DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 6 April 2016

MAMA MIA SYAZA - BAB 3




SYAZWAN hanya mengikut ke mana kakinya melangkah dengan kedua–dua belah  tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Hari ini jiwa terasa kosong. Tasya sudah dibuang ke tepi. Malas nak melayan si gedik.
     Seperti biasa, The Mines sentiasa sesak dengan para pengunjung. Dia tak berkenan sangat pergi ke tempat yang ramai orang begini. Window shopping semua tu dia tak layan sangat. Kalau nak beli apa–apa, online shopping kan ada. Klik sini klik sana, dah beres. Mudah dan cepat bukan? Lainlah kalau pergi bertapa di pulau ke, melepak di kelab ke, harus dia on saja. Itulah gaya seorang Syazwan Imad.
 Langkah Syazwan terhenti di depan kedai anak patung. Matanya tertacap pada anak patung Winnie the Pooh yang besar sedang memegang jagung. Teringat pada anak patung yang pernah dia hadiahkan pada Maya dulu.             Juga anak patung Winnie the Pooh yang sedang memegang jagung. Maya suka, comel katanya.
“Winnie the Pooh is a girl.”
“No, he’s a boy.”
“Habis tu, kenapa nama dia Winnie? Trans gender ke apa?”
What? Awak ni overlah. Mak dia yang bagi nama Winnie. So blame the mum, not him.
Terngiang–ngiang perbalahannya dengan Maya satu masa dulu. Dan demi kekasih hati, dibelikannya juga patung pelik itu untuk Maya. Entah apa motif pegang jagung, dia pun tidak tahu. Yang penting baginya patung beruang berwarna kuning itu amatlah tidak comel.
“Waaa!”
Syazwan menunduk. Terkejut dia melihat seorang anak kecil yang berdiri tidak jauh darinya. Melompat–lompat melihat banyak anak patung yang terpampang di sebalik cermin kaca kedai.
Syazwan mendekat dan duduk bertinggung. Si kecil menoleh ke arahnya. Puas Syazwan cuba untuk mengingati.
Ha!
Hello, ingat uncle?,” tanya Syazwan mesra.
Mia diam. Mata bundarnya masih setia menatap wajah Syazwan.
“Siapa nama?”
“Mia.”
“Comelnya!”
Pipi Mia dicubit Syazwan lembut. Mia langsung tidak takut. Sempat dia menghulurkan kedua–dua belah tangannya pada Syazwan. Minta untuk didukung. Syazwan dengan senang hati mendukung tubuh kecil itu. Senyuman anak kecil yang didukungnya kini, tak ubah macam Maya. Tempek muka Maya!
     “Waa! Nice!,” kata Mia girang. Jari telunjuknya menyentuh cermin kaca, menunjukkan ke arah anak patung Minnie Mouse.
     Syazwan tergelak. Budak comel yang bernama Mia ini menarik hatinya. Hati tiba–tiba dipagut rindu. Rindu pada Maya Laila. Maya dulu pun pantang kalau tengok kedai anak patung, mulalah merengek minta dibelikan satu. Dan lelaki sepertinya yang tak romantik ini takkan beli pun, membuatkan Maya merajuk tayang muka kucing tak kena bagi makan.
Apa khabar agaknya Maya?
Masih menunggukah Maya?
Sihatkah anak mereka berdua yang ditinggalkannya bersama Maya ketika masih di dalam kandungan dulu?
Sudah bencikah Maya padanya?

Agak lama juga dia mendukung Mia sebelum meletakkan semula Mia ke bawah.
“Mana mama Mia?,” tanya Syazwan.
“There.” Mia menunding ke arah kedai sebelah. Oh, pandai speaking nampak. Syazwan tergelak kecil.Tangan kecil itu dipimpin Syazwan. Nak pulangkan si anak pada si ibu, tak naklah kena cop penculik nanti.
“ Masuk okey, jumpa mama. Jangan jalan–jalan kat luar ni, bahaya. Nanti mama risau,” pesan Syazwan pada si kecil. Kepala Mia diusap lembut. Rambut bertocang dua Mia tersangatlah comel.
“Mia! Mia!”
Panggilan dari dalam memaksa Syazwan melepaskan tangan kecil yang dipimpinnya.
“Bye.”
Mia melambai–lambai  hinggalah kelibat Syazwan tidak kelihatan lagi.
“Sayang pergi mana?”
Maya menerpa dan mendukung  si comel. Risau hati melihat Mia hilang di sebelahnya. Terlampau leka membelek–belek baju dengan Nadia punya pasal. Kalau Mia hilang mahunya dia menangis tak berlagu. Di mana kan kucari ganti Mia Shaza yang disayangi separuh mati?
“Ada atung,” jawab Mia.
“Where?”
Mereka berdua keluar ke kedai sebelah. Mia menunjukkan ke arah patung Minnie Mouse yang dilihatnya bersama Syazwan tadi. Maya tersenyum. Knowing Mia, mesti anaknya itu mahukan patung baru lagi. Pipi comel itu diciumnya berkali–kali. Hingga satu ketika ciumannya terhenti. Bau yang menusuk hidungnya. Dihidunya baju Mia. Maya terpempan.
CK Euphoria Men. Membulat matanya memandang wajah comel anaknya. Macam mana boleh ada pada baju Mia?
 “Mia dengan siapa tadi?”
“Uncle.”
Oh my!
Hampir saja dukungan tubuh Mia terlepas. Mata Maya melilau melihat sekeliling.
“Shaz.”
Hampir menitis air mata Maya. Mengharap ada Syazwan di situ. Tetapi hampa.
“Maya, kenapa ni? What happened?
Nadia muncul dengan riak hairan. Apa kes menangis di tengah shopping mall?
“Shaz.”
Nadia terpempan.

