MATA memang tertancap ke arah skrin projektor
yang terbentang luas besar lagi gah tu. Dari jauh pun dah boleh
nampak. Tapi, otak ni penuh dengan keserabutan. Keserabutan
dengan kehadiran seorang ‘makhluk asing’ yang ikutkan hati
bukannya aku kenal sangat dengan lelaki sorang ni. Tapi, entah
macam mana Jepah boleh pergi ajak jugak mangkuk tingkat ni
tengok bola sekali, pun aku kurang pasti. Musykil aku, macam
mana dia pun boleh ada jugak kat sini? Apa motif Jepah ajak dia
sekali ni? Tau ke tidak si Jepah ni bahawa membawa mangkuk
tingkat ni menambahkan lagi kekusutan aku?
Aku menyuakan ayam tandoori masuk ke dalam
mulut. Hmmm... Sedap! Malam ni jugak, aku tak banyak cakap
seperti sediakalanya. Biasa akulah yang paling bising dan mesti
nak bergaduh dengan Jepah tentang bola, kereta, motor dan
macam-macam lagi. Tapi, malam ni seolah-olah mulutku ni
dah kena sapu dengan UHU aje. Masih boleh bercakap lagi, tapi
belum sampai tahap kena bubuh Elephant SuperGlue itu.
“Ja... Is dah balik,” kata Jepah yang memulakan
bicaranya. Matanya tertancap pada skrin projektor. Aku berhenti
sekejap dan mula berfikir.
“Is?! Is mana ni?” soalku. Aku betul-betul tak ingat,
Is mana yang Jepah maksudkan sekarang ni. Isketambola ke
Isketambatu?
“Yelah... Is... Iskandar. Berapa banyak Is yang kau
kenal?” Tanya Jepah padaku.
Aku tersedak sikit dan terus aje mencapai teh aisku lalu
kuhirup. Mau tak terkejut dibuatnya. Iskandar... Satu nama
yang dah terlalu lama aku tak dengar dan sudah lama terdelete
dalam memori ingatanku. Sebolehnya aku tak mau ingat lagi
orang yang bernama Iskandar dalam hidup aku buat masa lalu,
kini dan sampai bila-bila pun.
“Apa masalahnya kalau dia dah balik pun?” Tanyaku.
“Memang ada masalah untuk kau Ja,” balas Jepah.
“Aku tak kenal siapa Iskandar tu. Nasi kandar aku
kenallah,” jawabku pula.
“Kau ni... aku cakap betul-betul. Kau main-main
pulak!” Marah Jepah lalu membaling tisu yang dah dironyok
dan dah kotor pun, kat aku. Isy... Tak senonoh betul Jepah ni!
“Wehh... Kotorlah!” Marahku pula. Aku nak makan,
kau boleh pulak main baling-baling tisu kotor kat aku!”
“Betullah! Aku cakap ni betul. Memang ada masalah
buat kau nanti. Dia ada call aku semata-mata tanya pasal kau,”
ujar Jepah. Aku diam. Malas nak ambil tau sebenarnya.
“Dia nak jumpa dengan kau, Ja. Dia kata, sejak dia
pergi, kau tak pernah contact dia langsung,” pujuk Jepah
supaya aku berjumpa dengan Iskandar itu. Iskandar, satu nama
yang memang aku dah lupakan, tiba-tiba dimunculkan balik
pada malam ni oleh Jepah.
Iskandar... Isy... Sebolehnya aku tak mau lagi dengar
nama tu sampai bila-bila pun. Buat serabut otak aku ajelah!
Iskandar tu... Lelaki yang pernah janjikan kebahagiaan untuk
aku, konon-konon akan sentiasa bersama dan sanggup lakukan
apa aje demi aku. Konon-konon aku ni adalah wanita yang
pertama dan terakhir yang akan dia jaga sepanjang umur hidup
dia. Alih-alih, sebaik aje dia sambung belajar, dia pergi cari
perempuan lain. Mangkuk putih pulak tu!
Kalau takat kawan biasa-biasa aje, aku tak kisah. Ni
siap upload gambar tu kat dalam facebook yang dia sakan gila
berpeluk dengan minah salleh tu. Cium pipi, sambil pegang
air kencing nates, kiss-kiss pun ada jugak. Pergh... Mahu tak
terbakar hati ni bila tengok tu. Bukan setakat tu, lagi aku
bertambah benci dengan dia bila ada kejadian yang tidak
diingini membuatkan aku rasa, ada baiknya tak payah kenal dia
sampai bila-bila pun tak apa. Lepas apa yang jadi, aku terus tak
contact dia langsung sampailah sekarang.
Jepah aje yang tahu daripada A sampai Z. Jepah jugak
yang menjadi posto-posto untuk Iskandar. Aku pun bagi postoposto
kat Jepah, suruh beritahu kat Iskandar si nasi kandar tu
jangan contact aku lagi. Lepas tu, ada jugak Iskandar call aku
untuk buat penjelasan pasal semua tu.
