DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 13 March 2016

ROMANTIK RAPSODI - BAB 5

Tiga bulan kemudian...
NANI menekan butang lif ke tingkat satu Pejabat
Urusan Mekar Events yang terletak di Bandar Baru Bangi. Nasib
baik Taj dengan baik hati menghantarnya ke sini. Nak harapkan
bas dari Putrajaya ke sini memang haram dia tak tahu. Entah
ada ke tidak bas Putrajaya-Bangi.
Seminggu yang lalu dia telah dihubungi Encik Haniff,
HR Manager di syarikat itu untuk sesi temu duga. Tak sangka
peluang datang bergolek. Nasib baik dia masih ingat aku. Harapharap
ada rezeki aku nak kerja kat sini. Sempat hati kecilnya
berbisik.
Tiba di kaunter receptionist Nani terus memberitahu
tujuan kedatangannya ke situ. Gadis manis berambut blonde
menyambut kedatangannya dengan senyuman mesra. Cantik!
Gigi dia pun cantik dan tersusun. Sheila namanya. Nani
mengomel sendirian. Sempat dia mengerling pada tag yang
dipakai gadis tersebut. Kemudian dia dibawa ke bilik Encik
Hanif oleh Sheila.
“Thanks, Sheila.” Nani memberi senyuman
semanis madu pada Sheila sebelum gadis tersebut berlalu
meninggalkannya dengan P.A. Encik Haniff.
“Hello, good morning! I’m Maggie. Encik Hanif’s P.A.
Have a sit first. Encik Haniff belum masuk. Lagi lima belas minit
dia akan sampai,” setiausaha Encik Hanif memperkenalkan diri.
Seingatnya dulu, semasa zaman dia praktikal di situ, P.A. Encik
Hanif India. Namanya Kenchana. Sekarang dah tukar Chinese
pulak.
Nani kerling jam di tangan. Dah sembilan suku pagi
belum masuk ofis? Bukankah di sini peraturannya mesti punch
in selewat-lewatnya pukul sembilan pagi. Nani mengomel
dalam hati sambil mulutnya mengucapkan terima kasih kepada
Maggie.
“Thanks, saya Nur Amani. Just call me Nani.” Sempat
dia melempar senyuman pada Maggie.
Dah banyak pahala aku hari ni... Asyik sedekah senyum
je. Nani menarik nafas dalam-dalam. Calm down Nani. You
can do it. Dia mengumpulkan semangat untuk diri sendiri.
Dia tengok tanda nama di pintu bilik, Mohamad Haniff bin
Arshad. Ringkas saja nama Encik Haniff ni. Nani berkata dalam
hati. Takkan dia nak ajak Maggie pula bersembang dengannya.
Buang karan.
“Morning, Maggie.”
Tengah sedap mengelamun dia terdengar satu suara
menyapa Maggie. Nani mendongak. Haaa dah sampai pun
Encik Haniff. Dia sedekahkan senyuman buat Encik Hanif pula.
Manalah tahu berkat senyuman manis ni, hatinya lembut terus
nak ambil aku kerja. Perasanlah kau Nani!
Encik Hanif membalas senyumannya.
“Amani, kan?”
“Ya, saya.”
“Okey... you boleh masuk sekarang.”
Ya Allah, kuatkanlah semangatku. Permudahkanlah
urusanku, semoga aku dapat menjalani temu duga ini dengan
baik. Amin... Nani memanjatkan doa kepada Sang Pencipta.
Tawakkal.
Lebih kurang setengah jam dia ditemu duga, akhirnya
Encik Hanif tersenyum lebar memandangnya.
“Cik Amani, untuk permulaan ini saya akan letakkan
awak dalam probation period selama enam bulan atau lebih
tepat sebagai Management Trainee. Pada masa ini awak akan
buat rotation di semua department untuk memahirkan awak
dalam selok-belok perjalanan syarikat kita. Bila semuanya okey,
awak akan diserap sepenuhnya ke dalam syarikat ini. Posisinya
akan saya maklumkan kemudian. Sebagai Management Trainee
awak akan menerima gaji bulanan sebanyak tiga ribu ringgit
dan akan dinaikkan di atas pertimbangan pihak pengurusan
setelah selesai rotation. Congratulations and all the best.” Ujar
Encik Haniff panjang lebar.
“Terima kasih Encik Haniff. Bila saya boleh mula
bekerja?” Tanya Nani penuh teruja. Perghh, tiga ribu gaji
permulaan. Fresh graduate macam aku, siapa nak kasik? Detik
hati kecilnya.
“Saya akan minta Maggie keluarkan surat tawaran.
Paling awal awak boleh mula kerja, dua minggu dari sekarang
atau lebih tepat pada awal bulan depan.”
“Thank you very much Encik Hanif. I will serve the
best. Insya-Allah. Thank you again.”
Nani terus bergegas menuruni anak tangga setelah
selesai sesi temu duga. Padahal lif ada tersedia. Nak cepat
mengkhabarkan berita gembira pada Taj, dia sudah terlupa
kewujudan lif di Wisma Mekar. Termengah-mengah dia berjalan
menuju ke arah Taj yang masih setia menanti di dalam kereta.
“Yahuuuu... Taj aku dapat kerja Taj,” Nani berteriak
kegembiraan ke arah Taj yang tersenyum memandangnya.
“Congrats dear… Kan aku dah cakap, kau mesti dapat
kerja ni punya. Alhamdulillah aku tumpang happy. Weh jom,
kena celebrate ni. Karaoke jom kat Alamanda, aku payung.” Taj
pula yang terlebih excited.
Nani mengangguk dan tersengih gembira. Dia
mengeluarkan telefon bimbit dan menghantar mesej
mengkhabarkan berita gembira ini kepada ibunya. Ini semua
berkat doa dan restu ibu. Alhamdulillah, syukur

No comments:

Post a Comment