HARRIZ
duduk di atas buaian rotan di balkoni biliknya sambil merenung ke dada langit
yang gelap. Hanya kerlipan bintang dan cahaya rembulan yang kelihatan. Menyerikan
keindahan malam itu.
Sejak kebelakangan ini dia kerap duduk di situ
melayan jiwanya yang kacau disebabkan seorang gadis bernama Balkish. Sudah agak
lama juga dia tidak diserang penyakit angau seperti ini.
Tiba-tiba Harriz tersenyum. Setiap kali nama Balkish
terlintas dalam benaknya, senyuman lebar akan menghiasi bibir
kemerah-merahannya. Balkish memiliki aura yang tersendiri. Aura luar biasa yang
membuatkan dia rasa ingin bercinta sekali lagi.
Balkish! Gadis itu memang cantik. Harriz tidak boleh
menafikan kenyataan itu. Hidungnya mancung. Bibirnya comel dan kemerahan.
Kulitnya putih mulus. Matanya bulat dan bersinar. Alis matanya melentik. Senyumannya…
semanis madu! Bawah dagunya ada sedikit lekuk yang kelihatan. Buat Harriz tak
lena tidur jadinya.
Harriz sendiri tak tahu kenapa dia boleh sukakan
Balkish. Cuma yang pasti, pertama kali terpandangkan wajah Balkish ketika dia
makan tengah hari bersama-sama abang iparnya tiga bulan lalu hatinya sudah
terpaut. Dia sukakan rupa paras Balkish yang cantik. Sesuai dengan piawaian
yang dia mahukan daripada seorang wanita. Bila dia cuba mendekati Balkish,
gadis itu pula sering menghindar. Langsung tak layan ayat-ayat cintanya.
Sebelum ini belum pernah lagi dia ditolak oleh
mana-mana perempuan. Namun Balkish, gadis itu terlalu sukar untuk didekati. Apa
sahaja yang diberikannya, pasti akan ditolak oleh Balkish dengan pelbagai
alasan. Itulah yang membuatkan dia semakin ingin memiliki hati Balkish. Dia
dapat melihat betapa berbezanya Balkish daripada gadis-gadis yang selama ini
mendampinginya. Balkish bukan tergolong dalam perempuan yang gilakan harta dan
wang ringgit.
Tiba-tiba Harriz mengeluh. Tadi dia pergi ke rumah
sewa Balkish. Niatnya macam biasalah, hendak melepaskan rasa rindu menatap
seraut wajah yang sering menganggu lenanya sejak kebelakangan ini. Tapi sampai
sahaja di sana, dia lihat kereta Kancil milik Balkish tiada di tempat biasa.
Jiran sebelah rumah Balkish yang bernama Kak Liza itu memberitahu bahawa semua
anak dara sunti di rumah itu telah balik bercuti di kampung masing-masing awal
pagi tadi.
Hampa rasa hati Harriz ketika Kak Liza berkata
sebegitu. Akhirnya dia pulang ke rumah dengan rasa kecewa yang terbuku di hati.
Sampaikan dia tak ada mood hendak
keluar bersuka-ria dengan Amylia. Lantaklah kalau Amylia hendak merajuk sekali
pun. Ada dia kisah? Dia sudah tak ambil peduli soal rajuk Amylia lagi.
Samsung Galaxy Note dibuka. Dia menekan peti
simpanan gambar. Di situ terdapat beberapa keping gambar comel Balkish yang
diambil secara sembunyi-sembunyi. Semua buat muka masam kecuali satu gambar
Balkish tersenyum ketika berdepan dengan abang iparnya. Manis sungguh senyuman
gadis itu. Buat dia gila bayang. Gambar itu juga telah dijadikan sebagai wallpaper skrinnya. Bila kerinduan
terhadap Balkish menyerang, gambar-gambar curi inilah yang sering dijadikan
teman pelepas rindu.
Ini kalau Balkish tahu… tentu Balkish akan marah. Heheheee…
Harriz tertawa kecil bila terbayangkan wajah geram
Balkish yang kelihatan comel itu. Rasa seperti hendak dicubit-cubitnya pipi
Balkish.
“Ehemmm…” suara deheman yang kedengaran keras itu
mengejutkan Harriz yang sedang leka memandang wajah gadis pujaan hatinya itu.