Yang tak boleh blah tu, dia kata semua gambar tu
superimpose. Ada orang sabotaj, orang dengki kat dia. Daa…
Orang sabotaj tak maulah upload gambar yang dah kena
photoshop tu sampai berpuluh-puluh. Rajin sangatlah orang
yang sabotaj dia tu nak edit gambar banyak macam tu.
Serasanya, orang yang nak sabotaj tu pun macam tak
ada motif je nak sabotaj dia. Dia bukannya kaya macam Ananda
Krishnan sangat, tapi boleh tahan juga kekayaan yang keluarga
dia ada. Lagi satu, dia pun bukannya hensem sangat, jika
dibandingkan Encik Raykal yang kat depan aku ni lagi hensem
daripada nasi kandar tu. Nak kata dia pandai, tak adalah pandai
banyak mana. Result SPM aku lagi bagus daripada dia.
“Aku yang lost contact dengan dia ke, dia yang
sebenarnya lost contact dengan aku? Bagi information tu
biar betul sikit, eh? Jepah... Dah berapa kali aku nak beritahu
dengan kau. Aku rasa, perkataan ni dah banyak kali aku ulang
sejak 7-8 tahun yang lepas. Aku rasa, kau ni ada amnesia sikit.
Baik kau pergi periksa kat hospital,” kataku.
“Ja, benda yang lepas tu biarlah lepas. Kau tak boleh ke
nak anggap pelawaan dia tu hanya sebagai kawan aje? Aku tau
apa yang pernah jadi kat kau dan Is dulu, tapi jangan letakkan
emosi kau, perasaan benci kau pada dia tu membuatkan kau
tak nak jumpa dengan dia lagi. Walau sejauh mana pun kau
lari, nama Iskandar tu tetap ada dalam ingatan kau, meskipun
ia sebagai kenangan lalu,” ujar Jepah. Bukan main Jepah nak
memujuk aku supaya berjumpa dengan nasi kandar tu.
“Jepah... Aku minta tolong kau sekali ni je. Tolonglah
jangan paksa aku dengan perkara yang aku tak suka. Kau dah
lupa ke apa yang dia dah buat kat aku dulu? Kau bukannya baru
kenal aku semalam. Aku harap kau faham,” balasku.
Jepah mengeluh. Lama dia merenung pada air
minumannya. Dia kemudian mengacau-ngacau airnya itu
dengan menggunakan straw.
“Okeyla... Aku takkan paksa kau. Roger aku bila kau
dah bersedia nak jumpa dengan dia. Terpulang pada kau,” kata
Jepah.
Jepah dah mula malas nak desak-desak aku lagi untuk
berjumpa dengan nasi kandar. Sampai bila-bila pun aku tetap
tak akan berjumpa dengannya, walaupun aku dah bersedia
ataupun tidak. Memang tak akan! Aku memang nekad dengan
diriku sendiri.
Encik Raykal pula lebih banyak diam daripada berkatakata
pada malam ni. Matanya lebih tertumpu pada perlawanan
bola sepak antara Arsenal dengan Manchester United pada skrin
putih yang besar terpacak di hadapan restoran.
“Once you’ve ready, I boleh temankan you jumpa lelaki
tu,” tiba-tiba aje Encik Raykal bersuara.
Nyaris-nyaris aje air yang aku hirup tu tersembur kat
depan muka Jepah. Aku toleh ke arah Encik Raykal. Matanya
masih lagi tertancap pada skrin yang menyiarkan siaran
langsung perlawanan bola sepak antara Manchester United
dengan Arsenal tu.
Betul ke tidak apa yang aku dengar daripada mulut
mangkuk tingkat ni tadi? Tiba-tiba aje nak tolong aku? Aku
ni bukannya rapat sangat dengan dia ni. Dahlah tiba-tiba aje
muncul dalam hidup aku, boleh pulak jadi member kamceng
boss aku, iaitu Encik Ikmal. Yang tak boleh blah tu, Jepah yang
macam takde kena-mengena pun dah terjadi member dia, dan
boleh pulak Jepah ni mengajak si mangkuk tingkat ni lepaklepak
dengan kita orang macam sekarang ni. Entah macam
manalah dia tau aku nak repair kereta aku kat bengkel Jepah.
“Encik Raykal tak perlulah nak ambil tahu hal ni. Ni
antara saya dengan kawan saya tu,” kataku. Tak naklah aku,
dah banyak sangatlah pulak dia ni tolong aku. Entah ikhlas,
entahkan tidak.
“No. I ikhlas nak tolong you ni. Kalau you nak jumpa dia,
I boleh temankan you. I boleh menyamar jadi boyfriend you,”
cadang Encik Raykal. Isy... dah makin merepek-repek pulak aku
rasa. Aku terus menghabiskan sisa terakhir minumanku.
