DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 16 March 2016

DARIPADA SEKEPING SURAT SAMANMU - BAB 8



 Malam itu, untuk kesekian kalinya aku menerima panggilan dari Tuan Megat.  Memang aku cukup pelik dengan sikapnya kerana aku sangkakan dia tidak akan menghubungiku lagi setelah mendengar kata-kataku mengenai dirinya tempoh hari.  Namun, nampaknya dia memang tidak mengenal erti putus asa.  Aku kerap tertanya-tanya, siapa dirinya yang sebenarnya?  Apa yang dia mahukan dari diriku ini?  Adakah kata-kataku tidak cukup kesat lagi di telinganya?  Aku seboleh-bolehnya tidak mahu merendahkan martabat diriku sendiri dengan mengeluarkan kata-kata yang kurasakan tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pendidik sepertiku tetapi aku memang tidak dapat mengawal perasaanku apabila dia kerap membuat provokasi kepada diriku sehinggakan ke satu peringkat aku merasakan dia juga seperti lelaki durjana itu.  Semakin lama, aku semakin cukup meluat dengan dirinya.  Dasar lelaki….semuanya sama saja!
Seperti biasa, aku biarkan sahaja deringan telefon bimbitku terus menjerit-jerit menerima panggilan dari Tuan Megat.  Aku memang tidak berminat langsung untuk melayannya tetapi memang bukan Tuan Megat namanya jika dia terus menyepikan diri.  Bila panggilannya tidak ku jawab, seperti biasa dia akan menghantar mesej pula.  Cuma yang berbeza kali ini, mesejnya agak bersopan-santun.  Mungkin ingin memancingku melayannya.
Salam…..wani, tolong angkat fon awak.  Ada perkara penting….please…
Aku membaca mesejnya beberapa kali.  Kadang-kala, aku seperti tidak percaya yang mesej itu datang dari Tuan Megat.
Tidak lama selepas mesej pertama itu dihantar, telefon bimbitku berbunyi lagi.  Aku teragak-agak untuk menjawabnya.  Ku biarkan telefon itu berdering agak lama.  Akhirnya aku jawab juga panggilannya.
“Ye…ada apa hal yang penting sangat tu?”, soalku agak keras.
“Assalamualaikum……”, dia tidak menjawab soalanku sebaliknya memberikan salam kepadaku.  Aku terasa seperti dia menyindirku dengan salamnya itu.
“Waalaikumsalam……”
“Hah….boleh pun jawab salam.  Kalau boleh jawab salam, maknanya bolehlah beri salam kan?”, soalnya dengan nada menyindir.
Aku yang memang tidak berminat untuk berbual dengannya, mula bertambah bengang.
Straight to the point….apa perkara yang penting sangat tu?  Setahu saya, kita memang tidak pernah ada apa-apa urusan yang penting kan?  Baik cakap cepat….atau saya letak aje fon ni…”, soalku masih dengan nada kurang senang.
“Eh, nantilah dulu…..astaghfirullah….kenapalah awak ni keras sangat Wani?  Boleh tak sabar sikit….and one more thing, tolonglah jangan kasar sangat…..”, soalnya lagi.
Do I know you?”
“Yes, you are…..”
“Oh, really? Tapi, saya tak kenal Tuan!”
“Sebab tu saya nak kenalkan diri saya pada awak!...”, balasnya selamba.
“Macam nilah Tuan Megat.  I want to make it clear, macam yang saya katakan tempoh hari, saya sebenarnya tidak berminat langsung untuk ada apa-apa hubungan dengan Tuan atau mana-mana lelaki pun….”
“Kenapa?”, potongnya pantas sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku.
“Saya rasa saya tak perlukan apa-apa sebab untuk itu…..”
“Mana boleh?  Awak mesti mempunyai sebab tersendiri hingga awak bertindak begini.  Kenapa?  Sebab awak sudah berpunya?  Awak sudah bertunang?  Awak takut tunang awak marah?”, soalnya merapu.
“Tak kiralah apa pun sebabnya, Tuan tak berhak untuk tahu mengenai saya….”
“Susah sangat ke awak nak mengaku apa sebenarnya?”
Ya Allah….kenapalah manusia ini tidak faham bahasa?  Bahasa apa lagi yang harus aku gunakan?
“Oklah….Tuan nak tahu kenapa kan?  Baiklah…..memang betul saya sudah berpunya dan sudah bertunang….dan saya rasa memang tak manis langsung untuk Tuan berbual dengan seseorang yang sudah menjadi tunangan orang….ok, puas hati?”, aku sekadar mengatakan apa yang disoalnya dengan harapan dia tidak lagi mengangguku.
