DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 13 March 2016

ROMANTIK RAPSODI - BAB 14

RAYYAN mengacau-ngacau teh ais dengan straw.
Haniff hanya memerhatikan sahaja gelagat sahabat baiknya
itu. Sejak dari tadi tidak sepatah pun perkataan keluar dari
mulut Rayyan. Pasti ada perkara yang sedang mengganggu
fikiran Rayyan. Kalau dia buat muka kelat macam nak minta
penumbuk ni, Haniff dah masak sangat. Dilayankan jugalah
kerenah Rayyan itu. Sabar dia menanti Rayyan membuka mulut.
Tomyam campur, kailan ikan masin, sotong goreng
tepung dan telur bungkus yang dipesan sikit pun tak terusik.
Haniff pula sudah licin separuh pinggan.
“Kau okey ke tak ni?” Haniff mula bersuara. Dia sudah
tidak tahan tengok muka lemau di depannya.
Masih lagi diam.
“Bro, aku tanya ni... kau okey ke tak? Dari tadi duk
kacau air je sampai ais dah cair. Tadi kata lapar sangat nak
makan banyak-banyak. Dah oder macam-macam, kau biarkan
sejuk. Apa yang tak kena ni?” Haniff bertanya lagi.
Diam lagi.Haniff mengetap bibir. Kalau orang lain dah lama
kena lempang dengan aku ni. Hatinya menyumpah. Dia
menarik gelas teh ais Rayyan. Rayyan mendongakkan kepalanya
memandang Haniff. Haa, hidup lagi! Bisik hati Haniff. Ingatkan
nak jadi patung kat kedai tomyam ni.
“Kau ni apa hal? Berbuih mulut aku tanya kau buat
dekk je,” Haniff menarik muka.
“Entahlah beb. Takde mood,” Rayyan akhirnya
bersuara.
“Apa yang tak kena? Aku tengok depress semacam je.
Kau gaduh dengan adik kau lagi ke?”
“Tak,” sepatah saja dijawab Rayyan.
“Habis tu apa? Tell me la wei, penat aku tengok muka
busuk kau ni,” Haniff melepaskan geram. Memang betul nak
makan pelempang aku ni! Makinya lagi di dalam hati.
Rayyan menggigit bibir. Mencari ayat sesuai untuk
menerangkan pada Haniff.
“Kalau aku cerita, mesti kau akan cakap aku bodoh
sekarang ni.”
“Sekarang pun muka kau dah bodoh sangat, kau
tahu tak.” Belum habis Rayyan hendak bercerita, Haniff sudah
menyampuk.
“Come on la wei. Don’t act like this. Bila pulak kau
pandai simpan rahsia daripada aku ni. Aku malas nak main
teka-teka ni. Baik kau cakap cepat.” Paksa Haniff.
“Nani,” sepatah saja jawapan Rayyan.
“Kenapa dengan budak tu. Dia tolak cinta kau ke?”
“Taklah, aku belum cakap apa-apa lagi kat dia.”
“Dah tu?” Haniff naik confuse.
“Tadi aku terdengar dia cakap kat telefon. Aku rasa dia
bercakap dengan boyfriend. Manja sangat bunyinya.”
“Kau curi dengar ke apa?”
“Tadi lepas bagi dia KFC tu, aku dengar phone dia
bunyi. Aku pun menyorok belakang dinding. Aku dengar semua.
Aku agak dia bercakap dengan boyfriend, kalau dengan kawan
takkan nak cakap love you, kan.” Rayyan mengeluh.
Pecah tawa Haniff. Kelakar, macam budak-budak pula
si Rayyan ni.
“Yang kau ketawa kenapa, what so funny?” Rayyan
geram. Dia tengah sedih macam ni, si Haniff ni boleh bantai
gelak.
“Apa tak kelakarnya. Perangai kau dah macam budak
tak cukup umur tahu tak. Rilekslah, small matter je ni. Sampai
tak nak makan. Aku ingatkan masalah besar sangat. Kalau
setakat boyfriend tu, belum ada jaminan apa-apalah. Anytime
boleh break off.”
“Ada pulak cakap macam tu. Kau pun tahu kan, aku
mana pernah nak feeling-feeling ni. Baru nak syok kat orang
tu, dah berpunya pulak. Aku bukan muda lagi nak cintancintun
lama-lama. Aku nak confirm, lepas tu terus kahwin je.
Buang masa nak tunggu-tunggu ni. Aku tak nak jadi bujang
terlajak macam kau. Konon hebat sangat mengayat perempuan
tapi sampai sekarang pun tak kahwin-kahwin,” Rayyan
memulangkan paku buah keras kepada Haniff.
“Aku bukan tak nak kahwin. Masalahnya aku belum
rasa nak kahwin,” Haniff mempertahankan dirinya.
“What should I do?”
“Kau biarkan jelah dulu. Slowlylah approach dia, tak
payah terburu-buru. Makin kau kejar nanti, makin jauh pulak
dia lari, langsung kau melopong.”
“Aku harap aku tak perlu tunggu lama-lama nak
dapatkan dia. Dah setahun aku tunggu dia datang semula,”
Rayyan melepaskan keluhan.
“Sabar la beb. Kalau dia dah jodoh kau, memang tak
ke mana. Kau gunalah kuasa kau untuk rapat dengan dia. Cari
peluang agar dia sentiasa kena jumpa kau, mengadap muka
kau.”
“A’ah ek. Apa guna aku jadi bos, kan. Tak sia-sia kau
jadi penasihat aku,” raut wajah Rayyan mula mengorak senyum.
“Tengok orang la bro. Tapi satu jelah aku nak
nasihatkan kau, sudah-sudah la kau nak buli dia, nak marahmarah
dia. Kesian aku tengok budak tu,” Haniff lega melihat
Rayyan dah kembali tersenyum.
“Baik kau makan sekarang, aku nak balik mandi.
Malam ni aku nak keluar tengok wayang.”
“Yalah, yalah. Kau date dengan siapa malam ni? Turn
siapa?” Rayyan ketawa kecil. Haniff dan perempuan memang
tak dapat dipisahkan.
“Hahaha, adalah...” Jawab Haniff berahsia.
Rayyan menggelengkan kepala. Malas dilayan. Dia
tidak berapa gemar sikap Haniff yang suka berfoya-foya. Bab lain
dia cukup ngam dengan Haniff tapi bila masuk bab perempuan,
mereka tidak sebulu.
Nasi putih disuakan ke mulut. Sekarang baru seleranya
terbuka dan dia rasa betul-betul lapar. Nani, Nani... lu bikin jiwa
gua kacau!!

No comments:

Post a Comment