SENANG hati aku bersiap hari ni. Mama pun
naik pelik. Sebelum aku pergi ke Bukit Broga pagi tadi bukan
main sedih lagi wajah aku. Bila dah balik, macam kena suluh
dengan spotlight.
“Aik… happynya? Biasanya balik dari mendaki,
mandi-mandi terus tidur. Ni nak ke mana?” Mama menegur.
Aku sengih.
“Tak boleh nak tidur hari ni. Nak pergi butik.”
Ujarku.
Mama semakin pelik. Yalah, biasanya akulah orang
paling liat nak ke butik. Tentang Amzar, malas aku nak
ceritakan kepada mama. Biarlah dulu. Bukannya apa, kami
baru saling mengenali. Aku tak nak rasa teruja sangat. Nanti
mulalah ada saja benda yang tidk kena.
Sewaktu turun dari Bukit Broga tadi, kami sempat
bertukar nombor. Tapi tidak adalah dia nak mesej aku terus
Mesti dia pun ada kerja. Kut? Hari Sabtu pun kerja ke? Lainlah
kalau aku. Butik aku dibuka pada hari Sabtu. Cuma aku saja
yang jarang ke butik pada hari Sabtu.
Aku tengok telefon. Ada panggilan yang tidak dijawab
dari Linda dan Saleha. Kenapa entah? Adalah tu nak tanya
pasal stok agaknya. Nantilah aku tanya depan-depan. Mesej
mereka pun aku malas nak buka. Kejap lagilah aku tanya.
Selepas bersiap, aku terus ke butik. Malas nak
melencong ke tempat lain dah. Aku nak pergi ke Sabah pulak
nanti. Baik aku kerja keras sikit. Sebaik sahaja sampai ke
depan butik, aku keluar dari kereta. Suasana macam pelik
sikit. Terkejut apabila melihat ramai orang di depan kedai
aku. Hati mula rasa tidak sedap.
Aku keluar dari kereta perlahan-lahan. Tidak tahu
apa yang jadi.
“Oddie… habis kedai.” Saleha menangis di bahuku.
Linda menayang muka sedih. Matanya merah. Mesti dah siap
menangis pun.
Aku berjalan menghampiri butikku lambat-lambat.
Mulut ternganga tidak percaya. Pecah cermin segala. Mujur
ada gril yang berantai mangga. Cermin tingkap kaca semua
habis pecah. Patutlah Linda dan Saleha ada call tadi. Mesti
mereka nak maklumkan pasal ni. SMS daripada mereka
langsung aku tak buka sebab aku fikir, aku akan ke butik.
Siapa yang buat dajal dekat aku ni memang tidak selamat
hidup dia! Itu aje aku doakan untuk orang yang berhati busuk
begitu.
Aku menghampiri kedaiku. Punah harapan aku nak
ke Sabah. Punah harapan aku nak pergi bercuti mencari
jodoh.
“Kita buat laporan polis.” Aku berkata tenang. Bukan
kali pertama aku dengar pemilik butik menghadapi masalah
yang serupa. Aku cuma tidak sangka aku akan menjadi salah
seorang daripada mangsa itu saja. Cruel people!
Orang beransur-ansur lengang. Aku menunggu polis
untuk tiba. Tiba-tiba sebuah kereta yang cukup aku kenal
pemiliknya berhenti di depan butik aku. Keluar dia dengan
wajah yang berkerut. Risaukah?
“Are you okay?” soalan pertama yang terbit.
Damn, aku tak nak tengok muka dia. Teringat
kata-kata kejamnya semalam. Dia ni akan mengeruhkan lagi
keadaan.
“Yeah.” Jawabku ringkas.
Dia duduk di sisiku.
“Apa yang dah berlaku?” soalnya.
“As you can see.” Aku cuba jawab seringkas yang
boleh.
“You rasa kerja siapa?”
“Tak tahu.”
“You dah call polis?”
Amboi, banyak betul soalannya. Risau atau sekadar
nak menyibuk?
“Yup.”
“Mama you beritahu mama I tentang ni.” Dia
berkata apabila sedar aku tidak mahu layan dia. Aku tidak ada
mood hendak melayan sesiapa pun sekarang ni. Kedai aku
dicerobohi!
