“Ladies and gentlemen, we are now
approaching Kuala Lumpur
International Airport
where the local time is 10pm. At this stage you should be in your seat with
your seatbelt firmly, fastened. Personal television screens, footrests, and
seat tables must be stowed away and all hand luggage stored either in the
overhead lockers or under the seat in front. Please ensure all electronic
devices including laptop computers and computer games are turned off.”
Maya tarik nafas panjang. Sudah lebih
empat tahun berlalu sejak dia meninggalkan bumi Malaysia, hari ini dia akan
menjejakkan kaki kembali ke tanah air sendiri. Dikerlingnya buah hati di
sebelah yang sedang nyenyak tidur. Kalau dulu dia pergi seorang, kini dia
kembali berdua.
Tubuh Nadia di tempat duduk
berdekatan tingkap digoncang perlahan untuk mengejutkan teman baiknya itu.
“Nad, wake up. Kita dah
sampai.”
Nadia membuka mata perlahan–lahan, menggeliat sambil menguap besar. Perjalanan
yang jauh sungguh memenatkan.
“Dah sampai ke?,” tanya Nadia.
Maya mengangguk kepala. Perlahan–lahan,
tubuh kecil yang masih tidur di sebelah didukungnya. Kasihan si comel. Kecil–kecil
sudah dibawanya terbang jauh.
Rentak jantung Maya berubah sebaik
saja kaki melangkah keluar dari perut kapal terbang. Tidak sekata dan tidak
selesa.
“Jangan risau sangat, Maya. You
have me, you have Mia,” ucap Nadia lembut. Tak payah ditanya, dia tahu
perasaan Maya bercampur–baur saat ini.
Maya menoleh. Nadia mengangguk
kepala, memberikannya semangat. Betul, dia masih ada Nadia Sulaiman. Teman
baiknya sejak menjejakkan kaki di bumi Sheffield
lagi. Dan dia masih ada Mia Shaza, permata hati yang disayangi separuh mati.
Selesai urusan imigresen, mereka
bertiga berlalu untuk mengambil bagasi. Tubuh Mia yang masih didukung Maya
dibelai lembut. Tidak mahu anak kecil itu terbangun. Matanya melilau melihat
sekeliling. KLIA tidak banyak berubah, masih sama seperti ketika dia meninggalkan
Malaysia
empat tahun yang lalu.
“Tunggu sini dengan Mia. Biar aku aje
yang ambil,” kata Nadia sebelum menolak troli.
Maya menunduk mencari wajah Mia bila tubuh
kecil itu mula bergerak–gerak. Mia sudah
terbangun sambil memisat–misat matanya.
“Anak mama dah bangun?,” tanya Maya.
Mia angguk kepala dan merengek seakan
mahu menangis. Mungkin tidak biasa dengan tempat baru.
“Dah capai umah?” tanya Mia
pada mamanya.
“Belum lagi sayang. Tahan lagi sikit,
kejap lagi kita sampai,” pujuk Maya.
Patung Angry Bird dihulurkan pada Mia. Jaket Esprit Mia
disarungkan ke badan si kecil. Pegangan Mia terlepas, menyebabkan anak
patungnya bergolek jatuh ke lantai.
“Mama, Angly Bird atuh.” Mia tunjuk ke arah patung Angry Bird
yang sudah mencium lantai.
“Kenapa boleh jatuh? Mia buang ke?”
Laju saja Mia geleng kepala sambil
tayang muka tidak bersalah, membuatkan Maya mengukir senyum pada si kecil.
Maya menunduk mahu mencapai Angry
Bird tetapi tubuh Mia yang masih didukungnya menyukarkan pergerakan. Belum
sempat Angry Bird dicapai, ada
tangan yang terlebih dahulu memintas. Maya dan Mia menoleh serentak. Susuk
tubuh di depan mata dipandang tanpa kedip.
“Adik punya ke?,” tanya lelaki yang
berdiri dengan tangan memegang patung Angry
Bird tersebut.
Mia angguk kepala. Tangan kecilnya
dihulurkan, meminta semula anak patung kesayangannya itu.
