“MORNING my sweet princess!”
sapaan itu membuatkan Balkish terkejut beruk. Bulat matanya memandang wajah
Harriz yang sedang bersandar megah pada BMW hitam miliknya. Baru sahaja Balkish
hendak membuka pintu pagar rumah, tiba-tiba dia sudah disapa oleh satu suara
yang amat dikenali. Mujurlah dia tak menjerit akibat terkejut mendengar sapaan
lelaki itu.
Harriz yang bersandar penuh bergaya pada BMW
hitamnya yang bersinar-sinar itu sudah tayang senyuman semanis gula-gula
lolipop. Spontan itu juga Balkish mengerling jam di tangan. Baru pukul tujuh
lima belas minit pagi. Awalnya lelaki itu sudah tercegat di depan pintu pagar
rumah. Hisy… awal pagi lagi dia sudah disajikan dengan wajah Harriz yang konon
tahap hensem meletup ini. Menyampah!
“Eh… Encik Harriz? Buat apa kat sini pagi-pagi begini?” soal Balkish sambil cuba memaniskan air
mukanya. Ikut rasa hati mahu diterkamnya lelaki itu. Namun dia perlu sabarkan
hati. Takut bila tahap kesabarannya sudah hilang, ada jugak anak Tan Sri yang
dihantar masuk ke ICU dek terkena kungfunya pagi itu.
‘Jangan kata dia pergi ziarah rumah cousin dia awal pagi begini sudah.
Nampak sangatlah yang dia nak kelentong aku!’ sambung Balkish dalam hati.
“I dari rumah cousin
I yang tinggal sekitar area ni tadi.
Lepas tu teringat pulak dekat you. Pasal tu I singgah kat sini nak jumpa you. I
rasa hidup I ni tak akan lengkap kalau tak nampak muka you sehari. Dah macam
jadi kebiasaan pulak I mesti tengok
you dulu baru dapat buat kerja. Kalau tak… semua kerja macam tak menjadi,” selamba
biawak Harriz menjawab soalan Balkish.
Balkish menjulingkan biji matanya ke atas.
‘Kan betul apa aku fikir. Mesti buaya jantan ni akan
cakap begitu. Nampak sangat yang dia tu sebenarnya memang sengaja tunggu aku kat sini. Takkan seawal pagi begini dah
ziarah rumah cousin dia? Tak masuk
dek akal. Aduh… ini yang aku malas bila Mr.
Alligator ni dah tahu alamat rumah aku. Sah dia akan ganggu hidup aku dekat
sini lepas ni. Arghhh… tak puas dekat pejabat, dekat sini dia buat gangguan
emosi! Rimasnya! Ini semua mulut celupar Kak Norma punya pasal. Nantilah kak
Norma… sampai aje kat ofis, Kish siat-siat kulit putih
gebu Kak Norma tu bagi makan kat ikan jerung. Pepandai aje bagi alamat
Kish pada Mr. Alligator ni!’
“You dah nak gerak ke pejabat ke?” tanya Harriz.
Awal pagi begini sudah dapat menatap wajah cantik Balkish membuatkan dia
semakin bersemangat. Kalau hari-hari macam ini, alangkah indah hari-hari yang
dilaluinya.
Balkish sekadar mengangguk. Malas hendak berbual
panjang dengan Harriz yang tak faham bahasa itu. Fikirannya kini hanya terlekat
pada kak Norma. Tak sabar rasa hatinya hendak menyerang ibu kepada tiga orang
cahayamata itu. Sesuka hati saja bagi alamatnya kepada Harriz. Tak pasal-pasal
dia sudah mengadap muka lelaki itu di awal pagi. Husy!!!
“Kalau macam tu biar I hantarkan you, Balkish.
Kebetulan I juga nak jumpa Abang Mie pagi ni,” pelawa Harriz. Bibirnya
tersungging senyuman manis. Senyuman yang bisa mencairkan hati para wanita.
Namun sayang senyuman itu tidak dapat melembutkan hati Balkish.
Amboi Harriz ni, rajin pula dia jumpa Fahmie sejak
akhir-akhir ini. Nampak sangat yang dia nak pergi menyelam sambil minum air.
“Eh… takpe
Encik Harriz. Saya ada kereta sendiri. Saya boleh memandu sendiri ke pejabat.
Tak payahlah Encik Harriz nak susah-susah hantarkan saya.” tolak Balkish.
‘Hisy… macamlah aku ni takde kenderaan sendiri nak pergi ke pejabat. Biarpun sekadar
kereta Kancil second-hand, tapi masih
boleh digunakan dengan baik untuk ke tempat kerja. Kalau pun aku takde kereta, aku lebih rela naik bas
berhimpit macam ikan sardin daripada tumpang Harriz Mr. Alligator ini. tak pepasal
aku kena ‘ngap’ pula di tepi jalan. Husy… nauzubillah! Orang lelaki ni bukannya boleh percaya sangat. Lebih-lebih yang
kaki perempuan macam ini. Ada saja helahnya nak menggoda.’
