DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 6 April 2016

MAMA MIA SYAZA - BAB 4




PAGI Khamis yang agak tenang. Tak ada mesyuarat penting, tak payah entertain client yang leceh macam Mr. Park minggu lepas. Boleh kira goyang kaki lenggang kangkung Syazwi Ilman pagi ini. Matanya merenung fail biru yang terpegang di tangan.
‘Maya Laila binti Arshad. 24 years old. University of Sheffield (graduated Year 2012). Degree in Chemical and Biological Engineering.’
Syazwi terdiam. Mak singa rupanya lepasan luar negara. Patutlah balik dari UK hari tu beg sampai empat buah. Syazwi baca lagi. Bawah dan terus ke bawah. Status Maya yang paling menarik hatinya.
Single mother.
Dia diam sejenak. Berfikir.
“Single mother,” ulang bibir nipis itu. Bermaksud tanpa suami. Mana suami Maya? Bercerai? Dah meninggal?
Tubuhnya bersandar pada belakang kerusi. Lagak seperti sedang berfikir. Usia semuda Maya, takkan seawal itu menjawat pangkat ibu tunggal?
Syazwi mengangkat punggung. Langkahnya diatur keluar dari bilik pejabatnya. Mencari–cari kelibat Maya di antara staf–staf  yang sedang tekun membuat kerja. Di dalam hati sempat memuji, semua staff Cendera Science Consulting rajin–rajin belaka. Hinggakan bila dia berdiri di tengah–tengah pejabat besar itu pun tiada siapa yang sedar, kusyuk sangat dengan kerja masing–masing. Nanti hujung tahun patut diberi bonus dua bulan gaji okey tak?
     “Cari siapa bos?”
     Syazwi menoleh. Faizal yang baru keluar dari tandas berdiri di sebelahnya dengan senyuman lebar seperti biasa.
     “Maya mana?” soal Syazwi.
     “Maya?” Nama Maya diulang Faizal dengan kening yang terangkat.
     “Maya Laila,” kata Syazwi lagi.
     “Ooo..Mama Mia.”
     Syazwi angguk kepala. Baru teringat mak singa lebih suka dipanggil Mama Mia berbanding Maya Laila.
     Tu, sana.” Faizal menjuihkan bibirnya ke arah koridor panjang.
     Syazwi berpaling. Tubuh Maya dilihatnya sedang terbongkok–bongkok di depan mesin fotostat. Laju saja langkahnya menuju ke arah Maya di hujung sana. Faizal dan Kak Zah berpandangan sesama sendiri. Masing–masing mengukir senyum.
     “Bos dah tersangkutlah tu,” bisik Kak Zah.
     Maya menggaru–garu kepalanya yang tidak gatal. Tak pandai nak pakai mesin segi empat di depannya ini. Nak tekan mana–mana butang, takut tersalah. Rasanya, sudah lebih lima minit dia berdiri dengan muka blur. Malu nak tanya staff yang lain, nanti kena cop manusia paling jakun abad ini.
     “Ehem.”
     Maya tersentak. Laju kepalanya menoleh. Syazwi di sebelah tersenyum lebar. Maya pula dengan senyum nipisnya. Oh! Mak singa memang payah nak senyum.
     “Tengah buat apa?” soalan tanpa modal dari seorang Syazwi Ilman. Kedua – dua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluar sambil mata tak lepas memandang wajah Maya.
     “Nak fotostat,” jawab Maya perlahan. Sebenarnya dia rasa nak menjawab ‘Tengah cuci pinggan’ tapi macam kejam pulak kalau guna ayat sarcastic begitu dengan bos besar.
     Then apa yang awak tunggu lagi? Fotostat la,” Syazwi mula menyakat.
     Dari tadi lagi dia memerhati Maya yang berdiri tegak di hadapan mesin. Sekejap membongkok, sekejap garu kepala. Kemudian sekejap sebelah tangan naik ke pinggang. Tak pandai pakailah tu.
