“Kau tahu tak, aku baca kat internet, ada rumors yang Ben ni tak lurus.” Beritahuku kepada Afiqah sewaktu kami berdua sedang memasak hidangan makan tengah hari di dapur.
“Tak lurus? Maksud kau tiga suku
ke?” Soal Afiqah, terkejut.
“Isy,
kau ni! Bukan tiga sukulah.” Jawabku.
“Dah tu?” Soal Afiqah kembali.
“Gay.”
Jawabku sepatah membuatkan Afiqah terus berpaling ke arahku dengan riak wajah
yang terkejut. Pisau yang dipegang terus jatuh ke atas lantai, nasib baik tak
tikam kaki.
“Nuha,
kau biar betul. He’s too hot to be gay
lah.” Komen Afiqah, tidak setuju.
“Weh, gay zaman sekarang ni pun ramai
yang hot lah.” Balasku pula.
“Kau
baca gossip kat mana ni? Murai dot
com ke?” Soal Afiqah.
“Tak
de lah. Aku random search pasal past relationship dia. Tu yang jumpa
pasal gay tu. Ingat tak aku ada
cerita pasal family angkat dia tu?”
Soalku pula.
“Family Mak Engku tu eh?”
Aku
angguk.
“Dorang
cakap gay partner Ben, anak lelaki
kedua Mak Engku tu, Tengku Fiqrash.”
Afiqah
yang sedang mendengar terus melopong.
“Yang
the famous young businessman tu? Dia
yang ada architecture firm sendiri tu
kan?”
“Ha’ah, yang itulah.”
“Eh,
kau ni! Percayalah tabloid tu semua. Sejak bila pulak kau rajin nak baca
tabloid ni? Dulu kau jugak yang cakap, as
a lawyer, kau takkan terima bulat-bulat apa yang ada dekat tabloid tu. Kena
siasat, kena ada evidence or proof
baru boleh percaya. Sekarang, mana pergi stand
kau tu? Dah terjun masuk Pantai Chenang ke?”
“Aku
tak cakap aku percaya. Cuma aku ada terbaca, itu je. So, bila aku dah terbaca, aku terfikir something. Something fishy
pulak tu.”
“Banyaklah
kau punya ‘ter’ tu.” Afiqah hanya menggelengkan kepala, tidak setuju dengan
caraku.
“Selain
Bella, mamat ais ketul batu tu mana pernah ada relationship dengan mana-mana perempuan. Bella tu pun sebab minah
tu yang nak sangat dekat dia. Orang yang paling rapat dengan Ben pun, Tengku
Fiqrash tu jelah. Selalu orang nampak dorang
pergi mana-mana sekali.” Aku mengemukakan hujahku. Gaya dah macam tengah
menghadap Yang Arif di mahkamah pula.
“Setiausaha
Ben pun lelaki. Selalunya orang akan ambil setiausaha perempuan kan? Aku
terfikir jugak kenapa Ben tak nak kahwin dengan Bella.”
Afiqah
memandang wajahku.
“Kenapa?”
Soal Afiqah.
“Simple, sebab Ben tu tak suka
perempuanlah. Sebab tu dia tak nak kahwin.” Jawabku.
“Tapi
dia nak kahwin dengan kau kan?” Soal Afiqah lagi.
“Yalah,
untuk selamatkan diri dia depan media. Dia pun bukannya nak kahwin dengan aku.
Dia rasa dia selamat sebab aku ni lawyer
yang uruskan trust arwah parents dia. Aku pun ada cerita dekat
kau yang Ben tu dingin je dengan aku kan? Sebab apa? Sebab dia tak ada perasaan
dengan perempuan.” Jawabku.
Keadaan
di dapur hening seketika sebelum Afiqah mengetuk kepalaku dengan sebatang lobak
merah.