“Takpe… I
ikhlas. Lagipun I rela susah disebabkan you, Balkish. I lagi suka.”
Balkish mengetap bibir. Susah betul bila bercakap
dengan orang yang tak faham bahasa macam Harriz ini. Itu yang membuatkan
Balkish tak sukakan Harriz. Lelaki itu selalu membuatkan dia rimas dengan
setiap perbuataannya.
“Takpelah
Encik Harriz. Saya boleh memandu sendiri. Terima kasih sajalah atas pelawaan
Encik Harriz tu…” ayat Balkish tergantung di situ setelah mendengar pintu grill rumah ditutup dan bunyi tapak kaki
kasut tumit tinggi milik Aleya dan Ella kedengaran.
Aleya dan Ella tersenyum miang kala terpandang wajah
hensem yang sudah terpacak awal pagi
di depan rumah sewa mereka itu. Awal pagi lagi mata disajikan dengan wajah hensem, menambahkan semangat dalam diri
Aleya dan Ella. Kalau hari-hari macam ini, Aleya dengan Ella sanggup menjadi
penunggu setia depan pintu pagar. Asalkan dapat cuci mata melihat wajah hensem ala korea itu. Heheheee!
“Hah… itu pun kawan-kawan saya dah keluar. Saya
pergi dulu ye Encik Harriz. Takut terlambat pulak
masuk ofis nanti. Assalamualaikum…” tanpa
berlengah Balkish menuju ke arah kereta Kancil putih miliknya. Meninggalkan
Harriz yang sudah terpinga-pinga dengan tindakan sepantas kilatnya itu.
Ella sudah masuk ke dalam kereta bila terlihat
isyarat mata daripada Balkish. Belum sempat dia hendak menyapa lelaki hensem itu, Balkish dah bagi isyarat
mata menyuruh dia segera masuk ke dalam perut Kancil. Mahu tak mahu kenalah dia
akur. Huhuhuuu… melepas beb!
Manakala Aleya pula terus berlalu ke pintu pagar.
Hari ini giliran Aleya yang menutup pintu pagar. Tadi Ella sempat berbisik
mengatakan dia sudi menutup pintu pagar untuk hari ini bagi menggantikan tempat
Aleya. Amboi… Ella kalau nampak lelaki hensem
aje terus tunjuk rajin. Selalu dialah yang paling malas nak tutup pintu pagar
rumah kalau hendak pergi kerja. Susah sangat nak disuruh. Namun Aleya menolak
kesanggupan sahabatnya itu. Macamlah dia tak tahu niat Ella yang hendak beramah-tamah
dengan si hensem itu.
‘Ceh! Aku pun mahu juga bertegur sapa dengan mamat hensem tu. Ingat dia sorang aje ke yang
mahu? Sorry ek Cik Ella ratu dangdut…
Cik Aleya ratu kebaya pun mahu jugak berkenalan dengan si hensem ini. Pat-pat siku lipat, siapa cepat dia dapat! Khakhakhaaa….’
“Apasal
dengan mamat hensem tu Kish? Awal
pagi lagi dia dah datang ke sini.” tanya Ella ketika Balkish sudah mengambil
tempat duduk di kerusi pemandu. Manakala dia sudah pun bersandar duduk di
kerusi sebelah. Kepalanya sempat berpusing melihat kelibat Aleya yang sedang
bersembang dengan si hensem.
Bertuahnya budak montel tu. Dapat pulak
bersembang dengan mamat hensem yang
baru dikenali semalam. Dia juga yang nangis tak berlagu. Uwaaaa… jelesnya kat Aleya!
“Entah! Mengigau kut,”
acuh tak acuh sahaja Balkish menjawab. Dia membetulkan cermin pandang belakang.
Memandang kelibat Aleya yang sudah terpusing-pusing melayan Mr. Alligator.
Balkish mendengus. ‘Hisy… si Aleya ni sempat jugak melayan buaya jadian tu! Kena ‘ngap’
body yang montok tu dengan buaya
jadian tu nanti, baru padan dengan muka. Habis segala isi dan lemak-lemak dia
tu kena baham. Yang tinggal cuma tulang! Jadilah Aleya sup tulang kering.’
Pon! Pon! Pon!!!
Balkish membunyikan hon kereta. Beri isyarat yang
dia hendak mengeluarkan keretanya dengan segera. Selagi Aleya masih
tergedik-gedik melayan Mr. Alligator
tu dekat situ, macam mana nak keluarkan kereta ni, kan?
Si Aleya ni pun dua kali lima aje dengan Ella.
Pantang nampak lelaki hensem. Mulalah
nak jual taik minyak. Ngam sangatlah jumpa dengan Mr. Alligator yang suka bagi ayat-ayat
cinta itu. Memang cerita bertambah jadi menarik berganda-ganda.
