DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 29 June 2016

Falling in Love - Bab 14

“CIK JA! Bangun!” Jerit Laila, anak Along yang
paling busuk tu dari luar. Adoii… Budak kecik ni, potong stim
aku nak tido betullah!
“Cik Ja, bangunlah!” Jerit Laila lagi sambil mengetukngetuk
pintu bilikku. Aku menarik bantal dan menutup telinga.
“Besok-besoklah Cik Ja bangun! Pi main jauh-jauh!”
balasku pula meskipun dalam keadaan mamai.
“Ada orang dah tunggu Cik Ja kat bawah. Dia nak
keluar dengan Cik Ja tu! Bangunlah!” Kata Laila lagi.
“Ala… Suruh orang tu baliklah. Cik Ja malas nak
keluar hari ni!” Balasku lagi.
Malas! Ketukan dan panggilan dah pun senyap. Hah...
Bolehlah sambung tidur balik. Tak sampai beberapa minit aku
nak lena, pintu bilik diketuk lagi.
“Cik Ja! Bangun, tu si Raykal dah tunggu kat bawah
tunggu Cik Ja tu! Cepat siap-siap,” panggil mak pulak. Hah...
Aku tak salah dengar ke ni? Aku terus bangun dari tempat
baringku.
“Hah, siapa mak?” Soalku balik.
“Raykallah! Raykal...! Cepat sikit siap, nanti lagi lama
dia tunggu kat bawah tu!” balas mak.
Ikh... Betullah! Aku tak salah dengar ni! Encik Raykal
ada kat rumah aku, a.k.a ruang tamu, tingkat bawah. Raykal
mana lagi yang aku kenal selain Raykal Asyraff, sorang tu je lah
pun! Aku terus berlari membuka pintu dengan harapan si Laila
kecik tu masih ada di depan pintu bilik.
“Cik Ja, tu Pak Su Ekal kat bawah tu, suruh Cik Ja pakai
baju lawa-lawa,” kata Laila sebaik sahaja aku memanggilnya
menghampiriku. Amboi-amboi budak ni. Awal-awal lagi dah
panggil si mangkuk tingkat tu Pak Su nampak!
“Laila tolong Cik Ja kejap, tolong pilih baju, boleh?”
pintaku pada si kecik ni.
“Cik Ja yang nak pegi dating, bukan kita.”
“Ala... Tolonglah... Laila kan pandai pilih baju lawalawa
untuk Cik Ja. Laila tolong Cik Ja ek, nanti Cik Ja belikan
teddy bear,” pujukku pada si kecik sambil berjanji nak bagi
habuan kat dia ni.
“Okey,” jawab Laila pantas dan dia terus aje masuk ke
dalam bilikku.
Aku terus menghampiri almari bajuku dan
membukanya. Aku kemudian mengambil satu persatu pakaian
yang bersesuaian untuk dipakai. Satu demi satu aku tunjuk kat
Laila, satu pun tak berkenan kat hati budak kecik ni. Sampailah
baju yang terakhir yang aku rasa, itulah pilihan terakhir aku
kalau aku dah terdesak sangat nak pakai.
“Hah... Baju inilah Cik Ja! Tak pernah Lela tengok Cik
Ja pakai baju ni lagi,” pinta si budak kecik ni.
Dress paras lutut bersama cardigan yang memang dah
lama aku jadikan bahan pekasam kat dalam almari, yang budak
kecik ni tunjuk dan suruh aku pakai. Mataku bulat pada baju
yang ditunjuk oleh Laila, kemudian pandanganku dialih ke arah
budak kecik tu.
“Tak mau!” Bangkangku.
“Ala... Cik Ja… Lela tak pernah tengok Cik Ja pakai
baju ni. Pakailah... Eh...? Eh??” pujuk Laila. Sejuta kali pun,
dan kalau dibayar sejuta ringgit, ataupun dalam pound sterling
aku tetap takkan pakai baju tu.
“Takpelah... Cik Ja pakai baju ni je,” kataku sambil
menunjukkan blaus dengan jeans yang memang jarang-jarang
juga aku pakai. Laila memuncungkan mulutnya.
