Selesai
berjumpa dengan keluarga Datuk Zamir di pejabatnya, aku memandu kereta ke
Prince Court Medical Centre memandangkan Benyamin sudah dipindahkan ke sana
sebaik sahaja dia sedarkan diri pagi tadi.
Aku
sedang berdiri di hadapan pintu VVIP
suite yang menempatkan Benyamin. Tangan kanan memegang bakul rotan berisi
buah-buahan dan sebelah lagi tangan masih teragak-agak untuk memulas tombol
pintu. Aku mula terasa agak takut berserta kecut perut untuk melangkah masuk
berjumpa Benyamin yang mungkin lebih kurang mesra alam berbanding semalam.
Yalah, emosi orang sakit kan lebih senang terganggu berbanding orang sihat.
Akhirnya,
kugagahkan juga tangan kiri untuk memulas tombol pintu. Sewaktu aku melangkah
masuk, kelihatan encik setiausaha Benyamin sedang menunjukkan sesuatu pada
Benyamin.
“Assalamualaikum. Err, sorry kalau menganggu. Maybe, I should come in later?” Tuturku
satu persatu sambil anak mata difokuskan kepada Muiz, setiausaha Benyamin yang
sentiasa tersenyum manis. Takut pulak nak pandang bos dia yang tak pandai nak
senyum tu.
“No
worries, Cik Nuha. Have a seat. Kitorang pun dah nak habis discussion ni.” Kedengaran suara
Benyamin membalas. Aku sudah terkebil-kebil. Sejak bila dia dah pandai ada adab
dan sopan sedikit ni?
“So,
Muiz, just proceed dengan this month
punya batch production as what we have
planned earlier. Inform pada sales department pasal amendment tu. And satu lagi, please inform
Khairul yang saya nak jumpa dia as soon
as possible.” Ujar Benyamin pada Muiz yang ralit mencatat pada tablet
miliknya.
“Noted,
bos. Anything else?” Soal Muiz.
Aku sangat kagum melihat mana-mana setiausaha lelaki menjalankan tugas mereka.
“That’s
all, for now. Thanks a lot.” Jawab Benyamin.
“Saya harap bos cepat sembuh dan
kembali ke A To Z bersama kami. Kami di sana sentiasa doakan agar bos
dikurniakan kesihatan yang terbaik oleh Allah.” Tambah Muiz lagi.
“Amin! Insya-Allah, tak lama lagi
saya akan boleh bekerja seperti biasa. Sampaikan salam saya pada yang lain-lain
juga.” Pesan Benyamin pada Muiz sebelum setiausahanya itu meminta diri,
meninggalkan aku dan Benyamin di dalam bilik berdinding putih yang bersaiz
besar itu.
“So,
Cik Nuha, you came here as my lawyer
or as a friend?” Soal Benyamin tiba-tiba.
Eh,
aku ni boleh dikira sebagai kawan dia jugak ke? Rasanya tempoh perkenalan kami
belum mencapai tempoh 24 jam.
“As
your lawyer.” Jawabku tenang. Wajah Benyamin yang kelihatan lebam di
sana-sini itu sempat kupandang sekilas sebelum mengalihkan pandangan pada bakul
rotan yang kubawa tadi. Bakul rotan itu kuletakkan di atas meja bersebelahan
dengan katil Benyamin. aku melabuhkan duduk di kerusi yang terletak di sisi
katil
“Macam mana dengan keadaan encik?”
Soalku. Rasanya, perlu juga aku mengetahui perkembangan kesihatan anak guaman
aku ini sekarang.
“Better
than yesterday, alhamdulillah. Cuma I
tak boleh berjalan macam biasa. The
doc said yang ni temporary injury
je. Sooner or later I boleh jalan macam biasa semula.” Jawab
Benyamin dan aku pandang kaki kanannya yang berbalut.
“Oh,ya! Kereta encik ada di bengkel.
The condition was quite worst.”
Beritahuku memandangkan aku menerima panggilan telefon di pejabatku pagi tadi.
Pelik juga mengapa aku yang perlu menguruskan hal kereta mamat ini.
“I
knew. Polis yang datang pagi tadi tunjukkan gambar kereta tu. Tak payah repairlah. I can use my other car.” Balas Benyamin.