“Aku pelik betullah dengan kau ni, Kish,” tiba-tiba
Ella menyuarakan rasa peliknya dengan sikap Balkish. Dia masih lagi memandang
ke belakang. ‘Untungnya si budak gemuk ni. Dapat bergelak tawa dengan si mamat hensem. Aku jugak yang telan air liur. Huhuhuuu…
Kenapalah hari ini bukan giliran aku yang tutup pintu pagar?? Arghhh… kecewanya
hati ini.’ sempat hati kecil Ella berbisik-bisik.
“Pelik kenapa pulak?”
tanya Balkish sambil masih memandang cermin pandang belakang lagi. Melihat
kereta BMW Harriz yang sudah pun berlalu meninggalkan blok D kawasan perumahan
Sungai Wang. Lega rasa hatinya. Berambus juga buaya jadian itu akhirnya.
Alhamdulillah….
“Iye la…
macam itu punya hensem muka mamat tu
pun kau tak nak layan. Sudahlah hensem,
pakai kereta besar pulak. Sah-sah
mamat hensem tu tergolong dalam
golongan orang-orang kaya. Takkan itu pun kau nak reject jugak, Kish. Tolak
tuahlah namanya tu,” kata Ella bersungguh-sungguh.
“Itu pendapat kau. Pendapat orang yang hanya tengok
pada muka, kereta besar dan harta semata-mata. Bagi aku… kalau aku reject Encik Harriz tu pun, aku tak akan
kehilangan tuah yang kau katakan tu. Kau belum kenal Encik Harriz tu siapa? Dia
tu playboy nombor satu kat KL ni. Hisy… aku tak naklah jadi
mangsa Encik Harriz yang seterusnya. Na’uzubillah.”
“Ooo… nama
mamat hensem tu Harriz ye, Kish? Hurmmm… macam familiar ajelah nama dia tu Kish,” Ella masih belum berhenti bercakap
mengenai Harriz.
“Hrmmm… nama si buaya tu Harriz. Memanglah kau macam
familiar nama tu. Sebab dia tu memang
terkenal dengan sikap buaya darat dia kat KL ni. Bukan tu aje, dia dah dinobatkan sebagai playboy
terhebat di KL ni oleh sebuah majalah.‘Gilafriend’
dia keliling pinggang. Jangan cakaplah berapa ramai. Pasal tu aku cakap aku tak
nak jadi mangsa Encik Harriz tu yang seterusnya. Tak pasal-pasal merana jiwa.”
“Kau ni Kish… tak baik tau cakap begitu,” bidas Ella
tak puas hati bila Balkish berkata begitu. Patut ke kata ‘gilafriend’? Tak patutkan…
“Kalau aku la di tempat kau… aku rela jadi mangsa
Encik Harriz tu, Kish. Dahlah dia hensem
ala-ala hero Korea. Kaya-raya pulak.
Bertuah badan,” Ella mencela lagi. Bibirnya yang sentiasa dioles dengan lipstick warna merah menyala itu sudah
tersungging senyuman gatal tahap kucing betina siam. Ini kalau lembu Haji Rosli
nampak bibir Ella yang merah menyala ni sah kena sondol. Dia tidak kisah pun
Harriz itu playboy. Yang penting, dia
rasa bertuah didampingi lelaki kacak seperti Harriz. Cukup kacak!
Balkish sudah mencebik. Si Ella ni kalau pasal
lelaki hensem aje mesti dia rela
segala hal. Hai… parah betul penyakit budak Ella ni. Mujurlah dalam rela-rela
dia tu body tak tergadai. Hisy… na’uzubillah!
“Iye la…
bertuah la sesangat. Esok lusa bila dia jumpa perempuan yang lebih cantik dan
muda, dia tinggalkan kau… baru kau sedar yang kau tu bernasib malang. Tapi
waktu tu dah tak guna kau nak menyesal, nasi dah jadi bubur Cik Nuraqilla oi,” komen
Balkish.
Ella menjeling geram. ‘Hisy… Kish ni! Suka betul nak
memanipulasi fikiran aku. Baru aje aku nak pasang angan-angan bercinta dengan
lelaki bernama Harriz yang hensem
itu, Kish dah musnahkan angan-angan aku. Haprak punya kawan!’
Aleya yang sudah memboloskan diri masuk ke tempat
duduk belakang Kancil second-hand
milik Balkish tersungging senyuman manis. Seronok betul dia bila dapat berbual
dengan Harriz walau pun hanya sebentar. Bertambah gembira bila Harriz memuji
dirinya. Kata Harriz, Aleya nampak cantik sangat hari ini. Warna kuning yang
membaluti tubuhnya yang montok ini membuatkan dia begitu berseri-seri. Cair
hatinya mendengar pujian mesra lelaki itu. Hahahaaa…
Tanpa sedar tawanya terkeluar. Ingat nak ketawa
dalam hati saja. Tak sangka pula boleh terkeluar.