“Suka hati Cik Jalah!” Balas Laila lalu keluar dari
bilikku.
Aku terus mencapai blaus yang parasnya atas daripada
lutut tu dan jeans yang dah aku keluarkan daripada almari
tadi lalu kuletakkan di atas katil. Pantas aku mencapai tuala
dan terus masuk ke dalam bilik air. Selesai mandi, aku terus
menyarungkan pakaian dan terus dandan sedikit. Rambut
disikat jangan nampak sangat kusut macam orang baru bangun
tidur lalu kubiarkan ia lepas dan mekap nipis sahaja.
Aku belek-belek muka untuk pastikan tak ada bedak
yang bertempek kat muka. Lipgloss yang sedikit terang daripada
warna bibir aku calitkan. Aku betulkan sedikit rambut dan terus
sahaja mencapai beg tangan. Kasut yang sedia tersimpan dalam
kotak di bawah almari aku ambil lalu aku keluarkan.
Pantas sahaja aku matikan kipas, pendingin hawa dan
semua lampu dalam bilik. Aku menutup pintu dan terus turun
ke bawah. Aku nampak Encik Raykal sedang berborak sakan
dengan abah.
“Dah siap dah? Tak nak breakfast dulu ke, Cik Ja?” Soal
abah sebaik aje dia melihatku yang baru turun dari bilik.
“Minum dulu sikit, jangan biarkan perut tu kosong.
Mari, Raykal. Bang, bawak si Raykal tu minum sekali,” ajak
mak.
Aku mengangguk perlahan, aku meletakkan kasut
yang aku bawa dari dalam bilik tadi ke luar. Beg aku letakkan
di atas sofa. Aku terus sahaja menghampiri meja makan dan
tolong mak tuangkan teh panas ke dalam cawan.
“Jom Raykal, kita minum dulu,” ajak abah yang baru je
bangun dari sofa. Encik Raykal pun ikut bangun sebaik je diajak
oleh abah.
“Mak, along pergi mana? Si kecik tu aje yang ada kat
rumah ni,” soalku pada mak. Mak terus meletakkan kuih-muih
di atas meja.
“Diaorang semua pergi rumah mak cik Zara. Si Laila
ni aje yang tak nak ikut. Mak yang tak bagi, ingat kejap lagi mak
nak keluar bawak dia pergi jalan-jalan sekali,” balas mak.
“Asyik pergi jalan-jalan dengan tok ma je. Nak jugak
keluar dengan Cik Ja,” rengek si kecik. Hah... Peluang nak
ambil kesempatan ni! Hehehe
“Laila tak boleh ikut Cik Ja dengan Uncle Raykal,
diaorang nak pergi tempat lain. Tak bestlah kalau Laila ikut
sekali,” jawab mak.
Eh...eh... mak ni. Ikutkan hati, Cik Ja lagi suka kalau
ada sorang budak ikut. Dahlah tak biasa keluar dengan si
mangkuk tingkat ni, apatah lagi unsur-unsur ‘date-ngedate’
dengan mangkuk ni. Memang tak ada dalam kamus hidup lagi
pun. Chet, takde dalam kamus hiduplah konon! Okey, tapi itu
yang dah berlalu, dan sekarang aku dah benci tahap gaban pada
‘orang’ tersebut.
“Ala... Bolehlah, tok ma. Cik Ja, boleh kan?” Rayu
Laila.
“Tak apalah, mak. Biar hari ni Laila keluar dengan Cik
Ja,” jawabku. Nak menangkan si kecik ni punya pasal.
“Bolehla, tok ma…” pujuk Laila lagi.
“Hari ni Laila bagitau aje dengan tok ma, Laila nak
pergi mana?” pujuk mak dengan si kecik ni.
“Kita pergi Genting Highlands boleh tak, tok ma?” Soal
Laila.
“Genting kena pergi awal pagi baru seronok nak main.
Kita pergi Sunway Lagoon ajelah, boleh?” balas mak. Hmm...
Lagilah sakan budak ni. Melompat-lompat kat atas kerusi
dibuatnya.
