DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 13 March 2016

ROMANTIK RAPSODI - BAB 9

SEPERTI biasa, Isnin permulaan minggu yang
ceria. Nani baru keluar dari pantri bersama secawan nescafe
panas di tangan. Baru hendak melabuhkan duduk, telefon di
meja menjerit.
“Helo, morning.”
“Nani, big boss nak jumpa.” Suara Fatin P.A. big boss
kedengaran di hujung talian.
“Awalnya panggil mengadap. Okey, aku pergi sekarang.”
Ujar Nani sambil mencapai pen dan organiser menuju ke bilik
Rayyan.
“Fatin, bos punya mood okey ke tak pagi ni?” Sempat
dia bertanya pada Fatin. Yalah kang masuk-masuk terus kena
tengking tak ke naya!
“Entah, macam kureng je. Tadi aku masuk hantar kopi
tengok muka dia masam je.” Jawab Fatin.
“Ye ke? Habislah aku. Bismillah.” Pintu bilik Rayyan
diketuk.
“Selamat pagi bos.”
“Pagi...” Rayyan memandangnya tajam. Dengan tibatiba
Rayyan mencampak report yang telah dia siapkan minggu
lepas. Report segala tugasnya semasa di HR Department bulan
lepas.
“Cuba awak tengok balik report awak tu.” Tegang
sekali suara Rayyan. “Awak buat report pakai tangan ke, kaki?
typo bersepah-sepah. Executive summary tak ada, report takde
format. Main tulis ikut suka tengkorak awak je! Kalau tak tau
tanya orang. Jangan buat-buat pandai. Ambik balik report
sampah ni, betulkan balik. Saya nak awak pass kat Fatin sebelum
lunch. Faham?” Berdesing telinga Nani dimarahi ketuanya itu.
“Faham, bos. Saya minta maaf.” Terketar-ketar Nani
mengambil report di lantai. Dia ingin cepat-cepat keluar dari
bilik singa jadian itu. Hampir berlaga lututnya menggigil
menahan ketakutan.
“Nanti.” Tiba-tiba Rayyan bersuara lagi.
Ya Allah apalagi dia nak ni. Jangan la dia tengking aku
lagi. Nani tidak berani hendak menoleh. Rasa takut sedang
bermaharajalela dalam dirinya.
“Tengah hari nanti lunch dengan saya!” Aku salah
dengar ke ni? Nani telan liur.
“Apa dia Encik Rayyan?” Nani bertanya sekali lagi
untuk memastikan apa yang dia dengar tadi tidak salah.
“Saya cakap tengah hari nanti lunch dengan saya.”
Suara Rayyan sudah kendur sedikit.
“Baa... baik bos,” Nani terus melangkah keluar. Tidak
sanggup dia hendak berlama-lama di bilik singa jadian itu.
Entah apa-apa... pagi-pagi dah naik darah. Hilang 25 peratus
semangat nak kerja hari ni. Hati kecil Nani bersungut.
“Pssst... apasal kau? Sampai ke luar dengar suara bos
jerit kat kau,” Fatin terus bertanya setelah Nani keluar dari bilik
Rayyan.
“Aku silap buat report. Banyak salah. Aku ni baru nak
masuk dua bulan kerja kat sini tau. Kut ye pun tegur la aku
elok-elok. Banyak benda lagi aku nak kena belajar.” Air mata
sudah bergenang di kelopak matanya. “Pantang betul orang
tengking-tengking ni. Sentap!” Nani mengadu nasib pada Fatin.
“Kesian kau. Nak aku tolong tak? Nanti aku bagi kau
contoh report budak-budak lama. Kau pun satu, kenapa tak
tanya aku dulu.”
“Entahlah, aku ingatkan aku boleh buat sendiri. Tak
pasal-pasal dia cakap aku buat report ikut suka tengkorak aku.
Dahlah tu dia suruh aku lunch dengan dia tengah hari ni.