Pantas dua kepala berpaling serentak. Terkejut
mendengar ketawa Aleya yang tak semena-mena itu. Entah apalah yang kelakar
sangat sampai budak chubby yang comel
itu boleh tergelak.
“Opsss… sorry!”
pinta Aleya sambil menekup bibirnya dengan kedua belah tangan.
***************************************************************************
“ALAAA…
sorrylah Kish. Akak bukannya sengaja
nak bagi alamat rumah Kish dekat Encik Harriz. Tapi akak terlanjur kata. Tengah
syok-syok bercerita, tersasul pula terbagi alamat rumah Kish.” ujar Kak Norma
bersungguh-sungguh. Memang dia tak berniat pun hendak memberitahu alamat rumah
Balkish pada Harriz. Tapi dia telah terlanjur memberitahu alamat rumah Balkish
tanpa sedar. Ini semua sebab dah naik syok
bercerita dengan Harriz yang hensem
bergaya itu. Hahahaaa…
Balkish tarik muka. Macamlah dia tak tahu dengan
perangai Kak Norma yang suka kenenkan
dia dengan Harriz. Konon Harriz itu cukup padan kalau bergandingan dengannya.
Ceh! Pandai-pandai aje Kak Norma nak padankan dia dengan Harriz si buaya jadian
itu. Kalau pun Kak Norma tu dah bermurah hati sangat nak jadi tukang cari jodoh
untuknya, carilah lelaki yang baik sikit. Yang boleh diharap. Bukannya lelaki
berstatus Mr. Alligator. Itu bukan cari jodoh lagi namanya, tapi cari masalah.
“Kish marah akak ke? Kish… akak mintak maaf
banyak-banyak. Akak betul-betul tak sengaja. Sumpah!” Kak Norma mengangkat
sebelah tangannya seolah-olah sedang melafazkan ikrar.
“Iye la
tu… berani aje bersumpah. Nanti-nanti Kak Norma kena baham dengan sumpah sendiri,
baru padan dengan muka tu!” gumam Balkish.
Lina, Siti dan Suzila sudah mengangguk-angguk.
Bersetuju sangat dengan kata-kata Balkish. Jangan berani-berani nak bersumpah.
Nanti tak pepasal kena telan dek sumpah sendiri. Abang Erman jugak yang untung.
Mana taknye… dapat kahwin baru.
Khakhakhaaa…
Kak Norma tersengih. Wajah Balkish ni biar pun masam
tetap kelihatan cantik. Ramai yang kata Balkish ada persis wajah Datin Norjuma.
Jadi tak hairanlah jika Harriz Tan Sri Hamdan yang playboy itu boleh terkejar-kejarkan Balkish. Orang cantik la
katakan!
“Akak berani bersumpah sebab akak cakap perkara yang
sebenar. Akak memang tak sengaja terbagi alamat rumah Kish dekat Encik Harriz,”
sekali lagi Kak Norma mengulangi ayat yang sama. Perkataan ‘TER’ sengaja
ditekankan supaya Balkish tahu yang dia benar-benar tak sengaja.
“Petang semalam lepas balik dari ofis… akak dengan husband dan anak-anak pergi beli barang dapur dekat Jusco. Tak
sangka boleh terserempak dengan Encik Harriz dekat situ. Akak pun berbual la kejap dengan Encik Harriz. Dia banyak
sangat tanya pasal Kish. Tengah sedap-sedap berborak tu… entah macam mana akak
boleh terbagi alamat rumah Kish dekat Encik Harriz. Bukannya akak suka-suka nak
kasi pun. Mulut ni yang tak sengaja
nak kasi,” terang Kak Norma. Dia tak
naklah Balkish sangka yang dia ni suka-suka nak kasi alamat gadis manis itu dekat Encik Harriz. Dia bukannya tak
tahu bagaimana antinya Balkish dekat Harriz. Macamlah Harriz tu virus yang
boleh memudaratkan aje dalam hidup Balkish.
“Hah… lain kali kalau Kak Norma berbual dengan Encik
Harriz tu kenalah control sikit.
Jangan nak over acting sangat. Kan
dah terbagi alamat si Kish ni. Kish jugak yang susah,” Suzila mencela.
Perkataan ‘TER’ sengaja ditekannya sama seperti Kak Norma tadi. Bibirnya pula
sudah tersungging senyuman sinis. Sengaja mahu menyakitkan hati Kak Norma.
Dengar saja suara si Suzila yang sudah mencelah itu,
pantas saja Kak Norma menjengilkan biji matanya. ‘Hisy… budak Zila ni! Dah
bersusah-payah aku nak pujuk si Kish ni dia pulak sengaja nak buat Kish marah
balik. Aku sekeh kepala tu kang,
baru tau!’
“Akak kan dah kata yang akak tak sengaja,” Kak Norma
bersuara dengan kuat. Marahlah tu.
