Kami bertemu sekali lagi di Café Banaffe di petang hari
minggu. Sukar benar untuk mencari tempat
yang sesuai untuk kami duduk berbincang di Johor Bahru ini. Akhirnya sekali lagi tempat itu dipilih
setelah aku merasakan keselesaan semasa pertemuan keluarga kami tempoh hari di
situ.
Sewaktu aku sampai, Tuan Megat sudah sampai terlebih dahulu. Nampaknya dia memang seorang yang amat
menepati masa. Sesuai dengan
profesionnya yang memerlukan sentiasa patuh pada masa. Aku melihat pakaiannya cukup santai petang
ini. Hanya mengenakan jeans biru
gelap dan T-shirt putih lengan pendek.
Aku boleh melihat lengannya yang berotot-otot. Kulitnya yang asalnya putih kemerah-merahan
kelihatan sedikit gelap. Mungkin akibat
banyak berjemur di tengah panas.
Ah! Kenapa ke situ pulak
mataku. Jaga mata Wani!
Sememangnya aku tidak dapat menafikan akan kekacakan wajahnya. Sebab itu, aku agak terpegun melihat wajahnya
sewaktu kali pertama aku bertemunya ketika aku disaman dahulu. Dia nampak lebih segak di dalam uniform
kerjanya. Namun begitu, aku tidak tahu
kenapa kelebihan yang dimilikinya itu tidak dapat memikat hatiku. Aku tidak tahu, lelaki yang bagaimana lagi
yang akan berjaya membuka ruang hatiku untuk bercinta jika Tuan Megat juga tidak
berjaya untuk memikat hatiku.
“Assalamualaikum….”, aku memberi salam sewaktu dia datang
menjemputku ke tempat duduknya.
“Waalaikumsalam….”, jawabnya dengan senyuman manis.
“Maaf terlewat sikit….dah lama tunggu?”, soalku dengan rasa agak
bersalah.
“Tak lama sangat pun…..tapi kerana Wani berpuluh tahun pun saya
sanggup tunggu…”, balasnya mengusikku.
Hmmm…..ayat romeo dah mula kedengaran.
“Yelah tu…”
“Alhamdulillah…..sejuk hati saya dapat tengok Wani senyum macam ni.
Harap-harap senyum Wani tu berkekalan
hingga kita balik nanti ye….”, sambung Tuan Megat lagi seolah-olah ingin
menyindirku.
“Bergantung kepada keadaan….kalau menyenangkan, tak ada sebab untuk
saya masam muka….”, jawabku juga menyindirnya.
Tiba-tiba seorang pelayan wanita datang mengambil pesanan. Aku dapat melihat pelayan wanita itu asyik
mencuri-curi pandang ke arah Tuan Megat.
Aku pun tidak hairan dengan situasi itu kerana aku memang sedia maklum
dia memang ramai peminat perempuan!
Aku hanya memesan fresh orange dan nasi ayam penyet manakala
Tuan Megat memesan kopi ‘O’ tanpa gula dan nasi arab. Ringkas sahaja pesanan kami kerana kami
datang untuk berbincang dan bukannya untuk bersantap bagai. Nampaknya dia memang peminat nasi arab kerana
tempoh hari dia juga memesan makanan yang sama.
Jika diikutkan hatiku, aku sudah hilang selera untuk makan tetapi
setelah Tuan Megat mendesakku agar memesan makanan, aku terpaksa juga. Suruh aku teman dia makan katanya. Mengada-ngada betul!
Sementara menunggu pesanan sampai, kami berbual-bual kosong.
“Wani tinggal sorang aje ke kat rumah sewa Wani tu?”, Tuan
Megat membuka bicara setelah keadaan menjadi sepi seketika. Hanya kedengaran riuh rendah suara dari
pelanggan-pelanggan lain.
“Taklah….saya tinggal berdua dengan rakan serumah yang mengajar di
sekolah yang sama, Izyan….”, entah kenapa aku merasakan diriku cukup skema
ketika menjawab soalan Tuan Megat.
“Masih single juga?”
“Siapa?”
“Rakan serumah Wani tulah…..”
“Kenapa? Nak berkenalan ke?”
“Hishh!! Apa pulak ke
situ? Nak tackle yang sorang ni pun bukan main susah lagi…”
“Manalah tahu kan?
Yelah…dengan wajah handsome macam ni, takkanlah cukup sorang aje
kan? Mestilah nak kumpul buat
koleksi….”, sindirku.
“Terima kasih atas pujian…ikhlas ke pujian tu?”
“Pujian apa?”
“Kata saya handsome…”
Aku tergelak.
“Perasan!”
“Saya tak kata….Wani yang kata saya handsome….”
“Hai! Takkanlah takde yang
puji macam tu?”
“Ada…ramai….dah tak hairan pun!”, jawabnya eksyen.
“Berlagaknya!”
“Alah! Takde apa yang
nak dieksyenkan. Semua tu hanya
sementara….”
Ewah! Berdramalah
pulak. Padahal bukan main suka orang
puji dia!
“Izyan tu baru aje kahwin…lebih kurang setahun….”, aku menjawab
juga soalan yang ditanya mengenai Izyan tadi.
“Habis tu, mana suami dia?”
“Kerja di Trengganu…..”
“Maknanya mereka tinggal berjauhanlah ye?”
“Ya….jumpa dua minggu atau sebulan sekali….”
“Kasihannya….”
“Apa yang kasihan?”