“Kenapa
kau ketuk kepala aku pulak?” Soalku sambil menggosok-gosok kepala yang terasa
sakit. Kawan baik aku ni ingat kepala aku ni diperbuat daripada besi ke? Nasib
baik tak nampak bintang dekat depan mata.
“Elok
pun kena ketuk. Biar kau boleh fikir dengan rasional sikit. Kau ada tanya Ben
pasal apa yang kau baca dekat tabloid tu tak?” Soal Afiqah, serius.
“Takkanlah
aku nak tanya; Ben, awak ni gay eh?”
Balasku.
Kali
ini Afiqah merenjis air basuhan sayur ke arah mukaku pula.
“Fiqah!”
Aku sudah menjerit. Aku belum naik pelamin lagi, tapi Afiqah dah main
merenjis-renjis pulak.
“Kau
ni kan! Memang tak sesuailah tanya macam tu. Tanyalah pakai akai, tanya dengan berbudi bahasa,
dengan penuh berhemah.” Balas Afiqah.
Perlahan-lahan
aku menjauhkan diri daripada Afiqah apabila dia sudah mencapai sudip untuk
memasak sayur campur. Silap hari bulan, aku kena ketuk dengan sudip besi itu
pulak.
“Tapi,
kalau aku tanya dengan penuh berhemah pun, takkanlah dia nak mengaku. Memang
kelakarlah kalau tiba-tiba Ben cakap; ‘Ha’ah,
saya memang gay dan macam mana awak
tahu?’.Mahunya pengsan aku kat situ jugak.” Balasku lagi.
Afiqah
sudah bercekak pinggang sambil menggelengkan kepalanya.
“Eee…aku tak tahu nak buat apa lagi
dengan kepala otak kau yang tengah tak betul tu.” Bebel Afiqah.
“Apa
pulak kepala otak aku tak betul. Aku cuma wonder
je. Dahlah zaman sekarang ni banyak kes hubungan sejenis ni. Ben tu pulak macam
lain macam je, macam orang tak ada perasaan. Kalau betullah apa yang aku fikir
ni, kau tak kesian kat aku ke?” Soalku sambil menayangkan riak wajah kasihan.
“Nak
kesian kenapa pulak?” Soal Afiqah sambil menuangkan minyak ke dalam kuali.
“Yalah,
kena kahwin dengan gay.” Jawabku
sambil membuat memek muka sedih.
“Tak
adalah kesian sangat. Mungkin bila dah kahwin dengan kau, dia boleh berubah. Who knows. Hidayah tu milik Allah, Nuha.
Kau bantulah dia.” Jawab Afiqah selamba.
“Weh, kau ni! Fine, macam nilah kawan.” Aku sudah menarik muka.
“Sebab
tu aku suruh kau tanya dia sendiri. Jangan nak buat conclusion yang merepek ni, buat pening kepala kau je.” Ujar
Afiqah.
Sesi
‘mesyuarat dapur’ kami terganggu apabila telefon bimbitku berbunyi. Melihatkan
nama pemanggil yang tertera di skrin, aku sudah melompat-lompat setempat.
“Kau
ni dah kenapa? Dah macam orang tak tahan nak tercirit tahu tak. Jawab jelah call tu.” Tegur Afiqah.
“Ni,
tengok ni. Ben call.” Jawabku sambil
menayangkan telefon bimbit tersebut kepada Afiqah. Afiqah sudah mengerutkan
dahi.
“Dah
tu? Jawab jelah. Tak nak jawab? Tak nak jawab, biar aku yang jawabkan.” Balas
Afiqah dan ingin mengambil telefon bimbit itu daripadaku. Terus aku menyentuh
skrin telefon untuk menjawab panggilan Benyamin.
“Nak
apa?” Soalku terus.
“Assalamualaikum.”
Tegur Benyamin.
Amek
kau! Kan dah kena ‘tembak’ sebijik dekat muka dengan mamat kutub utara.
“Waalaikumussalam.