“Iye la… iye la. Kish maafkan Kak Norma. Lain
kali jangan buat lagi,” Balkish yang tak suka nak memanjangkan hal sudah
memberi kemaafan kepada kak Norma. Dia bukannya marah sangat pun. Saja nak
gertak. Bagi pucat sikit muka Kak Norma yang selalu berlagu riang itu.
Mendengar kemaafan yang diberikan oleh Balkish
membuatkan Kak Norma tersenyum lebar. Rasanya lebar senyuman Kak Norma dah
sampai ke telinga. Maklumlah… orang dah buat salah besar. Mestilah happy bila dah diberi kemaafan.
Heheheee…
“Ini yang akak sayang dekat Kish. Meh sini cium sikit…” Kak Norma memeluk
Balkish. Bibirnya yang merah menyala itu sengaja dirapatkan ke pipi Balkish.
Konon nak menghadiahkan ciuman paling mahal buat gadis manis itu.
“Eiii… apa ni Kak Norma? Dah… dah… tak payah nak
cium-cium. Hisy… gelilah!” Balkish menolak mulut Kak Norma yang sudah memuncung
hampir mendarat ke pipinya.
Kak Norma ketawa besar. Lega rasa hatinya melihat
wajah Balkish yang kembali tersenyum itu. Balkish ni marah bukannya lama mana
pun. Marah-marah sayanglah katakan.
“Kish… aku tanya sikit boleh tak?” setelah melihat
Balkish kembali tersenyum, Lina memberanikan diri untuk bertanya. Takut juga
dia melihat wajah garang Balkish tadi. Mana taknya, tak pernah dia lihat
Balkish mengamuk macam itu tadi. Sampai-sampai aje terus serang Kak Norma.
Pucat wajah Kak Norma dek serangan hendap Balkish itu.
Balkish menoleh ke arah Lina. Keningnya dinaikkan.
“Tapi kau kena janji tak akan marah,” ujar Lina
ragu-ragu.
Balkish, Kak Norma, Siti dan Suzila saling
berpandangan. Hisy… suspen betul
soalan yang Lina nak kemukakan ni. Sampai nak suruh Balkish berjanji supaya tak
marah.
“Iye la…
aku tak marah. Kenapa? Teruk sangatkah aku marah tadi?”
Serentak itu empat kepala mengangguk-angguk umpama
burung belatuk. Memang menakutkan bila Balkish mengamuk tadi. Macam mak gorila.
“First time
nampak kau marah Kish. Garang sangat. Dah serupa mak gorila pulak aku tengok. Kecut perut aku
tengok. Tak pernah aku tengok kau segarang itu,” Siti memberi komen. Cuak benar
dia melihat kemarahan Balkish tadi.
“Betul… betul… betul.” Kak Norma sudah meniru cara
percakapan Ipin adik kembar si Upin yang comel itu. Hai… besar sungguh pengaruh
Upin Ipin. Sampaikan emak budak macam Kak Norma ni pun boleh terikut-ikut
rentak percakapan Upin Ipin yang sering buat Kak Ros naik marah itu.
“Heheheee… aku sengaja je buat-buat garang. Bagi korang
takut sikit. Ini semua Kak Norma la punya pasal. Budiman sangat bagi alamat
Kish dekat Mr. Alligator tu,” Balkish
mengerling Kak Norma. Wanita yang sudah mencecah usia 36 tahun itu hanya
tersengih ibarat kerang busuk.
“Hah… apa yang kau nak tanya sangat ni Lina? Buat suspen je,” Balkish
kembali memandang Lina.
Lina menggigit bibirnya yang dicalit dengan lipstick warna merah jambu. Warna
kegemarannya.
“Aku nak tanya kau sikit pasal Encik Harriz,” teragak-agak
Lina menuturkan ayat. Takut-takut kalau Balkish mengamuk untuk kali yang kedua
pagi ini.
Balkish yang tadi sudah ceria kembali berwajah
serius kala nama Harriz meniti keluar dari bibir comel si Lina. Aduh… apalah
nasibnya hari ini? Dahlah awal pagi bersarapan dengan muka Harriz yang sentiasa
tersenyum itu. Sekarang ni pula diajukan soalan yang berkaitan dengan Harriz
pula. Kenapalah lelaki itu muncul dalam hidupnya? Seterusnya menghantui
kehidupan Balkish.
‘Hohohooo… apalah dosaku sampai begini sekali buaya
jadian itu menghantui hidupku ini?’ hatinya merintih pilu.
Menyedari wajah Balkish yang sudah berubah serius,
pantas sahaja empat sekawan membisu. Opsss… nampaknya si Lina dah tersalah
cakap. Kali ni sah Balkish akan mengamuk lagi.
Satu persatu wajah sahabat-sahabatnya diperhati.