“Aney! Sini mari! Kasi kira semua ni,” jeritku ke arah
aney yang baru bergerak keluar ke tempat aku, Jepah dan Encik
Raykal duduk sekali sekarang ni.
“Eh... Tak payah. I’ll pay for this,” kata Encik Raykal.
“Eh… Tak apalah. Biar saya yang bayar. Encik Raykal
dah banyak tolong saya. Saya tak nak terhutang budi, nanti
tergadai dengan body pulak,” balasku lalu mengeluarkan not
RM50 tadi lalu kugenggam sebelum aney tiba di meja kami.
Baru aje aney sampai kat meja kami, Encik Raykal
terus aje memberi sekeping not RM50 tanpa ada banyak bunyi.
“Keep the change,” jawab Encik Raykal ringkas pada
aney. Aku tak sempat nak suruh aney tu kira-kira kat makanan
yang memang belum cecah 30 ringgit pun. Pergerakanku
untuk memberi aney bayaran untuk malam ni memang betulbetul
terbantut.
“Jom,” ajak Encik Raykal. Jepah dah bangun dari
tempatnya, aku pula masih lagi termangu kat tempat duduk.
Memanglah terpinga-pinga sekejap.
“Kau tak nak balik ke, Ja?” soal Jepah.
Jepah tengok aku yang masih lagi statik di meja kami
duduk tadi. Soalan tu memang serta-merta menyedarkan aku
daripada lamunan, pantas sahaja aku mengambil plastik yang
berisikan makanan untuk Along. Kemudian, aku memasukkan
semula tangan ke dalam poket untuk mengambil kunci skuter.
“You datang sini tadi naik apa? Nak tumpang dengan
I ke?” pelawa Encik Raykal sambil menekan alarm kunci
keretanya yang entah mana.
“It’s okay. Saya bawak skuter je,” jawabku lalu
menghampiri skuter Along yang aku pinjam waktu ni. Aku
meletakkan makanan Along pada pedal minyak, terus aje aku
duduk di skuter dan menghidupkan enjin skuter.
“Oh... Kalau macam tu, biar I teman you hingga you
sampai rumah. I ikut you dari belakang, dah tengah malam ni,”
cadang Encik Raykal.
Ikh... Kenapalah mangkuk tingkat ni nak ambil berat
sangat pasal aku ni? Musykil pulak aku rasa dengan mangkuk
tingkat ni. Dah terasa serba salah pula aku nak beri jawapan.
Lagipun, aku masih lagi ragu-ragu sama ada dia ikhlas atau
tidak nak teman aku balik rumah.
“Tak apalah. Lagipun rumah I dengan rumah you tak
jauh mana pun. Kita dah satu jalan. So, why not I temankan you
balik. Just want to make sure that you arrive safely,” cadang
Encik Raykal lagi. Ini dah namanya paksa-rela tau. Terpaksalah
merelakan dia teman aku balik walau dalam keadaan terpaksa.
“Up to you,” jawabku. Malas nak gaduh-gaduh dengan
mangkuk tingkat ni tengah-tengah malam macam ni, di
depan kedai mapley yang boleh tahan ramai pengunjungnya.
Jepah… Awal-awal lagi dah lesap, langsung tak nak ambil tau
perbincangan antara aku dengan mangkuk tingkat ni.
Aku terus aje memecut laju skuterku meninggalkan
kedai mapley sebaik saja Encik Raykal dah pun menghidupkan
enjin keretanya. Okey... Malam ni dia guna kereta Mercedez-
Benz. Siri yang keberapa aku pun tak tau, tak nak ambil tau dan
tak mau tau.
Hanya kurang dari 10 minit sahaja aku telah pun tiba
di rumah, aku terus memarkirkan skuter Along di tepi. Skuter
dikunci, jangan dilupakan. Nanti, tak pasal-pasal aku pulak
yang dipersalahkan. Selesai kunci skuter, aku kembali ke pintu
pagar untuk menutup dan mengunci pintu. Kereta Mercedez-
Benz milik Encik Raykal masih lagi tersadai di hadapan rumah.
Serta-merta cermin keretanya diturunkan dan terpacullah
muka Encik Raykal yang memberikan senyuman padaku.
Perghh... memanglah cair. Ikh... Jangan... Jangan... Godaan
namanya tu! Aku membalas senyumannya meskipun nipis.
“Terima kasih sebab hantar saya sampai ke rumah,”
ucapku.
“No biggies. I just worrying you sebab you tu
perempuan. Nanti kalau jadi apa-apa kat you, macam mana?
kan? So, tomorrow I will go to your office to discuss more about
our projects. See you then,” balas Encik Raykal. Aku berdiri di
hadapan pintu pagar sehingga kereta milik Encik Raykal itu
lenyap di pandangan mata, barulah aku masuk ke dalam rumah.
No comments:
Post a Comment