Patung diserahkan pada Mia. Sempat
lelaki itu mencubit pipi si comel. Dengan sepasang mata bundar, berbulu mata
yang melentik dan rambut yang diikat dua dan agak serabai. Serius comel! Macam anak
patung. Kemudian matanya menoleh pula ke arah perempuan muda yang mendukung
tubuh si comel.
Gulp!
Muka! Kalah – kalah muka anak patung Angry
Bird. Tiada senyuman langsung terukir di wajah cantik itu.
“Cakap apa dekat uncle?,” kata
Maya.
“ Thank you.”
Makin lebar senyuman si lelaki bila
anak comel itu tersenyum padanya. Tapi mamanya? Macam singa betina. Mamalah kot
sebab wajah si comel mirip wajah perempuan yang berbaju putih di hadapannya
ini.
“Thanks.”
Menonong saja perempuan muda itu
pergi bersama si comel. Kurang asam. Boleh pulak dia blah dengan muka iron
face. Ucap thank you macam nak tak nak. Macam tak ikhlas langsung.
Perempuan memang begitu. Kalau dah
cantik, sombong pun tak bertempat. Selesai mengambil beg, lelaki tersebut
berlalu keluar. Sempat dia melambaikan tangan ke arah si comel yang merenungnya
dari tadi.
“Jom.” Nadia muncul di sebelah Maya sambil menolak troli yang
penuh dengan bagasi.
Tubuh Mia yang didukung Maya
dipeluknya erat. Dia mesti kuat, tidak mahu lemah secepat ini. Takut dan resah
menjadi satu.
“Nak balik mana ni? Rumah kau dulu ke
atau rumah aku?,” tanya Nadia ketika mereka beriringan keluar.
“Aku perlu balik rumah aku dulu, Nad.
Jumpa keluarga, itu yang paling penting.”
Nadia sekadar mengangguk. Kasihan
pula dengan Maya dan Mia. Bukan nak mengharap tapi hatinya kuat merasakan yang
dua beranak ini tidak akan diterima oleh keluarga Maya nanti.
“Apa kata aku hantarkan. Kalau pakai limousine
malam – malam macam ni, bahaya.
Lagipun kalau kau tak jadi bermalam di rumah family kau malam ni, boleh
terus pergi rumah aku,” cadang Nadia.
Maya tersenyum nipis sambil
menggelengkan kepala. Dia tidak mahu melibatkan Nadia dalam permasalahan antara
dia dan keluarganya.
“Tak payahlah, Nad. Aku tak nak
susahkan kau lagi. Aku okey. If anything, I’ll call you later.”
Nadia merengus. Maya memang tidak
pernah kurang degilnya. Dari dulu, sehinggalah kini, degilnya tetap tidak mampu
dicairkan.
“Kau okey. Tapi ni, dia okey ke
tak?,” kata Nadia lagi sambil mengusap kepala Mia yang terlentok di dada mamanya.
Maya diam seketika. Dia okey,
bermakna Mia pun akan okey. Susah senangnya
bersama si comel kesayangannya itu.
“Kau ni risau sangatlah, Nad. Jangan
risau, aku akan cari kau kalau ada apa–apa,” jawab Maya.
Tidak kisahlah keluarganya akan
menerimanya semula atau tidak. Yang penting, dia mahu keluarganya melihat Mia.
Nanti jika dihalau keluar, dia akan pergi. Jika diterima semula, dia akan
tinggal.
Nadia hanya mampu memandang limousine
yang membawa Maya dan Mia. Typical Maya, nak nasihat macam mana pun
memang susah nak masuk otak. Besar doanya, moga tidak ada apa–apa yang buruk
akan berlaku pada dua beranak itu.
MAYA melihat ke sekeliling. Banglo
yang tersergam di depan mata dipandang. Tentu saja penghuninya masih belum tidur sekarang ini biarpun jam di
tangan sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Loceng di tepi pagar besi itu
ditekan. Sekali. Dua kali. Pintu pagar terbuka perlahan–lahan.
“Mama, dah capai?,” tanya Mia.
Maya angguk kepala. Kakinya melangkah
masuk ke dalam perkarangan banglo. Serius takut dan gelisah! Tapi dikuatkannya
juga semangat untuk berhadapan dengan mama dan papa.
“Maya!”
Makcik Kiah, pembantu rumah mereka
yang muncul di pintu utama meluru ke arah Maya dan memeluk tubuh tinggi itu.