Masing-masing sudah buat muka mintak
simpati. Alahai… kesian pula dia bila lihat wajah lima belas sen setiap seorang
sahabatnya itu. Terutama sekali Kak Norma. Bukan setakat buat muka lima belas
sen, tapi dah jadi muka satu sen. Husy… over
acting betul Kak Norma ni. Padan sangat dengan gelaran yang diberikan
kepadanya itu, Primadona!
“Kau janganlah serius macam ini Kish. Kecut perut
kami tengok kau begini. Aku ni bukannya apa… sekadar bertanya untuk
menyelesaikan apa yang berserabut kat
dalam kepala otak aku ni. Itu aje. Takde niat pun nak kenenkan kau dengan Encik Harriz si Mr. Alligator itu seperti yang
Kak Norma selalu buat,” di hujung kata Lina cuba buat lawak dengan memanggil
nama yang selalu Balkish gunakan untuk Harriz. Malangnya lawak itu tidak
menjadi bila Balkish masih enggan memaniskan wajahnya. Serius tahap ibu tiri Bawang
Putih.
“Hisy… apa pulak
nak libatkan akak dalam hal ni?” gumam Kak Norma bila namanya sudah dilibatkan
sama.
Balkish menarik nafas. Kemudian dihembuskan
perlahan-lahan. Cuba mengawal rasa amarah yang kembali bertandang. Awal pagi
lagi kawan-kawannya sudah mengutarakan tajuk mengenai HARRIZ TAN SRI HAMDAN!
Cukup membosankan!
“Hah… apa yang kau nak tahu sangat?” akhirnya
Balkish mengalah dengan merendahkan intonasi suaranya.
Bibir Lina sudah tersungging senyuman ‘hehehe’.
“Aku nak tahu kenapa kau tak sukakan Encik Harriz
tu? Aku tengok Encik Harriz tu bukan main beria-ia lagi sukakan kau. Siap bagi
kau macam-macam lagi. Kau aje yang
tak nak layan. Kenapa ek?” soal Lina.
Kak Norma, Siti dan Suzila sudah mengangguk-angguk tanda menyokong soalan yang
diajukan oleh Lina itu. Sebenarnya mereka pun nak tahu juga apa masalah si
Balkish ni sampai tak nak layan Harriz yang hensem
bergaya itu.
“Aku tak sukalah Encik Harriz tu. Cuma itu!” pendek
jawapan Balkish. Tak perlu nak ulas panjang lebar kenapa dia tak sukakan lelaki
itu. Cukup hanya itu yang kawan-kawannya perlu tahu.
Empat sekawan saling berpandangan. Serentak itu
empat suara menyoal soalan yang sama.
“But why?”
Balkish menggigit bibirnya yang hanya dicalit dengan
lip gloss bewarna baby pink. Warna lembut yang begitu
sesuai dengan bibirnya yang mungil.
“Encik Harriz tu buaya jadian. Teman wanita keliling
pinggang. Aku tak naklah jadi mangsa dia yang seterusnya. Bukan lelaki macam
itu yang aku cari untuk aku berikan hati aku ni. Kalau boleh aku nak cari
lelaki yang bertanggungjawab dan boleh bimbing aku. Macam Imam Muda Asyraf.”
“Tapi Encik Harriz tu takdelah teruk sangat, Kish. Aku pernah nampak Encik Harriz ikut
Encik Fahmie pergi solat jumaat dua minggu lepas,” potong Siti. Harriz tak
adalah teruk sangat kalau hendak digandingkan dengan Balkish. Cuma mungkin
Harriz itu kaki perempuan. Tapi itukan boleh hilang bila Harriz sudah bertemu
dengan cintanya yang sejati? Tak mustahil Balkish boleh mengubah sikap playboy lelaki itu andai kata Balkish
sudi memberikan peluang untuk Harriz mengenalinya. Pepatah ada mengata, cinta
boleh buat kita berubah!
“Memanglah Encik Harriz tu tak teruk sangat. Tapi
aku memang tak sukakan dia. Soal hati dan perasaan ni tak bolehlah nak
dipaksa-paksa. Aku harap korang
faham. Lepas ni jangan tanya aku lagi kenapa aku tak sukakan Encik Harriz. Aku
memang tak sukakan dia. Itu aje,” nada
Balkish sudah berubah tegas.
“Okeylah…
kalau macam tu, lepas ni kami tak akan tanya lagi pasal Encik Harriz pada kau,”
ujar Suzila mewakili sahabat-sahabat yang sudah mengangguk-anggukkan kepala.
Tak ubah macam burung belatuk.
Balkish tersenyum senang. Mudah-mudahan lepas ni dia
tak akan dengar lagi soalan berkaitan dengan Harriz Tan Sri Hamdan. Jika tidak…
mahu mengamuk besarlah dia lagi jawabnya. Heheheee!
***************************************************************************
“BALKISH…
Balkish… Balkish...” berkali-kali nama itu meniti keluar dari bibir Harriz.
Bayangan wajah Balkish juga sudah menari-nari di depan matanya. Setiap kali
bayangan wajah itu menerjah layar matanya, setiap kali itu juga senyuman pada
bibirnya mekar dengan semekar-mekarnya. Dia benar-benar sudah angaukan Balkish.