     “Takkan setakat nak pakai photostat machine pun tak pandai. Sheffield graduate ke ni?” sakat Syazwi lagi bila Maya masih diam sambil tangan teragak–agak menekan butang–butang di mesin.
     Berdesing telinga Maya. Ni dah kira menyindir tahap Ultraman Taro dah. Dia mendongak dan menatap tajam muka selamba Syazwi yang turut memandangnya.
     “Kat sana kami tak ada kena ajar pakai benda alah ni semua, bos,” balas Maya lembut, tapi tegas. Kalau pun ada, daripada belajar cara menggunakan mesin fotostat, lebih baik dia belajar cara membuat kebab Popeye’s di Sheffield dulu. Kalau lelaki di depannya ini bukan bos besar, sudah lama dia angkat tangan bagi penumbuk sebijik.
     Mati terus sengihan Syazwi. Giler takut bila mata Maya tajam memandangnya. Baru tersedar, yang di depannya ini adalah mak singa, bukan sebarang perempuan yang mesra alam macam stafnya yang lain.
     Syazwi berdehem. Sebelah tangan keluar dari poket seluar dan naik mengurut belakang tengkuk. Maya memang tak makan lawak langsung.
     “Maya, wait.” Syazwi menahan Maya yang sudah mahu berlalu.
     “Come, let me teach you,” ucap Syazwi.
     “Tak payah. Saya boleh minta tolong orang lain ajarkan.” Maya menolak dengan muka tegang. Patutnya dari tadi minta tolong Kak Zah, tak adalah sampai kena sindir Encik Syazwi Ilman.
     “Wait. Maya, wait.”
     Tubuh tinggi itu terpacak tegak menghalang laluan Maya dengan kedua–dua belah tangannya mendepa.
     “I’m sorry, Maya. I was just joking. I didn’t mean to...”
     “And I don’t like jokes, Encik Syazwi Ilman,” potong Maya tanpa sempat Syazwi menghabiskan ayatnya.
     Jokeslah sangat bila dia terasa sampai macam tu sekali.  Agak–agaklah sikit, bro! Lawak sarcastic macam tu tak adanya dia nak melayan.
     “Tak payah nak buat lawak kalau tak pandai, bos,” kata Maya lagi.
     Okay. Okay. Cukup. My bad. Saya memang tak pandai buat lawak dan lawak saya tadi adalah lawak paling bodoh awak pernah dengar. Saya janji takkan buat lagi but I’m so sorry. So so sorry.” Tangan Syazwi sudah naik di awang–awangan tanda menyerah kalah.
     Maya masih diam. Kalau ya pun nak buat lawak, tak payahlah nak ungkit dia ni lepasan dari universiti mana semua tu. Sensitif okey! Ada banyak lagi benda lain yang boleh dibuat lawak.
     “Mari, saya ajar.”
     Maya  menurut juga. Berpatah balik semula ke mesin fotostat dan berdiri di sebelah Syazwi dengan muka tegang.
     “Ajarlah, I’m listening.” Maya berpeluk tubuh.
Satu persatu Syazwi terangkan pada Maya. Letak kertas atas skrin, kemudian tutup dan tekan berapa helai nak difotostat.
     “Then finally, you press this button. Remember, this green button, kata Syazwi. Dokumen yang sudah difotostat itu diambil Maya. Dibelek–belek. Cukup.
     “Thanks,”ucap Maya
     Syazwi tersenyum. Menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas. Kacak.
     “No worries. And am I forgiven?”soal Syazwi dengan senyuman masih di bibir.
     Maya mengukir senyuman nipis. Kepalanya mengangguk. Kan senang kalau ajar terus, daripada menyindir yang boleh menimbulkan sakit hati.
     “Tak pernah–pernah saya minta maaf dengan pekerja saya sendiri,” kata Syazwi. Badannya disandarkan pada dinding sambil berpeluk tubuh. Mata masih melekat pada wajah Maya. Bukan selalu dapat melihat mak singa tersenyum.
“Sebab awak tak pernah buat lawak dengan mereka kot,” seloroh Maya.
