AKU menerima pesanan ringkas WhatsApp
daripada Benji. Sejujurnya, setiap kali nama dia bermain
dalam fikiran, pasti hatiku rasa seperti ditusuk belati. Pedih.
Dialah satu-satunya lelaki yang buat aku rasa terhina sangat.
Hey, are you okay?
Boleh dia tanya aku soalan tu? Aku okey ke lepas
ditolak mentah-mentah macam tu depan mama dia? Lepas
tu kantoi pulak yang Ikram itu bukan boyfriend aku seperti
yang aku gembar-gemburkan? Siapa yang akan okey kalau
dah jatuh ditimpa tangga macam aku?
Hei, aku sendiri pun tak tahulah yang itu tujuan
mama dia hendak jumpa aku. Kalau aku tahu, aku sendiri
takkan pergi rumah berpuaka tu sampai bila-bila. Dah dua
kali aku rasa terhina dekat rumah tu semenjak dia ada.
Mentang-mentanglah rumah dia, sesuka hati aje nak layan
aku macam aku tidak ada perasaan.
Aku membuat keputusan untuk tidak menghiraukan
langsung pesanannya itu. Tinggalkan saja double blue tick
supaya dia tahu aku tak sudi nak melayan dia. Dahlah sebelum
tu aku dapat malu sebab dia dah tahu yang aku suka kat dia
selama ni. Sekarang aku bencikan dia. Benci sangat sampai
aku rasa hendak tinju muka dia.
I tahu you tak tidur lagi. Double
blue tick. I nak call boleh?
Kenapa dia muncul untuk tambah rasa sakit hati aku
saja? Kalau tak suka tak payah nak layan aku! Apa yang susah?
Tak perlulah dia nak main tarik tali dengan perasaan aku. Nak
call pulak? Dah terang-terang aku tak nak layan, kan?
Nafas aku tarik dalam. Macam ini rupa-rupanya rasa
bila cinta bertepuk sebelah tangan. Aku takkan hubungi dia
lagi. No, selama ni bukan aku yang hubungi dia. Tapi dia yang
hubungi aku. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. See? Dia
yang cari aku.
“Helo.” Dengan malas aku angkat panggilannya.
Malas nak bagi salam.
“Hei,” tegurnya.
“Hei.” Balasku semula.
“Dah nak tidur?”
“Yeap.”
“Pasal tengah hari tadi...” belum pun dia habis
bersuara, aku dah memotong. Sebut pasal tengah hari tadi,
mood aku jatuh merudum.
“I don’t want to talk about it, Benji.” Tiba-tiba air
mata bertakung. Dia nampak prihatin. Tapi apabila kami dah
macam dekat, dia bagaikan letak limit pula like... ‘ hey girl, do
not cross this line, okay?’.
“Hei, I minta maaf okey.”
“Not your fault.” Of course it was your fault! Hatiku
membentak geram.
“I minta maaf, Oddie.”
“It’s okay, Benji. Bukan ada apa-apa pun.” Aku
berkata.
“I…”
“Okeylah, mata dah mengantuk. Good nite, Benji.”
Ujarku sebelum mematikan panggilannya.
Mata aku pejam. Mengalir juga air mata yang aku
takung. Aku tidak patut ikut cakap mama dari awal lagi. Aku
tidak patut langsung ambil dia kat airport, setuju dengan
pelawaannya ke Sungai Udang… Argh! Aku juga tidak patut
jatuh suka dekat dia dulu!
“HAI…” IKRAM tersenyum lebar.
Aku menjelingnya. Sumpah aku rasa sakit hati
dengan dia. Susah ke nak faham ilmu telepati aku? Biasanya
dia mudah sangat bluetooth apa yang ada dalam fikiran aku.
Kenapa itu hari tak? Ke dia saja buat-buat tak faham?
“Hai…” Aku sahut.
Dia tersengih. Rasa bersalahlah tu.
“Marah lagi ke kat aku?” soalnya dengan senyuman
tak bersalah. Aku mengeluh. Dia sendiri pun tahu aku jenis
yang tak marah lama-lama. Tak lama pun, sudah dua minggu
jugalah aku tak contact dengan dia.
“Tak dah. Kau pun tau aku tak boleh marah kat kau
lama sangat, kan? Kalau tak, siapa nak jadi pembantu dan
photographer kita orang?” Aku berseloroh.
Dia tersenyum lega.
“Tahu pun!” Dia bersandar ke sofa.
“Tunggu dulu.” Aku memberi arahan.
Aku, Linda dan Saleha pergi masuk ke fitting room
sambil memakai pakaian animal onesie yang baru sampai.
Kali ini corak dinasour, Pikachu dan juga Doraemon.
Tentu-tentulah aku jadi Pikachu. Yang paling comel mesti
aku yang pakai. Hahaha.