Sampaikan setiap detik wajah Balkish pasti akan menghiasi layar ingatannya.
“Amboi… bukan main lebar lagi senyuman Encik Harriz
ni. Teringatkan seseorang ke?” teguran Zatul mematikan lamunan Harriz.
Pantas Harriz berpaling memandang wajah setiausahanya
yang sentiasa tersenyum.
“Awak ni
Zatul… tak boleh ke ketuk pintu tu dulu sebelum masuk? Ini tak… main terjah aje. Nasib baik saya ni takde penyakit jantung. Jika tidak… tak
ke saya dah ‘jalan’ sebab sapaan awak tu,” gumam Harriz. Kedudukan tubuhnya
yang bersandar malas pada kerusi kulit tadi diperbetulkan.
Zatul tayang giginya yang tersusun rapi. Bukan dia
sengaja hendak mengejutkan Harriz dengan sapaannya. Tapi bosnya itu yang asyik
sangat mengelamun. Dah tu sekejap-sekejap tersenyum pulak. Itu tak lain tak bukan mesti fikir pasal perempuan.
Hmmm… susah betul bila dah ada gelaran playboy ini. Tak pernah lekang dari
memikirkan pasal perempuan. Aduh… Encik Harriz ni tak penatkah fikir pasal awek ek? Kalau akulah, tak sanggup rasanya nak pasang ramai-ramai. Si
Meon yang seorang itu pun dah buat aku sakit kepala memikirkannya.
“Saya dah ketuk pintulah Encik Harriz. Encik Harriz tu
yang tak dengar. Asyik sangat melayan angan. Itu tak lain mesti fikir pasal
awek-awek Encik Harriz yang berlambak tu kan?” ujar Zatul seraya mengutarakan
satu pertanyaan. Di tangannya terdapat sebuah diari hitam untuk dia mencatat
hal-hal penting yang perlu disampaikan kepada bosnya itu sebelum kerja dimulakan. Begitulah rutin hariannya
sebelum memulakan tugas sehariannya.
“Awak ni tahu-tahu aje apa yang sedang saya fikirkan. Awak ada magic ke baca fikiran orang? Atau awak ni keturunan Nujum Pak
Belalang?”
“Alaaa… saya ni dah tiga tahun bekerja dengan Encik
Harriz. Dah tahu sangat dengan perangai Encik Harriz yang sentiasa fikir pasal
perempuan tu. Kalau dah macam itu punya senyuman, tentu fikir pasal perempuan.”
Harriz tersengih. Rambutnya yang sudah agak panjang
itu dikuak ke belakang. Bergaya sungguh dia buat aksi macam itu. Nasib baiklah
Zatul ni sudah bertunang dengan Meon budak driver
di Elite Corporation ini. Jika tidak, dia pun boleh jatuh hati dengan kehenseman bosnya itu. Sudahlah hensem,
romantik pula tu.
Cuma satu yang Zatul tak berkenan. Sikap playboy Harriz. Aduh… mahu migrain Zatul
melayan kerenah girlfriends Harriz
yang cukup memeningkan kepala. Mana dengan bosnya
lagi. Memang memenatkan. Husy… inilah
padahnya kalau dah jadi seorang setiausaha. Segala hal berkaitan dengan bos
kena ambil port. Termasuklah hal-hal
peribadi.
“Ha… sudah. Awak ni kalau dibagi peluang bercakap
memang susah nak berhenti. Saya ada appointment
ke hari ni?”
Zatul tersenyum. Dia cukup senang bekerja dengan
Harriz. Bosnya itu tidak cerewet orangnya.
“Yup…
Encik Harriz ada lima appointment
hari ni,” beritahu Zatul.
“Five?
Banyaknye….”
Zatul hanya tersengih mendengar komen yang keluar
dari mulut Harriz. Pantas dia membuka helaian diari hitamnya.
Itu merupakan diari keramat baginya. Tak boleh tinggal atau hilang.
“9.00 a.m.…
you have an important meeting bersama-sama Tan Sri Hamdan dan Mr. Yap dari
Cemara Holding. After that Encik
Harriz ada meeting pulak dengan Mr. Lim dari Icon Sdn. Bhd.
dekat Hotel Istana. Pukul satu tengah hari Encik Harriz ada lunch date dengan Cik Amylia. Pukul
empat petang pulak Encik Harriz ada date
dengan Cik Zurin dan pukul lapan Encik Harriz ada dinner date dengan Cik Nelly pulak,”
satu persatu aktiviti Harriz untuk hari ini dibaca. Cuma dua aktiviti berkaitan
dengan urusan rasmi, manakala yang selebihnya adalah urusan tidak rasmi lelaki
itu bersama-sama teman-teman wanitanya.
“Banyak temujanji saya hari ni,” Harriz berkata pada
diri sendiri.