Pecah ketawa Syazwi. Pandai juga mak singa kenakan dia. ‘I thought you had no sense of humor, Maya’. Syazwi berkata di dalam hati. Kalau depan–depan memang tak beranilah.
“Mia apa khabar?”
She’s fine. Hari ni saya hantar nursery sebab Nadia dah mula kerja,” jawab Maya.
Hari ni hari pertama si comel dihantar ke nursery. Dia taklah perlu risau sangat. Mia Shaza mudah mesra dengan sesiapa saja. Pagi tadi pun Mia sudah mesra alam dengan Puan Rohana, pemilik Childcare Nursery. Baru masuk pejabat, Puan Rohana telefon kata Mia dah ada kawan baru.
 “Nanti kereta awak macam mana?,” tanya Syazwi lagi. Tangan kanannya bermain-main dengan hujung tali leher.
“Oh, I forgot!” Maya menepuk perlahan dahinya.
“Bos, nanti saya nak keluar awal sikit masa lunch, boleh tak? Sebab saya kena pergi ke Kota Damansara nak ambik kereta.”
Sure. Awak nak saya hantarkan tak?” Syazwi menawarkan bantuan.
Maya menggeleng cepat-cepat menggeleng.
“Saya boleh naik teksi, bos.” lembut Maya menyuarakan penolakan.Takkan dia nak susahkan Syazwi. Belum pun sampai seminggu bekerja di situ, nanti apa kata orang. Staff dengan boss ada affair, logik tak? Mulut–mulut tempayan akan sentiasa mencari cerita baru untuk dibuat ketupat.
Shazwi yang masih tegak berdiri di situ diteliti dengan ekor mata. Mindanya terus mencongak keistimewaan lelaki itu.
1.      Berkarisma dan berkerjaya hebat.
2.      Berwajah tampan, sekali toleh macam muka anak pak Arab. Berkulit sawo matang dengan badan yang tegap dan agak tinggi.
3.      Paling penting, berpoket tebal, pakej yang paling dikehendaki oleh perempuan–perempuan materialistik di luar sana.
Itulah pakej lengkap Syazwi Ilman. Jadi, tak hairanlah kalau ada saja staff yang mencuba nasib nak masuk line.
Syazwi diam sejenak. Matanya masih lagi menatap wajah Maya. Makhluk ciptaan Tuhan di depannya ini tampak sempurna. Single mother. Dua patah perkataan yang masih melekat di kepalanya. Mulut terasa gatal nak bertanya lebih tetapi aura singa Maya membuatkan niatnya ditolak ke tepi.
“Maya.”
 Maya tersenyum.
“Berapa kali saya dah cakap. Call me Mama Mia,” kata Maya.
Maya Laila sudah tidak wujud lagi. Maya yang dibuang oleh orang tua sendiri. Sejak hari dia dihalau keluar dari rumah, mama dan papa langsung tidak mencarinya. Hanya Mala, adiknya saja yang selalu berjumpa dan bertanya khabar.
Dia tidak kisah kalau dibenci. Tapi jangan membenci Mia. Anak comelnya yang tidak bersalah.
Sorry, saya selalu terlupa. And you too, stop calling me bos besar. Just call me Shaz,”  bohong Syazwi. Nama Maya tu cantik apa, secantik tuan empunya badannya.
Senyuman Maya berubah pudar. Nama yang sudah lama tidak disebut, takkan dia  nak sebut setiap hari dengan bos sendiri. Syazwan Imad dan Syazwi Ilman. Dua nama yang hampir sama.
 “Awak ada adik–beradik lain tak?,” tanya Maya.
“Why?”soal Syazwi kembali.
“Saja tanya.”
“Nope,” jawab Syazwi. Adik tiri adalah. Tapi yang tu belakang cerita. Asalkan bukan darah daging papa, dia tak nak ambil peduli.
 “There must be a reason why you asked, Maya.”Syazwi tidak berpuas hati dengan jawapan Maya.
Nothing. Sebab nama awak tu, hampir sama dengan nama orang yang saya kenal,” jawab Maya jujur.
“Siapa?” soal Syazwi.