Jatuh air matanya melihat Maya di depan mata. Apatah lagi melihat anak kecil
yang didukung Maya.
“Ini ke Mia?” Soalan Makcik Kiah
dijawab Maya dengan anggukan kepala.
“Salam nenek, sayang.”
Mia menurut. Tangan tua itu diciumnya
seperti mana yang diajar oleh mamanya selama ini. Tinggal di negara asing tidak
bermakna budaya sendiri tidak diterapkan ke dalam diri Mia biarpun umur belum
sampai tiga tahun.
Makin lebat air mata tua Makcik Kiah
jatuh. Belum pun sempat dia memeluk tubuh kecil itu, satu suara nyaring
berteriak di belakang.
“Apa lagi yang tercegat kat situ?
Masuklah. Bukankah dah diberitahu yang
Maya tak boleh datang ke sini lagi?”
Fuh!
Pedas kata–kata mamanya sendiri. Maya berpaling, wajah mama yang dirindui itu
menyinga saja memandangnya.
Dengan muka yang tebal seinci, Maya
melangkah masuk ke dalam rumah walau tidak dialukan. Serentak itu, semua mata
tertumpu ke arahnya dan juga si comel.
Suasana di dalam ruang tamu yang luas itu
terasa menyesakkan. Tanpa dijemput, Maya duduk di sofa. Ni memang tak ubah
macam pesalah yang menunggu untuk dihukum secukup rasa.
Arshad merengus kasar. Kalau
diikutkan hati, mahu saja dihalaunya Maya saat ini. Anak yang betul–betul tak
guna. Masih ada hati nak menjejakkan kaki ke rumah walaupun sudah hitam
wajahnya diconteng Maya dengan perbuatan lampau anak sulungnya itu.
“Kenapa datang sini? Duit yang papa
bagi dulu tu dah habis ke?,” tanya Arshad kasar.
Maya tunduk. Semua kekuatannya
dikumpul sebanyak mungkin. Serasa tidak berdaya untuk menjawab soalan papanya.
“Maya nak bawak
Mia jumpa datuk dan nenek dia,” jawab Maya lembut.
“Siapa datuk dan nenek anak haram
ni?! Bukan mama dan papa! Anak haram ni tak layak nak jadi cucu kami!,” Arshad
bersuara lantang.
Tubuh Mia di sebelah mengecil dan
menarik–narik baju mamanya. Nampak benar wajahnya beriak ketakutan.
Maya tarik nafas dalam. Dia bangun
berdiri. Wajah bengis papanya ditenung tajam. Tidak mengapa kalau papanya ingin
menghina dia tetapi jangan sesekali melibatkan Mia.
“Jangan hina Mia, papa. Mia anak
Maya!”
Pandai menjawab nampak. Menggelegak
marah Arshad. Maya sekarang dah layak untuk masuk kategori anak yang kurang
ajar.
Pang!
Ringan saja tangannya menampar pipi
Maya. Semua yang ada di situ terdiam. Maya sendiri jadi terkedu. Pedih di
pipinya saat ini tidak dapat dibandingkan dengan pedih di hati bila ditampar
papa sendiri. Nampak sangat papa sudah benci padanya. Nampak sangat papa tidak
mahu dia kembali semula.
“Jangan nak jejakkan kaki ke rumah ni
lagi, Maya. Kami tak perlukan anak macam kamu. Anak yang hanya tahu memalukan
keluarga.”
Kata–kata itu membuatkan Maya sedar
di mana dia di mata papanya. Saat itu juga, tubuh Mia dicempung Maya dan
berlalu keluar dari rumah besar tersebut. Untuk apa ditunggu lagi jika dia
sudah dihalau keluar.
“Maya.”
Panggilan adiknya dan Makcik Kiah
tidak dipedulikan. Laju langkah kakinya bergerak ke arah limousine yang
masih setia menunggu di luar.
“Nak ke mana puan?”
“Hotel terdekat,pakcik.”
Keluarnya dia dari rumah besar itu,
maka matilah sudah Maya Laila. Yang tinggal kini hanyalah Mama Mia Shaza.
