“Gelak,
gelaklah puas-puas, mak cik. Serius, kau memang tak membantu langsung.”
Sindirku geram melihat Afiqah yang sedang galak ketawa sambil menekan-nekan
perutnya.
“Kelakar gila, weh. Patutlah aku sampai-sampai rumah nampak kau tengah rolling badan kau dari hujung sana
sampai hujung situ. Lepas tu, siap buat lompat bintang lagi. Mula-mula aku
ingat kau tengah buang tabiat.” Balas Afiqah selamba.
“Tak ada benda yang kelakarlah.”
Balasku sebal.
Afiqah
masih ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Dia sempat menepuk-nepuk bahuku.
“Sure this will be out in the newspaper
tomorrow. Dekat internet pun the
paparazzi dah put up the announcement.
Habislah kau esok dekat ofis. Kau akan diserbu oleh geng Kiah Propa.” Usik Afiqah seolah-olah apa yang berlaku kepadaku
petang tadi hanyalah satu sitkom yang selalu terjadi.
“Aku
tak kiralah mamat tu designer terkenal ke, anak guam aku ke,
aku nak saman dia jugak. Nak saman malu!” Suhu badanku mula mendidih naik.
Kalaulah tadi aku dapat membelasah mamat
itu secukup-cukupnya, memang sudah lunyai dia aku kerjakan. Namun kutahan
memandangkan geng paparazzi masih
setia di situ. Aku tidak sanggup memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini.
Sekurang-kurangnya aku akan selamat pada malam ini. Tetapi esok? Ngeri!
“Saman
malu is not the right choice la dear. Aku takut kau yang lagi malu
nanti.” Balas Afiqah, serius.
Aku
terdiam sebentar, memikirkan kata-kata Afiqah. Betul juga. Sudahlah keadaan
huru-hara dengan berita Benyamin Ziqri, seorang pereka terkenal mahu mengahwini
aku, seorang peguam biasa yang sangatlah tidak popular. Keadaan mungkin akan
bertambah huru-hara nanti.
“Habis
tu, aku nak buat apa ni?” Aku sudah mula terasa mahu menangis. Fikiranku sudah
buntu. Aku sudah tidak nampak jalan keluar.
“Kahwin
jelah dengan dia. No harm done.
Lagipun, kau bukannya ada siapa-siapa yang dah cop pun.” Cadang Afiqah, bersahaja.
“Gila
kau! Banyaklah kau punya no harm done.”
Aku sudah terjerit kecil. Hendak berkahwin dengan Benyamin Ziqri yang aku
sangatlah tidak mengenali personaliti lelaki itu? Sudahlah dia muda setahun
daripada aku. Dingin, beku macam ais dekat kutub utara pulak tu. Isy, tak nak aku!
“Dah
tu? Kau nak buat apa? Buat press
conference? Lari?”
Aku
terus terdiam dan melepaskan keluhan yang terasa sangat berat. Aku terus
teringatkan keluargaku di Langkawi. Mungkin paling awal, esok hari mummy akan menelefonku. Ataupun malam
ini, memandangkan adikku, Aqwa sangat rajin melayari internet. Agak-agaknya mummy pengsan tak? Abah? Abah akan
membebel tak?
“Perempuan
lain, beratur nakkan dia. Dia nakkan kau. Sebab tu aku kata no harm done. Kau tengok Bella tu. Siap
usung reporters bagai nak rak tapi at the end kau pulak yang dapat Ben. Mau
tak hangin minah tu.”
“Aku
tak rasa Ben tu betul-betul nak kahwin dengan aku.”
“Kenapa
pulak? Eh, dia siap confess depan reporters tu la. That means he takes it seriously. Kalau dia tak buat apa yang dia
dah confess tu, memang geng paparazzi tu akan kejar dia sampai dorang dapat the real story.”
“Aku
rasa Ben tu nak selamatkan diri dia sendiri sebab Bella terlalu mendesak.
Disebabkan aku yang ada dalam bilik tu, jadi dia bluntly je sebut nama aku. Semata-mata sebab nak selamatkan diri
dia daripada terus diasak oleh Bella. Aku perasan dia ada hantar isyarat mata
yang aku tak faham.”
Afiqah
terdiam, mungkin kehilangan kata. Atau mungkin memikirkan sesuatu.
“Patutnya
awal-awal aku dah angkat kaki dari situ. Sekarang ni, tak pasal-pasal aku kena
heret sekali.”
“Ada
satu lagi solution.”
Aku
pandang Afiqah dengan wajah mengharap, mengharapkan kali ini betul-betul ada
jalan keluar untukku.
