“NAIK, aku hantar kau balik.” Senafas terluncur
kata-kata yang Khalish sendiri tidak percaya diucapkan oleh
bibirnya. Rasa mahu ditepuk-tepuk mulutnya yang celupar.
Lain yang disusun rapi, lain pula yang terkeluar. Sungguh
tiada sekuman pun niat di hati mahu menuturkan katakata
bernada keras begitu. Isy...Tadi sudah dia rancang mahu
berkata yang lebih sopan dan berbahasa pada si dia yang sudah
lama ditunggu kepulangannya ini.
Khalish mahu menyelesaikan perkara yang tidak
selesai antara mereka selama bertahun-tahun ini. Dan perkara
itulah yang menghantui hidupnya sejak si dia ini pergi.
Pergi membawa diri demi maruah diri yang teruk tercalar.
Dan pemergiaan itu tanpa si dia ini sedar turut menyeret
sekeping hati milik orang lain bersama. Sekeping hati milik
seorang Khalish Ariq.
Nak buat apa sekarang? Mulut tidak berjahitnya ini
sudah terlajak menguntum kata yang kesat pengucapannya
biarpun dia tidak berniat begitu sebenarnya. Sungguh,
Khalish tidak sengaja. Rasa mahu ditampar sahaja mulutnya
yang tidak mahu langsung berkompromi. Sekian lama
Khalish menunggu saat ini. Alih-alih lain pula jadinya.
Tadi di depan Ray dia cuba menyembunyikan egonya. Tidak
mahu mengakui hakikat sebenar tentang apa yang disebut
oleh Ray. Ya, memang benar Khalish berhutang dengan si
dia di depannya ini. Hutang maruah yang membuatkan
hidupnya selama lima tahun ini tidak pernah tenteram.
Bayangan wajah persis anak patung comel itu mengekori
hidupnya tanpa surut. Tanpa henti. Setiap saat dan ketika.
Cuma dia sahaja yang awal-awal dahulu enggan
mengakui akan hakikat sebenar yang sedang membadai dalam
jiwanya. Si pemilik wajah anak patung comel inilah
penyebabnya. Annur Qistina jauh membawa lari hati Khalish.
Jauh menyeberang lautan dan pentas benua.
Mata masih dilontar pada susuk tubuh di depan.
Aneh, wajah lembut yang sering dilabel orang sekeliling
bagaikan patung Barbie Doll yang terkenal itu tidak lagi
seperti dahulu kala memandangnya. Tiada lagi riak manis.
Senyumnya langsung tenggelam di sebalik wajah tenang
yang tidak berkutik saat kedua-dua saling bertatapan tadi.
Tubuh itu dilihat masih takzim duduk. Langsung tidak
mempamerkan apa-apa reaksi atas kata-kata arahan yang
tersasar dari paksi sebenarnya.
Kepala yang bersadur tudung corak abstrak
yang lembut dilihat sedang terjenguk-jenguk ke arah jalan.
Khalish turut menoleh ke belakang. Mahu melihat apa yang
dilihat oleh Qistina. Lengang. Mata kembali dihalakan kepada
wajah yang sedikit pun tidak menoleh kepadanya.
Qis…please. Please look at me, Qis... Qis... we have to
talk. A talk between you and me. A deep talk.
Qis, I knew the whole story but it’s late. You’ve gone.
Gone without saying goodbye to me.
Qis, I knew it’s hard for you over there.
Qis, I knew you’re suffer... big suffer. A lot. I am too.
Qistina kian gusar. Melihat susuk tubuh di
depannya ini, dia mahu pengsan! Ya Allah kenapa
cepat benar mereka dipertemukan kembali. Dada berdegup
kencang. Rentaknya sudah pelbagai. Qistina sudah makin
tidak keruan. Di dalam hati dipanjatkan doa agar diri
diperlihara daripada lelaki di hadapannya ini.
Please... please taxi... please come. Dear taxi
where the hell are you!!! Oh, tolonglah. Qistina terjenguk
lagi ke tengah jalan. Ya Allah, kenapalah harus aku jumpa
dia lagi. Kenapa harus Kau temuikan aku dengan wajah
ini lagi. Kenapa Kau datangkan dia lagi di depan aku
hari ini. Kenapa Kau kirimkan dia di sini temui aku
lagi. Kenapa Kau seret lagi kenangan itu. Kenapa Kau
kembalikan lagi segala yang ingin aku lontar jauh dari hidup
aku ini. Kenapa?! Qistina ketap bibir. Dibawa lari wajah dan sisi
mata dari memandang ke depan. Tidak mahu. Tidak sanggup.
Just go away, Khal. Just go away...
“Qis..” Khalish memulakan lagi. Diatur langkah
ke arah palang besi di perhentian. Mata Qistina bercahaya.
Tubuh terburu-buru ditegakkan lalu berlari-lari anak ke
jalan. Tangan kanan digoyang-goyangkan. Deras. Laju-laju.