Masaklah aku nanti. Mesti tak habis lagi nak marah aku ni.”
Rungut Nani.
“Kau biar betul beb.”
“Apasal? Tak kuasa la aku nak tipu kau. Hati aku tengah
menggelegak ni. Eeei, mentang-mentang dia bos, suka suki nak
marah orang,” Nani masih tak puas hati. Mulutnya belum mahu
berhenti membebel.
“Sepanjang aku kerja kat sini, dia tak pernah ajak staf
dia lunch tau tak. Kecuali ada appointment kat luar. Entahentah
dia syok kat kau tak?” Fatin menghamburkan tawa.
“Kau gila. Tak kuasa la dia nak syok kat aku. Aku pun
tak rela. Mahu aku ni muda-muda sakit jantung hari-hari kena
tengking dengan dia,” Tiba-tiba pintu bilik Rayyan terbuka dan
dia terjengul di pintu.
Habis aku. Mati la aku kalau dia dengar aku tengah
ngumpat pasal dia. Nani dah macam cacing kepanasan.
“Apa yang awak tercegat lagi ni. Pergi siapkan report
tu.” Nani terus mencicit lari meninggalkan Fatin dan Rayyan.
“Fatin, carikan saya salinan quotation dan proposal
Team Building yang kita dah hantar ke Kementerian Pertanian
minggu lepas. And panggil Yusuf masuk bilik saya sekarang.”
“Okey, bos.” Habislah, lepas sorang-sorang la
jadi mangsa singa jadian hari ni. Fatin dah masak sangat
dengan perangai bosnya itu. Kalau dah marah, meleret-leret,
bersangkut-sangkut. Naya la siapa yang kena.
“One more thing, kalau nak kutuk-kutuk saya ke,
apa ke, tunggu saya takde kat ofis dulu ya,” Fatin telan liur
mendengar kata-kata terakhir bosnya itu. Sinis! Dia menepuk
dahi. Kantoi!
NANI BERTELEKU di meja kerjanya. Memerah idea
menyiapkan report ‘sampah’ ni. Memang salah dia juga semasa
menyiapkan report itu hatinya tengah berkecamuk dengan
dilema cinta Hakim yang tak bersambut. Inilah padah yang
dia harus terima. Matanya mengerling jam di tangan. Sudah
pukul dua belas tengah hari. Report sudah siap dibetulkan dan
diprint. Dia melangkah dengan bangga menuju ke bilik Rayyan,
maklumlah sempat siapkan sebelum rehat tengah hari. Dia
mengukir senyum puas.
Kalau ada yang tak kena lagi lepas ni, erm... tak tau aku
nak cakap apa... memang dah sehabis baik aku buat ni. Omel
Nani.
“Fatin, kau tolong pass kat bos eh. Thanks ek nasib
baik kau tolong aku. Nanti aku belanja,” ujarnya sambil
mengenyitkan mata ke arah Fatin.
“Erm, small matter friend.” Fatin membalas kenyitan
mata Nani.
“Aku chow dulu sebelum singa jadian tu datang,” Nani
terus meninggalkan Fatin sebelum sempat Fatin membalas
kata-katanya.
Nani kembali ke meja kerja sambil menyanyi kecil.
Rasa lega yang teramat. Yalah, pagi-pagi datang kerja dah kena
bambu dengan big boss. Dia meneruskan kerja-kerja untuk
program yang akan diadakan di Port Dickson bulan depan.
Banyak urusan telah diselesaikan minggu lepas. Minggu ni dia
hanya perlu buat follow-up dengan pihak hotel dan penceramah
juga urusan pembayaran.
Sedang tekun menyiapkan kerja, tiba-tiba Rayyan
sudah terpacak di depan mejanya. Fuhh, terkejut beruk aku.
Dia mengurut-urut dadanya. Singa jadian ni buat aku lemah
jantung betul! Dia merungut dalam hati.