Cepat-cepat dia menyembunyikan Samsung Galaxy Note miliknya ke dalam poket
seluar tidur yang dipakainya.
“Abang Riz tak keluar ke malam ni?” tanya Hanni yang
agak kehairanan dengan adanya kelibat Harriz di rumah malam itu. Biasanya
waktu-waktu seperti ini Harriz pasti akan keluar berhibur dengan
kawan-kawannya. Tak pun keluar dengan awek-aweknya
yang gediks itu. Jarang sungguh ada
kelibat abangnya itu di rumah jam seperti ini.
“Tak! Malas,” pendek dan padat jawapan yang keluar
dari mulut Harriz.
Dahi Hanni berkerut seribu. Hairan binti pelik dia
mendengar jawapan abangnya itu. Tak pernah dia dengar Harriz berkata sebegitu
sebelum ini. Kalau pasal keluar berhibur, memang abangnya yang seorang itulah
yang nombor satu. Sampaikan naik pening kepala mama dibuatnya. Bukan mama
seorang sahaja yang pening kepala, papa pun ikut migrain dengan perangai anak
teruna seorang ini. Bertuah punya anak.
Harriz pandang Hanni.
“Dah… tak payah nak buat muka hairan ajaib tu dekat
Abang Riz. Abang Riz malas nak keluar malam ni. Takde mood. Hah… yang
Hanni masuk bilik Abang Riz tak ketuk pintu dulu ni kenapa? Main rempuh aje
bilik orang. Kalau time ni Abang Riz
tengah tukar baju, tak ke haru.”
Hanni ketap bibir. Amboi… bukan main lagi bahasa
abangnya itu. Time susah aku jugak
yang dicarinya. Kali ni kalau ada aweks
dia buat hal lagi, jangan harap aku nak tolong. Pandai-pandai sendirilah settle masalah.
“Eheh… jangan nak main tuduh aje tau. Hanni dah ketuk pintu sebelum masuk tadi. Abang Riz tu
yang tak sedar. Asyik tersengih-sengih macam orang tak betul tenung handphone Abang Riz tu. Entah apalah
yang menarik sangat kat dalam tu
sampai bukan main lebar lagi Abang Riz tersenyum,” Hanni bersandar malas pada
pagar besi di koridor bilik tidur abangnya. Sempat juga dia memandang ke bawah.
Dari situ kelihatan kolam renang yang luas terbentang. Indah sungguh
pemandangan dari arah bilik abangnya ini.
“Iye ke?
Abang Riz tak dengar pun Hanni ketuk pintu.”
“Macam mana nak dengar kalau Abang Riz dah asyik
sangat pandang handphone Abang Riz tu.
Hanni pelik betul la dengan Abang Riz sejak kebelakangan ni. Asyik termenung aje. Macam orang angau. Kali ni perempuan
mana pulak yang buat Abang Riz angau ni?”
bersahaja sahaja Hanni berkata.
Harriz tersengih. Hanni ni bijak betullah. Tahu aje yang dia sedang dilanda penyakit
angau. Susah betul nak sembunyikan apa-apa dari budak kecik sorang ni. Macam Nujum Pak Belalang!
“Nampak sangat ke yang Abang Riz tengah angau?”
tanya Harriz meminta kepastian. Hanni sekadar menganggukkan kepalanya. Sambil
itu tangan disilangkan ke dada. Butalah sesiapa yang tak nampak.
“Siapa awek
malang tu?” selamba Hanni menyoal. Kesian
betul perempuan yang menjadi mangsa cinta abangnya itu. kalau dialah… huh, tak hingin dia nak serah hati dekat lelaki playboy macam abangnya itu.
“Sedap bahasa aje
Hanni kata awek tu malang. Awek ni bukan sebarangan awek tau. Awek ni awek paling
bertuah kat dunia ni sebab dapat membuatkan Abang Riz jatuh cinta padanya.
Belum pernah Abang Riz rasa perasaan macam ni sepanjang hidup Abang Riz,” tutur
Harriz penuh semangat. Hanni ni kalau bercakap tak pernah nak berlapis. Main
ikut sedap mulut dia tu aje. Tak
padan dengan kecik! Bebel Harriz
dalam hati.
