DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 16 March 2016

ITALIAN BOY - BAB 9

“HE likes you.” Kata Benji apabila Amzar
hilang dari pandangan.
Aku memandang mukanya sambil mengangkat
kening. Tak pasal-pasal aku kena balik dengan dia bila mana
Amzar tiba-tiba ada hal. Sesudah dibayar Amzar, dia terus
mengucapkan selamat tinggal kepada kami.
Sempatlah aku meminta maaf dengan Amzar atas
perangai tidak sekolah si Benji ni. Dia senyum aje. Mujur
Benji pun minta maaf dengan dia walaupun aku tahu Benji
tidak ikhlas melakukannya. Aku paksa juga sampai dia
minta maaf. Aku paksa dengan jegilan mata, sewaktu Amzar
membelakangi kami.
Kami berjalan dari satu lot kedai ke lot yang lain
sebelum ke tempat letak kereta. Rasa macam terlalu awal
nak balik memandangkan aku tidak ada kerja apa pun. Penat
memanglah penat, sebab mendaki pagi tadi. Tapi jenis aku
ni, apabila sudah penat sangat, payah juga nak tidur. Duduk
rumah bukan ada aktiviti pun.
“Baru sehari kenal kut, takkan dah suka?
Mengarutlah, Benji.” Aku tersipu sendiri dibuatnya.
Ya, hubungan kami kembali baik apabila dia minta
maaf secara tidak rela depan Amzar tadi. Yalah, memang
awkward gilalah kalau bergaduh depan kawan yang lain.
Entahlah kali ini berapa jam pulak tempoh kami berbaik.
“Dia sukakan you. I can see it.” Dia menekan
suaranya.
Betul ke Amzar suka aku? Aku rasa biasa aje.
“Awak ni tahu macam mana? Awak ada phsycic
power ke?” soalku tanpa meminta izin untuk masuk ke Daiso,
kedai lima ringgit, sebelum GST.
“I lelaki, I tahulah.” Dia mengekoriku.
Amzar kata Benji ni nampak macam suka aku. Benji
pula kata Amzar yang suka aku. Mana satu ni?
“Saya pun suka dia.” Jawabku jujur. Maksud aku, aku
suka cara Amzar berkawan dengan aku. Mungkin terlalu awal
untuk aku assume semua ini tapi aku rasa Amzar tu seorang
yang ikhlas. Dia nampak berkarisma. Ops, bukan. Dia nampak
baik.
“I tak suka dia.” Tiba-tiba dia bersuara. Tegas.
“Yeah because you’re not a gay.” Aku menjeling dan
meninggalkannya untuk ke rak bahagian alat tulis.
Dia mengekor. Geramnya. Nak kawal hidup aku,
lepas tu buat kerek dengan aku. Kutuk-kutuk aku, kawan aku
dan segalanya yang melibatkan aku.
“I’m sorry, I tahu apa yang I dah cakap dekat you
semalam sangat biadab.” Dia memujuk lembut.
Aku mencemik. Baru pandai nak minta maaf untuk
‘tragedi’ semalam? Kenapa tidak tunggu aku kena kapan aje?
“Sedar pun. Tapi terima kasihlah. Hati ni dah luka
pun. Sebab awaklah saya pergi mendaki. Sebab tu saya tak ada
hati nak ajak awak. Puas?” soalku sinis.
Dia nampak terkejut mendengar pengakuan aku.
Aku mengambil sebuah buku nota lalu aku tempekkan ke
dadanya. Suruh dia pegang. Nak sangat mengikut, kan?
Macam tidak boleh tunggu dekat luar. Dia ambil buku tu tapi
matanya tajam merenungku.
“Oddie…” Dia cuba capai tangan aku, cepat-cepat
aku elak. Gila apa? Dia nak aku rasa gayat tahap teruk ke
macam mana?
“Apa? Nak apa?” soalku kelam-kabut.
“Sebenarnya, I bukan dapat kerja jadi model
sambilan, tapi… model tetap.” Dia berkata.
Cis! Ingatkan hendak pujuk aku supaya maafkan dia.
Haram. Dia siap ubah topik lagi. Memanglah... aku tak tahu
hati dia ni diperbuat daripada apa.
“Good for you.” Aku terus berpaling.
Model sebagai pekerjaan tetap? Dia ingat dapat
banyak duit ke? Memanglah dapat banyak. Tapi kalau karier
terumbang-ambing, dah habis kontrak atau apa nanti, dia
akan hidup susah, tahu? Lainlah kalau dia tu model pakaian
dalam Calvin Klein ke apa ke?