“Kasihan kat room mate Wani tulah….”
“Kenapa pulak nak kasihan kat dia?
Dia ok aje…..”
“Kasihanlah sebab berjauhan dengan suami. Perasaan suami isteri ni tak sama dengan
pasangan yang tengah hangat bercinta…..bila berjauhan macam tu, tambah pulak
cuma boleh berjumpa dua minggu atau sebulan sekali, dah tentulah mereka akan
merindui satu sama lain….”
“Hah! Baguslah macam
tu…..bila berjauhan, perasaan rindu sentiasa mekar. Kalau dekat, asyik nak gaduh aje….”
“Wani fikir macam tu ke?
Kalau saya, saya tak sanggup berjauhan dengan isteri saya. Silap-silap hari bulan, langsung tak boleh
bekerja dibuatnya…..”
“Itu mengada-ngada namanya.
Dah mereka masing-masing ada tanggungjawab pada kerja, terpaksalah
mereka berkorban sikit…..”
“Itu bukan mengada-ngada…..dah tentu tempat seorang isteri kan di
sisi suaminya….bila dah berjauhan macam tu, apa ertinya sebuah perkahwinan
itu?”
“Tak kena pada batang hidung sendiri, bolehlah cakap…..kalau dah
terkena, memang takde pilihan….terpaksa juga hadapinya walaupun perit….”
“Nasib baik Wani dekat dengan saya…..”
“Apa kena-mengena dengan saya pulak?”
“Yelah….kalau ditakdirkan kita ada jodoh, saya tak sanggup berpisah
jauh-jauh…”
Perasan! Siapa yang nak
kahwin dengan awak? Ringan saja mulut
aku hendak melafazkannya tapi aku menghormati perasaannya. Aku hanya luahkan kata-kata itu di dalam
hatiku saja.
“Apa nak susah? Kalau isteri
jauh, kan ramai lagi koleksi lain….”, balasku sengaja ingin mengenakannya.
Tuan Megat ketawa mendengar kata-kataku.
“ Wani rasa saya macam tu ke?”, soal Tuan Megat lagi setelah
ketawanya reda.
“Rasa apa?”
“Rasa saya suka kumpul perempuan buat koleksi macam yang Wani cakap
tu….”
“Hmmm…entahlah…tapi tak mustahilkan? Orang kacak dan berpangkat macam awak ni
takkan takde yang sukakan. Saya
tengok pelayan tadi pun asyik curi-curi pandang awak aje!”
Tuan Megat ketawa lagi. Aku
naik lemas bila tengok dia tak habis-habis ketawa. Apa yang lucu sangat?
“Kesian saya ni kan? Asyik
kena tuduh perkara yang saya langsung tak buat.
Agaknya memang perkara-perkara macam ni yang terpaksa orang yang diberi
sikit kelebihan oleh Allah macam saya ni hadapikan?”
“Tak payahlah minta simpati….”
“Bukan minta simpati….tapi minta keadilan. Saya kerap kena judge macam tu
sedangkan kadang-kadang orang yang menuduh saya tu langsung tak kenal
saya. Jadi adil ke?”
“Bukan menuduh tetapi secara lumrahnya begitulah. Kebanyakan orang yang ada kelebihan macam
awak ni begitulah sikapnya….”
“Itu mereka….bukan saya….”
“Boleh percaya ke?”
“Terserah…..kenallah saya dulu kalau nak tahu….”
Pandai betul dia! Dalam tak
sedar, sempat dia masuk jarum!
Makanan yang dipesan sampai tetapi kali ini dihantar oleh pelayan
lelaki pula dan bukannya pelayan yang mengambil pesanan tadi. Dia menyusun pesanan di atas meja kami.
“Pandai nak kata saya….Wani pun apa kurangnya…”, tiba-tiba Tuan
Megat bersuara sebaik sahaja pelayan lelaki itu beredar.
“Apa dia?”, soalku pelik.
Kenapa tiba-tiba sahaja Tuan Megat berkata begitu. Apa yang sudah aku buat?
“Saya tengok pelayan lelaki tu bukan main lagi main mata dengan
Wani….dia tak nampak ke boyfriend Wani ni duduk tercongok kat depan
Wani?”, luah Tuan Megat dengan nada yang kedengaran agak cemburu.
Kali ini aku pula ketawa.
Bila masa pulak pelayan lelaki itu bermain mata denganku? Aku hanya melihat wajahnya sebagai ucapan
terima kasih di atas perkhidmatannya itu.
“Kalau saya soal soalan yang sama macam Wani tanya tadi, boleh
tak?”
“Nak tanya apa?”
“Berapa ramai koleksi teman lelaki Wani?”
“Wajar ke soalan tu?
Agak-agak logik tak soalan tu?”
“Ooo…kalau tanya saya boleh pulak…tapi bila tanya Wani pandai pulak
kata soalan tu tak wajarlah…tak logiklah….tengok, adil ke tu?”
“Awak lelaki….saya perempuan….”
“Tak adil sungguh….ooo kalau lelaki mesti sikap macam tulah? Perempuan pulak tak?”, soal Tuan Megat masih
tidak berpuas hati.
“Kalau nak tanya soalan macam tu, tengoklah orang yang nak ditanya….sesuai
atau tak dengan soalan tu? Saya tak akan
terus hidup macam ni kalau ada banyak koleksi….lainlah awak….”
“Saya lagi? Hmmm…..whateverlah
Wani….”
No comments:
Post a Comment