Mama beritahu mama dia tentang kedai ni? Hmm,
memanglah tadi aku mengadu dekat mama pasal ni. Ekspres
betul mama aku. Agak-agaknya mama aku ada beritahu tak
mama dia pasal… apa yang aku suruh mama aku cakap pagi
tadi?
“Hei. Your mom also told my mom about us…
no. Tentang plan mereka, tentang apa yang… hmm. I am
so sorry, Oddie.” Wajah dia nampak prihatin sangat. Pandai
betul dia berlakon. Mesti tidak lama lagi dia dapat offer jadi
pelakon.
“Alhamdulillah. Dah beritahu ya?” Aku meraup
muka. Kelegaan. Terasa macam beban tu diangkat pergi
daripada membebani fikiranku.
“Yes.” Jawabnya perlahan.
“Nanti tak perlulah kita nak serabut lagi.” Aku
mengukir senyum. Aku terpaksa berlagak tenang. Aku sedang
bermasalah sekarang. Masalah aku dengan dia dan masalah
aku dengan butik. Penat badan pun masih terasa sebab
mendaki pagi tadi. Aku betul-betul memerlukan rehat yang
panjang.
“Tentang malam tadi, I tahu I terlalu cruel. I tak
patut cakap you macam tu dan I betul-betul minta maaf.”
Ucapnya. Ingatkan tak nak ucap dah. Siap mengaku dia jahat
lagi. Okey. Baguslah kalau dia sedar.
“Dah okey pun sekarang.” Aku berkata. No it is not!
Takkan aku boleh okey begitu saja? Nonsense! Aku cuma nak
dia cepat blah dari sini. Nanti hati aku berkecamuk lagi. Minta
maaf, lepas tu buat balik! Memang boleh blahlah kau Benji!
Polis tiba menyelamatkan keadaan kekok ini. Aku
lega.
“APA DAH jadi ni?” soal satu suara.
Aku mendongak. Amzar! Terlopong aku melihat
pakaian dia sekarang. Tadi dia berpakaian sukan. Sekarang
dia berpakaian... hmmm... macam pakai pakaian kerja tapi dia
takkanlah tidak kerja? Tadi kami turun dari Bukit Broga pun
dah pukul berapa.
Tentu dia tahu lokasi butik aku lepas perbualan kami
tadi. Tidak sangka pula dia sangat menumpukan perhatian
pada apa yang aku merepekkan tadi. Kacak sungguh dia ni.
Bahaya kalau tatap lama-lama.
“Hei!” Aku menegur setelah menyedari aku
memandangnya terlalu lama.
“Hai. Kenapa ni?” soalnya. Keningnya berkerut.
Matanya memandang ke arah kedaiku. Mulut sampai
ternganga-nganga.
“Ada yang berhati busuk.” Keluhku.
“Oh. Your…” Dia berhenti di hadapan Benji sambil
menghulurkan salam.
“Uh, ini kawan saya. Airiel Benjamin. Panggil Benji.
Benji ni kawan baru saya, Aliff Amzar.” Aku memperkenalkan
mereka.
Benji bangun dan bersalaman dengan Amzar.
Sekurang-kurangnya dia dah dapat dua kawan lelaki semenjak
dia kenal aku. Ikram dan Amzar.
“Nice to meet you,” sapa Amzar ramah.
Benji sekadar mengangguk. Senyuman nipis menjadi
balasan kepada kata-kata Amzar. Sombong nak mampus dia
ni. Apalah salahnya kalau balas semula dengan kata-kata yang
elok?
“Dah report?” soal Amzar.
Aku angguk.
“Dah, tapi chances untuk tahu siapa pelakunya
sangat tipis. Sebab kawasan sini takde CCTV dekat luar
kedai.” Aku mengeluh. Salah aku juga sebab tak pasang
security system di luar butik dulu. Degil lagi, tidak mahu
dengar cakap mama.
“Hmm, apa kata awak cuti dulu hari ni? Kita pekena
boat noodle dekat Publika. My treat.” Amzar mengajak.
Aku tersenyum. Idea yang baik. Dah lama sangat
aku tak pekena boat noodle. Lagi satu, tengah stres macam
ni memang tak ada maknanya aku nak meniaga. Aku nak
makan.
Aku suruh Linda dan Saleha balik. Cutilah dulu
sampai kedai aku pulih seperti sediakala. Kedai pulih, duit
poket akulah yang tidak pulih. Kena renovate dan tambah
sistem keselamatan. Renovate bermakna, cuti panjanglah
jawabnya.
