Izureen
Kesedihan dan kekecewaan yang melanda terus membelenggu hidupku. Seminggu aku tidak
pergi bekerja. Mama bising. Katanya dia malu dengan kakitangannya. Manakan tidak,
anaknya sendiri yang baru empat bulan dibawa masuk ke syarikatnya sudah pandai buat
perangai ponteng kerja.
Alangkah bagusnya kalau Mama faham apa yang sedang aku alami. Tetapi, seperti
biasa Mama memang tidak pernah memahami aku. Semenjak papa meninggal Mama tidak
lagi punya masa untuk aku dan Abang Izelan. Mama mengambil alih pengurusan syarikat
katering yang papa asaskan. Masanya dihabiskan di pejabat, mama jarang ada di rumah
untuk memahami jiwa remajaku yang kesepian dan dahagakan kasih sayang. Sudahlah papa
pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya, Abang Izelan pula jauh di Ireland,
menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan.
Kemunculan Muaz dalam hidupku tepat pada masanya. Dia datang menghulurkan
persahabatan ketika aku sepi, rindu, sedih dan dahagakan kasih sayang. Maka salahkah kalau
aku jatuh cinta padanya? Tapi kini semuanya sudah tidak bermakna lagi. Muaz yang aku
cintai rupa-rupanya hanya menyayangi aku sebagai seorang sahabat. Hatinya kini miliki oleh
orang lain.
Loceng pintu berbunyi. Tombol pintu dipulas dan satu wajah yang aku rindui
menjenguk ke arahku.
“Kakak” laungku.
Kak Izarina meluru ke arahku. Kami berpelukan di atas sofa dan dalam dakapannya
air mataku luruh. Aku menangis teresak-esak sambil kak Rina mengurut belakangku, cuba
menenangkan aku. Izarina adalah satu-satunya kakakku. Anak tiri Mama yang pertama kali
kami jumpa pada hari papa kemalangan. Papa meninggal di hospital tetapi emak Izarina
meninggal di tempat kejadian. Sejak itu kak Rina tinggal bersama kami walaupun Mama
tidak menyukainya. Mungkin kerana kekecewaan yang timbul apabila mengetahui dirinya
dimadukan membuatkan Mama tidak menyukai kak Rina. Namun nasib menyebelahi Kak
Rina. Beberapa bulan selepas kematian papa, kak Rina melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Sebaik pulang dari pengajiannya, Kak Rina menetap di rumah peninggalan emaknya.
“Sabarlah Adik, pastinya ada hikmah di sebalik semua ini” kata kak Rina bila
esakanku berkurangan.
“Adik bodohkan kakak? Adik salah mentafsir perasaan Muaz….” dan esakanku
berlagu lagi.
“Adik tak bodoh. Adik cuma keliru. Janganlah bersedih. Ini semua dugaan hidup.
Apa yang adik alami sekarang akan menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk adik
meneruskan hidup”, Kak Rina memujuk.
“Hati adik pedih kak, sakit sangat bila mengenangkan Muaz. Kenapa dia tak faham
perasaan adik terhadapnya selama ini. Kalau adik tau akan jadi macam ni, I would have
declared my feelings towards him”.
“Cinta tak boleh dipaksa dik. Even if you had told him, he may not have the same
feeling”.
Aku diam, membenarkan apa yang kakak ucapkan. Betul cinta tidak boleh dipaksa.
Hari ini aku juga faham mencintai tidak sama dengan dicintai.
“Life has to go on dik. Jangan kerana cinta hidup kita terkandas. Adik pun tau kan,
kakak putus cinta tiga kali sebelum jumpa dengan Abang Aeril. Alhamdulillah, percintaan
dengan Abang Aeril berjalan lancar. Kakak tetap positif walaupun pernah kandas dalam
percintaan. Percayalah, kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, itu maknanya Allah
has something better for us”.
Aku melepaskan pautan tangan pada badan kak Rina. Memandang wajahnya yang
tenang. Memang kak Rina seorang yang tabah. Aku masih ingat dia langsung tidak
menangis ketika jenazah papa dan emaknya diuruskan. Dia tidak pernah marahkan Mama
walaupun Mama tidak melayannya dengan baik. Dia tidak pernah mengeluh dengan takdir
hidupnya, malahan sentiasa positif terhadap apa juga terjadi kepadanya.