Yes, is there anything that I can help
you, Mr. Benyamin?” Soalku semula.
“Malam
ni, dinner with Mak Engku’s family.
Mak Engku pesan, mintak awak datang sekali. So,
I will pick you up after Maghrib, at 8 p.m.” Jawab Benyamin, seperti biasa
tanpa nada.
“Tak
payah pick up. Awak send waze direction dekat saya. Nanti
saya pergi sendiri.” Balasku. Tak hendak aku naik satu kereta dengan dia je.
Dahlah berdua-duaan dalam kereta, waktu malam pulak tu. Mana boleh!
“Kenapa
pulak? Pergi sekali jelah.” Tegas Benyamin.
“Eh,
tak nak saya berdua-duaan dengan awak je dalam kereta tu. Meraung mummy saya yang kat Langkawi tu kalau
saya kena jual dekat Siam nanti.” Balasku dan Benyamin terus ketawa.
“Pesimisnya
awak ni, Cik Nuha. Don’t worry, saya
datang dengan Mak Engkulah. Mak Engku pun tak bagi saya ada dengan awak je. And one more thing, I will not sell you.
Yalah, saya nak kahwin dengan siapa nanti.” Balas Benyamin selamba sebelum
memutuskan panggilan.
Aku
hanya memandang telefon bimbit yang sudah senyap itu. Eee…mamat tu kan! Asyik
menyakitkan hati je.
“Kau
tengoklah mamat ni, Fiqah. Ada ke dia
nak tanya khabar aku ke, or even ask
whether I’m free tonight. Huh, elek!
Asyik nak bagi arahan je.” Aduku pada Afiqah.
“Kau
pun tak ada tanya khabar dia, main terus sembur je. Elok sangatlah korang berdua.” Balas Afiqah.
“Sampai
hati kau. Kau ni betul-betul ke kawan baik aku?” Balasku geram dan Afiqah
ketawa.
“Alolo, merajuk ke? Aku bergurau je lah.
Tak lama lagi kan kau nak kahwin, tak dapatlah aku nak mengusik kau macam
selalu.” Jawab Afiqah sambil bahuku dipaut mesra.
“Kau
buat lagi statement drama air mata
kau tu.” Usikku dan Afiqah tersengih.
“By the way, kau jangan lupa pulak
nanti.” Pesan Afiqah tiba-tiba.
“Jangan
lupa apa?” Soalku pelik.
“Check status Tengku Fiqrash tu. Kalau
dia straight, kenenkanlah dengan aku.” Jawab Afiqah sambil tersengih lagi.
“Gatai hang naa!”
*************************
“Aku rasa Ben dah sampai
tu.”Beritahu Afiqah sebaik sahaja selesai menyelak langsir.
“Dah sampai? Okeylah, babe. Aku gerak dulu.” Aku bangun dari
dudukku dan berpelukan dengan Afiqah.
“Nuha. Jangan lupa tau!” Laung
Afiqah dari dalam rumah ketika aku sedang menyarung kasut.
“Lupa apa?” Soalku.
“Buat spot check!” Jawab Afiqah sambil ketawa kecil.
“Kau ni kan!” Balasku sambil
menggelengkan kepala.
Aku menutup pintu pagar dan berjalan
ke arah kereta BMW X6 berwarna kelabu metallic
itu. Mak Engku tiba-tiba keluar dari kerusi sebelah pemandu. Dia sempat lagi
tersenyum manis seperti biasa.
“Mak Engku sihat?” Sapaku sopan
sambil menyalami tangan Mak Engku. Tubuhku turut dipeluk erat oleh Mak Engku.
“Sihat, alhamdulillah. Nuha sihat?”
Balas Mak Engku.
“Sihat, Mak Engku.” Jawabku sambil
tersenyum.
“Nuha duduk depanlah. Biar Mak Engku
duduk dekat belakang.” Ujar Mak Engku dan tangan kanannya sudah membuka pintu
di bahagian belakang.