Hanni mencebik. Harriz ni kalau pasal perempuan memang nombor satu. Dasar buaya darat! Playboy Metropolitan!
“Hurmmm… iye
la tu Abang Riz. Macamlah Hanni ni tak tahu dengan perangai Abang Riz yang kaki
perempuan itu. Semua perempuan pun abang Riz kata bertuah bila dapat abang Riz.
Tapi yang sebenarnya diorang tu
malang sebab lepas aje Abang Riz dah
puas dengan diorang, Abang Riz akan
tinggalkan diorang macam tu aje. Hmmm… entah sampai bilalah
perangai playboy Abang Riz ni akan
berubah,” panjang lebar Hanni membebel. Dah boleh jadi tokoh membebel paling
muda. Dalam ramai-ramai anak mama, Hani seorang yang mewarisi perangai suka
membebel mama itu. Yang lain semua macam perangai papa yang cool! Heheheee…
Sebenarnya Hanni tak suka dengan perangai Harriz
yang suka bertukar-tukar pasangan itu. Sudah banyak kali juga dia memberi
nasihat kepada Harriz, tapi macam biasalah. Masuk telinga kanan, keluar telinga
kiri. Harriz ni memang pencinta wanita.
Teman wanitanya… dah tak boleh dibilang dengan
jari-jemari. Campur dengan jari kaki pun tak cukup juga. Dan yang paling Hani
tak suka bila sahaja Harriz memutuskan hubungan dengan teman-teman wanitanya
itu bila dia sudah mulai bosan. Mulalah ada yang cari Hanni nak minta tolong
pujukkan Harriz supaya jangan tinggalkan mereka. ‘Huh! Apa diorang fikir aku ni PA
Abang Riz ke?! Itulah… masa serah hati, jantung, limpa dan segala yang sewaktu
dengannya tak mahu fikir. Bila dah kena tinggal baru nak fikir yang abang Riz tu buaya darat paling jahat kat KL ni. Sakit kepala aku dibuatnya!’
Sebenarnya dulu Harriz bukanlah buaya darat jadian
seperti sekarang. Dulu Harriz pencinta wanita yang begitu setia. Namun sejak
wanita bernama Dhia itu tinggalkan Harriz kerana seorang lelaki mat salleh,
sikap Harriz terus sahaja berubah. Terus menjadi kaki perempuan yang sering
bertukar pasangan. Sudah hampir tiga tahun jugalah Harriz berperangai seperti
ini. Entah sampai bilalah semua ini akan berakhir. Hanni selalu berdoa semoga
ada seorang wanita yang mampu mengembalikan abang Harriznya yang dulu. Yang
setia hanya pada seorang perempuan.
“Alaaa… yang ni serius punya. Tak main-main,” ujar
Harriz bersungguh-sungguh. Memang kali ini dia tak ada niat hendak main-main.
Dia serius mahu memiliki Balkish. Perasaan yang sudah lama dibuangnya kini
muncul semula. Dan wanita yang berjaya membawa perasaan itu semula adalah
Balkish!
Hanni mencebik. Kurang percaya dengan bicara
abangnya itu. Biasalah Abang Riz… mula-mula memang cakap serius. Tapi esok lusa
bila Abang Riz dah bosan mulalah Abang Riz cari awek lain untuk dijadikan pengganti. Huh! Hanni berbicara sendiri
di dalam hati.
“Pertama kali Abang Riz pandang dia, hati Abang Riz
dah terpaut. Dia lain dari wanita-wanita yang Abang Riz jumpa selama ni. Dia
tak sama dengan mereka yang tergila-gilakan Abang Riz dan sanggup memberikan
apa sahaja terhadap Abang Riz. Belum pernah ada seorang wanita pun yang menolak
cinta Abang Riz. Tapi dia… dia lain sangat. Dia dingin dan langsung tak pandang
apa yang Abang Riz miliki. Itu yang buat hati abang Riz semakin terpaut. Abang
Riz rasa… Abang Riz dah jatuh cinta pada dia. Bukan lagi rasa… malah Abang Riz
cukup yakin dengan perasaan Abang Riz sekarang,” penuh keasyikan Harriz
meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Siap berdrama dengan mendongak merenung
rembulan. Dah macam pungguk rindukan bulan pula keadaan Harriz.