“Tapi awak tak kerja ke?” soalku teragak-agak.
“Tak kerja. Tadi ganti member kejap jumpa client.
Nak tak pergi makan?” soalnya dengan kening terangkat.
Aku tersenyum. Boleh juga. Dah lama aku tidak
makan boat noodle.
“That sounds good to me.” Kataku.
“Yeah, to me too.” Benji menyampuk dengan nada
mendatar.
Air muka kami berubah sebaik saja dia menyampuk.
Aku lupa ada dia. Aduh, dia ni takkanlah tak malu tiba-tiba
nak join sama? Huh! Kenapa tidak balik aje?
“Yes, yes. You too.” Kata Amzar.
Blergh. Kenapa Amzar tidak larang? Ingat aku suka
agaknya kalau Benji ikut sama? Dan rela ke dia nak kena
belanja Benji sekali? Boat noodle tu bukannya murah sangat.
walaupun RM1.90 semangkuk, tapi jangan ingat cukup
semangkuk seorang.
“So, you nak naik dengan I atau…” Belum pun dia
menghabiskan kata-katanya, aku bersuara. “Saya naik dengan
Amzar. Takpekan, awak?” soalku kepada Amzar. Malas aku
nak naik dengan Benji. Nanti karang, gaduh lagi.
Amzar tersengih. Dia angguk, membenarkan aku
naik dengannya. Benji ikut angguk. Huh, memang betullah
ni, dia ikut? Menyampah!
“BUKAN BOYFRIEND awak ke dia tu?” soal Amzar yang
sedang memandu, sesekali memandang cermin pandang
belakang. Benji memandu di belakang kami sebab dia tidak
tahu kat mana terletaknya Publika.
“Taklah. Kenapa awak tanya macam tu?” soalku
bersahaja.
“Tengok dari gaya dia pandang awak…”
Aku tergelak sinis mendengarnya. Pandangan dia
memang mampu menipu semua orang. Cara dia pandang
memang nampak prihatin tapi sebenarnya hati busuk! Tapi
takkanlah aku nak burukkan dia depan Amzar pulak?
“Dia memang macam tu. Sebenarnya kerja dia duk
menyinis saya aje. Mungkin hari ni dia tak sindir saya sebab
kesian dengan apa yang terjadi pada saya, kut?” Aku meneka.
Tapi aku terkutuklah juga. Tak boleh nak bantu. Siapa suruh
perangai dia annoying sangat?
“Oh, patutlah nampak pelik. Awak berdua bergaduh
ek?” soalnya dengan senyuman nakal.
“Yalah. Dia tu suka sangat cari gaduh. Dari saya
ambik dia dekat airport itu hari lagi.” Jawabku malas-malas.
Bosan bercakap pasal Benji.
“Ambik dekat airport?” Keningnya terjongket
sebelah.
“Ya, dia baru balik dari belajar dekat luar negara.
Mama dia minta tolong saya ambilkan.” Aku berkata.
Amzar anggukkan kepalanya.
“Oh, mama dia kenal awak? Macam mana awak boleh
kenal dia?” soal Amzar lagi.
“Dia tu anak kawan baik mama saya. So, mama saya
nak kami berdua berbaik macam dia berbaik dengan mama
Benji. Tapi kami memang selalu berlaga angin. Maksud saya,
ada aje benda yang nak digaduhkan.” Aku mengeluh. Malas
hendak cakap tentang niat asal mama kami hendak jodohkan
kami berdua. Nanti terkejut beruk Si Amzar. Jatuhlah market
aku.
“Oh… mesti dah kenal dari kecil.” Amzar meneka.
Aku angguk. Memang pun tapi tidak pernah pula
aku berkawan dengan dia sewaktu kami kecil. Mungkin
sebab dulu hubungan mama aku dan mama dia tidak serapat
sekarang. Tak juga, mungkin sebab kami sama-sama macam
kera sumbang. Dia tak nak tegur aku, aku pula takkan tegur
orang dulu melainkan orang tu tegur aku dulu.
“Kenal dari kecil, tapi tak pernah bertegur sampailah
kes saya ambik dia dekat airport dulu. Tapi kami berbaik juga
kadang-kadang. Kalau lain pendapat, terus bermasam muka.