SYAZWAN memeluk erat pinggang gadis
yang berbaju merah sendat di sebelahnya. Tasya sudah separuh mabuk, mana nak
sedar dunia lagi. Syazwan tersenyum lebar.
Perempuan macam ni banyak kat luar sana
tu. Petik jari, sepuluh mari yaw!
“Room number 901, sir,” kata pelayan tetamu di kaunter seraya menyerahkan kunci bilik
kepada Syazwan.
“Thanks.”
Sempat dia mengenyitkan mata pada
pelayan tetamu. Huh! Dah nama pun Syazwan Imad, raja segala buaya. Kalau
boleh, semua pun mahu di ngap hidup–hidup. Sebaik saja pintu lif
terbuka, dipapahnya tubuh Tasya yang sudah meracau bukan–bukan. Butang nombor 9
ditekannya.
“Wait. Wait.”
Satu suara dari luar cuba untuk
menahan pintu lif. Tetapi belum sempat Syazwan menahan, pintu lif sudah tertutup rapat.
“Sorry,” ucapnya sendiri dengan sengihan di bibir.
Maya mengeluh berat. Terlepas lif!
Dia menunduk memandang wajah Mia yang terpinga–pinga. Kasihan Mia. Hampir
terjatuh tubuh si kecil yang ditariknya semata–mata mahu mengejar lif.
Butang lif di sebelah ditekan. Butang
nombor 9 ditekan Maya sebaik saja mereka berdua melangkah masuk ke dalam perut
lif. Nadia belum diberitahu lagi tentang reaksi keluarganya pada dia dan Mia.
Nanti–nantilah baru bagitau, tidak mahu Nadia bersusah–payah untuknya.
Nadia pun baru balik sepertinya, biarlah Nadia menghabiskan masa dengan keluarganya
dahulu.
Sampai di tingkat sembilan, pintu
bilik bernombor 902 dicari sebelum kunci hotel dimasukkan dan tombol pintu
dipulas Maya.
“Come, sayang.”
“Mama, kita dah capai?,” tanya
Mia dengan tangannya yang masih dipimpin Maya.
“ Dah sayang.”
“Yea!!!”
Tubuh kecil itu terkial–kial memanjat
naik ke atas katil sebaik saja masuk ke dalam bilik. Maya tergelak kecil.
Kasihan Mia. Tidak tahu apa apa.
Di dalam bilik sederhana besar inilah
mereka berdua akan berteduh untuk beberapa hari sementara mencari rumah sewa.
Ting tong!
Maya bergegas dan membuka pintu. Pekerja
hotel yang membawa beg–beg mereka berdua dipelawa masuk.
Mia turun dari katil dan berjalan ke
arah pintu yang sedang terbuka luas. Terkejut anak kecil itu saat melihat
sesusuk tubuh tinggi sedang berdiri di pintu bilik sebelah.
Syazwan mengukir senyum. Dia
bertinggung di depan Mia. Spontan tangannya naik mencubit pipi tembam itu. Mia
tersenyum, menyerlahkan lesung pipitnya di sebelah kiri. Tergamam Syazwan
sesaat. Senyuman yang terukir di bibir si kecil. Tak ubah macam si jantung
hati.
“ Nama siapa?,” tanya Syazwan.
Tanpa menjawab, Mia berlari masuk ke
dalam bilik semula apabila mamanya memanggilnya dari dalam.
Syazwan berdiri semula. Masih terukir
senyum di bibirnya. Memang sudah agak pekerja hotel tersalah nombor bilik.
Berkali–kali loceng biliknya berbunyi. Bila pintu dibuka, alih–alih rupanya
pekerja mahu ke bilik sebelah. Suara
manja Tasya yang memanggilnya dari dalam memaksa dia untuk masuk semula ke
dalam bilik.
TELEVISYEN di depan dipandang Maya
dengan pandangan kosong. Hanya mata saja yang menatap skrin, tetapi fikirannya
terbang melayang. Ditolehnya tubuh kecil Mia yang sudah berbungkus selimut
tebal di atas katil.
Kasihan Mia. Letih sangat. Selepas
makan malam tadi, Mia terus tertidur di atas ribanya. Ipod sengaja di
pasang dan disumbatkan ke telinga. Bunyi bising dari bilik sebelah menganggu
ketenteramannnya.
