DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 15 March 2016

SEWANGI CINTA ANGGERIK - BAB 12

“SIAPA lelaki tu?” Di dalam perjalanan, Rozairul
bertanya Suriya. Sejak pagi tadi lagi dia tahan perasaan hingga
ke petang untuk bertanyakan soalan ini.
“Lelaki mana?” Suriya masih tidak dapat menangkap
lagi maksud soalan abangnya itu.
“Lelaki yang datang ambil Su pagi tadi, yang bercakap
dengan Su tadi kat perhentian teksi.”
“Oh, tu bos Su.” Pendek jawapan Suriya.
“Bos? Takkan bos sanggup datang jemput pekerja
sendiri. Su dengan dia ada apa-apa ke?” Rozairul senyum
sumbing.
Kalau setakat hubungan pekerja dan majikan, dia tak
boleh terima jawapan Suriya itu. Ada ke majikan yang sanggup
tumpangkan pekerjanya tanpa apa-apa perasaan? Tambah lagi
punya majikan yang muda dan kacak begitu.
“Betullah along. Dia memang bos Su.” Bersungguh
Suriya maklumkan kepada Rozairul. Tapi bukan senang nak
buatkan Rozairul percayakan dia. Sangat-sangat susah!
“Dia ada perasaan pada Su ke?”
“Entah! Dia punya perasaan Su tak ambil tahu.”
“Hmm…” Rozairul urut dagu. Jawapan Suriya seperti
tak kena aje.
“Eh, along nak makan apa malam ni? Kita beli bungkus
aje, aci tak? Su letih sangat hari ni. Tak larat nak masak.” Suriya
cuba mengalihkan topik perbualan. Dia dah malas nak dengar
nama Iddin dijadikan topik perbualan antara mereka. Sudahlah
tengah letih sekarang ini.
“Hmm… Bolehlah. Eh, kalau dia tu sekadar bos Su,
macam mana pulak dia tahu rumah kita?” Rozairul jongket
kening.
“Err…” Suriya kehilangan kata-kata.
Berterus-terang ke tak? Aduh! Kalau berterus-terang
pasti kawalan Rozairul ke atasnya semakin ketat. Silap-silap dia
tak bagi lagi Suriya pergi kerja dengan Pak Mail. Hati Suriya
berbelah bahagi.
“Hah? Kenapa? Dah bisu?” Sergah Rozairul.
“Huh? Err… Eh, berhenti kat restoran tu along. Tadi
cakap nak beli bungkus aje. Sibuk sembang nanti terlepas
pulak.” Cepat-cepat Suriya menutur kata. Nampak aje restoran
yang biasa mereka kunjungi, terus keluar ayat itu. Nak lari
daripada topik punya pasal.
“Oo… Nak lari daripada jawab soalan along ye. Sampai
kat rumah nanti along nak tahu jugak cerita sebenar. Su dah tak
boleh lari lagi,” Rozairul mengeluarkan arahan. Suriya cuak.
Erk!
“SO... APA cerita?” Rozairul bersandar di tepi singki sambil
memegang mug di tangan kanan. Sengaja dia ikut Suriya
hingga ke dapur ni semata-mata mahu mengorek rahsia yang
cuba adiknya sembunyikan.
Alah, tak sampai ke mananya si Suriya ni nak simpan
rahsia. Lama-lama terbongkar jugak.
“Cerita apa along?” Dah puas aku mengelak, along ni
nak jugak korek. Ngee… Rungut Suriya di dalam hati. Pinggan
yang sudah dicuci diletak di dalam bakul khas, membiarkan
pinggan tersebut kering seketika.
“Buat-buat tanya pulak. Sudah-sudahlah tu. Along
dah malas nak main tarik tali lagi. Cepatlah cerita.” Rozairul
menggesa Suriya. Dia sudah hilang sabar.
“Okey, okey.” Suriya mengalah akhirnya. Dia mengelak
lama-lama pun alongnya tetap jugak kejar.
“Ceritanya macam ni. Err… Minggu lepas Pak Mail
tak sihat. Hari tu pulak Su balik lewat sebab buat OT. Semasa
nak balik tu, Su tunggu teksi kat perhentian teksi sebelah
bangunan pejabat Su tu. Tunggu punya tunggu, tak ada teksi
yang berhenti. Alih-alih bos Su tu yang muncul. Tu yang dia
tahu rumah kita ni,” cerita Suriya sambil mengesat kedua-dua
tangannya dengan kain bersih.
“Oh. Siapa nama bos Su tu?”
“Encik Iddin. Kenapa along ni? Tanya Su macam orang
salah. Kalah polis pencen!” Apa kes pula tanya nama bagai ni?