 “Shaz.” Suara seseorang memanggil sebelum sempat Maya menjawab soalan tersebut. Serentak Maya dan Syazwi menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Seorang perempuan muda menuju ke arah mereka berdua dengan lenggok yang dibuat – buat.
You kat sini rupanya. Patutlah I cari dalam pejabat tak ada.” Perempuan yang memakai dress ketat paras paha itu terpacak tegak di hadapan mereka berdua dengan senyuman plastik terus memaut manja lengan Syazwi.
Sempat mata tajam Maya scan dari atas sampai bawah. Berambut panjang, makeup tebal mengalahkan Geisha. Kalau paha besar macam paha ayam tu, tak payahlah nak tunjuk–tunjuk. Kutuk Maya di dalam hati.
“Yang awak datang sini apahal? Tak nampak ke saya tengah kerja,” marah Syazwi.
Lengannya yang dipaut Camelia ditepis kasar membuatkan muncung Camelia panjang lima inci. Papa pun satu hal, nak carikan calon isteri pun carilah yang baik–baik. Bukan jenis yang boleh membuatkan badannya meremang geli macam Camelia di hadapannya ini.
“Kerja ke dating?,” suara Camelia naik satu pitch.
Maya menjeling tajam. Mulut! Tak agak-agak nak menuduh.
 “Bos, saya nak sambung kerja dulu,” kata Maya sebelum beredar pergi. Suasana sudah berubah tegang, baik jangan masuk campur. Nanti tak pasal–pasal dia pun naik angin sama, cat–to–cat fight jangan main–main kalau lawan adalah Maya Laila.
“Maya, biar saya hantar awak nanti,” laung Syazwi pada Maya yang sudah menjauh untuk kembali ke mejanya.
Maya menoleh seraya menggelengkan kepala. Mata dikenyitkan sambil mengangkat ibu jarinya. Takpelah, bos!



SYAZWAN membetulkan duduk. Suratkhabar di atas meja dicapai dan diselak. Kemudian diletakkan semula di tempat asal. Macam mana nak faham, suratkhabar dalam bahasa Cina. Nak baca pun tak pandai. Kedekut bin Lokek betul Tauke Chong. Patutnya letaklah juga News Straits Times ke, Berita Harian ke di situ. Boleh juga pelanggan sepertinya membaca kalau tak reti suratkhabar bahasa  Cina. Syazwan mengerling jam di tangan. Sudah pukul 2 petang. Tangannya didepakan di belakang sofa dengan kaki kanannya diletakkan di atas lutut sebelah kiri.
“Apasal lama sangat dia ni?,” rungut Syazwan.
Mama Mia janji nak datang pukul 1. Tapi sampai sekarang tak sampai–sampai lagi. Dia memang pantang kalau janji angin macam ni. Telefonnya dicapai untuk menghubungi Mama Mia.
“Kejap lagi. Lima minit.”
Klik!
Tercengang Syazwan. Belum sempat dia membuka mulut, talian sudah dimatikan. Kurang asam. Syazwan bangun dari duduknya dan berjalan mundar – mandir di dalam pejabat. Sesekali lehernya dipanjangkan ke luar tingkap.
“Sabarlah, Syazwan. Nanti sekejap lagi itu amoi cantik sampai,” kata Tauke Chong yang baru masuk.
“Cantik ke bos?” soal Shazwan tidak sabar.
Tauke Chong mengangkat ibu jarinya.
Manyak cantik wa cakap sama lu. Phew!
Syazwan tergelak.
“Shaz, she’s here.” Tasya yang muncul di depan pintu bersuara.
Pantas Syazwan bangkit berdiri. Mendengar orang yang ditunggu sudah tiba, dia jadi makin tidak sabar. Kenapa ya, hatinya tiba-tiba jadi berdebar?
Thank you, bos. Bayar semua dah beres kan?,” tanya Syazwan sebelum beredar keluar.
“Beres, semua lu sudah bayar.”