SYAZWI tayang muka bosan bila papanya mula buka topik tentang jodoh. Remote tv ditekan–tekan mencari rancangan yang menarik. Tapi tidak ada satu pun yang tersangkut.
“Papa bukan nak paksa. Papa cuma fikirkan tentang masa depan Shaz.”
Syazwi tetap diam. Langsung tidak memberi tindak balas pada bicara papanya yang sudah acap kali diperdengarkan ke telinganya.
“Shaz, dengar tak?”
“Dengar,” malas–malas Syazwi menjawab.
Kamal mengeluh. Dia melabuhkan duduk di sofa sebelah Syazwi.
“Jadi Shaz setuju ke tak?,” tanya  Kamal lagi.
Syazwi merengus. Papa. Memang tak habis–habis dengan calon menantu. Lara. Aisyah. Sophia. Sekarang Camelia. Kalau dah dia tak nak, nak buat macam mana.
“Pa janganlah paksa. Nanti – nanti pandailah Shaz cari mana yang berkenan,” jawab Syazwi. Ini bukan zaman datuk nenek dulu – dulu. Nak kahwin pun papa yang carikan? Memang taklah.
“Umur tu dah cukup seru, Shaz.”
“I know, pa.” Bukan dia tak tahu umur sendiri, dah 30 tahun. Muda lagi pun, berkahwin tidak tersenarai di dalam must–do listnya dalam masa terdekat ini.
 Kamal menggelengkan kepala. Anak tunggalnya ini memang keras kepala. Kalau tak dipaksa, memang Syazwi takkan bertukar status. Sekurang–kurangnya nak jugak dia menimang cucu sebelum nafas terakhir.
“Shaz, lembutkan sikit hati tu.”
Syazwi diam mendengar sebaris ayat papa. Keras hatikah dia? Agaklah. Dari kecil hidupnya hanya dengan papa. Mama? Huh! Lari ikut lelaki lain. Meninggalkan dia dengan papa tanpa sebab.
Sekarang mama pun sudah berpangkat datin. Yelah, bersuamikan datuk besar mana entah. Sebab tu sanggup tinggalkan papa dengan anak yang baru berusia tiga tahun ketika itu. Ceh! Papa walaupun lambat tapi gelaran tu ada juga, Datuk Kamal Saifudin siapa yang tak kenal. Ahli perniagaan yang pernah bankrupt sebanyak tiga kali dan sekarang menjadi CEO syarikat ChemTrade Holdings. Atas pertolongan papalah dia berjaya membuka syarikat sendiri, siap ada cawangan lagi. We live our lives well enough even without you, rasa nak jerit macam tu kat mama boleh tak?
“Don’t expect me to have good expectations on women, papa. Not for now,” kata Syazwi perlahan.
 Kamal sekadar angguk kepala. Faham dengan maksud Syazwi. Perkahwinannya yang gagal membuatkan Syazwi tidak yakin.
“Tak semua perempuan jahat, Shaz.”
Syazwi tersenyum sinis. “Whatever, pa.”
Kamal berlalu ke tingkat atas, meninggalkan Syazwi yang baring di atas sofa. Biarlah anaknya itu menilai sendiri.
Apa khabar agaknya mama? Syazwi melepaskan keluhan. Rasa macam anak derhaka pula membenci mama sendiri. Tapi bukan salah dia. Mama yang salah. Dia melihat sendiri papa menderita. Apa sebab sebenar papa dan mama bercerai, dia tidak pernah tahu. Yang pasti, mama pergi tanpa penjelasan.
“Kenapa bukan papa sendiri aje yang kahwin. Susah–susah nak carikan menantu apa kes?,” Syazwi merungut sendiri. Cakap depan–depan tak berani, silap hari bulan papa humban dia ke dalam kolam renang di belakang rumah. Takkan papa masih mengharapkan mama?
















No comments:

Post a Comment