“Kenapa?”
Lamunanku terhenti apabila dia menegur. Aku
angkat kening.
“Kenapa apa?” soalku.
“You senyum sorang-sorang. Ada benda yang lucu
ke?” Dia menyoal sambil memandang ke belakangnya. Nak
sahkan yang aku memang senyum sorang-sorang.
Betul ke? Kenapa aku boleh tidak perasan?
“Ammm, tak ada apa. Saya teringat something.” Aku
ketuk kepala dengan buku lima. Malunya ya Allah! Itulah
Oddie, lain kali fikiran tu, jangan miang sangat!
“Amzarlah tu.” Katanya sinis.
“Kenapa, jealous?” soalku geram.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Dengan dia I nak jealous apa? Obviously I lagi good
looking daripada dia. Model pulak tu. Badan I lagi…” Dia
mengangkat bakul sendiri.
Aku julingkan mata.
“Don’t flatter yourself! Memang awak lagi okey dari
segi fizikal! Tapi fizikal semata-mata ajelah.” Ha, kan dah
kena bidas. Kalau mulut macam puaka Niang Rapik, tak ada
guna juga kekacakan dia tu.
“Entah… still tak jealous. I tahu bila tahap seseorang
lelaki tu di bawah I.”
Amboi berlagak betul mamat Itali ni. Selamba aje
dia berkata tanpa memandang ke arahku. Sibuk membelek
barang-barang di depan mata.
“Well, dia ada otak.” Sinisku geram.
Dia meletakkan barang yang dia belek tadi dan
memandangku. Mulutnya ternganga sedikit. Macam tidak
percaya dengan apa yang keluar dari mulutku.
“Wait, you nak cakap I tak ada otak?”
Gulp! Marah betul muka dia.
“I didn’t say that!” Aku bersuara. Cuba mengelak,
aku berjalan ke rak yang lain. Dan aku tahu dia mengekoriku.
“Tapi you cakap dia ada otak. That means, I tak ada
otak!” Tiba-tiba dia membentak.
Baguslah kalau dia fikir macam tu. Memang betul
pun. Nak aje aku sinis dia. Tapi muka dia dah merah. Marahlah
tu. Ada beberapa mata memandang kami. Mungkin kerana
kamilah pelanggan yang paling riuh dekat situ.
“Syhhh! Keep you voice down, mister! Saya tak
habis cakap lagi. Dia ada otak sebab kerja dia obviously kena
guna otak. Arkitek, kan? Kerja awak kena pakai otak tak? Tak,
kan? Kerja awak tu kena pakai badan dan rupa aje. Mengarut.
Siapalah yang nak tengok badan awak tu yang… ada ‘roti ban’
tu? Tak dinafikan awak nampak tegap, hot… and… spicy…
wait... what?” Aku tepuk bibir apabila tengok muka dia dah
berubah, jadi senyum nakal.
Alamak! Tadi nak merendah-rendahkan dia. Kenapa
aku boleh puji badan dia? Otaklah ni... gatal! Pergi scan badan
dia buat apa? Aku pun tak pasti sama ada betul atau tidak yang
dia ada ‘roti ban’ tu.
“Arghh! Jangan nak perasan sangat. Saya teringat
ayam KFC aje tadi. Dah lama sangat tak makan.” Bohongku.
Dia ketawa kuat. Geramnya aku. Beberapa orang
memandang kami dengan pandangan kurang senang bila
Benji ketawa macam nak runtuh langit.
“Ah…” dia berkata dengan pandangan mengejek.
“Jangan pandang saya macam tu.” Jelingku.
Dia tersenyum semakin lebar.
“Macam mana? Inilah cara I pandang you.” Ujarnya
bersama senyum senget lagi bangga dia tu.
Aku julingkan mata ke atas.
“Whatever. At least, hati dia baik. Mulut dia pun
pandai bercakap sopan, dan pandai jaga hati orang. Tak
macam awak. Mulut awak… hesy, tak reti jugalah saya nak
kategorikan dalam kumpulan yang mana.” Aku menyindir dia
dengan bom torpedo.
Sakit hati sebab dia memalukan aku dengan tawanya
itu. Bukan senang nak tengok dia gelak besar. Dah lama aku
nak tengok. Tapi bukan sekarang! Timing tidak betul sebab
dia sedang ketawakan aku.