Maya terkocoh–kocoh keluar dari perut Perdana milik Nadia. Mujur Nadia dapat menghantarnya. Lebih setengah jam menunggu teksi di depan bangunan pejabat, satu pun tak lalu. Mana dia tak lambat.
Dari jauh dia dapat mengecam kereta Lexus IS250 yang melanggarnya dua hari lepas. Di sebelah pula kereta Myvi kesayangannya yang sudah kembali ke bentuk asal.
“Selamat tengah hari, cik. Datang nak ambik kereta?,” tegur pekerja yang berbaju hitam lusuh di situ.
Maya angguk kepala seraya tersenyum.
“Nak ambik yang ni.” Maya menunjukkan ke arah White Baby kesayangan. Itu gelaran kereta Myvinya yang diberikan oleh Mia.
“Oh! Sekejap saya ambil kunci.” Pekerja tersebut pantas melangkah pergi.
Makin senyum memandang White Babynya. Dua hari tanpa kereta betul–betul membuatkan dia tempang sebelah.
Pandangannya ditoleh ke kanan, mencari kelibat pekerja tadi. Saat itulah Maya terpandang Tasya yang keluar dari pejabat bengkel tersebut. Huh! Jalan terkedek–kedek tak ubah macam itik pun nak berlagak.
Maya atur langkah ke arah Tasya. Namun, langkahnya terhenti separuh jalan. Lelaki di belakang Tasya menjadi sasaran matanya. Maya terkaku sesaat. Cermin mata hitamnya dibuka. Dan saat itulah  mata kedua–duanya saling bertaupan.
Oh tidak! Bergegar kepala lutut Maya. Syazwan juga terkaku.
“Shaz.” Sebaris nama itu terkeluar dari bibir Maya.
“Maya.” Bibir Syazwan pula menyebut nama seseorang yang sangat dia rindui selama ini.
“Shaz, itulah dia. Yang marah  I hari tu,” kata Tasya manja sambil berpaling dan memaut lengan Syazwan manja. Kalau hari tu dia takut dengan Maya, sekarang tidak lagi. Sebabnya, Syazwan boleh back up kalau kena sembur dengan Maya.
Maya terdiam.  Main pegang–pegang tangan apa kes? Oh my! Tak payah agak, dia tak buta untuk menilai. Terus dia berpaling mahu pergi. Ya, selama ini dia masih mengharap untuk bertemu semula dengan Syazwan. Tapi bukan dalam keadaan Syazwan yang masih seperti dulu.
“Maya!” Syazwan menjerit.
Tubuh Tasya ditolak ke tepi, berlari mendapatkan Maya yang sudah menyusup masuk ke dalam perut kereta. Belum sempat Maya menutup pintu, Syazwan terlebih dahulu menahan.
“Maya! Maya!”
Lengan Maya dipaut. Syazwan menunduk dan separuh badannya turut sama masuk ke dalam kereta.
Dua–dua kaku. Mata masing–masing bertaupan. Lama.
“Maya.” Tubuh Maya diraih dan dipeluk Syazwan. My Maya!
Tauke Chong yang memerhati dari sebalik tingkap menggelengkan kepala sambil tersenyum.
“Itu Syazwan manyak buaya. Semua amoi pun dia mau makan.”

DUA–dua turut sama  diam. Pertemuan pertama antara mereka setelah tiga tahun berlalu membuatkan masing–masing berasa janggal. Maya membuang pandang ke hadapan. Syazwan pula merenungnya dari tadi.
Maya makin cantik. Nampak lebih matang. Berambut pendek. Tidak lagi panjang seperti dulu. Betullah kata hati, tiada perempuan secantik Maya yang pernah ditemuinya. Tidak sangka Mama Mia dan Maya Laila adalah orang yang sama. Kebetulan apakah ini?
“Bila balik sini?” Syazwan membuka kata.
“Baru lagi,” jawab Maya mendatar. Pertemuan ini memang sesuatu yang tidak dijangka akalnya.
Diam sejenak.
“Sekarang dah kerja?” soal Syazwan lagi.
“Dah.” Pendek jawapan Maya.
Diam lagi.