Khalish nyata terpinga-pinga. Tergamam dengan tindakan
pantas Qistina yang tiba-tiba. Kepala berpusing 180
darjah.
Enjin merah putih berhenti di belakang BMW
hitamnya. Tubuh Qistina sudah hilang dalam perut enjin
merah putih yang meluncur laju. Segalannya cukup pantas.
Umpama kilat. Mata tidak lepas memandang ke arah teksi
merah putih yang melepasi dia yang sedang tegak tidak
bergerak di hentian. Qistina dilihat tidak menoleh.
Memandang ke arah bertentangan. Tidak sudi mahu menatap
seraut wajah Khalish.
Padan muka kau, Khal! Itu baru permulaan.
Not easy, Khal. Not easy. Dilepaskan nafas yang tersangkut.
Halkum bergerak-gerak menahan lonjakan rasa amarah yang
mahu melepaskan diri keluar dari tubuh. Kedua-dua tangan
mencengkam pinggang. Bibir diketap seketika.
Annur Qistina. Nama itu terluncur lagi.
Qistina!!!
“WHAT?!” Dua biji mata Zita terbuntang. Tubuh dihempaskan
pada sofa disebelah Qistina. Diengsut tubuh kurusnya sedikit.
Memberi ruang pada sahabat baik merangkap tuan rumah
tempat dia menumpang teduh sejak kembali menjejak bumi
Kuala Lumpur.
“Wow… dear, mama in the making, could you
please slow down your soprano tone. Sakit telingalah.
Bergegar gegendang. Sekarang waktu untuk aku bersantaisantaian.
Please, mama.” Mata Qistina dikelip-kelipkan.
Zita ni kalau menjerit boleh tahan melangsing suara
dia. Janganlah yang dalam perut itu kuat menjerit nanti,
parahlah Azhar dibuatnya. Cakap pasal Azhar. Lelaki itu
tiada bersama mereka malam ini. Malam ni hanya
mereka bertiga yang menghabiskan hidangan makan
malam yang dimasak oleh Zita dan Qistina.
Azhar tidak ada malam ini kerana akan
pulang lewat kerana ada perjumpaan dengan
rakan-rakan sekolej lamanya. Ada sesi bual-borak perasan
bujang kata Zita. Hahaha… Zita, Zita… Ada saja topik
mengenakan Azhar. Dan Azhar akan tenang sahaja. Sabar
ajelahkan, Har. Pembawa budak macam tulah gayanya.
Maisarah sedang leka menonton Si Alvin dan
rakan-rakannya menaiki kapal untuk bercuti bersama
Dave. Layan Alvin, Simon dan si debab Theodore dengan
Sarah mesti best ni, kan. Tubuh mahu bergerak turun ke arah
Sarah yang sudah terbaring mengadap skrin Samsung
gedabak sebelum tangannya deras ditarik oleh Zita. Isy,
mak cik ni pantang aku buka mulut. Itu yang malas hendak
bercerita.
“Dah sudah jangan cuba nak lari selagi cerita kau
tak habis ya, mak cik. Duduk diam-diam kat sebelah aku ni.”
“Mak cik?! Hello aku tak kahwin lagi okey. Bergetah
dan kenyal kalah chewing gum dikunyah tau!”
“Pergh...”
Berderai ketawa.
“Si jantan kurang ajar tu datang tunggu kau kat ofis?”
“Hmm...”
“Dasar muka tak malu. Kenapa sibuk nak cari
sekarang. Dah insaf ke? Huh... dah terlambat!” Zita lontar
rasa geram yang sekian lama terbuku di dada. Mendengar
apa yang baru disampaikan Qistina sebentar tadi, hatinya
yang sudah kian sejuk kembali hangat. Mengelegak!
“Isy... kau ni Zie. Sudahlah tu. Ingat banyakbanyak
kau tu tengah mengandung. Hmm… cuba jaga emosi
dan lidah tu sikit. Kesian baby kat dalam tu. Terperanjat dia.
Zita angkat kedua-dua tapak tangan separas bahu.
“Okay, noted. Sorry.”
“Hmm... Accepted.”
“Qis..”
“Ya...”
“Waktu dia datang dekat then kau buat apa masa tu?”
“Buat apa lagi. Cabutlah, chow dan segala perkataan
yang sewaktu dengannya. Suka tak suka tak dengan apa
aku buat.” Qistina mengajuk cara Chef Ammar yang cukup
terkenal dengan slot hidangan barakah di rancangan
televisyen Al-Hijrah yang dia tonton semalam. Seronok
melihat chef asal timur tengah tu berbahasa melayu sambil
memasak.
“That is my girl. Bravo. Yes!” Zita terjerit kecil.
Qistina tergelak. Maisarah menoleh sambil mendengus
perlahan dengan jari telunjuk keras di bibir. Amaran!
