tubuhku dan menangis sepuas-puasnya.
Aku tak sangka yang Jepah lebih berpihak kat si nasi
kandar tak guna tu. Jepah yang sentiasa bersama aku tak
kisah apa jua keadaan, tak kira waktu aku tengah sedih ke apa
sekalipun. Dia tetap cuba bagi support aku. Tapi, apa yang dia
dah buat tadi betul-betul dah melukakan hati aku. Dia sanggup
nak menangkan si nasi kandar tu daripada aku.
Tak lama lepas tu, telefon bimbit aku berbunyi nada
dering After Love daripada FT Island. Ohh... aku baru je tukar
nada tu. Itu tandanya ada mesej masuk. Dengan penuh rasa
malas, aku menyeluk poket untuk ambil telefon bimbitku.
Mungkin daripada Jepah. Tapi, sangkaanku meleset.
I tau you ada problem dan I tau apa punca
problem yang menimpa diri you sekarang
ni. If Jepah can’t help you, then I will. Any
problem you can share with me.
Yaaa... whatever la mangkuk tingkat. Aku lemparkan
handphone tu jauh sikit, dan sudah berada di tepi katil, sikit
lagi nak jatuh tu. Ah, lantaklah. Malas aku. Nak jatuh, jatuhlah.
Tak nak jatuh, sudah. Otak aku ni pun berselirat je rasanya ni.
Telefon bimbit aku berbunyi lagi nada After Love. Mesej
lagi, ikh… Malas betul nak baca. Tapi, tangan ni tetap jugak
menggatal nak ambil handphone tu. Dari mangkuk tingkat ni
lagi!
I know you had a problem since you met
Iskandar few weeks ago. I know the way
he treat you. I saw it. No need to worry, I’ll
protect you. Esok kita meet somewhere. See
ya n miss you. =))
Aigoo... Mesej dia ni memang buat aku tersenyum
sendirian. Bukannya apa, sebab dia memahami aku apa punca
masalah tu datang. Aku letak balik handphone tu, tapi kali ni
biarkan ia di tepi aku. Tak lama lepas tu, mesej masuk lagi,
adoiii…
Kesatlah air mata tu, it looks ugly when
you cry. Just forget it what Jepah told you
before. Tak mau nangis2 lagi, okey! Hope
will see you tomorrow with a beautiful
smile! Pergilah tido…
Ala… Mangkuk tingkat ni... Buat masa ni aku memang
betul-betul takde masa nak senyum-senyum lagi. Bagi aku
lepaskan apa yang tersimpan dalam hati ni dulu. Huhuhu…
No comments:
Post a Comment