Keluar saja dari fitting room, nampak Ikram sudah
berdua dengan Benji. Pelik. Bila dia sampai? Kalau ikutkan,
malasnya aku nak tengok muka dia. Nak aje aku halau dia
keluar dari sini.
Dia memang macam tu ke? Tak ada angin, tak
ada ribut, tiba-tiba muncul. Bukannya reti nak call dulu.
Sekurang-kurangnya, bagilah warning yang dia nak datang,
boleh aku prepare hati ni supaya berkeras sikit dengan dia.
“Comelnya…” puji Ikram apabila melihat kami
bertiga keluar malu-malu kucing. Bertambah malu apabila
Benji ada. Dulu waktu pakai onesie panda depan dia, tidak
adalah aku rasa malu begini. Mungkin sebab waktu tu aku
tengah mamai-mamai nak tidur agaknya? Entah?
Sewaktu sesi penggambaran, aku kurang selesa
ditenung Benji. Aku dapat rasakan dia tenung aku. Apabila
aku berlaga mata dengan dia, dia tak alih pun. Hanya terus
merenung. Menakutkan betul!
“Sekejap eh… nak cari phone kejap. Korang
proceedlah.” Aku bagi alasan. Tidak selesa aku nak terus
bergambar dan rasa kekok juga dengan kewujudan Benji.
Baik aku tenangkan diri dulu.
Tiba-tiba ekor onesie Pikachu aku ditarik. Ikram
tersengih sambil menarik dengan lebih kuat. Aku sudah
berundur, hampir terlentang ke belakang. Kali ini, bukan
setakat Ikram menarik aku, tapi juga Saleha dan Linda.
Terjerit-jerit aku.
“Kau jangan nak memonteng. Gambar bertiga ni
tak lawa langsung. Masing-masing tak fokus! Gambar semua
muka gelabah, apa hal? Mentang-mentanglah ada hero
handsome tengok, cover-cover semua erk? Gedik betul!”
Ikram membebel.
Ekor onesie aku masih tidak dilepaskan. Aduh!
Macam mana ni? Aku nak lari. Ikram ini, sejak bila jadi
‘bangang’ macam ni? Takkan dia tak nampak ketidakselesaan
aku duduk di sini?
“Ikram! Lepaslah ekor aku.” Aku menarik ekor
onesie aku.
Ikram menarik semula. Berlakulah sesi tarik
menarik, gelak ketawa. Disebabkan budak Linda dan Saleha
masuk campur, aku menarik kedua ekor onesie mereka. Ekor
dinasour senang sikit nak tarik daripada ekor Doraemon yang
bulat.
Linda dapat lepaskan diri dan tergelak macam orang
gila. Dia berjoget-joget menonggeng punggung ekor onesie
Doraemonnya itu tanpa rasa malu. Seronok dapat lepaskan
diri. Mentang-mentanglah kau Doraemon!
Saleha pula menarik-narik tangan aku, supaya
melepaskan ekor onesienya. Tiba-tiba pegangan tangan
Saleha pada tangan aku terlucut akibat sentakan kuat pada
ekor onesie aku. Aku tidak dapat mengimbangi diri lalu
terlentang ke belakang.
Gedegang! Kepala aku berpinar. Semua muka
menerjah aku. Rapat sekali kepala mereka bertiga menilik
sama ada aku okey atau tidak. Aku tak okey. Rasa bergegar
otak. Kepala Saleha yang bersentuhan dengan kepala Ikram
itu dipisahkan oleh satu tangan. Kemudian, kepala Benji
mencelah di antara kepala mereka.
“You okey?” soalnya dengan kening bertaut.
Aku lupa dia ada. Dah seronok bergelak ketawa
macam orang nak putus nyawalah kan. Aku angguk sedikit
tanda okey. Pening lagi sebenarnya. Tidak sangka dapat tatap
muka dia serapat ini. Kacaknya. Kenapalah dia buat aku gayat
ni? Pergilah main jauh-jauh!
“Bergelak-gelaklah lagi. Macam budak-budak.”
Sindirnya. Dia tarik tangan aku agar bangun. Aku terduduk
bersila. Belakang kepala aku gosok. Tiba-tiba tangannya
singgah di belakang kepalaku dan dia menggosok-gosok
tempat yang aku gosok tadi.
Gayat!!!
“OH YA, kenapa awak datang?” soalku kepada Benji apabila
kami ditinggalkan berdua-duaan di kedai. Ikram sudah balik.
Saleha dan Linda sibuk mengira stok di dalam stor. Tak
adalah sibuk sangat. Saja nak bagi ‘ruang’ aku berdua-duaan
dengan Benji walaupun aku dah banyak kali larang.
Sebenarnya aku takut ditinggalkan berdua dengan
dia. Sebab perangai dia akan bertukar apabila dia dengan aku
saja. Dah lama aku perhati.
“Saja. I tak ada apa nak dibuat dekat rumah.”
Katanya.
Oh. Entah-entah Aunty Marlynn suruh dia datang
sini tak? Aku jadi curiga dengan mama dia sekarang ini.