“Kau
jumpa Ben. Discuss dengan dia
betul-betul. Tu yang terbaik buat masa ni.”
“Pergi
hospital tu balik? Kalau geng paparazzi
tu ada? Macam mana aku nak discuss?”
Soalku lemah.
“Pandai-pandailah
kau menyelinap masuk macam kau pernah buat time
kat uni dulu.” Afiqah sempat mengenyit mata ke arahku.
Suasana di dalam pejabat sudah
riuh-rendah dengan suara Rina dan Laila yang bertanyakan itu dan ini. Surat
khabar hari ini juga ditunjukkan kepadaku walaupun malam tadi Afiqah sudah
menunjukkan benda yang sama yang telah dipaparkan di internet. Haru-biru sungguh!
“Amboi, senyap-senyap ya, Nuha! Tup-tup, dah kena lamar dengan designer yang hot lagi famous di
seantero Malaya.” Ujar Laila, seronok sambil bahuku dipeluk erat.
Aku hanya tersenyum tawar. Kena
lamar? Kena lamar apanya dengan cara macam tu. Itu namanya nak menyelamatkan
diri sendiri.
“Benyamin Ziqri ni dah macam artis
tau, Nuha. Bukan dulu Nuha bagitahu kitorang
yang Nuha tak nak kahwin dengan artis ke?” Soal Rina pula. Aku sudah mula
pening kepala.
“Sebab saya rasa designer tu bukan artis.” Jawabku.
Takkan aku nak canang satu ofis yang Ben tu anak guam aku? Ataupun Ben buat
macam tu sebab nak selamatkan diri daripada Bella? Mahunya lagi kecoh duo Laila dan Rina ini.
“Isy,
korang ni! Cukup-cukuplah
bersoal-jawab dengan Nuha. Pening kepala dia. Let’s get back to our work now.” Tegur Kak Aina.
Aku memandang ke arah Kak Aina,
tersenyum sebagai isyarat terima kasih. Jam di dinding kupandang,
berselang-seli dengan skrin telefon bimbit. Mungkin berita mengenai apa yang
terjadi semalam agak lambat sampai di Langkawi memandangkan aku tidak menerima
sebarang panggilan dari rumah melainkan pesanan ringkas daripada Aqwa malam
tadi. Aku meminta adikku itu mendiamkan diri terlebih dahulu sebelum aku
menyelesaikan semuanya dengan Benyamin hari ini.
“Nak pergi mana, Nuha?” Soal Laila
memandangkan aku sudah mencapai beg tangan di tepi meja dan menutup suis
computer.
“Ada appointment dengan client
at 11 a.m. Sebelum tu nak jumpa bakal
suami.” Jawabku bersahaja. Bakal suami? Huh! Mintak jauh! Namun, aku ikutkan
juga rentak Laila. Laila sudah tersengih-sengih sambil sempat melambai-lambai
ke arahku.
Aku terserempak dengan Adam di dalam
lif. Dia kelihatan kemas dengan kemeja berlengan panjang berwarna putih dan
berseluar slack hitam.
“Pergi court ke?” Sapaku, melihatkan pakaiannya.
“Ha’ah.
Ada hearing.” Balas Adam dan pintu
lif tertutup secara automatik.
“Nuha.”
“Yup.”
“Betul ke apa yang reporter tulis dalam surat khabar tu?
Pasal kau dengan that famous designer?”
Aku
terdiam lama sehinggalah pintu lif terbuka. Soalan Adam kubiar tidak berjawab.
Kami mengambil haluan masing-masing di tempat parkir kereta.
Aku
tiba di perkarangan Prince Court Medical Centre dengan jantung yang berdegup
kencang. Mataku melingas ke kiri dan kanan. Risau juga jika ada geng-geng paparazzi lagi. Aku menarik nafas lega.
Selamat! Aku terus masuk ke dalam kawasan hotel, mencari lif dan menekan butang
nombor aras yang menempatkan VVIP suites.
Jika
kali pertama sewaktu aku datang berjumpa Benyamin di sini, aku berdebar-debar
takut sewaktu hendak masuk ke dalam bilik ini. Sekarang? Aku rasa macam nak
terus rempuh masuk ke dalam. Memikirkan idea itu kurang logik, aku mengetuk
juga pintu sebelum melangkah masuk.
Kelihatan Benyamin baru selesai
diperiksa oleh seorang doktor lelaki dan jururawat. Mereka berdua sempat
tersenyum penuh makna ke arahku sebelum berlalu keluar. Haih! Darah panas
terasa menyerbu naik ke wajah.