Kedengaran Tuan Megat ketawa besar di hujung talian.  Aku pelik!  Kenapa pula dia harus ketawa dengan begitu gembira sekali?  Aku tersalah cakapkah atau kepala dia yang dah tak betul?
“Apa yang lucunya?”, soalku geram.
“Cikgu Puteri Salwani…..awak lupa ke dengan siapa awak sedang bercakap ni?”, soalnya dengan nada angkuh.
“Saya tak pernah lupa…..saya tahu saya sedang bercakap dengan seorang pegawai trafik yang cukup tegas lagi berdedikasi….so, apa masalahnya?”
Good….bermakna awak tahu awak sedang bercakap dengan seorang pegawai polis yang memang dilatih untuk mencari kebenaran….”
Berkerut dahiku mendengar kata-katanya.  Kebenaran?  Kebenaran apa yang dimaksudkannya?
“Kenapa diam?  Awak faham maksud saya?  I’ll try to make it clear….dengan perkataan mudahnya, jangan sesekali cuba menipu apabila bercakap dengan mana-mana pegawai polis kerana sekali awak menipu, memang buruk padahnya!”
Aku terpempan dengan kata-katanya.  Adakah dia menuduhku sedang menipunya?
“Maaf….saya tak faham apa maksud Tuan..”
“Saya tahu siapa awak.  Saya dah tahu latar belakang awak…sebab tulah saya berani bertindak begini kerana saya tahu awak tak mempunyai sesiapa pun di hati awak sekarang ni….am I right?
Tersirap darahku sebaik sahaja mendengar kata-katanya yang penuh dengan keyakinan itu.  Dia tahu siapa aku?  Dia tahu juga latar belakang aku? 
“Wo…wo…wo…excuse me….Tuan bercakap macam Tuan cukup kenal hati budi saya….don’t tell me that you know every single things about me….nonsense….saya kenal Tuan pun tidak, jadi macam mana Tuan kata Tuan tahu segalanya mengenai saya…kalau tidak disebabkan insiden saya disaman dulu, saya pasti saya langsung tidak mengenali Tuan….”, aku sambung lagi ketawaku.  Aku rasa inilah kisah yang paling lucu yang pernah aku dengar dalam abad ini.
“Walau apa pun, saya puji tahap keyakinan Tuan…..memang layak Tuan bergelar sebagai seorang pegawai polis kerana Tuan begitu confident sekali….”, sambungku lagi sekadar hendak menyindirnya.
“Kalau saya katakan yang saya memang dah lama kenal awak, macam mana?”
“Lagi-lagi benda tu juga yang Tuan ucapkan….macam mana Tuan kenal saya sedangkan saya memang langsung tak kenal Tuan.  Jangan kata Tuan upah spy untuk siasat saya…takkanlah hingga ke tahap itu sebab saya ni bukanlah artis atau pun selebriti hingga perlu diperlakukan begitu….kecualilah kalau Tuan ni memang seorang yang psiko.  Macam nilah Tuan, apa yang boleh saya katakan, taktik mengurat Tuan ni dah basi.  Gunalah taktik lain sebab saya terasa tekak saya ni dah mula rasa mual dan loya….”
“Memang dasar angkuh!  Tapi takpe….sikap awak yang macam nilah yang menyebabkan lagi saya sukakan awak.  Terasa mencabar sikit misi saya ni sebab biasanya perempuan yang nak tackle saya…..dan saya rasa cukup bosan asyik dikejar begitu.  Biarlah sesekali saya pula yang mengejar….”, balasnya tidak mahu kalah.
Aku semakin panas dengan kata-katanya tetapi aku cuba menyabarkan diriku kerana aku rasa pasti ada sesuatu yang diinginkan dariku.  Kalau tidak masakan dia begitu bersungguh-sungguh.  Aku rasa tiada gunanya aku terus berkeras begini kerana aku juga yang bengang sudahnya.  Aku cuba berlembut.  Manalah tahu dengan caraku itu, aku segera tahu apa sebenarnya yang dikehendakinya.
“Ok….macam nilah Tuan.  Tak guna kita bertengkar macam ni….tak akan ada sudahnya.  Saya cuma minta satu saja, saya minta Tuan berterus terang.  Apa sebenarnya yang Tuan nak dari saya?”, soalku berubah nada.
“Hah!  Kalau dari dulu awak berlembut macam ni, saya rasa dah lama settle perkara nikan?  Boleh pun berlembut…..ini tidak, tak habis-habis nak tunjuk sikap ego dia tu…..”, balasnya dengan bangga.
Aku menyabarkan diriku disebabkan aku memang ingin tahu sangat tujuannya menganggu aku begini.