Aku mengambil sepeket chopstick lalu aku lekatkan
ke dada dia dengan geram. Dia masih senyum. Chopstick itu
diambil dan dibelek.
“You nak buat apa dengan benda ni?” soalnya.
Kejap. Aku bagi dia chopstick ek? Chopstick tu…
kayu dua batang yang orang cina guna untuk makan mi tu,
kan? Ya! Sahih! Kenapa aku bagi dia chopstick?
“You bukan pandai pun guna chopstick.” Dia gelak.
Dia tidak tahu ke aku tengah gelabah ni? Sebab…
aku tidak boleh nak fokus selepas aku malukan diri sendiri
dengan memuji badan tegap dia tu.
Dia ketawa mengejek.
Sakitnya hati aku. Memanglah aku tidak pandai guna
chopstick. Dekat Boat Noodle tadi pun jenuh aku kena ketawa
dek dia dan Amzar sebab aku guna chopstick sebatang satu
pada setiap tangan.
“Saya nak praktislah! Practice makes perfect, kan?”
Aku memberikan alasan. Mujur alasan itu bernas.
Dia senyum. Masih lagi mengekori aku.
Barang-barang yang aku serahkan pada dia, dia kepit
di celah ketiak. Selamba badak dia aje. Mujur badan bau
wangi. Bau macam perfume abang aku aje. Paco Rabbane, 1
Million.
“You usyar badan I rupa-rupanya. Bila agaknya eh?”
Tiba-tiba dia bersuara dan ketawa. Bangga betul dia.
“Ha… ha… ha! Funny!” Aku menjelingnya.
“Well… see? Itulah guna badan hot and spicy I ni. It
drives you crazy.” Dia berkata lantas menyelak bajunya.
Rahang aku jatuh. Abs, glorious abs! Tiba-tiba aku
tersedar sendiri apabila tayangan perdana tu dah tamat.
Sahih, dia ada ‘roti ban’ enam buku tu.
“Kenapa dengan awak ni? Tak malu ke buka baju
depan orang? Aurat tau? Aurat!” Aku buat gaya ustazah
memberi ceramah. Sambil berceramah sambil berjalan.
Eleh, padahal aku sendiri pun free hair. Aku
tahu aurat lelaki dari bawah pusat hingga ke lutut. Tapi…
dalam kes Benji ini, aku rasa dia kena pakai abaya. Sangat
melekakan!
Dia ketawa.
“Oddie, you might wanna watch your…”
“Hah?”
Danggg! Kepala aku terhantuk. Bila masa ada rak
dekat sini ni? Sebab malu aku berganda-ganda hari ni, aku
lepaskan amarah pada rak yang aku langgar tadi.
“Waktu inilah kau nak ada dekat depan aku, kan?”
bebelku pada rak itu.
Sekali lagi kami jadi tumpuan apabila rak tu
berbunyi kuat setelah disepakku. Alamak! Mujur pekerja dia
tak ada dekat kawasan sini. Kalau tak, dah kena halau kami.
Buat bising lepas tu tambah dengan vandalisme lagi.
Kali ini Benji sudah bercangkung dan gelak besar.
Dia tahu aku hilang fokus bila tengok badan ketak-ketak dia
tu. Memang dasar!
“Dah-dah! Jangan nak happy sangat. Malam karang
menangis. Jom, bayar!”
Dia bangkit. Aku terus menolaknya tubuhnya.
Dia berjalan penuh terpaksa ke kaunter. Bahunya masih
terhinggut-hinggut. Dapat aku bayangkan muka annoying
dia ketawakan aku. Memang dia ni… hesy…
“AWAK TAK busy ke hari ni?” soalku kepada Benji setelah
kami hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Bukannya apa,
aku sengaja nak pecahkan kesunyian. Dari tadi dia memandu
dengan serius. Tiada suara yang keluar.
“I wouldn’t be here kalau I busy. Tak ada kerja,
bolehlah melencong.” Jawabnya. Kali ini dia ramah. Lega.
Tak ada bunga-bunga nak cari gaduh dengan aku. Belum lagi
kut?
“Yalah, maksud saya. Kalau tak kerja, dengan famili
awak ke?” Aku menyoal.
“Amm, mama dan papa ada event. I tak tahu mama
ikut papa ke majlis mana entah? Adik-adik I… umm… you
know…” Dia macam serba-salah nak bercerita tentang
adik-adik gadisnya.
“Kenapa?”
“You kan tahu diaorang tu memang tak rapat
dengan I? Lagi-lagi bila dah besar ni. Nak tengok muka
diaorang untuk tempoh sejam pun susah. Ada aje aktiviti
sosial mereka. I don’t know…” keluhnya.
“Remaja sedang tu, memanglah baru mula nak
rasa nikmat bebas.” Aku cuba untuk menjadi seorang yang
terbuka tentang soal itu.
“But they’re my sisters. I tak nak mereka jadi liar.
I tried to be a good brother but sometimes… mereka rasa
macam I nak mengongkong hidup mereka. Sekarang I rasa
mereka mula menjauhkan diri daripada I.” Keluhnya lagi.
Barulah hari ini aku dapat dengar dia berkongsi
masalahnya dengan aku. Sekurang-kurangnya, aku rasa
dipercayai.
“Ahah! Macam apa yang saya rasa bila awak
mempertikaikan apa yang saya buat.” Aku mencemik. Aku
rasa aku tahu sangat apa yang adik-adik dia rasakan.
“Itu dipanggil risau, okey? I bukan sengaja nak
annoy korang pun.”
La... dia risaukan aku ke? Aku ingatkan dia sengaja
nak cari gaduh.
“Benji, nak dengar nasihat saya tak?” soalku tidak
lama kemudian.
“Apa?”
“Cuba jadi abang yang agak sporting. Bukan sporting
dekat sini bermaksud, awak benarkan mereka buat apa saja
yang mereka nak, manjakan mereka dengan teruk… no! Tapi,
cuba untuk jadi lebih memahami. Kadang-kadang awak kena
jadi pendengar yang baik untuk masalah diaorang.
Kadang-kadang awak kena beri nasihat dengan cara
berhemah. Jangan menegur dengan cara kerek awak tu. Saya
yakin sangatlah, awak menegur mereka dengan cara kerek
awak tu. Sebab itulah diaorang jarakkan diri daripada awak.
Sesiapa pun tak suka. Cuba jadi seorang abang yang cool.
Protective dalam masa yang sama, menyenangkan.” Sempat
lagi aku mengutuknya dalam nasihat aku.
Terus terbayang wajah Sofian. Sofian seorang abang
yang cool.
“Oh, now you jadi pakar motivasi.” Cemik Benji.
“No. Saya cuma beri pendapat saja. Awak nak dengar
atau tak, terpulang.” Cebikku.
“Besides, they are teenagers. Remaja suka buat
sesuatu yang menghiburkan. Hashtag, YOLO, you only live
once. Beza umur awak dengan mereka pun agak jauh. Mungkin
mereka kurang selesa nak bergaul rapat dengan awak sebab
masing-masing dah anak dara. Cubalah approach diaorang
dengan ajak diaorang pergi berjalan-jalan ke sekali-sekala?
Atau buat fun activities dengan mereka? Lagipun, awak dah
terlalu lama dekat luar negara, mungkin mereka jadi segan
nak bergaul rapat semula dengan awak, memandangkan
awak lebih hot sekarang.” Aku cuba sedapkan hati dia dengan
memujinya.
Dia ketawa.

AKHIRNYA SAMPAI juga kami ke butik. Aku nak ambil kereta
dan balik ke rumah. Aku kena tidur. Banyak sangat dah aku
buat malu diri sendiri ketika di Publika tadi. Mungkin sebab
tak cukup tidur. Aku menarik handbag lalu membuka pintu.

“Hei.” Dia bersuara. Baru lagi nak keluar kereta. Tapi
aku duduk semula. Pandang dia. Dia pandang aku. Keningnya
jatuh.
“Ya?” soalku. Muka macam orang bersalah ni kenapa?
“I’m so so sorry… pasal malam tadi. I serius ni.”
Oh! Patutlah muka macam tu. Aku tahu kali ni
dia betul-betul rasa bersalah dan ingin meminta maaf pasal
kes semalam. Hati aku dah sejuk pun sebenarnya bila dapat
melihat dia ketawa tadi.
“Ya. It’s okay. Lain kali mulut tu jaga.” Aku menegur.
Dia senyum. Angguk. Rajin dia senyum hari ni. Kalau
macam ini hari-hari kan bagus? Tapi aku tak nak berharap
lebih. Sebab mood dia teruk. Tak dapat hendak jangka bila
angin taufan dan bila cerah.
“Dan, lain kali, kalau nak pergi mendaki kat
mana-mana tolong ajak I. Tak kisahlah empat pagi ke empat
petang ke. Tolong ya? Tak kisahlah you tengah marah
dengan I atau apa. You wajib ada teman untuk mendaki.” Dia
memberi arahan lagi.
Aku angguk.
“Terima kasih sudi jadi pendengar yang baik juga.”
Ucapnya lagi.
Sekali lagi, aku angguk.
“I akan cuba jadi abang yang cool, protective yet
sangat menyenangkan dalam masa yang sama.”
Aku tersenyum lebar. Maknanya dia mendengar
setiap apa yang aku bebelkan tadi.
“Bagus.” Pujiku.
“Ah, I teringat sesuatu. Tunggu.” Dia angkat tangan,
mengarahkan aku tunggu. Aku berdiri macam patung
cendana di luar keretanya.
Dia keluar, but kereta dibuka. Dan dia menutup
semula but kereta dengan sesuatu pada tangannya. Macam
kertas. Dia datang depan aku, senyum. Kemudian dia
hulurkan kertas yang berlipat itu kepada aku.
“Ni, untuk you.”
Aku ambil dengan teragak-agak. Kertas apa pulak dia
bagi aku ni? Aku memang tak berapa suka sangat kalau diberi
kertas. Sebab aku tidak pandai nak simpan dekat mana-mana.
Berakhir dengan aku akan buang saja kertas itu.
“Apa ni?” soalku sambil membalik-balikkan kertas
tersebut.
“Poster…” jawabnya pendek. Dia senyum.
Alahai manisnya anak Aunty Marlynn ni. Lagi manis
kalau perangainya ‘bersekolah’ macam ni setiap hari.
“Poster apa?”
“Take a look.” Dia menyuruh aku membuka lipatan
tersebut.
Kertas yang berlipat dua itu aku buka. Serta merta
aku tutup balik. Aku takkan buang poster ini. Aku takkan
buang!
“Wait! You jackass!” Malu, aku mengayunkan beg
tanganku ke bahunya.
Dia tergelak dan tidak sempat hendak elak.
Gambar dia yang hanya memakai seluar jean yang
hampir terlondeh sehingga nampak garisan berhuruf V di
perutnya itu memang menyeksakan! Macam mana boleh ada
poster yang sebegini? Maksud aku, tak terlarang ke? Mulalah
aku curiga. Dia ni kerja sebagai model atau pelakon porno?
“Untuk simpanan you.” Dia bersuara lepas puas
ketawa.
“Gila!” Aku marah.
Dia ketawa besar. Ketawa yang bangga… nakal…
atau seronok? Entah? Yang pasti, dia nampak gembira betul
hari ni.
“Simpanlah.” Senyum aje dia.
“Awak punya copy macam mana?”
“I don’t need it. Dalam portfolio I berlambak. Ni
gambar lama, waktu I modeling dekat sana.” Dia berkata.
Aku angguk tanda faham. Patutlah, dekat luar negara
punya. Patutlah siap poster bagai. Kalau dekat Malaysia ni,
bukan senang nak ada poster sendiri, melainkan dia sendiri
yang pergi hantar ke syarikat pencetakan. Kut? Aku sendiri
pun tak tahu macam mana arus industri hiburan sekarang
sebab aku kurang berminat terhadapnya.
“Ammm… thank you.” Aku ucap sambil angkat
poster tersebut.
Dia angguk dan menabik aku dengan dua jarinya.
“You’re welcome. So we’re cool?” soalnya sambil
menadah tapak tangan.
“Cool.” Jawabku pendek sambil menyambut high
five dia.
Dia senyum, angguk dan masuk ke dalam kereta.
“Drive safe.” Pesannya.
Aku angguk. Dia menghilang, baru aku masuk ke
dalam kereta aku. Poster itu aku buka kembali. Perutnya,
garisan Vnya… aku tenung. Kemudian aku tersedar. Poster
itu aku lipat dan campak ke tempat duduk belakang. Hantu
punya poster!
“Subhanallah, Maha Suci Allah. Alhamdulillah,
Pujian bagi Allah, Allahu Akbar, Allah Maha Besar,
Lailahailallah Muhammad Rasulullah.” Aku mula menyanyi
perlahan. Cuba menghapuskan bayangan gambar Benji tadi.
Harap berjaya kalau aku terus berzikir sampai besok. Aku
harap Allah ampunkan kegatalan aku hari ni. Patutlah papa
cakap, aku patut kahwin!

No comments:

Post a Comment