“Masih macam dulu lagi?,” tanya Maya pula.
Lambat–lambat Syazwan angguk kepala, faham dengan maksud Maya. Tak ada bezanya dia yang dulu dan dia yang sekarang.
“Perempuan  tadi tu siapa?” Hati Maya terguris. Syazwan memang tidak pernah berubah rupanya. Kalau beginilah cara hidup Syazwan, mungkin sudah sampai masanya untuk dia berputus asa. Mia tidak perlukan ayah macam Syazwan.
Syazwan diam tidak menjawab.
“So, her name is Mia?” Akhirnya, soalan pula yang ditanya Shazwan.
Maya angguk kepala.
“Mia Shaza.”
Syazwan pejam mata. Wajahnya diraup perlahan. Comelnya nama.
“So, she’s a girl.”
Maya mengangguk lagi.
Syazwan terdiam. Dulu selamba pok ye ye dia menyuruh Maya gugurkan kandungan. Kejam!
“Saya kena balik sekarang. Nak ambik Mia kat nursery,” kata Maya. Kekok duduk berdua di dalam kereta dengan Syazwan.
“Saya nak jumpa dia.”
Maya tersentak. Wajah tenang di sebelahnya ini ditenung dalam.
“Not now, Shaz,” bantah Maya.
“Saya nak tengok anak saya, Maya,” kata Syazwan lagi.
“Selagi papa dia macam ni, saya tak nak Mia jumpa awak,” balas Maya dengan senyuman sinis.
Lidah Syazwan jadi kelu. Tertampar dan terkesan dengan salah diri sendiri.
“Shaz... Tiga tahun kami tunggu, awak tak pernah datang jenguk,” luah Maya. Setiap hari menunggu dan terus menunggu. Yakin sangat Syazwan akan mencarinya semula tetapi hampa.
Mengingati masa lalu, matanya membahang panas. Sebelum air jernih gugur menyentuh pipi, Maya cepat–cepat membuka pintu kereta mahu keluar. Tetapi, lengannya disambar Syazwan.
“Maya, please. I want to see her. Kalau awak tak nak dari jarak dekat, dari jauh pun tak apa,” pujuk Syazwan.
Lama Maya diam.
“Awak tengok dari jauh.”
Syazwan mengangguk setuju.

KERETA Maya berhenti di depan nursery. Di sebelahnya pula kereta Syazwan. Pintu kereta dibuka dan melangkah keluar mendekati kereta Syazwan. Cermin kereta lelaki itu diketuk dari luar.
“Ingat, only from afar,” kata Maya sebaik Syazwan menurunkan cermin keretanya.
Syazwan angguk kepala. Jantung sudah berdebar–debar. Dia turut keluar dari perut kereta dan bersandar pada bonet hadapan. Mata beralih pada signboard besar di depan pintu masuk nursery. Childcare Nursery.
“Mama!” si anak menjerit sambil menerpa.
Maya yang baru masuk ke dalam pintu besar membongkok dan mendepakan tangannya, menyambut tubuh Mia yang berlari ke arahnya.
“Sayang mama!”
Saat dua tubuh itu berpelukan, Syazwan terpana. Air mata lelakinya menitis tanpa sedar. Dia yang masih bersandar di bonet hadapan kereta terus berdiri dan terkaku. Pemandangan yang betul–betul membuatkan dia tersentuh. Apatah lagi setelah melihat wajah si comel. Wajah yang mirip Maya Laila, satu-satunya wanita yang pernah membuatkan hatinya jatuh cinta dan cinta itu masih kekal sehingga ke hari ini.
Vroom!
Maya berpaling. Kereta Syazwan sudah menderum laju. Maya tersenyum pahit. Hatinya tercalar. Kecewanya menggunung.
‘Kenapa perlu pergi begitu saja, Shaz? Bukan awak nak tengok Mia, ke?’ Rintih hati kecil Maya yang sudah semakin terluka. Agaknya memang Syazwan tidak pernah dan tidak akan bersedia untuk menjadi papa Mia.








No comments:

Post a Comment