Nak pergi serang bos aku ke, apa ni? Suriya musykil.
“Tak ada apa. Pagi tadi tu, macam mana pulak dia boleh
tercongok kat depan pagar rumah kita? Su call dia ke?” Rozairul
urut dagu. Lagak macam penyiasat persendirian professional.
“Eh… Apa kes pulak Su nak call dia! Tak hadaplah nak
pandang muka dia.” Dengus Suriya.
“Pagi tadi Su ingatkan Pak Mail dah sampai. Itu yang
kelam-kabut Su keluar. Tapi yang datang bukan Pak Mail, bos
sengal tu pulak yang ada kat depan rumah. Huh!”
“Iye ke tak ada apa-apa? Macam lain aje,” Rozairul
sengaja menduga hati adiknya.
“Along tak nak percaya, sudah!” Suriya pantas angkat
kaki, berlalu dari ruang dapur itu. Bosan dia mendengar
tuduhan Rozairul yang tak sudah nak padankan dia dengan
Encik Iddin. Muaklah!
“Su, Su! La… Dia lari macam tu aje? Hesy budak ni.”
Rungut Rozairul sambil pandang belakang Suriya yang sudah
menghilang di ruangan mata.
Suriya tolak pintu bilik dan badan direbahkan di atas
katil. Badannya terasa sangat letih. Kalau terus tidur bestnya!
“Apalah along ni. Suka-suka hati tuduh aku ada
hubungan dengan mamat dingin beku tu. Kalau nak tuduh pun,
bagilah orang lain. Setakat mamat dingin beku tu, memang
taklah! Seriau aku!” Rungut Suriya.
Dalam merungut akhirnya mata Suriya terpejam rapat.
Sudah malas dia nak fikirkan pasal alongnya dan mamat dingin
beku tu. Tidur lagi baik!
“HAI DEAR.”
Kepala Iddin pantas mendongak mendengarkan sapaan
itu. Hilang terus konsentrasinya pada dokumen syarikat.
“Siapa benarkan you masuk bilik I?” Melengking suara
itu berbau amarah.
“I tengok tak ada orang kat luar tu, so I masuklah. You
ni kenapa? Selalunya okey je, hari ni berangin pulak.” Balas
Yuni seraya duduk di kerusi tetamu di dalam bilik itu. Selamba
betul. Iddin tak pelawa pun suruh dia duduk.
“You nak apa tiba-tiba muncul kat ofis I?”
Sungguh! Iddin malas nak layan minah gedik depan dia
ni. Selama ni pun, dia tak pernah layan Yuni. Tapi minah ni yang
tergedik-gedik depan Iddin. Biasalah. Barang murah memang
suka tergedik-gedik dengan orang yang tak layan dia.
“I nak jumpa you lah. Dah lama I tak jumpa you. You
tak rindu I ke?” Meleret suara Yuni.
Rindu? Geli tekak Iddin dengar perkataan rindu itu.
Sejak bila aku dengan kau berkasih-kasihan sampai timbul rasa
rindu tu? Rungut Iddin.
“Rindu? Apa hubungan kita ni sampai I perlu rindukan
you?” Sinis Iddin menyoal.
“Ala you ni, selalu macam tu tau.” Yuni merajuk manja,
kononnya. Dia cuba paut tangan Iddin tapi pantas ditepis oleh
Iddin.
“Apa ni? You jangan nak mengada-ada. I dengan you
memang tak pernah ada apa-apa hubungan. So jangan sukasuka
hati nak pegang tangan I.” Kalau ada hubungan pun, aku
sikit pun tak hingin dengan kau! Sambung Iddin di dalam hati.
“Alah, pegang je pun, bukan luak.” Selamba badak
mulut Yuni mengomel. Bagi dia, memanglah tak ada apa-apa.
Dia fikir semua orang sama aje. Sebab tu susah nak pikat Iddin.
“Sayang, jom lunch.” Yuni tayang muka mengharap.
“Sorry, you datang salah masa. I dah janji dengan
someone nak keluar lunch,” Iddin senyum sumbing.
“Someone? Siapa?” Ha… Laju tanya tu. Iddin terasa
nak gelak kuat-kuat.
“Yup, kenapa? Tak percaya?”
“Siapa perempuan tu?”
Perempuan? Aku tak cakap pun nak keluar dengan
perempuan. Aku cakap nak keluar dengan someone je. Sah,
kepala dia tengah fikir aku dah ada kekasih. Kalau macam ni,
lagi best. Senang aku nak lari daripada minah gedik ni. Fikir
Iddin.
“Hmm…”
“Iddin!”
“What?”
“Siapa perempuan tu?” Suara Yuni merengek-rengek.
“Siapa pun dia, you tak ada hak untuk tahu!” Bidas
Iddin.