“Nuha.” Kedengaran suara Benyamin
menegurku. Tiada lagi panggilan ‘Cik Nuha’ seperti selalu. Sah, mamat ni dah buang tabiat.
“Atau nak panggil Kak Nuha?”
Benyamin mengangkat keningnya.
Aku sudahlah seperti termometer yang
cecair merkurinya sedang mendidih naik, budak ni boleh pulak buat lawak
antarabangsa dia yang tak lawak langsung itu.
“Saya ada benda nak discuss dengan awak. This is a serious matter.” Balasku tegas
dan terus duduk tanpa dipelawa.
“Okay,
sure.” Benyamin membetulkan sandar kepalanya pada kepala katil. Dia
seolah-olah dapat menjangka kedatangan aku pada pagi ini.
“Awak buang tabiat ke apa semalam? Orang
tua-tua cakap, kalau orang yang tiba-tiba buang tabiat, maksudnya dah tak lama
tu.” Sindirku geram. Tak kisahlah mamat ni nak terasa hati memandangkan aku
sedang panas hati. Tanpa kuduga, Benyamin terus ketawa.
“I
don’t expect that to come out from a lawyer like you.” Balas Benyamin
sebaik sahaja tawanya reda.
“But,
I do really mean what I said yesterday. I am a man of my words. Saya serius
pasal semua benda yang saya cakap pada paparazzi
tu semalam.” Raut wajah Benyamin bertukar serius seperti yang selalu
ditunjukkan.
Aku mengetap bibir.
“Saya peduli apa dengan apa yang
awak cakap semalam. Who are you to mess
with my life? Saya tak nak kahwin dengan awaklah.” Balasku geram.
“Nope.
Awak kena kahwin jugak dengan saya.” Balas Benyamin, bersahaja dengan raut
wajahnya yang sangat menyakitkan hatiku.
“Awak ingat saya tak tahu ke yang
awak nak selamatkan diri awak sendiri daripada Bella? And you drag me along with it. Saya boleh saman awak tahu tak.”
“Sure,
go on with the legal action. I don’t bloody care.”
Huh!
Serius mamat ni hati keras, hati
batu.
“Dan ya, saya nak selamatkan diri
daripada Bella. Puas hati?”
Sekarang
aku betul-betul rasa nak cekik anak guam aku ni sendiri. Aku menahan diri
dengan mengenggam kuat kedua-dua buku limaku.
“Saya tak nak kahwin dengan awak.
Noktah!” Suaraku sudah naik satu oktaf.
“Kan saya dah cakap, you have to.”
“Kenapa awak pasti sangat yang saya
ni bukan orang lain yang punya?”
Benyamin
tersenyum menyenget. Mungkin kalau perkara ini semua tidak terjadi antara kami,
aku mungkin akan terasa berdebar-debar memandang wajah itu sekarang.
“Firstly,
there is no ring on your ring finger. That
means you are not someone’s fiancée or wife. Girlfriend orang? I don’t
think so.”
“What
make you to think so?” Aku sudah mengetap gigi.
Benyamin
tidak menjawab dan mengangkat keningnya kembali. Mengundang kesabaran sungguh
dia ni!
“Look,
there will be many negative consequences to you if you don’t want to get
married to me.” Anak mata bundar itu menikam wajahku.
“Lelaki lain takkan nak masuk line dengan awak. In other words, awak takkan laku dah. Secondly, the paparazzi won’t stop chasing after you. Their camera’s
flash will chase after you. Thirdly, the public already know about it. You will
no longer live in peace. These are the consequences, just to name a few of
them.”
Argh!
Aku benci! Marah dan geram sudah bercampur. Kenapa lelaki ini begini? Aku
teringat arwah ibu bapa Benyamin yang aku kenal sebagai orang kaya yang sangat
berbudi pekerti. Anaknya? Huh! Budi bahasanya sudah ke laut.
Aku memegang kepalaku yang sudah
terasa berpusing-pusing. Janganlah aku pengsan di sini pula.
“Fine.
Let’s get married. But, with one condition.” Ujarku sambil merenung tajam
ke arah wajah yang putih bersih itu.
“Sure.
Nak buat kontrak kahwin macam trend
novel Melayu sekarang?” Sindir Benyamin.
Aku terlalu penat untuk melayan
sindiran Benyamin.
“Bukan, kahwin kontrak tu
mempersendakan konsep perkahwinan yang Allah dah susun cantik-cantik untuk
hambaNya.” Benyamin terus terdiam.
“Instead,
I will make you suffer.” Tambahku sambil memandang tajam wajahnya.
No comments:
Post a Comment