Dia tak macam Ikram.” Aku mengeluh lagi. Besar bezanya
Benji dengan Ikram. Macam langit dengan bumi.
“Siapa pulak Ikram? Boyfriend awak?” soalnya.
Aish! Asyik nak tanya pasal boyfriend saja.
“Huh, sumbang rasanya kalau dia tu boyfriend saya.”
Aku mencemik. Teringat lagi pada amarah Benji. Aku benci
apabila hati aku mula percaya yang apa Benji katakan itu ada
betulnya.
“Kenapa?”
“Ikram tu kawan baik saya. The best ever! Saya
anggap dia macam abang kandung saya dah. Ilmu telepati
memang usah kata. Tip top! Kami bagi isyarat mata aje,
terus dapat tangkap. Nanti awak berkenalanlah dengan dia.
Semalam kami keluar tengok wayang bertiga, dengan Benji...
sebelum saya bergaduh dengan dia.” Aku bercerita. Kalau
bercerita tentang Ikram, aku tak rasa annoying pun. Aku rasa
seronok apabila sedar yang aku ada kawan sekepala dengan
aku dalam bermacam hal.
Amzar ketawa lepas.
“Awak memang rapatlah dengan Ikram tu?” Kening
Amzar terjongket.
Aku angguk. Sangat-sangat rapat. Kadang-kadang
aku harap abang aku, Sofian macam Ikram. Maksud aku,
menghabiskan lebih banyak masa dengan aku, buat aktiviti
lasak semua… tapi abang aku agak sibuk dengan kerja dia.
“Awak ramai kawan lelaki, takkan boyfr…” ayat dia
lebih kurang saja.
Tahulah aku dia nak tahu status aku single ke, taken
ke... Kalau aku ada boyfriend, tidak adalah aku nak keluar
dengan mana-mana lelaki yang aku baru kenal sesuka hati
aku. Itu pun tak boleh nak agak ke? Mulalah rasa nak marah.
Sabar, Oddie. Mungkin dia gabra.
“Saya tak ada boyfriend. Belum ada lagi. Sejujurnya
saya tak ada sangat kawan perempuan. Saya tak pandai nak
berkawan dengan perempuan. Kawan saya, boleh kira dengan
jari aje ada berapa ramai.” Aku berkata jujur. Maksud aku
memang betul.
Dari zaman sekolah lagi, aku tidak suka berkawan
sangat. Aku lebih selesa berkawan dengan Sofian dan
kawan-kawannya. Sampai mula-mula dulu, mama fikir aku ni
ada penyakit ‘pelik’. Sebab aku suka duduk dalam dunia aku
sendiri. Anak-anak kawannya yang lain semua meminta izin
untuk membawa pulang rakan perempuan ke rumah. Tapi,
aku tidak.
Aku hanya berkawan dekat sekolah aje. Kawan baik
aku dekat sekolah, lelaki. Firdaus namanya. Entah apa cerita
dia sekarang. Dekat rumah, aku suka menghabiskan masa
dengan keluarga. Seorang pun rakan dari sekolah rendah,
aku tidak pernah bawa pulang ke rumah.
Waktu sekolah menengah, aku ada seorang kawan
baik perempuan sewaktu di tingkatan satu. Sempatlah aku
bawa dia datang ke rumah. Lepas tu, kami bergaduh dan aku
dipulaukan oleh rakan perempuan sekelas yang lain. Terus
aku serik nak berkawan dengan perempuan.
Balik-balik, kawan-kawanku pasti jantinanya lelaki.
Mama pernah fikir yang aku ini macam berminat hendak
tukar jantina. Tidaklah! Aku hanya berperangai macam
lelaki saja. Tidak banyak ambil tahu hal orang, tidak suka
merumitkan keadaan.
Masuk universiti, Ikram sajalah kawan baik aku.
Yang lain, setakat bertegur sapa di dalam dan luar kuliah.
Tidak ada nak ajak melepak bersama. Tidak macam Ikram.
Memang pelik. Tapi itulah aku. Aku tidak pandai bergaul
sangat. Betullah, kut?
“Termenung!” Amzar petik jari di depan mukaku.
Aku tersentak dan tersengih malu.
“Awak ada cakap apa-apa ke tadi?” soalku.
“Kenapa tak pandai berkawan dengan perempuan?”
dia menyoal.
