DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 14 March 2016

SEWANGI CINTA ANGGERIK - PROLOG


MALAM semakin gelap. Sesekali kedengaran bunyi
guruh dan kilat saling sahut menyahut. Dua orang kanak-kanak
yang sedang ketakutan saling berpelukan menenangkan diri
antara satu sama lain.
“Along, adik takut.” Luah si adik kecil.
“Sabar dik, along ada kat sini. Adik jangan takut,” si
abang cuba menenteramkan adiknya. Dia amat bersimpati
dengan ketakutan adiknya itu. Tapi dia tak boleh buat apa-apa
selain menenteramkan dan memujuk adiknya.
“Ibu mana along?” Soal si adik tiba-tiba.
“Ibu kerja, dik.”
Dan hujan lebat turun membasahi bumi. Dua beradik
yang sedang ketakutan dan kebasahan ada di dalam rumah usang
itu. Hanya rumah itu sahaja yang mereka ada untuk berteduh,
walaupun atap rumah sudah banyak yang bocor. Hujan berserta
angin yang bertiup kencang membuatkan mereka berpelukan
kerana kesejukan. Menggigil badan si abang cuba melindungi
adik nan seorang itu. Tiba-tiba pintu rumah diketuk bagai
mahu roboh rumah itu. Siapa pulak yang datang malam-malam
buta dan di tengah hujan begini? Hati si abang sudah berlagu
sumbang. Janganlah yang tidak elok. Hatinya bermohon.
Perlahan-lahan dia menghampiri pintu dan dibukanya
pintu dari dalam.
“Hei budak! Emak kau mana?” Tanpa salam, tanpa
sapaan yang lebih enak didengar, beberapa orang lelaki dewasa
itu terus menyoal si abang. Melilau mata mereka mencari orang
yang dicari. Bagai punya masalah yang sangat besar dengan
mereka.
“Emak... emak kerja.” Tergagap-gagap si abang
menjawab. Dia ketakutan melihat riak muka lelaki-lelaki di
hadapannya ini seperti mahu telan orang lagaknya.
“Kerja? Kerja sebagai perempuan kelab malam?
Menyundal dengan lelaki hidung belang, itu yang kau cakap
kerja?” Tengking lelaki itu lagi.
Si abang yang memahami ketakutan si adik terus
memeluk erat adiknya. Si adik yang sedang menangis cuba
ditenangkan oleh abangnya.
“Kita halau je mereka berdua ni. Ada kat kampung ni
pun buat semak je!” Cadang salah seorang daripada mereka.
“Setuju!” Sepakat mereka berkata.
“Hei budak, berhambus kau dari rumah ni! Kami tak
nak tengok muka kau lagi kat kampung ni! Berambus!”
Tubuh si abang dan adiknya dicampak keluar dari
rumah kayu usang itu bersama dengan pakaian mereka yang
tak banyak mana. Ditambah pula di tengah-tengah hujan lebat.
Si adik yang masih tak tahu apa-apa asyik menangis dari tadi.
Sangat kejam mereka semua.
Si abang dan adiknya meredah hujan yang semakin
menggila walaupun kesejukan semakin mencengkam hingga
ke tulang hitam. Tangannya tidak lepas daripada memegang
erat tangan adiknya. Rasa sayangnya untuk si adik amatamat
mendalam. Langkah si abang terhenti di bawah sebuah
jambatan.
“Adik, kita duduk kat sini ya. Tempat ni mungkin boleh
jadi rumah kita,” ujar si abang. Si adik menggigil kesejukan.
Bibirnya sudah bertukar warna dan bergetar perlahan.
“Adik, kenapa ni?” Soal si abang.
“Adik sejuk along,” perlahan si adik menjawab. Dia rasa
sejuk sangat. Macam ais.
“Tak apa, along ada.” Pujuk si abang sambil memeluk
tubuh kecil adiknya.
Di bawah jambatan itulah rumah mereka kini selepas
mereka dihalau dari rumah lama mereka. Mereka juga kini
terpisah dengan ibu yang mereka sayangi.

No comments:

Post a Comment