DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 6 April 2016

ANDAI CINTAMU AKU MILIKI - BAB 12

ACAM masih lagi tercongok di atas sofa
menghadap cerita seram di depan kaca televisyen. Ibu, ayah
dan adik semuanya telah masuk tidur. Susah pula matanya
hendak lelap. Mungkin masih berfikir perbualan antara
dan Qaid sebentar tadi. Sudah lebih sejam dia pulang
namun gurauan Qaid masih tersemat di ingatan.
Bukan tidak sudi menerima Qaid, tapi hati masih
degil. Masih menanti pada seseorang yang entah bila akan
diketahui isi hatinya. Apakah dia jujur atau adakah dia hanya
ingin mempermainkan dirinya. Semua itu berlagu di benak
Acam.
Deringan telefon menjerit-jerit minta diangkat.
Acam mengerling ke dinding melihat jarum jam yang
sudah menginjak ke angka 11.00 malam. Siapa pula rajin
menelefon malam-malam buta ni. Malas-malas dia menarik
telefon yang berada di meja kecil lalu di bawa ke sofa.
“Helo, assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Wah, rezeki saya dapat terus
bercakap dengan orang yang dirindui,” ujar suara di hujung
sana.
“Eii... awak ni tak ada kerja ke malam-malam ni.
Orang dah nak membutalah,” omel Acam. Tahu sangat dia
suara itu. Kalau bukan Dzil, siapalah lagi.
“Itulah, membuta aje kerja awak. Siang malam,
nanti besar badan tu baru tahu,” sindir Dzil. Suka menyakat
si Acam ni. Kalau tak dapat bercakap sehari, rasa macam
seminggu. Menggunung rasa rindu di hati.
“Kenapa awak nak susah hati pula kalau besar
badan saya? Saya suruh awak dukung ke?” pintas Acam tak
puas hati.
“Kalau tak suruh pun saya sanggup.”
Isy, tak boleh dilayan sangat mamat ni, bisik Acam.
Tapi hatinya gembira dapat mendengar suara lelaki itu. Ada
satu rasa yang sukar ditafsirkan sedang melanda hatinya.
Hendak tersenyum pun tidak, hendak menangis pun tidak,
tapi yang pasti dia rasa tenang saat itu.
“Okeylah awak, ada apa telefon orang malam-malam
ni. Cepat sikit, saya nak tidurlah,” gesa Acam. Bimbang pula
terdengar dek ayah.
“Saja aje nak dengar suara awak. Okeylah, selamat
malam sleeping beauty. Mimpikan saya ya,” lembut suara
Dzil kedengaran.
“Selamat malam,” balas Acam perlahan. Lain yang
hendak dituturkan, lain pula bicara yang terkeluar dari
mulutnya. Pada awalnya ingin sahaja dia menempelak
si Dzil itu, tapi apabila mulut dibuka, ayat lain yang
dituturkannya. Itulah, sekarang ini hati dan minda pun
sudah pandai hendak berselisih faham. Masing-masing
sudah tidak sehaluan. Itu baru bercakap dalam telefon
belum lagi keluar dating. Entah apa-apa ajelah yang keluar
nanti.
Biar apa pun yang bakal mendatang, Acam akan
serahkan segalanya kepada takdir. Bukankah jodoh itu telah
ditetapkan oleh Yang Esa. Dia pasti, ketentuan Ilahi tentu
lebih indah.

No comments:

Post a Comment