Zita dan Qistina dua-dua serentak angkat tangan.
“Baru padan dengan muka jantan tak guna tu.”
“Jantan lagi? Kasarnya bahasa kau, Zie.”
“Dah tu? Kau nak sebut apa. Jejaka? Teruna? Lelaki
budiman? Or an idiot handsome bachelor.”
“Hmm... yang akhir tu kalau buang perkataan idiot
memang sah sedap bunyinya kat gegendang. Don’t you think
so, dear?”
“Ha’ah... tak ada maknanya. Buang masa tau tak.
Boleh berambuslah dengan jantan macam tuh. Just got to
hell!” Zita pandang Qistina yang sudah mengeleng seraya
menggoyang jari telunjuk. Isyarat melarang. Zita mencebik.
Qistina senyum seraya ketawa kecil. Muk coklat panas yang
sudah suam-suam di tangan dibawa ke bibir. Lafaz
basmallah dilafaz sedikit kuat. Maisarah menoleh sambil
tersengih. Qistina mengenyit mata. Dicicip sedikit cairan coklat
yang sudah suam.
“Yang patut marahkan aku, Zie. Yang patut
sakit hati kan aku. Yang patut nak keluar segala kata-kata
makian tu kan daripada mulut aku. Hmm...”
“Qis...”
Qistina geleng kepala.
“Aku balik bukan untuk kutip kenangan lalu.
Aku balik bukan untuk toleh balik dan jejak sejarah lepas.
Aku balik bukan untuk kutip segala yang tertinggal dahulu.
Tak… tak, Zie. Aku balik sebab tanggungjawab aku
memanggil aku balik. Past is past, Zie. Yang dah lepas
takkan kembali seperti biasa, Zie. Hati aku ni dah kosong.
Plain.” Betul ke, Qis? Mata dipejam sesaat. Dihela nafas.
Mata memandang pada skrin yang sedang
menayangkan Alvin sedang galak berdansa. Ah… alangkah
bahagia jika hidupnya seindah dan seceria seperti itu. Tiada
masalah yang singgah dan menghantui saban ketika.
Terasa elusan lembut di bahunya. Dilentukkan kepala
ke bahu Zita. Mahu meminjam sedikit bahagia.” Aku bukan
Annur Qistina lima tahun dahulu. Aku Annur Qistina yang
sudah lalui masa lima tahun yang penuh sengsara. Aku
Annur Qistina yang sudah hilang rasa cinta di hati dan
jiwanya. “
Zita dakap bahu Qistina. Kuat. Kejap. Mata jauh
merenung Maisarah yang mengekek memandang Alvin
yang sudah terbang ke udara bersama rakan-rakannya.
“MA...” Tubuh dihenyak pada sofa gebu yang menanti di
ruang tamu utama. Kepala sudah terbaring di riba sang ibu.
“Khal dari mana ni, sayang.” Elusan di rerambut
cukup mendamaikan. Mententeramkan dada yang hangat
dan terasa mahu pecah. BMW dibawa deras bagaikan
bersayap. Nasib baiklah jalan lengang dan tiada mata-mata
penguatkuasa undang-undang yang berada di lokasi. Tidak,
penyata pasti sampai. Hulur sahaja keping-keping ungu di
kaunter. Selesai.
“No where...”
Hajah Mazni lepas nafas. Gerak geri si anak tidak
sukar dijebak. Dibiarkan dahulu. Dia belum mahu
memulakan.
“Hmm... dah makan? Kalau tak mama suruh
Mak Ning panaskan. There are your favourite dish. Crab
curry. Sedap sangat Mak Ning masak hari ni. Abah makan tiga
kali tambah.”
Khalish geleng kepala.
“Tak seleralah, ma. Khal penat. Penat sangat.
Nak lelap kejap.” Mata lantas terpejam. Hajah Mazni hanya
memerhati raut wajah bujur sirih cerah yang sedang lena
di riba. Ditelan nafas lembut. Diusap wajah anak
bongsunya itu. Anak yang sangat dia sayang. Anak yang paling
manja dengannya. Anak yang memberi ceria dalam hidupnya
yang begitu kepinginkan seorang putera setelah dua puteri
berada dalam senarai ahli keluarganya bersama Haji Azman.
“Khal...” Dielus perlahan rambut lurus panjang
milik Khalish.
“Hmm…” Suaranya tenggelam dalam lena yang
mula meniti. Desiran nafas turun naik.
“Khal pergi jumpa Annur, kan.”
Air liur rasa tersekat. Mata masih terpejam. Dada
bergetar. Degupan jantung berlari laju. Ada hentakan di
hamparan dada saat nama itu kembali meniti di bibir mama.
Nama yang cukup bermakna buat mama suatu waktu dahulu.
Nama yang cukup memberi bahagia dalam hidup mama.
Mama, Khal minta maaf...
Khal sungguh sungguh minta maaf, ma...
No comments:
Post a Comment