Takkanlah dah lama dia senyap, tiba-tiba dia dengan rela hati
nak datang sini? Untuk apa? Atau dia rindu nak sakitkan hati
aku?
“Habis tu, tak pergi mana-mana ke?” soalku.
“Pergi ke sinilah.” Jawabnya selamba. Huh... tanya
lagi soalan cerdik begitu, dapatlah jawapan yang setaraf
dengan soalan.
“Rapatnya you dengan pekerja you.” Ujarnya.
Aku angguk. Memang rapat. Aku bersyukur sangat
yang Linda dan Saleha begitu amanah dan jujur sekali. Tidak
pernah lagilah ada kes hilang duit, short sana sini. Memang
berhemah betul. Buat kerja pun cekap. Memang customer
aku selalu puji, servis tip top sebab pengeposan dibuat pada
setiap hari bekerja. Nak-nak Pos Laju tak adalah jauh sangat
dengan kawasan butik aku.
“You free tak malam ni?” soalnya.
Gulp. Macam nak ajak pergi dating pulak.
“Bukanlah I nak ajak candle light dinner pun.
Cuma I takde geng nak pergi makan.” Tiba-tiba dia kalut
sendiri dengan ajakannya tadi. Mungkin dia perasan pada
perubahan wajah aku. Rasanya hari inilah baru aku dapat
dengar dia bercakap dengan dialog yang panjang. Biasanya
pendek-pendek dan menyakitkan hati.
“Malam ni… saya tak free.” Aku jawab jujur. Lega.
Kalau aku free pun memang aku tak naklah keluar dengan
dia, menghadap muka dia. Nanti dia sakitkan hati aku lagi
dan lagi.
“Oh ya ke?”
“Yeap. Dah janji nak keluar dengan Ikram.” Ini
bukan alasan. Memang betul. Kalau tak betul pun aku akan
cipta alasan lain untuk tidak keluar dengan dia. Serik.
“Ke mana?” soalnya.
Aku terkejut. Apa kes yang dia nak tahu sangat ke
mana aku nak pergi dengan Ikram?
“Bukanlah I nak tahu sangat. Tapi you tak boleh
cancel ke?” soalnya.
Eee peliknya dia ni. Betul-betul perlukan geng untuk
teman pergi makan ke? Kenapa tak ajak Linda ke? Linda
single. Atau ajak mama dia ke?
“Ada apa eh orang sebut? Show drifting itulah…” Aku
dan Ikram panggil ‘event’ aje untuk show drifting tu. Memang
tahulah... itu bendanya yang akan aku buat. Kadang-kadang
aku sekadar menjadi penonton aje.
“Oh. Eh, I nak join boleh?”
Aku angkat kening sebelah. Pelik.
“Err. Since you are not a fan of drifting stuff, I
think…” Mata, aku kecilkan. Rasa curiga pula apabila dia
nak ikut. Tak percayakan aku atau apa? Mungkin dia ingat
yang aku nak mengelak daripada dia dengan mencipta alasan
sedemikian.
“I’m okay with that. Kecuali bila you yang bawa.
I cuma nak tengok...” Dia berjeda apabila aku pandang
mukanya.
Kecuali bila aku yang bawa? Habis, dia fikir siapa
yang akan bawa? Keningku sudah terangkat.
“You mean, you yang akan…” Mulutnya sudah
terlopong sedikit.
“Yes.”
“You okey ke kalau I join?” soalnya.
Takkan dia tak nampak muka tak okey aku ni? Ke
dia nak aku muntah dulu? Sebenarnya tak okey. Aku dah
masuk frasa cuba melimitkan hubungan kami. Tapi kesian
pula dia kalau aku menolak. Kalau ada rasa kesian inilah yang
aku paling menyampah. Balik-balik nanti, hati aku juga yang
sakit. Kadang-kadang tertanya-tanya juga aku, kenapalah aku
ada hati yang baik? Kalau rasa simpati sikit, mulalah berubah
keputusan. Menyampah!
“Hmm. Okey aje. Awak preparelah apa yang patut.
Gas asma atau apa.” Aku berkata sarkastik. Yalah, itu hari pun
mengamuk sakan dia bila aku bawa dia drift sama.
Dia tersenyum nipis.
“You ambil I?”
“Awak ambil saya kat rumah malam ni.”
Dia angguk. Aku tak suka bawa kereta aku ke tempat
show. Kalau berlaku kemalangan, contohnya drift terbabas,
lepas tu kena kereta. Sakit beb. Sakit nak bayar. Kalau kena
kereta dia tak apalah! Pengajaran untuk dia. Hehehe.
“Eh, tapi nanti you nak drift guna kereta mana?”
“Guna kereta lain.” Selamba aku balas. Tengok
ajelah. Kopak aku kalau guna kereta aku. Nak kena ganti
tayarlah, apalah…
No comments:
Post a Comment