Sekejap bunyi ketawa, sekejap
mengekeh, sekejap merengek lain macam. Tidaklah bising sangat tapi masih mampu
untuk menjengah gegendang telinganya. Tak senonoh okey!
Maya bergerak ke arah balkoni bilik.
Pemandangan di depan mata dihayati sepuas hati. Pemandangan yang sudah lama
tidak dilihatnya dan udara Kuala
Lumpur yang sudah lama tidak dihirupnya.
Fikirannya kini hanya sarat dengan
Mia. Jatuh simpatinya pada Mia. Apalah yang anak kecil itu tahu selain dari
bermain dan gembira. Apa agaknya yang terlukis di dalam fikiran Mia bila
mamanya ditampar di depan mata. Kemudian dihalau keluar dari rumah sendiri
tanpa disuruh kembali.
Argh!
Dia tidak mahu Mia kenal erti derita dan sengsara di dalam usia seawal ini.
Jalannya masih panjang. Mia masih perlukan dia. Syazwan? Entah, tiada berita
sejak Syazwan pulang dulu. Tapi di dalam
hati masih terselit rasa mengharap agar Syazwan kembali semula. Bukan Syazwan
yang dulu, tapi Syazwan yang baru.
Hati Maya berkata, ‘Awaklah cinta pertama saya. Dalam hati saya tiada
istilah benci. Sebab cinta saya melebihi segalanya. Bukti cinta yang pernah kita milik dulu
adalah anak kecil yang comel ini. Dan bila kita bertemu lagi, jangan panggil
saya Maya. Panggil saya Mama Mia Shaza.’
Maya berpaling mahu masuk ke dalam
bilik. Resah yang bertandang di hatinya cuba dibuang jauh.
Di balkoni sebelah, Syazwan melangkah
keluar. Hampir tercabut jantungnya melihat sesusuk tubuh perempuan berbaju
tidur paras lutut yang berwarna putih di balkoni bilik sebelah.
Belum sempat dia mengamati wajah itu,
perempuan itu sudah membelakanginya dan masuk ke dalam bilik. Panjang lehernya
menjenguk tapi hampa. Sliding door sudah ditutup rapat. Melepas nak skodeng!
Terasa sejuk tubuhnya yang tidak
berbaju apabila disapa angin malam sambil membuang pandang pada pemandangan
bandaraya Kuala Lumpur
dari tingkat sembilan Sheraton Hotel. Habis sebatang rokok dihisap, dia
masuk semula ke dalam bilik.
Di atas katil terbaring sekujur tubuh
yang tidur dengan pulas. Syazwan tersengih sendiri. Baginya, mendapatkan
perempuan adalah semudah 123. Pilih saja yang mana mahu. Pakai sampai puas dan
bila sudah bosan, tukar dengan yang baru.
Dia mempunyai pakej yang lengkap.
Yang semua perempuan inginkan. Siapa yang tak nak?
Syazwan duduk di atas sofa di hujung
bilik. Dia single? Agaklah. Fikirannya menerawang jauh mengimbas
kenangan yang pernah dia tinggalkan dulu. Maya Laila. Nama yang secantik tuannya.
Nama yang dulu dipuja–puja oleh semua lelaki yang sebayanya. Segalanya adalah
sempurna tentang Maya Laila.
Rindukah dia?–Ya.
Sayangkah dia?–Ya.
Cintakah dia?–Ya.
Tapi
untuk kembali semula pada Maya, dia belum bersedia. Dia masih lagi seorang
Syazwan Imad yang dulu, yang tidak layak untuk Maya Laila. Dia masih lagi
seorang lelaki yang tidak layak untuk dianggap sebagai suami dan bapa yang
baik.
Hati Syazwan berkata, ‘A guy who truly
loves his girl doesn’t need to unbutton her shirt to get a better view of her
heart, Maya but unfortunately I’m not that kind of guy. One day, when I get
back to you, I’ll make sure it’ll be the better me for my Maya Laila.’
Jauh di sudut hati walaupun harapan
teramatlah tipis, tapi dia masih mengharap agar Maya masih setia menunggu.
Tanpa dia sedari, Mayalah yang menghuni bilik sebelah. Bersama anak mereka
berdua yang dia sendiri tahu kewujudannya
No comments:
Post a Comment