“Oh… tak pandai dan tak berapa suka. Saya tak pandai
nak jaga hati perempuan. Sebab perempuan mudah sentap,
cepat terasa, mudah nak bergosip. Saya tak suka semua tu.
Saya ni macam jantan sikit. Sikit ajelah. Don’t get me wrong,
kadang-kadang saya suka juga berpenampilan feminin. Ikut
pada moodlah.” Jawabku selamba. Amzar tersengih.
“I like you already…” kata Amzar.
Aku senyum.
“Tak apa, kualiti lebih penting daripada kuantiti. Tak
ramai kawan tak apa, asalkan semuanya boleh diharap. Kalau
ramai kawan tapi seorang pun tak ada waktu kita perlukan
mereka, tak ada guna.” Ujarnya tidak lama kemudian.
Aku setuju sangat.
“Yes! Betul tu. Mujur semua kawan-kawan saya
yang boleh dikira dengan jari ni, boleh diharap.” Aku berkata
dengan penuh semangat. Buat masa ni, aku nampak Ikram,
Saleha dan juga Linda. Benji? Masih samar-samar lagi sebab
aku pun baru ‘berkenalan’ dengan dia lepas dia balik dari USA.
KAMI MEMESAN lima belas mangkuk boat noodle. Biar penat
kami habiskan nanti. Mesti tidak cukup. Waktu aku stres,
aku kuat makan. Aku pernah makan sampai tujuh mangkuk
seorang. Mula-mula mata Benji membulat apabila tengok aku
order sampai lima belas mangkuk untuk kami bertiga.
Dia mana pernah pergi ke sini. Mesti dia tidak tahu
sebenarnya semangkuk mi tu sikit sangat isinya. Harga pun
murah. Apa yang aku suka di sini ialah rasa boat noodle dia
yang sememangnya sedap gila tu… dan aku suka air teh ais
dia yang kaw gila. Pergh… tidak pernah lagilah aku rasa air
teh ais yang sedap macam tu.
“Awak pun selalu lepak kat sini ek?” soalku kepada
Amzar sementara hendak tunggu makanan sampai. Aku
tengok, dia macam dah ingat kod-kod makanan yang kami
nak order. Biasanya kalau orang ingat kod makanan ni,
memang dia selalu pergi ke restoran itu.
“Who? Me?” soal Amzar.
Aku angguk. Yalah, awak... takkan mamat kerek ni
pulak? Tengok muka pun dah tahu dia tidak pernah ke sini.
“Yes, you! Takkan Benji pulak, kan?” Aku cuba buat
ramah dengan Benji. Malas nak bergaduh depan Amzar.
“Kenapa takkan dia?” Kening Amzar bertaut.
“Sebab dia baru balik ke sini. Dia foreigner.”
Kutukku.
“Ah, yes! Awak ada cakap tadi yang awak ambik dia
kat airport.” Amzar berkata tidak lama kemudian.
Benji menjelingku.
“I’m Malaysian okay? I cuma belajar kat luar negara
aje. But still, Malaysian.” Dia bertegas.
“Yalah. Gurau aje pun. Janganlah marah. Tak
handsome nanti. Dia belajar dekat USA dulu.” Aku buat-buat
prihatin. Kalau ikutkan, hendak aje aku tendang dia jauh-jauh.
Sampai ke USA semula pun tak apa. Penyibuk!
“I dah lama kat sini. Dah dapat kerja pun, okey?”
Benji berkata sinis kepadaku kemudian matanya beralih
kepada Amzar.
Setakat model sambilan, tak payah nak bangga
sangatlah! Kat depan aku ni, arkitek. Senyap aje. Aku
julingkan mata ke atas.
“Ah, kembali pada soalan saya, awak selalu ke sini?”
soalku kepada Amzar. Malas nak melayan si Benji ni. Karang
makin teruk kami bergaduh.
“Selalu juga. Budak-budak ofis selalu bawa.”
Ceritanya.
Aku angguk.
“So how about you? Berapa lama dah kenal Oddie?”
Tiba-tiba Benji bersuara.
Aku tidak berapa suka apabila dia bersuara sebab
aku takut dia kecilkan hati Amzar pula. Bukan boleh kira si
mamat Itali ni. Dia mana pandai menjaga hati orang.
“Err, pagi tadi.” Amzar menjawab lambat-lambat.
“What? Baru kenal tadi?” Muka Benji nampak terkejut.
“Ammm… yeap. She’s so funny.” Amzar tayang
sengih.
Teringat terus aku pada peristiwa tadi.
“Hahahaha. Awak tu yang lucu. Bee Geeslah...
apalah...” Aku tergelak.
“But you sing their song!” Muka Amzar nampak
teruja apabila kami berkata tentang pagi tadi.
“Because I know their song!” Aku berkata sambil
tergelak. Dia pun terkekeh-kekeh ketawa. Tidak lama
kemudian kami diam. Terlupa ada Benji.
Benji tenung kami berdua macam hendak makan.
Aku rasa Benji ni menyibuk ajelah. Dia bukan tahu apa-apa
yang kami bualkan pun. Suasana tiba-tiba jadi awkward
apabila dengan dia. Tidak macam pagi tadi. Aku dan Amzar
berbual lancar aje. Tidak rasa macam ada ‘setan’ pun.
“You talk to strangers, just like that?” soal Benji.
Kan aku dah kata? Dia tak pandai jaga hati orang.
Amzar gigit bibir bawahnya, buat muka oopsie. Aku pijak kaki
Benji di bawah sebab terlalu geram. Dia ingat, dia tu abang
aku? Dia ingat dia tu papa?
“Yeah, sama macam sewaktu saya ambil awak.”
Bidasku.
Air mukanya berubah apabila aku membalas.
Amzar berdeham sambil menahan diri daripada
senyum. Mesti dia nak iakan kata-kata aku sewaktu kami
dalam kereta tadi. Benji suka cari gaduh!
“Kami jumpa kat puncak Bukit Broga pagi tadi.
Tidak pernah jumpa lagi perempuan yang berani mendaki
seorang diri. Jadi, tegurlah. I was amazed by her spirits.”
Amzar kembali ke soalan utama. Dia memujiku.
Air muka Benji sekali lagi berubah. Dia merenung
aku dengan mata yang mengecil.
“Wait. Oddie, you climbed alone?” soalnya.
Aku angguk. Apa pulak kali ni? Apa lagi salah aku
dekat mata dia? Suka betul dia cari kesalahan orang. Patut dia
jadi pemeriksa kertas exam budak-budak. Biar gagal semua
budak-budak.
“Kenapa tak ajak I?” soalnya.
Huh, aku stres dengan dia. Kalau ajak dia, mahu aku
biarkan diri aku tergolek dari atas bukit tu.
“Saya bertolak pukul 4.30 pagi tadi. Nak tengok
sunrise. Probably, awak sedang tidur nyenyak. Bukan habit
saya mengganggu orang tidur.” Ujarku tanpa rasa bersalah.
Memang aku tidak rasa bersalah langsung tak ajak dia. Lagi
aku suka, adalah.
“Still boleh ajak I, kan?” nadanya berubah.
Mana aku tahu?
“Kenapa nak kena ajak? Saya dah biasa memanjat
seorang.” Aku merungut. Dah kembali bergaduh. Depan
Amzar pulak tu. Ini semua gara-gara Benji yang suka cari
gaduh tidak kira waktu.
“It’s dangerous. You are a girl.” Dia kerutkan
keningnya. Tak habis-habis hendak memperkecilkan
kemampuan seorang perempuan.
“Saya dah biasalah.” Ulangku lagi tetapi kali
ini dengan nada yang membentak. Suka hati dia aje nak
marah-marah dekat aku. Dia siapa?
“Aunty Piah tak patut biarkan you pergi seorang. I
mean, gosh! Dia tak risaukan keselamatan you, ke?” rungut
dia tak puas hati.
Oh, dia bising ni sebab risau ke? Menyampah!
“Sekarang awak nak salahkan mama saya?” Aku
mendengus geram. Marah apabila dia berkata seolah-olah
mamaku salah.
“Hey, it’s not that dangerous. Ramai orang tadi.
Ramai sangat-sangat. Nak naik atas tu kena ikut turn. You
should try. Bukit Broga ada pemandangan yang cantik, kan?”
Amzar mencelah sambil menanyakan pendapatku. Mungkin
dia sendiri tidak selesa menjadi saksi kepada pergaduhan
kami.
Hilang mood aku. Memang aku akan order lagi boat
noodle tambahan ni karang. Gerenti. Sebelum aku makan
budak Itali ni, lebih baik aku makan mi sampai kenyang!
No comments:
Post a Comment