“Yeay!! Pergi Sunway Lagoon!” Jerit Laila. Encik Raykal
hanya tersenyum melihat telatah si kecik sorang ni.
“Ala... Mak... Bolehlah... Hari ni je Cik Ja bawak Laila.
Lagipun Cik Ja tak pernah bawak Laila pergi jalan-jalan lagi.
Bukannya selalu. Bolehlah, mak,” rayuku lagi. Mak mengerling
ke arah Laila.
“Lela tak kisah... Pergi dengan tok ma ke, pergi dengan
Cik Ja dan Pak Su ke,” jawab Laila. Amboi, budak kecik ni, entah
bila masa la pulak Encik Raykal ni jadi laki aku? Bagi free pun
aku tak naklah!
“Pak Su?” Ulangku dengan muka berkerut-kerut.
Aku menoleh ke arah Encik Raykal yang memang dah
duduk kat sebelah aku. Dia hanya tersenyum, amboi... Suka ke?
Aku menoleh ke arah Laila pula. Laila pun tersenyum. Aik...
Macam ada pakatan je.
“Apa Encik Raykal cakap kat anak buah saya, hah?”
bisikku pada Encik Raykal.
“Nothing,” jawabnya. Senyumannya masih lagi tak
lekang dibibir. Nampak sangat ada perkara yang aku tak tau
tapi diaorang sembunyikan daripada aku.
KAMI PERGI ke Sunway Lagoon terlebih dahulu sebelum
masuk ke Sunway Pyramid selepas itu. Sengaja juga kami
masuk ke taman permainan yang tidak memerlukan pakaian
lebih sebab kami memang takde bawak pakaian pun. Lagipun
malaslah nak bermandi-manda sangat. Segala perbelanjaan
ditanggung oleh Encik Raykal sendiri, dia sendiri yang nak
bayarkan dari tiket masuk, makanan dan segala-galanya untuk
hari ni. Harapan dia, nak menggembirakan si kecik tu.
“Cik Ja! Jom main benda ni!” Ajak Laila sambil menarik
tanganku ke salah satu tempat permainan.
Encik Raykal pun hanya mengikut dari belakang.
Kami pun masuk ke salah satu permainan yang disediakan.
Aku tak pasti pulak permainan apa ni sebenarnya, bentuknya
macam kasut koboi tu dan kami duduk di situ. Bukan setakat
permainan tu aje, macam-macam lagi sampailah aku pun dah
tak larat nak melayan Laila ni. Nak tak nak, Encik Raykallah
yang gantikan tempat aku. Aku hanya menunggu mereka di
luar sambil menangkap gambar mereka sedang bermain.
“Pak Su, kita main yang tu pulak!” Ajak Laila lagi.
Panggilan tu dah macam terbiasa pula dipanggil
dengan si kecik ni. Padahal, Laila baru je bertemu dengan Encik
Raykal pagi tadi. Sekarang baru menginjak ke jam 2.30 petang.
Kurang daripada 6 jam mereka berkenalan, tapi dah boleh
serapat ini gayanya. Hmm... Aku pun hanya tersenyum aje. Aku
nampak bangku kosong yang berhampiran dengan permainan
yang Encik Raykal dan Laila main. Aku pun duduk di situ sambil
melihat gelagat mereka dari jauh.
Sekali-sekala terasa aku bawa keluargaku sendiri
untuk menghabiskan waktu hujung minggu ni dengan aktiviti
macam ni. Terasa dah ada suami dan anak pulak bila terbawak
Encik Raykal dengan Laila hari ni. Baru aku rasa nikmatnya
berkeluarga macam Along dengan Angah.
Seronoknya, dapat bergembira dengan keluarga
sendiri. Encik Raykal suami aku, Laila pulak anak aku. Amboi…
Bukan main jauh sudah angan-angan aku ni. Entah bilalah aku
akan kahwin ni, calon suami pun takde. Kih kih kih... Berangan
betul aku ni.
Akibat terleka dengan angan-angan sendiri yang
entah sampai mana, langsung aku tak menyedari bahawa ada
seseorang yang turut duduk di bangku yang sama aku duduk
sekarang ni.