“Huh!” Yuni bangun mendadak dan mahu melangkah
keluar dari bilik itu. Pintu ditarik tapi sempat dia berpaling dan
berkata.
“Walaupun you berkasih dengan sesiapapun, satu
hari nanti I akan buat you melutut balik nak kat I.” Yuni
menyambung langkahnya dengan wajah masam mencuka.
“Ye ke? Aku sikit pun tak heran!” Iddin malas melayan
orang gila macam Yuni tu. Bukan dapat apa-apa pun.
“AWAK NAK makan apa?” Soal Iddin sambil belek buku menu
di tangan.
Suriya diam membisu. Dia tak sepatutnya berada di
sini. Enak-enak dia nak pergi makan dengan Noraini dan Paliza,
boleh pulak Iddin berhenti mendadak depan mereka dan paksa
Suriya ikut dia pergi makan. Siapa tak angin! Kerana menjaga
air muka sendiri, terpaksa juga Suriya masuk ke dalam kereta
Iddin walaupun dalam hati sedang berapi.
“Anggerik.” Tersentak Suriya.
Nak makan, order ajelah. Selera Suriya sudah
menjunam sejurus sahaja tubuhnya berada di dalam kereta
Iddin. Kalau ikut perutnya, memang tersangat lapar tadi kerana
sejak pagi dia tak makan apa-apa. Hanya minum semug teh saja.
“Saya tanya, awak nak makan apa?” Iddin ulang soal.
Dia yang memaksa Suriya, jadi terpaksalah dia bersabar dengan
sikap protes Suriya.
“Tak lapar,” mendatar suara Suriya. Iddin menutup
kembali buku menu di tangan. Dia pandang wajah pujaan hati
di hadapannya.
“Tak lapar? Awak dah makan ke sebelum ni?”
Suriya diam. Tak kuasa nak menjawab soalan cerdik
itu.
“Awak rasa cantik ke duk tayang muncung itik tu? Saya
sendiri tak berselera nak makan bila tengok muka awak macam
tu. Kalah asam boi!” Spontan Iddin membidas.
What? Apa dia cakap? Kenyataan Iddin tambah
menyakitkan hati Suriya. Heh! Rasa berangin semacam aje ni!
Kerana tak tahan berlama-lama di situ, Suriya tiba-tiba tolak
kerusi ke belakang dan bangun. Dia dah tak tahan dipersendakan
sedemikian. Ajak keluar makan sekali, tapi suka-suka hati nak
mengata orang!
“Eh, eh nak pergi mana ni?”
“Balik!”
“Awak nak balik dengan apa? Kita makan pun tak lagi,”
melihat Suriya mahu angkat kaki, Iddin pantas menyambar
lengan Suriya.
“Lepaslah!” Suriya mahu bertempik.
Tapi sebab mereka berada di tempat awam, terpaksalah
dia tahan suara daripada meninggi. Nasib baik meja mereka
terletak sedikit jauh dari meja makan yang lain. Maka berlakulah
adegan tarik-menarik antara Suriya dan bos besarnya.
Malangnya, kali ni cengkaman tangan Iddin pada lengan Suriya
tersangat kemas. Suriya gagal meloloskannya.
“What a drama,” kedua-dua pasang mata itu laju
memandang si empunya suara yang berani menegur mereka.
Yuni!
“What are you doing here?” Soal Iddin.
“I tengok drama kat meja ni tadi. Tapi tergantunglah
pulak.” Sindir Yuni. Selamba saja dia duduk di meja bersebelahan
dengan meja Suriya dan Iddin.
“You tengah main drama apa ni sayang?” Sayang itu
tertuju kepada Iddin. Takkanlah dia nak panggil Suriya dengan
panggilan sayang. Tak kenal batang hidung tiba-tiba panggil
sayang. Tak ke pelik tu.
Minah mana pulak yang sibuk mengacau ni? Tergedikgedik.
Sudahlah pakai baju tak cukup kain! Kutuk Suriya di
dalam hati. Hei, malulah sikit!
“Oh... before I terlupa, kenalkan... ini tunang I, Suriya.”
Tanpa rasa bersalah, Iddin selamba memperkenalkan Suriya
kepada Yuni. Bukan sebagai teman, jauh sekali sebagai pekerja
bawahannya. Tapi sebagai tunang!
Suriya tercengang. Tunang? Apakah??? Sejak bila aku
bertunang dengan kau? Dada Suriya berombak hebat. Rasa
marah tentang kes kena kutuk tadi tak habis lagi, sekarang
Iddin tambah perasa yang lain pula. Tahap kebengangan dalam
diri dah meningkat. Tunggu masa nak meletup aje ni!

No comments:

Post a Comment