Zatul sekadar mengangguk. Aktiviti harian bosnya itu memang sudah tercatat dalam
kepala otaknya ini. Dia sudah tahu sangat dengan temujanji Harriz. Setiap hari
ada saja nama-nama wanita yang akan keluar berdating
dengannya.
“Okeylah Zatul, thanks.
Awak memang setiausaha yang baik. Tapi sebelum tu saya mahu awak lakukan
sesuatu untuk saya hari ni,” ujar Harriz memandang Zatul yang masih berdiri di
depannya. Lupa nak suruh setiausahanya itu duduk.
“Apa dia Encik Harriz? Macam serius aje bunyinya.”
Harriz tayang senyuman manis.
“Takdelah
serius sangat. Tapi merbahaya sikit tu ada la,” usik Harriz. Suka dia tengok
wajah Zatul yang sudah kebingungan . Nampak macam suspen sungguh. Heheheee…
“Apa dia Encik Harriz?” ulang Zatul kembali. Suspen aje kedengaran nada suara bosnya
itu. Tugas merbahaya apalah yang hendak diberikan kepadanya. Harap-harap
janganlah Encik Harriz suruh aku masuk pergi ke Gunung Ledang pergi meminang
Puteri Gunung Ledang. Mahu haru biru hidupnya nanti.
“I want you to
call Amylia, Zurin, and Nelly. Cancel date hari ni dengan diorang,” beritahu Harriz. Dia sudah
bangun dari duduknya. Jam di tangan sudah menunjukkan 8.50 pagi. Hanya tinggal
sepuluh minit sahaja lagi untuk dia berjumpa dengan papanya. Tak boleh lambat.
Biasalah papa, kalau bab important
meeting ni memang tak boleh nak lewat walau seminit. Apatah lagi ini
merupakan meeting mengenai projek
usahasama bersama-sama Cemara Holding. Projek yang memberi keuntungan
juta-juta. Husy… mata duitan juga
papa tu ye. Pantang ada projek yang
memberi keuntungan berjuta-juta, semua papa nak rembat.
“Hah? Batal date?
Habis tu saya nak bagi alasan apa dekat diorang
nanti, Encik Harriz? Sah diorang akan
tanya kenapa Encik Harriz batalkan date
nanti,” Zatul sudah terpinga.
“Awak rekalah apa saja alasan. Yang penting date dengan diorang cancel. Saya
malaslah nak keluar dengan diorang tu
lagi. Okeylah, Zatul. Good luck! Saya dah lewat ni nak pergi meeting dengan Tan Sri,” Harriz sudah melangkah keluar dengan
senyuman lebar yang menghiasi bibir.
Zatul menggaru rambutnya yang bersanggul kemas itu.
Inilah tugas yang selalu buat dia pening kepala. Kalau dengan Cik Zurin dan Cik
Nelly tu bolehlah dia kelentong sikit. Bukan setakat kelentong sikit, banyak
pun takpe. Cik Zurin dan Cik Nelly tu
tak akan banyak soal orangnya. Biasalah Cik Zurin tu. Muka aje cantik tapi otak
‘doh’. Cik Nelly pula jenis lurus
bendul.
Tapi masalah Zatul sekarang adalah Cik Amylia.
Wanita itu bukan saja susah hendak dikelentong, malah orangnya juga cukup
garang dan berlagak. Kecut perut Zatul bila mengenangkan Amylia yang garang
macam singa betina itu. Bila cakap Harriz takde
di ofis, mulalah Cik Amylia
menengking. Kalau suara tengkingannya itu lunak merdu takpe juga. Ini dah macam suara petir aje kedengaran. Menyakitkan telinga dan menggugurkan jantung.
“Aduh… apalah kena dengan bos aku ni? Suka betul
bagi aku tugas yang mencabar. Uwaaa! Bencinya!!!” bicara Zatul sendiri
melepaskan geram. Bayangan wajah Amylia yang garang bagai singa betina
kelaparan itu menerjah otaknya. Buat dia cuak tak terkata.
‘Ya Allah… lindungilah aku daripada tengkingan
beracun Cik Amylia. Cik Amylia tu nampak aje
cantik dan lemah lembut. Tapi garang mengalahkan singa betina. Entah-entah Cik
Amylia ada keturunan singa betina agaknya. Pasal tu asyik menengking aje kerjanya. Ya Allah Ya Tuhanku…
lindungilah aku hamba-Mu yang lemah ini. Amin…’
Zatul sudah mula berdoa meminta pertolongan daripada
Yang Maha Esa. Debaran di hatinya juga kian berdegup kencang bila dia terpaksa
menjalankan tugas yang penuh cabaran dan bahaya ini. Berdepan dengan Cik Amylia
memang tugas yang amat berat sekali!
‘Arghhh…
Encik Harriz, kenapalah suka sangat bagi aku tugas ni? Tak sukanya!!!’
No comments:
Post a Comment