“Ika sorang aje ke?” Soalan yang terpacul dari sebelah
kiriku mengejutkan aku daripada angan yang belum pasti lagi.
Ika! Tersentap aku seketika dengan panggilan tu.
Aku menoleh ke kiri, memang tak salah lagi. Dia memberikan
senyuman manis, tapi dibalas tawar olehku. Aku mendiamkan
diri saja. Malas nak menjawab soalan tu. Mataku meliar mencari
kelibat Encik Raykal dan Laila. Hilang! Mereka dah takde kat
permainan yang dimain oleh mereka tadi. Mataku mencari-cari
lagi, leher menjadi peranan untuk dipanjangkan sedikit, mana
tau mereka baru aje keluar dari tempat permainan tu.
“Ika… Is... I... could you please give me another chance
to our relationship?” Soalnya lagi. Aku mengerling tajam ke
arahnya. Beri peluang lagi?
“Peluang? Peluang apa? Peluang untuk menyakitkan
hati I lagi ke? Cukup... It’s enough… I’ve gave you so many
chances. Yang ni, peluang yang ke berapa yang you mintak
dengan I ni? Cukuplah, I dah muak dengar perkataan ‘peluang’
tu dari mulut you,” marahku. Aku cuba bangun, tapi tangannya
sempat menyambar tanganku, membuatkan aku kembali duduk
di bangku itu.
“Ika... I miss you. I menyesal sebab tinggalkan you. I
want you back to my life, please. We’ll start it again,” rayunya.
“You ni tak reti bahasa lagi ke? We’re over now. You
rayu macam mana sekalipun, I tetap takkan kembali dengan
you,” balasku dengan tegas.
“Ika…”
“Don’t you ever to call me that name again. Even that
was only you, call me for that name, I dah benci dengar nama tu
apatah lagi dari mulut you sendiri.”
“I will keep calling you Ika from now on.”
Degilnya nasi kandar ni! Dah cakap bahasa omputih
pun tak reti bahasa jugak! Aku dapat rasakan dia makin
lama makin rapat dengan aku. Wajahnya sudah semakin
menghampiri dengan wajahku. Ikhh... Mamat giler ni memang
nak kena hempap dengan batu besar, baru tau langit tu tinggi
ke rendah agaknya. Nak aje aku maki hamun kat depan public
ni kang baru tau.
“Mama!” Jerit suara kecil dari jauh. Arghh... Malapetaka
mana pulak lagi yang datang ni?! Aku menoleh, eh... Si Laila
yang berlari ke arahku.
“Mama…” Panggil Laila padaku. Terkejut aku kejap
bila Laila panggil aku Mama. Aku yakin sangat ni mesti Encik
Raykal yang mengajar budak ni panggil aku mama. Biasanya
budak ni panggil aku Cik Ja je.
“Penat kita orang cari mama, rupanya mama kat sini
lagi. Lela dah lapar ni. Papa pun dah lapar. Cari mama dari tadi
tak jumpa tau,” kata Laila padaku sambil menarik tanganku.
Aku baru dapat melihat dari jauh yang Encik Raykal sudah
makin menghampiri kami ke sini.
“Eh... Iskandar. You buat apa kat sini?” Soal Encik
Raykal pada Iskandar yang baru sahaja bangun dari bangku.
Mereka berdua saling bersalaman. Nampak wajah
Iskandar yang sedikit kendur sebaik saja melihat Encik Raykal
di depan mata. Fuhhh… Leganya hati ni bila Encik Raykal
datang tepat pada masanya. Macam tau-tau aje aku ada masalah
sekarang ni.
Iskandar hanya melihat gelagat Laila yang dari tadi
asyik memeluk lenganku bagai tak mau lepas langsung. Aku
pun mengeratkan lagi tangan Laila. Tangan Raykal pun aku
sambar jugak. Macam-macam dalam fikiran aku sekarang
ni, yang penting aku perlu selamatkan diri aku daripada nasi
kandar tak guna ni.

No comments:

Post a Comment