“Yes, bos.” Nani cuba menutup perasaan gabranya.
“Let’s go,” ujar Rayyan dua patah.
“Pergi mana bos?” Nani bertanya kehairanan.
Keningnya berkerut-kerut.
“Kan pagi tadi I cakap lunch dengan I tengah hari ni.”
“Oh, ya! Saya betul-betul terlupa.” Dia menepuk-nepuk
dahi. Nani perasan beberapa pasang mata memandangnya
dengan penuh tanda tanya. Mampus aku lepas ni. Mesti kena
soal siasat dengan diaorang ni.
“I tunggu you kat lobi in five minutes. Don’t be late.
And don’t forget to bring along your organiser,” suara berupa
arahan itu hanya dibalas dengan anggukan.
“Psstt... bos ajak kau pergi mana?” Kedengaran sok-sek
Mila yang duduk di meja depan.
“Entah, aku pun tak tahu.” Nani menjawab ringkas
dan berlari-lari anak menuju ke lif. Butang G ditekan. Setiba di
lobi, Rayyan sedang menunggunya di sofa tetamu. Dia bingkas
setelah terpandangkan kelibat Nani. Nani hanya menuruti
Rayyan tanpa sepatah kata.
Di dalam kereta setelah lama keadaan terisi dengan
sepi, Rayyan bersuara.
“I nak bawa you ke Corus Hotel. I dah set appointment
dengan managernya. So, I nak kenalkan you dengan person incharge
untuk program tu nanti.”
Nani kelegaan. Terungkai juga persoalan yang bermainmain
di benaknya sedari tadi. Mati-matian dia fikir dia akan
teruk dimarahi semasa lunch nanti. Mendengarkan penjelasan
daripada Rayyan, hatinya lega.
Setelah sesi perbincangan dengan pihak hotel selesai
dan mencapai banyak persetujuan, mereka mengatur langkah
untuk pulang. Hari sudah menginjak ke petang. Suasana gelap
dan angin bertiup agak kuat.
“Nampak gaya macam nak hujan ni. Better hurry Pak
Mat. Nanti jammed teruk nak sampai ofis.” Rayyan memberi
arahan kepada Pak Mat, pemandu peribadinya.
“Nani, thanks ya.” Rayyan bersuara.
“Thanks untuk apa bos?”
“Sebab you tunjukkan kerjasama dan komitmen yang
baik tadi.”
“Itukan dah menjadi tanggungjawab saya bos,” Nani
menjawab. Terasa bangga sekejap dipuji oleh big boss. Bukan
senang nak terima pujian daripada Rayyan, kalau herdikan dan
maki hamun senang la dapat. Hehehe.
Suasana sepi mengisi setiap penjuru BMW 5 Series itu.
Yang kedengaran hanyalah deru hujan yang turun menggila.
Sesekali diselangi dengan kilat yang memancar-mancar.
Gerunnya! Terdetik rasa takut di hati kecil Nani.
Dipandang Rayyan di sebelah. Tenang dan bersahaja. Tiada riak
gerun atau risau seperti dirinya.
Tiba-tiba BMW 5 Series yang dipandu Pak Mat
dirasakan berpusing-pusing. Nani menjerit sekuat hati. Di
dalam hatinya tidak putus-putus mengucapkan ayat-ayat suci...
Dia memejam mata serapat-rapatnya. Tidak mahu melihat
dan tidak mahu tahu apa yang terjadi di sekeliling. Keadaan
begitu kelam-kabut dan berlaku terlalu pantas. Dia terdengar
suara Pak Mat melaungkan kalimah Allahuakbar. Suara Rayyan
langsung tidak kedengaran. Tiba-tiba dia merasakan seperti ada
tangan menghimpit dan memeluk erat tubuhnya.
Ya Allah selamatkanlah kami Ya Allah!
Nani tidak sedar apa-apa selepas itu.

No comments:

Post a Comment