Hanni memandang Harriz tanpa berkerdip. Belum pernah
dia melihat Harriz seperti itu bila berbicara pasal wanita sejak abangnya itu putus
cinta dengan Dhia tiga tahun lalu. Benarkah apa yang didengarnya malam ini?
Adakah ini Harriz Hamdan yang dikenalinya dulu? Abangnya yang setia pada cinta
yang satu.
“Waaa… nampaknya Abang Riz betul-betul dilamun cinta
ni. Saper perempuan yang buat hati
Abang Riz terbuai sampai macam ni sekali?” tanya Hanni. Dia benar-benar tidak
percaya dengan apa yang didengarinya ketika itu. Abang Riz jatuh cinta? Macam
mimpi pulak. Selama ini dia tak pernah dengar Harriz berbicara soal hati dan
perasaan. Kalau pasal perempuan tu memang biasalah. Naik muak Hanni mendengar
cerita-cerita pasal aweks Harriz yang
berbagai ragam dan gedik menggeletis itu.
“Balkish,” sepatah nama itu meniti keluar dari bibir
Harriz.
“Balkish?” ulang Hanni dengan dahi yang berkerut.
Dia tak pernah dengar pun di antara teman-teman wanita abang Harriznya yang
bernama Balkish. Sah! Ini mesti perempuan baru lagi.
Harriz sekadar mengangguk. Samsung Galaxy Note
dihulurkan kepada Hanni. Membiarkan Hanni melihat dan menilai sendiri siapakah
gerangan si dia yang bernama Balkish yang telah membuatkan dia gila bayang.
Buat dia angau bagaikan pungguk yang merindui sang rembulan. Cewah! Bermadah
pujangga pulak anak teruna Tan Sri Hamdan ni.
“Cantiknya!!!” puji Hanni. Tidak sedar yang suaranya
sudah mengeluarkan full volume yang
membolehkan seisi rumah banglo ini dapat mendengarnya.
“Syhhh… perlahanlah sikit. Apa Hanni nak bagi announcement dekat orang tua kat bawah
tu ke?” Harriz meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Hanni ni tak boleh ke
kalau tak jerit-jerit. Macam orang kena histeria aje! Itu baru nampak wajah Balkish dalam skrin Samsung Galaxy Note
Harriz, kalau nampak secara live mahu
pengsan agaknya budak mulut murai tercabut ekor ni.
Hanni tersengih. Rambutnya yang panjang itu diselak
ke belakang. Dia bukannya sengaja pun nak keluarkan full volumenya itu.
Tetapi dia benar-benar terpana melihat gadis yang dimaksudkan oleh abangnya.
Orangnya memang cantik. Bertudung pulak tu! Pada mulanya dia menyangka gadis
yang buat abangnya angau itu sama aje
fesyennya dengan aweks Harriz yang
sebelum-sebelum ini. Ternyata tanggapannya itu meleset.
“Opsss… sorry,
bos! Tak sengaja. Terlebih excited
ni! Heheheee…”
Tidak berkedip mata Hanni memandang wajah Balkish
yang terpampang pada skrin handphone
milik Harriz. Tidak pernah dia melihat abangnya itu berhubungan dengan
mana-mana gadis bertudung. Biasanya aweks
Harriz semua edisi seksi-seksa belaka. Pakai baju macam orang tak cukup kain.
Belah sana belah sini. Tonjol sana tonjol sini. Nampak sangat nak goda tahap
keimanan Abang Riz yang senipis kulit bawang itu. Mujurlah Abang Riz belum
sampai ke tahap ‘membaham’ anak orang. Kalau tidak… tak ke haru biru jadinya
hidup mama dan papa dapat anak lelaki buaya jadian. Heheheee…
“Dekat mana Abang Riz kenal dia?” tanya Hanni mula
mahu menyibuk. Kalau gadis bertudung yang gambarnya terdapat pada skrin handphone itulah yang Harriz mahu
jadikan sebagai teman hidupnya, memang Hanni akan bersetuju seratus peratus!
“Ada la….” Harriz cuba berahsia. Mana boleh bagitahu dekat mana dia kenal Balkish.
Nanti tak pepasal Hanni datang ke ofis Abang Mie pula nak menyiasat pasal
Balkish. Otak Hanni ni bukannya boleh pakai sangat. Budak kecik ni otak penyiasat. Macam Detektif Conan. Kecil-kecil cili
padi. Kalau macam ni kena inform
cepat-cepat kat Kak Hanis. Jangan
bagi Kak Hanis bagitau dekat si kecik ni pasal Balkish lebih-lebih. Fikir Harriz.
Hanni mencebik. Tak puas hati dengan jawapan yang
keluar dari mulut abangnya.
“Huk eleh… takkan dengan Hanni pun nak berahsia
segala? Selama ni Hanni tak pernah pun bocorkan rahsia Abang Riz dekat sesiapa,
meskipun dekat mama dan papa. Kali ni kenapa pulak nak rahsia-rahsia ni?”
“Kali ni lain Cik Hanni sayang oi. Yang ni special case.”
“Ekk… habis tu yang lelain tu case apa pulak?”
“Yang lain-lain tu case nak lepas rasa bosan takde
aweks,” selamba sahaja Harriz
menjawab.
Hanni mengherot bibirnya ke kanan. Dia buat mimik
muka meniru aksi percakapan abangnya. Memang dasar buaya betul Abang Riz ni.
Entah-entah dulu papa pun sama perangai dengan Abang Riz. Pasal tu Abang Riz
berperangai macam ini. Playboy melampau
sangat. Pantang nampak perempuan berdahi licin, semua dia nak sapu!
Memang padanlah mama dengan papa tarik balik
kondominium yang mereka bagi pada Abang Harriz tu. Macam ini punya perangai
memang tak boleh nak dibiarkan tinggal sendirian. Nanti jadi pula perkara yang
memalukan. Mana taknya, sebelum ini mama pernah tertangkap Abang Harriz bersama
teman wanitanya berdua-duaan di kondominium mewahnya itu. Mengamuk sakan mama!
Pasal itulah kondominium itu ditarik balik dan Abang Harriz terpaksa tinggl di
rumah. Jadi tak ada lagi istilah bawa balik ‘betina’ macam mama kata tu dalam
kamus hidup Abang Harriz. Heheheee…
“Jahatlah Abang Riz ni. Tak baik tau buat macam tu. Kesian
perempuan-perempuan yang selama ni bagi cinta dan sayang mereka pada Abang Riz.
Alih-alih Abang Riz tinggalkan mereka macam tu aje,” komen Hanni. ‘Dasar buaya betul abang aku ni! Nasib baiklah boyfriend aku si Kuzer tak berperangai
buaya jadian macam Abang Riz. Jika tidak… mahu merana jiwa dapat pakwe perangai buaya tembaga dan yang sewaktu
dengannya macam ini.’
“Mana ada Abang Riz jahat. Sebelum Abang Riz couple dengan awek-aweks Abang Riz tu, awal-awal lagi Abang Riz dah bagitau diorang yang Abang Riz tak nak
hubungan yang terlalu serius. Diorang
sendiri yang bersetuju dengan syarat Abang Riz tu. Lagipun… Hanni fikir diorang tu ikhlas ke sukakan Abang Riz?
Entah-entah diorang tu cuma mahukan
duit Abang Riz aje. Entah-entah diorang
pasang pakwe keliling pinggang jugak. Lelaki dengan perempuan zaman
sekarang ni Hanni, perangai dua kali lima aje.”
Mendengar kata-kata Harriz itu, Hanni turut
bersetuju. Memang perempuan-perempuan cantik yang mendampingi abangnya selama
ini hanya mahukan duit Abang Harriz saja. Tengok sahaja apa yang mereka
mahukan. Semua barangan yang berjenama dan terkenal. Sesuai sangatlah tu. Si
buaya darat berjumpa dengan si pisau cukur.
“Tapi Balkish ni lainlah, Hanni. Dia tak sama dengan
perempuan-perempuan yang abang Riz jumpa selama ni,” keluh Harriz. Kekadang
timbul rasa terkilan dengan sikap Balkish yang buat tak layan sahaja pada
dirinya itu. Layan acuh tak acuh sahaja.
Dahi Hanni berkerut-kerut.
“Lain macam mana maksud Abang Riz ni? Hanni tak
fahamlah.”
Harriz menghela nafas. Kemudian dia bangun dari
duduknya. Tubuhnya yang sasa itu disandarkan pada pagar besi.
Sementara Hanni pula sudah melangkah mengambil alih
tempat abangnya untuk duduk di buaian rotan. Lenguh kakinya berdiri dari tadi.
Wajah Harriz dipandang. Tidak sabar mahu mendengar kelainan Balkish yang Harriz
maksudkan. Nampak macam menarik aje kisah cinta terbaru abangnya ini. Bolehlah
dia buat jalan cerita untuk novel terbarunya nanti. Heheheee...
“Hanni tahukan…”
“Nope,” pinta
Hanni laju sambil kepala digelengkan.
“Bagi Abang Riz habiskan ayat dulu boleh, tak?”
gumam Harriz geram.
Hanni tayang gigi. Sebenarnya dia sengaja nak
menyakat abangnya itu. Tak seronoklah kalau Abang Harriznya buat muka serius.
Heheheee…
“Okey… teruskan.”
Harriz mencebik.
“Hanni kan tahu… selama ni tak ada seorang perempuan
pun yang menolak cinta Abang Riz yang hensem
ni.”
Hanni buat muka seolah-olah nak termuntah kala
Harriz menyatakan dirinya hensem.
Perasan betul!
“Boleh tak Abang Riz jangan nak perasan. Loya tekak
Hanni dengar pengakuan berani mati Abang Riz tu la,” ujar Hanni. Kembali
memotong kata-kata abangnya.
Kali ini giliran Harriz pula tayang gigi.
“Iye la… Iye la… nak gurau sikit pun marah. Selama
ni apa yang Abang Riz mahukan Abang Riz boleh dapat dengan mudah. Petik jari aje, Abang Riz boleh dapat ramai awek. Tapi tidak dengan Balkish… dia
perempuan pertama yang tolak cinta Abang Riz. Abang Riz petik banyak jari pun
dia tak pandang langsung. Semakin Abang Riz mendekat, semakin dia menghindar.
Dia buat tak layan aje dengan Abang
Riz. Macam Abang Riz ni tak wujud. Apa yang Abang Riz bagi semua dia tolak
dengan macam-macam alasan. Susah betul nak tawan hati dia,” beritahu Harriz
perihal Balkish.
Hanni ketawa kecil. Kelakar pula bila ada perempuan
yang menolak abangnya ini. Selalunya Harriz bukan main mendabik dada lagi bila
sering berjaya mendapatkan gadis-gadis yang diingininya. Kali ini… baru
abangnya itu tahu. Tak semua perempuan dapat dibeli dengan wang ringgit dan
kebendaan.
“Iye ke? Hurmmm… baguslah macam tu. Well done Kak Balkish,” ujar Hanni
sambil membahasakan Balkish dengan panggilan kakak. Dia yakin Balkish pasti
lagi tua dari dia yang baru berusia enam belas tahun. Selamba badak aje dia cakap macam tu depan Harriz.
Langsung tak peduli perasaan abangnya yang sudah terguris mendengar komen
pendeknya itu.
Harris mengerut kening. Wajah Hanni ditenung tajam.
Boleh pula si budak kecik ni cakap
bagus??? Siap buat ucapan ‘well done’
lagi.
“Itu maknanya Kak Balkish seorang perempuan yang
bijak. Dia tak sanggup nak bagi hati dia pada Abang Riz yang playboy ni. Baguslah macam tu, kan?”
Amboi Hanni ni… bukan main lagi dia.
Harriz mengetap bibir. Hanni ni suka betul
berfikiran yang negatif tentang dirinya. Apa dia ni teruk sangatkah sampai
Hanni rasa dia tak layak untuk Balkish. Dia akui memang dia ni playboy. Kaki perempuan. Tetapi sejak
bertemu dengan Balkish hatinya sudah tawar dengan perempuan-perempuan yang
lain. Dia mahu serius dengan Balkish seorang. Susah sangatkah untuk Hanni
mengerti isi hatinya itu? Apa punya adiklah Hanni ni? Tak bagi sokongan moral
kat abang sendiri. Kang Harriz cakap
begitu Hanni berkecil hati pulak.
Biasalah Hanni tu… kuat sangat merajuk.
“Tapi dengan Balkish Abang Riz serius. Abang Riz tak
ada niat pun nak main-mainkan dia,” serius kedengaran suara Harriz. Dia mahu
menyakinkan Hanni bahawa dia serius kali ini. Bukan main-main!
Melihat wajah Harriz yang bertukar serius dan nada
suaranya yang tegas itu, Hanni sedar bahawa kini abangnya itu memang
betul-betul telah jatuh cinta. Jika tidak, takkan seperti ini kelakuan Harriz.
Duduk termenung dan tak keluar malam. Biasanya Harriz ni memang jenis yang tak
pernah lekat duduk kat rumah. Selalu aje keluar berhibur ke kelab-kelab malam
bersama awek-aweknya yang
bertukar-tukar itu. Macam tukar baju.
“Okey… Hanni percaya dengan cakap Abang Riz. Macam ni
lah… kalau Abang Riz serius sukakan Kak Balkish, Abang Riz tunjukkan dekat Kak
Balkish yang Abang Riz bukan main-main dengan dia. Abang Riz memang sukakan
dia. Abang Riz… orang perempuan ni nampak aje
keras, tapi kalau Abang Riz bijak memainkan peranan Abang Riz, Hanni yakin Kak
Balkish pasti sukakan Abang Riz. Alaaa… Abang Riz kan bijak pasal perempuan.
Tentu Abang Riz tahu cara yang terbaik buat Kak Balkish jatuh cinta pada Abang
Riz. Tapi perkara pertama yang perlu Abang Riz lakukan adalah buang perangai playboy Abang Riz tu. Hanni yakin Abang
Riz pasti boleh dan Kak Balkish akan jatuh cinta dengan Abang Riz juga akhirnya,”
panjang lebar Hanni memberi kata semangat. Dah macam orang dewasa pula dia ni.
Harriz sudah tersenyum kembali. Boleh tahan juga
Hanni ni bagi kata-kata semangat. Tak padan dengan kecik!
Ya! Dia perlu bijak membuatkan Balkish jatuh cinta
padanya. Balkish… aku akan pastikan kau jadi milik aku! Kini keazaman ingin
memilik Balkish semakin menebal.
***************************************************************************
AMYLIA
menghenyak punggungnya di atas sofa. Handphone
BlackBerrynya dilempar atas sofa bertentangan. Tangan dibawa ke dada lalu
disilangkan. Dia merengus kasar. Wajahnya masam mencuka. Sakit benar hatinya
dengan Harriz. Untuk malam ini sahaja sudah masuk lima belas kali Harriz menolak
ajakannya untuk keluar bersama. Sejak kebelakangan ini susah benar untuk dia
keluar bersama Harriz. Ada-ada sahaja alasan yang diberikan oleh lelaki itu.
Nampaknya Harriz macam nak jauhkan diri daripadanya.
Takkanlah Harriz sudah bosan dengan aku? Soal Amylia
kepada diri sendiri. Kemudian kepalanya digeleng berkali-kali. Cuba menghalau
apa yang sedang bermain dalam fikirannya itu.
“Tidak! Tidak! Tidak! Aku tak boleh nak biarkan
Harriz bosan dan tinggalkan aku. Aku akan pastikan Harriz menjadi milik aku.
Cuma berkahwin dengan Harriz sahaja aku boleh menikmati kesenangan dengan
mudah. Aku tak boleh lepaskan dia. Aku tak akan biarkan dia pergi macam itu aje,” Amylia berbicara seorang diri.
Tekadnya bulat untuk memiliki Harriz. Dia tak akan melepaskan Harriz walau apa
pun yang akan terjadi.
Bukan senang hendak mendapatkan lelaki muda yang
kaya-raya seperti Harriz di zaman sekarang ini. Kebanyakkan lelaki yang
ditemuinya semua tua belaka. Biasalah kalau dah ada pangkat Datuk, Tan Sri
segala ni mesti orangnya sudah berumur. Ada pun yang muda sikit tapi muka tak hensem macam Harriz.
“Hello darling…
apesal monyok aje ni?” satu suara menegur. