DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 13 March 2016

ROMANTIK RAPSODI - BAB 6

NANI perasan sejak dua menjak ini Hakim kerap
menghubunginya dan di setiap perbualan mereka pasti ada
nada yang manja dan kata-kata manis keluar dari mulut Hakim.
Dalam diam Nani senang dengan layanan Hakim sebegitu dan
dia sering pula ternanti-nantikan panggilan daripada Hakim.
Namun dia tidak pasti sama ada Hakim sekadar main-main atau
betul-betul ikhlas memanggilnya sayang.
Aku reda je dia panggil aku sayang... Hahaha... Boleh
ke macam tu?
Sepanjang perkenalan ini serba sedikit dia mula
mengenali siapa diri Hakim. Jejaka itu rajin bercerita tentang
dirinya. Dia suka sikap Hakim yang terlalu berterus terang. Nani
senang dengan hubungan tanpa ikatan ini. Biarlah masa yang
menentukan dan menjawab ke mana hala tuju perhubungan
mereka.
Sedikit sebanyak yang dia tahu, Hakim seorang yang
gemarkan aktiviti sosial. Clubbing, malah Hakim dengan jujur
mengaku dia mengambil minuman keras. Tetapi apa daya Nani
untuk melarang. Kadangkala nasihat yang diberikan hanya
dipandang sepi oleh Hakim. Dia cuma mampu berdoa agar
suatu hari nanti Hakim akan berubah... Dia optimis!
Hakim merupakan anak kepada ahli perniagaan
yang berjaya. Memang tidak setanding dengan dirinya yang
tak punya apa-apa. Ibunya berbangsa Melayu. Ayahnya pula
kacukan Melayu-Cina. Dia mempunyai seorang kakak dan
seorang abang. Sama seperti Nani juga, tiga beradik.
Hakim merupakan Pengarah Urusan di sebuah syarikat
yang menguruskan latihan dan acara. Sama seperti tempat Nani
bekerja. Kebetulan pula... Hakim cuma meneruskan perniagaan
yang sudah dibina oleh ayahnya. Alangkah bertuahnya Hakim.
Sedang leka Nani mengelamun, telefon bimbitnya
menjerit nyaring. Dia tahu itu panggilan daripada Hakim.
Hatinya berbunga riang. Sempat dia mengerling jam di dinding,
pukul sembilan setengah malam.
“Helo,” Nani menyambut panggilan dengan suara
yang paling lembut. Perasan!
“Hai, tengah buat apa?” Uhh, bergetar dadanya
mendengar suara garau Hakim.
“Tak buat apa pun, tengok tv je,” Nani menjawab
dengan nada yang masih lagi lembut. Memang aku perasan.
Hahaha.
“Orang ada masalah.” Kedengaran suara Hakim tidak
seceria hari-hari sebelumnya.
“Ada masalah apa? Kalau rasa nak cerita, saya okey je
nak dengar.” Konon-konon dialah pendengar paling setia di atas
muka bumi ini.
“Hmmm... sebab tu saya call awak, sebab saya tahu
awak takkan hampakan saya.”
Nani tergelak kecil. “So, Encik Hakim, ada apa yang
boleh saya bantu.” Hujung rambut dipintal-pintalnya.
“You know what, tadi... saya keluar dating dengan
sorang model, cun gila. Seksi and I think I’m in love.”
Nani tergamam dan kepalanya berpusing. Benarkah
apa yang aku baru dengar lima saat yang lalu. Air liur dirasakan
sangat pahit untuk ditelan. Kelat, pahit, payau... Dadanya tibatiba
sesak. Sukarnya hendak memproses maklumat yang baru
didengarnya tadi.
“Nani, awak dengar tak saya cerita ni.”
“Hei, erm... mestilah. Sambung cerita. Saya kan
pendengar yang baik. Saya tengah tunggu awak habiskan cerita
la ni,” Nani menggagahkan diri dan telinga untuk mendengar
walaupun telinganya terasa panas dan berdesing. Terasa seperti
mahu dicampakkan saja telefon ke dinding... Apa semua ni?
“Tadi baru first date, tapi macam letrik tau. Bila tengok
dia, saya terus suka kat dia. Dia ni glamour jugak. Saya rasa
awak pernah dengar nama dia. Aliyah.”
Dia dating dengan Aliyah... Oh my! Terasa rendahnya
diri. Siapalah dia kalau hendak dibandingkan dengan Aliyah
model berdarah kacukan yang sedang menempa nama itu.
Memang jauh panggang dari api.
“Wah, dahsyat kawan saya sorang ni, bukan
calang-calang orang dia dating,” Nani sedaya upaya cuba
menyembunyikan rasa tidak senang dengan setiap butir bicara
Hakim.
Di dalam hatinya, jangan ceritalah... dap dup dap dup
menahan rasa yang bercampur-baur. Tak apalah, sekurangkurangnya
dia tahu di mana letak duduknya dia pada Hakim.
Nani berusaha memujuk diri.
Thank God, sekurang-kurangnya aku tahu. Aku hanya
dianggap kawan. Habis selama ni, dia panggil aku sayang
sayang... tu apa? Suka-suka je beli jiwa aku. Huh!!! Gerutu
hatinya.
Dia dengar Hakim ketawa bahagia di hujung talian.
Jiwanya rasa terdera.
“Saya rasa dia pun sukakan saya jugak. Sebab tadi masa
tengok wayang, dia asyik je peluk saya.” Masih terdengar sisasisa
tawa Hakim. Sakitnya hati! Korang ni tengok cerita apa aje,
dalam wayang pun nak peluk-peluk??? Gumam hatinya geram.
“Okey la tu, respons dah bagus. So apa masalahnya?”
Terasa payah Nani hendak bersuara. Seperti ada pasir tersangkut
di kerongkongnya.
“Hihihi... Takde masalah pun, saja je orang nak share
dengan dia kegembiraan orang ni.”
Share dengan aku? Kegembiraan? Oh, kegembiraan
dia, kesedihan aku tau!!!
“Saya doakan awak dapat tackle dia and korang akan
jadi pakwe makwe paling best kat Malaysia ni.” Penuh plastik
ayat itu.
“Erm, thanks Nani. Ni buat orang sayang kat dia ni,
okey la. Orang nak keluar minum kejap. Take care, bye!”
“Erm, you too... take care, bye!” Klik. Nani terus
menekan butang merah kuat-kuat.
Tanpa dipinta manik-manik halus menyerbu turun
membasahi pipi. Apa yang aku nak sedihkan? Aku patut
bergembira dapat berita kawan aku tengah dibuai perasaan
indah. Come on Nani, wake up. Nani memarahi dirinya. Dia
sepatutnya lebih berhati-hati dan jangan terlalu cepat menaruh
harapan. Ya, kali ini dia akui dia tersilap membuat perhitungan.
Bermati-matian selama ini aku ingat Hakim syok kat
aku. Oh, malunya! Nasib baik dia tak tahu perasaan aku yang
perasan sendiri ni. Kalau tidak memang aku tak tahu tempayan
mana aku nak letakkan muka. Tempayan budu pun aku rasa
akan gelakkan aku!
Walaupun berat, dia perlu terima hakikat. Mesti. Aku
janji, aku takkan cepat terpedaya lagi dengan kata-kata manja
Hakim. Oh, tidak... tidak lagi... untuk selepas ini. Nani bingkas
mengangkat punggung dan naik ke bilik. Nak tengok tv pun
dah mati mood. Lebih baik tidur dan esok bangun dengan
semangat baru.
PUKUL LIMA tiga puluh pagi Nani sudah terjaga daripada
tidur yang indah... Dia memang kaki tidur, datanglah masalah
sebesar gunung sekalipun, bila kepalanya dah bertemu bantal,
segala masalah akan lenyap buat seketika. Nani terus ke bilik
mandi menyucikan diri. Usai, dia terus menyarungkan telekung
untuk menghambakan diri kepada Penciptanya.
Dia mahu mengadu pada-Nya segala resah hati
dan memohon diberi kekuatan dalam menempuhi segala
kemungkinan dalam hidup ini, diberikan kesejahteraan dan
keberkatan. Selesai berdoa, Nani mencapai naskhah Al-Quran.
Helaian demi helaian dibaca sehinggalah sedikit demi sedikit
hatinya merasai ketenangan.
Hari ini hari Sabtu. Jika Puan Hanisah tidak pulang ke
Rawang, Nani akan menghabiskan masa bersama ibunya jika
dia tidak punya hal di luar. Dia turun ke dapur. Ibunya sedang
menyediakan sarapan.
“Morning, ibu.” Nani menyapa sambil mengucup
lembut dahi ibunya. Tangannya pantas mencapai teko dan
membancuh nescafe.
Ermm, nescafe is my best friend. Can’t live without it.
Hehe. Boleh meroyan kalau tak dapat minum nescafe sehari.
Sempat lagi hatinya berbisik.
“Morning, long. Awal Along tidur semalam. Ibu balik
pukul sepuluh, tengok bilik along dah gelap.”
“Penat sangat semalam, banyak gila kerja kat office.”
Nani memberi alasan, padahal semalam dia tidur dengan rasa
kecewa tak bertepi.
Puan Hanisah menuju ke meja makan dengan
semangkuk bihun goreng di tangan.
“Along pergi mana-mana tak hari ni? Ibu ingat nak ajak
along pergi IKEA. Nak cari barang sikit,” ujar Puan Hanisah
sambil menyuap bihun ke mulut.
“Tak pergi mana pun. Jom, jom... dah lama tak pergi
sana,” Nani tersenyum girang.
“Okey lepas makan karang, siap-siap kita terus pergi
ya. Pergi awal, senang sikit nak parking,” ujar Puan Hanisah.
“Okey,” Nani mengulum senyum sambil menghabiskan
sisa-sisa bihun yang masih tinggal.
Mereka tiba di IKEA pukul sepuluh setengah pagi.
Ketika ini manusia belum ramai. Maklumlah kedai baru dibuka.
Nani membuntuti ibunya yang kelihatan begitu teruja memilih
itu dan ini. Lama juga mereka tawaf IKEA tu. Sedar tak sedar,
dah pukul satu tengah hari. Nani mengajak ibunya makan
tengah hari di restoran Absolute Thai. Dia paling suka pulut
mangga di situ. Lemak, manis... semua cukup.
Tengah sibuk-sibuk mencari tempat duduk, matanya
tertangkap satu panorama yang ‘indah’. Dalam hatinya terdetik,
macam Hakim je… err... err... dengan Aliyah. Terasa bengkak
hatinya saat itu. Kenapalah sebesar-besar KL ni, aku perlu
terserempak dengan dia kat sini... Luka semalam pun masih
berbekas lagi, ditambah pula dengan hari ini, berganda-ganda
rasa sakit hati. Entahlah, dia tak tahu kenapa dia cemburu.
Mesra betul lagaknya macam pasangan kekasih yang
sangat bahagia. Dia telan liur. Hajat nak menikmati kelazatan
pulut mangga dah terkubur. Nani terus menarik tangan ibunya
keluar dari situ. Rasa seperti mahu menangis, tapi nanti apa
pula kata ibunya.
“Eh, kenapa ni Long? Tadi beria sangat nak makan kat
situ.”
Ohh tolonglah ibu, Along tak ada jawapan untuk itu...
Nani hanya menjawab dalam hati.
“Err, tiba-tiba rasa macam nak makan benda lain
pulak. Kita makan kat food court jelah nak. Tekak Along rasa
nak makan meatball pulak,” dalih Nani.
“Ikut Alonglah... ibu tak kisah,” Puan Hanisah yang
tidak tahu apa-apa hanya mengikut saja.
Nani lega. Ibunya tidak banyak soal.
“Along, Along okey tak ni? Lain macam je ibu tengok.
Tadi ceria bukan main, sekarang ni macam orang nampak
hantu, pucat lesi muka tu. Kenapa?” Puan Hanisah menyoal
apabila melihat anaknya itu asyik menguis-nguis meatball di
dalam pinggan. Sesuap pun tidak dijamah.
“Mana ada apa-apa. Tiba-tiba macam sakit kepala
pulak,” harap-harap ibunya terpedaya dengan autanya itu.
“Laa, pulak...” Pn Hanisah menyelongkar beg
tangannya dan menghulurkan dua biji active fast kepada Nani.
“Nasib baik ibu ada active fast,” Nani mengukir senyum
pahit. Berpura-pura lagi. I’m sorry ibu. Ucapnya dalam hati.
“Kalau Along tak larat, lepas makan ni kita baliklah.
Lagi dua tiga benda je ibu tak beli. Kita datang next time je.”
“Laa takpe la ibu. Along okey.”
“Okey apa benda macam ni. Takpe, nanti ibu datang
dengan adik je. Minggu depan dia dah start cuti.”
“Kalau ibu dah cakap macam tu, Along ikut je.”
Sesampai di rumah, Nani terus terperap di bilik
mengurung diri. Kenyataannya mengapa dia perlu kisah Hakim
nak keluar dengan siapa, nak peluk ke, bercium ke, dengan
sesiapa. Dia tidak berhak sedikit pun ke atas Hakim.
I am nobody to him. Tolonglah hati, fahamilah hakikat
ni… Tapi aku dah mula sukakan dia, sebab tu aku jadi macam
ni. Sisi lain hatinya pula berbisik.
Macam mana aku nak berhadapan dengan dia lagi lepas
ni? Aku malu dengan diri sendiri. Hatinya tidak henti-henti
bermonolog. Air mata bergulung-gulung jatuh. Mudahnya dia
mengalirkan air mata untuk lelaki seperti Hakim.
Nani berlari ke bilik air mengambil wuduk. Baru dia
sedar dia masih belum menunaikan solat Asar. Sudah tidak
sabar dia hendak mengadu nasib kepada Dia...
Ya Allah pinjamkan aku sedikit kekuatan-Mu. Aku
perlu belajar menerima kehadiran dia sebagai sahabat sematamata.
Selesai solat, jiwanya sedikit tenang. Baiklah, mulai
hari ini aku akan hanya melayan dia tidak lebih daripada kawan.
Aku tak mahu tewas pada perasaan lagi. Aku JANJI! Kalaulah Taj
tahu mesti berguling-guling dia diketawakan... Perasan lebih
siapa suruh... Hahaha... Akhirnya Nani tertawa sendiri. Tertawa
dengan kebodohan sendiri.
Nani sedar dirinya. Dia memang tidak layak untuk
Hakim. Antara dia dan Hakim bagaikan langit dan bumi.
Sepatutnya dia perlu lebih berwaspada, jangan mudah
tergelincir perasaan disebabkan kata-kata manis yang tiada
nilainya pada Hakim.
Ermmm, dahlah malas aku nak fikir pasal dia lagi!

No comments:

Post a Comment