“Yalah, lupa pulak tengah bercakap
dengan orang kaya. Kereta banyak, tak perlu susah nak repair kereta yang rosak.” Gumamku seorang diri.
“I
beg your pardon?” Soal Benyamin.
Eh,
dia dengar ke tadi? Aku membebel untuk kepuasan diri sendiri je sebenarnya.
“Nothing,
sir.” Jawabku bersahaja, sempat tersenyum. Hari ini pun, encik kutub utara
di hadapanku ini masih dingin membeku. Sakit sangat agaknya sampaikan nak
tersenyum pun susah.
“Selain dari gambar tu, polis inform me some other shocking information.”
Tambah Benyamin. Wajahku dipandang tepat dan aku mula berasa tidak sedap hati
dengan apa yang bakal diberitahu oleh Benyamin.
“Apa lagi yang pihak polis
bagitahu?” Soalku.
“My
accident was not a normal accident.” Jawab Benyamin.
“Not
a normal accident? Maksudnya?” Soalku lagi dan dalam masa yang sama
ingatanku terbang semula kepada perbualan aku dan Afiqah malam tadi.
“It
was a planned one.” Jawab Benyamin dengan suara yang berbisik.
“The
culprit potong tali brek saya, malfunction
my handbrake. Rancangan dia berjalan lancar bila saya tak dapat nak brake or guna handbrake kereta supaya tak rempuh lori besar dekat depan.
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa saya.” Tambah Benyamin lagi.
Aku
sudah terdiam, tidak menyangka apa yang diduga oleh Afiqah malam semalam
betul-betul terjadi. Sejujurnya, aku sangat tidak menyukai siri CSI atau Crime Scene Investigation di dunia
realiti.
“Kenapa awak bagitahu saya semua
ni?” Soalku sambil berpeluk tubuh. Tolonglah jangan minta aku mencari siapa si
jahat itu. Tugas aku hanyalah menjaga amanah arwah Tan Sri Zakaria sahaja.
“Sebab saya rasa all these things related dengan amanah
yang saya bakal dapat tu.” Jawab Benyamin.
Aku
mengerutkan dahi, tidak faham.
“Kalau ditakdirkan saya meninggal
dunia dalam kemalangan semalam, awak rasa siapa yang akan dapat the benefit?”
Aku
terdiam.
“I
know, I don’t have the right to point fingers tapi saya cuma rasa.” Balas
Benyamin tenang.
“Tak semestinya berkaitan dengan
amanah tu, Encik Benyamin. Boleh jadi
awak ada musuh lain yang mungkin dengki dengan awak.” Sangkalku, cuba
menyuarakan kebarangkalian yang lain. Benyamin pantas menggeleng.
“Selama saya take over bisnes arwah
parents saya, saya tak ada negative
or bad relationship dengan orang lain. Tak ada orang nak blackmail saya or buat something similar as
that. Cuma bila semalam lepas awak infrom
pasal amanah tu, accident ni jadi.”
Protes Benyamin.
Aku
terdiam, tidak berani memberi sebarang komen.
“Besides,
I am not really in a good relationship with pak su’s family. Walaupun saya
anak yatim, saya dijaga oleh pengasuh saya. Saya membesar dengan belajar
berdikari sendiri.” Tambah Benyamin lagi.
“Macam nilah, Encik Benyamin. Saya
boleh minta tolong kawan saya yang lebih pakar berkaitan civil cases untuk bantu encik. Civil
cases bukan kepakaran saya, jadi dia lebih tahu. Buat masa sekarang, encik
berehat dulu. Jangan fikirkan sangat accident
semalam. Yang penting, encik dah selamat. Saya boleh minta bodyguard untuk pastikan keselamatan encik selama encik berada di
hospital ini jika encik mahu.” Balasku.
“No,
I don’t prefer that. Insya-Allah saya selamat dekat sini.” Balas Benyamin.
“So,
saya akan update encik for further information.” Aku sudah
bangun dari dudukku dan ingin meminta diri.
“Thanks.”
Balas Benyamin membuatkan aku kagum sebentar. Reti rupanya nak mengucapkan
terima kasih. Aku ingatkan tak pandai nak sebut perkataan terima kasih tu.
“You’re
welcome. Take care.” Pesanku.
No comments:
Post a Comment