“Terima kasih kakak, for lending your shoulder and listening to my nonsense”.
Kak Rina gelak dengan kata-kataku. “That’s not nonsense. Come, we need to do
something to cheer you up. Duduk terperuk dalam bilik ni, bukannya membantu adik
lupakan kesedihan, lagi bertambah sedih adalah,” katanya sambil bangun dan turun dari
katilku.
“Dah mandi ke belum?” dia bertanya.
“Dah.”
“Ish, dah mandi apanya, comot macam ni?”
Aku hanya mampu tersengih mendengar usikannya. Masih belum mampu mengukir
senyuman.
“Cepat tukar baju, jom ikut kakak keluar” arahnya sambil berjalan kea rah almari
pakaianku.
“Nak pergi mana?” aku bangun dan turun dari katil perlahan-lahan.
“Kita pergi makan, lepas tu pergi KLIA ambil Abang Aeril.”
Selepas makan di Restoran Al Rawsha, kami bertolak ke KLIA. Tidak perlu menunggu lama
di KLIA kerana kapal terbang yang membawa Abang Aeril pulang dari Kota Kinabalu telah
mendarat.
Aku berjalan di belakang Abang Aeril dan Kak Rina yang berjalan beriringan. Hatiku
dilanda perasaan cemburu. Alangkah seronoknya jika aku dapat menikmati kebahagiaan
yang mereka kecapi. Fikiranku melayang, jauh menerawang entah kemana hingga wajah
Muaz muncul di depan mata. Muaz, ketika engkau ucapkan akulah sahabatmua dunia dan
akhirat, aku juga berharap engkau akan menjadi kekasihku di dunia dan akhirat. Tetapi
harapanku lebur menjadi debu. Mengingati Muaz lantas membuat aku sedih semula.
Dalam lamunanku, aku telah berjalan jauh dan berlawanan arah dari Kak Rina dan
Abang Aeril. Apabila aku tersedar, aku cepat-cepat berpusing dan berjalan laju-laju untuk
mencari mereka. Tidak semena-mena aku terlanggar sesuatu. Eh, bukan sesuatu, tetapi
seorang lelaki!
“Ouch” kata lelaki itu.
“Sorry…maaf” tergagap-gagap aku menuturkan maaf. Bagaimana aku boleh selalai
ini hinggakan tidak perasaan ada seorang lelaki bertubuh tegap di hadapanku. Aku berjalan
terus dan melanggar dadanya dengan kuat, hinggakan beg tanganku terjatuh.
“Maaf…maafkan saya”
“Kalau ia pun nak cepat, hati-hatilah sikit” kata lelaki bertopi itu. Aku mendongak
sedikit untuk melihat wajahnya. Mata kami bertatapan. Lantas matanya membulat
memandangku. Kemudian dahinya berkerut, mengundang kehairanan di dalam hatiku.
“Encik, sorry ya. Encik tak apa-apakan?”
Tiada jawapan darinya. Sebaliknya dia terus-terusan merenung aku. Panggilan
seorang gadis bertudung dari arah belakangku mematikan renungannya. Dia terus beredar
tanpa berkata apa-apa. Pelik, bisikku dalam hati. Ah, biarlah, mungkin dia terkejut kerana
aku melanggarnya. Aku tunduk untuk mengutip beg tanganku yang terdampar di atas lantai.
Ketika itu aku ternampak satu cermin mata hitam di atas lantai berdekatan dengan beg
tanganku. Kedua-dua barang tersebut aku ambil. Aku belek cermin mata hitam itu. Cepatcepat
aku berpaling, ingin memulangkan cermin mata tersebut kepada lelaki yang ku langgar
tadi. Aku pasti cermin mata hitam itu miliknya.
“Encik,” laungku. Dia yang berada kira-kira 5 meter di hadapanku terus berjalan
seolah-olah tidak mendengar panggilanku. Aku kuatkan suaraku namun dia tetap terus
melangkah, semakin jauh meninggalkan aku. Apa nak buat ni, fikirku. Akhirnya aku
memutuskan untuk menyimpan sahaja cermin mata itu.
No comments:
Post a Comment