DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 16 March 2016

DARIPADA SEKEPING SURAT SAMANMU - BAB 6



Selesai sahaja sesi ceramah, aku terpaksa mengiringi Tuan Megat minum petang bersama pengetuaku.  Mulanya aku cuba mengelak dengan meminta rakan setugasku menggantikan tempat aku, tapi malangnya rakanku itu menolak.  Nak tak nak, aku terpaksa juga duduk semeja minum petang bersamanya.  Sekadar menghormati tetamu dan sebagai tanda terima kasih di atas kesudiannya menyampaikan ceramah sebentar tadi.  Sebaik sahaja selesai ceramah tadi, aku selaku pengacara majlis telah meminta pengetuaku untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Tuan Megat di hadapan pelajar-pelajarku.  Kini aku sekali lagi meminta pengetuaku menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit sebagai tanda penghargaan semasa di meja makan tetapi dia menolak dan enggan menerimanya.
“Tak apa hajah….saya ikhlas menyampaikan ceramah tadi.  Cukuplah cenderahati yang saya terima tadi.  Terima kasih banyak-banyak…”, Tuan Megat menolak pemberian pengetuaku dengan lembut.
“Eh, janganlah macam tu Tuan Megat.  Kami dah ambil masa dan tenaga Tuan….takkanlah semuanya percuma pulak…”, balas pengetuaku pula.  Seperti biasa, aku hanya menjadi  pemerhati tidak diundang di situ.
Hishh!! Jual mahallah pulak.  Orang dah bagi tu ambil ajelah!
“Macam saya katakan tadi, saya ikhlas…dan saya anggap ceramah ini juga sebahagian dari tugas dan tanggungjawab saya.  Bukan mudah nak beri kesedaran kepada orang ramai terutama dalam kalangan remaja sekarang ni….saya pun nak berterima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada kami pihak polis untuk menjalankan tanggungjawab ini….”, balas Tuan Megat lagi dengan penuh kesantunan.  Tidak seperti bahasa-bahasa yang digunakan semasa menghantar mesej kepadaku dahulu.
Huh!  Pandai betul berlakon!
“Tuan patut berterima kasih kepada cikgu Puteri…sebab ini adalah idea persatuannya…”, balas pengetuaku.
“Oh, ye ke?  So, terima kasih banyak-banyak ye cikgu Puteri….lain kali boleh panggil kami lagi….”, ucapnya sambil tersenyum kepadaku.
“Sama-sama…”, balasku dengan sopan sebab aku pun sepertinya sedang berlakon.
Tiba-tiba telefon bimbit pengetuaku berbunyi.  Kami hanya memerhatikan dia menjawab panggilan itu.
“Err…Tuan Megat…saya minta maaf sebab tak dapat nak temankan Tuan minum sebab ada pegawai dari PPD sedang menunggu saya di atas…”, ujar pengetuaku secara tiba-tiba sebaik sahaja dia menamatkan perbualan di telefon bimbitnya.
It’s ok hajah….”
“Puteri….awak temankan Tuan Megat minum ya?”, arah pengetua kepadaku pula.
Aku tiada pilihan selain terpaksa menganggukkan kepala walaupun pada hakikatnya aku seperti mahu menjerit di situ.
Huaaaa!!!!  Kenapa mesti tinggalkan aku berdua dengan mamat ni??
“Boleh cikgu Puteri temankan saya?”, soal Tuan Megat di hadapan pengetuaku.
Aku tidak menjawab sebaliknya menghadiahkan jelingan maut kepadanya.  Sukalah tu!  Aku tahu, memang dia menunggu masa yang sesuai untuk balas dendam kepadaku.
Hishh!!  Kalaulah aku tahu, dialah penceramahnya, sumpah aku tak akan uruskan ceramah ini atau kalau terpaksa juga, aku sanggup tukar penceramah lain biar pun terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal.  Memang aku tidak bernasib baik kali ini.
Aku duduk kembali di meja makan yang boleh menempatkan empat orang sebenarnya, tetapi kini hanya tinggal kami berdua.  Aku mulai panik.  Tidak tahu apa yang harus aku lakukan.  Aku merasakan diriku menjadi kaku secara tiba-tiba.
“Bila boleh minum ni?  Asyik termenung aje!  Nak jemput saya minum atau nak suruh saya tengok awak termenung di sini?”, Tuan Megat sudah memulakan provokasi pertamanya.
Aku menjelingnya.
“Takkan saya nak kena suapkan kot?”, balasku geram.
“Kalau nak suapkan pun apa salahnya…”, dia mengusik lagi.
Aku menjelingnya lagi.  Kalau tadi jelingan dengan sudut 45, kali ini aku bagi jelingan 90.
“Amboi!  Garangnya….macam ni ke layan tetamu?  At least, tuangkanlah air ni….”
Malas hendak memanjang-manjangkan masa di situ, aku pun menuangkan penuh air teh ke dalam cawannya.  Dia kulihat hanya merenungku dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibirnya.
“Beri hati ke ni?  Tuang air bukan main penuh….kenapa tak letakkan besen aje kat depan saya ni?”, sindirnya setelah melihat aku menuang penuh air teh ke dalam cawannya hingga hampir melimpah keluar.
“Tuan Megat….jemput minum.  Saya dah nak balik….dah petang sangat ni.  Dah tak ada orang pun kat sekolah saya ni!”, balasku geram.
“Eh, kita berdua ni bukan orang ke?”
Eh!  Sempat lagi dia nak bergurau senda dengan aku.  Ni, ada juga yang kena sedas dengan aku ni kang!
“Tuan Megat…please…I’m serious ok…rumah saya jauh.  Nanti jalan jam…
Don’t worry….kalau jalan jam, nanti saya escort awak.  Bukan senang polis trafik nak escort awak tau….selalunya VVIP aje yang dapat escort dari polis trafik ni….”, balasnya selamba.
Aku sudah tidak terkata.  Lagi banyak aku cakap, maknanya lebih banyak aku terkena dengannya.
“Wani….apa yang awak marahkan sangat dengan saya ni sebenarnya?”, soalnya kali ini dengan nada yang kedengaran serius.
Aku melihat wajahnya sekilas kerana agak terkejut dengan cara dia memanggil aku.  Seolah-olah dia sudah terlalu mengenaliku dan kami seperti sudah terlalu mesra.
“Marah?  Bila pulak saya marah dengan Tuan?”
“Kalau tak marah, kenapa layan saya macam ni?”
“Layan macam mana?”
“Saya call awak langsung tak angkat.  Saya hantar mesej cakap baik-baik tapi awak balas….masya allah….cukup sinis…apa masalah awak sebenarnya ni?  Awak marahkan saya sebab saya saman awak ke?”, soalnya serius ingin tahu.
“Err…Tuan…saya rasa Tuan sudah terlalu jauh berfikir.  Honestly, saya tidak pernah fikir fasal Tuan….apatah lagi nak marah.  Saya tak kisah pun fasal saman tu….sebab memang saya dah buat salah….saya tak jawab panggilan Tuan sebab saya rasakan tiada apa yang nak kita cakapkan…apa pun saya minta maaf kalau mesej-mesej Tuan yang saya balas agak kasar….tapi terus terang, saya memang tak suka diganggu oleh orang yang saya tak kenali….itu saja…saya harap Tuan faham…”, balasku panjang lebar setelah merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pegawai polis trafik seorang ini.
“Awak tahu tak apa masalah awak sebenarnya?”, soalnya tiba-tiba.  Aku dapat mendengar nadanya agak keras kali ini.
Aku mengangkat keningku tanda ingin tahu apa masalahku sebenarnya.
“Sombong…berlagak dan perasan bagus!”
Dush!!  Terasa seperti aku ditumbuk di mukaku dengan kata-katanya.
Excuse me….Tuan bercakap seolah-olah Tuan terlalu mengenali hati budi saya sedangkan kita langsung tidak pernah mengenali antara satu sama lain!”, balasku dengan suara yang agak bergetar akibat menahan rasa marah yang menggila.
Aku benar-benar rasa terhina dengan kata-katanya.  Apa haknya untuk mengatakan aku begitu.  Dia kenal aku ke?
“Saya tak perlukan masa yang panjang untuk mengenali orang macam awak ni….setakat beberapa jam ini pun sudah cukup untuk saya menilai siapa awak sebenarnya…”, balasnya lagi dengan penuh yakin.
Aku ketawa.  Lucu dengan kata-katanya.
“Tuan ni ahli nujum ke?  Boleh meramal nasib orang dengan hanya tengok luaran!”
“Tak perlu untuk jadi ahli nujum atau bomoh….orang bongkak macam awak ni memang bersepah di luar sana…”
Aduhai!  Apa masalah dia sebenarnya ni?
“Err….macam nilah Tuan Megat.  Saya rasa tak elok kita nak bertekak di sini…apatah lagi Tuan adalah tetamu saya hari ini.  Cuma satu je saya nak cakap….saya rasa Tuan ni mungkin ada masalah jiwa….err…maksud saya mungkin Tuan Megat ni kurang kasih sayang…atau mungkin Tuan Megat ni ada masalah dengan isteri atau pun keluarga Tuan hingga menjadikan Tuan bersikap begini.  Mungkin Tuan ingin mencari seseorang untuk meluahkan perasaan Tuan.  From the bottom of my heart, saya cukup bersimpati…..tapi saya minta maaf sebab saya memang tak boleh nak membantu masalah Tuan ni.  Saya harap Tuan faham…”, balasku dengan sehendak-hendak rasa aku bagi kepadanya.  Memang aku cukup geram dengan tuduhannya terhadapku.
Well….baru saya faham.  Awak layan saya begini because you think that I’m a married man?  Hmmm….saya dah agak dah!  Bermakna awak pun sebenarnya berminat dengan saya.  Dari cara awak memandang saya sewaktu disaman dahulu, saya sudah boleh mengagak yang awak memang terpegun melihat saya.  To be honest, bukan awak seorang saja yang tengok saya macam tu….saya dah tak hairan lagi….dah biasa sangat kena tenung dengan perempuan macam awak ni.  It’s ok cik Puteri Salwani….saya anggap kata-kata awak tadi sekadar ingin mengorek maklumat diri saya…and I’m honoured…..nice to meet you again….dan jumpa lagi…”, balasnya selamba sambil bangun dan meninggalkan aku yang terkulat-kulat dengan kata-katanya tadi.
Aku hanya mampu memerhatikan dia melangkah menuju ke motosikalnya.  Dia menghidupkan enjin motornya, kemudian memandangku seketika sambil tangannya diletakkan di sisi kepalanya seolah-olah memberi tabik kepadaku dan terus menderum keluar meninggalkan perkarangan sekolahku.
Aku benar-benar terkejut dengan kata-kata akhirnya.  Begitu selamba, bersahaja dan penuh dengan keyakinan.
Ya Allah….ada juga manusia seperti ini di muka bumi ini.  Heeee……. Perasannya!!

No comments:

Post a Comment