“Wani….sebenarnya saya dah lama kenal awak…tapi kenal melalui gambar saja…”, terangnya dengan nada yang kedengaran agak serius.
“Hah?  Tuan ada gambar saya?  Tuan pasti ke itu gambar saya?  Lagi satu, macam mana Tuan boleh ada gambar saya?  Tuan curi dari mana?”, bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulutku seperti machine gun akibat rasa terkejut sebaik sahaja mendengar kata-katanya.  Hampir gugur jantungku bila mendengar gambarku ada di tangannya.
“Tengok tu!  Dahlah tak tahu sabar….menuduh yang bukan-bukan.  Cuba dengar dulu saya habis bercakap.  Memang macam ni ke sikap awak?  Macam mana awak mendidik pelajar-pelajar awak?”, semburnya kepadaku.
Dush!! Terasa sekali lagi wajahku ditumbuk dengan kata-katanya.  Ah!  Aku peduli apa.  Sememangnya aku cukup terkejut dengan pengakuannya.  Sungguh menakutkan apabila gambarku ada di tangan seorang lelaki yang langsung aku tidak kenali.  Sedangkan aku tidak mengenali hati budinya.  Bagaimana kalau dia ada berniat jahat.  Mungkin dia boleh mem’bomoh’kan aku dengan hanya menggunakan gambarku itu.  Zaman sekarang, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai impian mereka.  Memikirkan kemungkinan-kemungkinan itu, aku hampir menangis memikirkannya.
“Dengar sini baik-baik.  Jangan mencelah selagi saya tak habis bercakap.  Kalau awak mencelah juga, saya akan pastikan awak takkan dapat apa-apa penjelasan mengenai kemusyilan awak tu….faham?”, jerkahnya.
Aku terkedu dijerkah begitu.  Jika diikutkan hatiku, memang pantas sahaja mulutku ingin menjawab, tetapi bila mendengar ugutannya, aku akur dengan arahannya.
“Saya dah lama dapat gambar awak ni…..saya dapat dari ibu saya….”
“Macam mana ibu Tuan ada gambar saya?  Oopss…maaf…termencelah pulak!”, aku cepat-cepat menutup mulutku apabila aku terlanjur menyoalnya akibat rasa teruja ingin tahu.
“Saya tak pasti dari mana ibu saya dapat gambar awak….tapi kalau tak silap saya, dia pernah cakap awak ni anak kawan baiknya.  Dah lama ibu saya berikan gambar awak pada saya, tapi saya memang tak berminat untuk dijodoh-jodohkan begini.  Jadi saya perapkan saja gambar awak ni…..sehinggalah insiden saya menyaman awak tempoh hari.  Selepas saya saman awak, saya tak tahu kenapa saya rasa saya macam pernah jumpa awak tapi saya tak ingat dimana….hinggalah satu hari saya terjumpa balik gambar awak….dan memang sah awaklah orangnya bila nama yang tertera di belakang gambar awak sama dengan nama yang saya tulis pada surat saman awak tu…..sebab tu saya mula menelefon awak….bukan apa sekadar nak mengacau saja….nak tengok macam mana perangai awak sebenarnya kerana biasanya orang yang nak dijodohkan ni pastilah belum berpunya….sehinggalah kita bertemu di sekolah awak dua hari lepas….sedikit sebanyak saya dapat mengagak awak ni macam mana…..”, panjang lebar Tuan Megat menerangkan perkara sebenarnya kepadaku.
Memang mulutku ternganga sepanjang mendengar pengakuannya.  Mujurlah berbual di telefon, jika tidak dia pasti nampak beberapa ekor lalat dengan riangnya keluar masuk mulutku.  Ya Allah….bala apa pula kali ini?  Apa yang dah ibuku buat?  Kenapa ibuku tak habis-habis ingin memalukan aku begini?  Terasa diriku begitu tidak laku sekali dengan tindakan ibuku itu.  Mendengar Tuan Megat mengatakan dia sudah lama mendapat gambarku tetapi hanya memerapnya kerana tidak berminat, hatiku semakin tercalar.  Begitu murah sekali harga diriku diperlakukan begitu.  Ibu…..kenapa buat Wani macam ni??
Aku tidak mampu untuk terus mendengar kata-kata seterusnya dari Tuan Megat.  Sememangnya aku sangat malu.  Ya Allah…..kebetulan apakah ini?  Kenapa dunia ini begitu kecil sehingga aku terpaksa bertemu dengan Tuan Megat, lelaki yang cuba dijodohkan denganku oleh ibuku sendiri…..dan aku terus sahaja mematikan telefon bimbitku.  Aku tidak sanggup lagi untuk menanggung rasa malu ini.  Aku terasa diriku dihina untuk kali kedua…..

No comments:

Post a Comment