“Tak apalah, Mak Engku. Mak Engku
duduklah depan. Biar Nuha yang duduk belakang.” Balasku. Tak hendak aku duduk
dekat sebelah mamat ketul ais batu
tu. Bukannya bikin sejuk, bikin panas lagi adalah.
“Eh, tak apa. Nuha duduklah depan.
Mak Engku faham.” Balas Mak Engku sambil tersenyum mengusik.
Erk!
Mak Engku tak faham sebenarnya ni. Terpaksa jugalah aku membuka pintu dan duduk
di kerusi bersebelahan dengan Benyamin. Aku dan Benyamin saling berpandangan
sebelum dia sempat tersenyum.
Aku sudah ternganga. Gila ke apa dia
ni? Tiba-tiba tersenyum pulak? Ke skru-skru dalam kepala dia tu dah nak
tercabut? Ni mesti kes nak cover diri
sendiri depan Mak Engku.
“Nuha tinggal seorang je ke dekat
rumah tu?” Soal Mak Engku sebaik sahaja kereta dipandu keluar dari kawasan
perumahan.
“Tak, dengan seorang lagi kawan.”
Jawabku.
“Oh… Dah lama ke Nuha tinggal dekat
situ?” Soal Mak Engku lagi. Benyamin yang sedang memandu, hanya mendiamkan diri
dan turut memasang telinga.
“Dah lama jugak, nak masuk tiga
tahun. Nuha duduk menyewa kat situ since
Nuha start kerja dekat KL ni.”
Jawabku.
“Mak Engku minta maaflah sebab
malam-malam minggu ni mengganggu Nuha pulak. Cuma family Mak Engku nak kenal-kenal juga dengan Nuha. Yalah, kami ni
dah macam family kandung Ben.” Balas
Mak Engku.
“Eh, tak mengganggu pun, Mak Engku.”
Balasku. Aku kagum juga dengan Mak Engku yang sangat berbudi bahasa ini. Hilang
rasa pesimisku terhadap golongan tengku yang aku selalu ingatkan berperangai
sombong seperti yang ditunjukkan di dalam drama-drama Melayu.
“Anak Mak Engku semua lelaki. Jadi
bila Ben bagitahu yang dia nak kahwin, Mak Engku rasa macam nak dapat anak
perempuan pulak. Pandai Ben pilih bakal isteri. Risau Mak Engku kalau Ben
betul-betul kahwin dengan Bella.” Tambah Mak Engku. Aku hanya tersenyum mendengar celoteh Mak
Engku.
“Itulah, Mak Engku selalu bising
dekat anak Mak Engku yang sulung tu. Suruh dia cepat-cepat kahwin. Ben yang
lagi muda daripada dia pun dah nak kahwin.” Balas Mak Engku lagi.
“Anak sulung Mak Engku ada datang
sekali time bertunang dulu kan?
Tengku Iqmal.” Balasku pula.
“Ha’ah.
Panggil abang long je. Anak Mak Engku yang nombor dua tu sebaya dengan Ben.”
Tambah Mak Engku lagi.
“Oh… Siapa namanya, Mak Engku?”
Soalku. Di dalam hati sudah terasa berdebar-debar.
“Tengku Fiqrash.” Jawab Mak Engku.
“Sahlah.” Gumamku sendiri.
“Apa yang sah, Nuha?” Soal Benyamin
tiba-tiba.
Aku tersentak. Mamat ni dengarlah pulak.
“Tak ada apa-apa.” Jawabku
bersahaja.
“Fiqrash pun ada kat rumah. Yang
bongsu pun ada jugak, tengah cuti semester. Nanti Nuha dapatlah jumpa dorang semua.” Balas Mak Engku.
“Seronoknya dapat berkumpul satu family ramai-ramai.” Balasku. Di dalam
hati, aku sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Tengku Fiqrash!
No comments:
Post a Comment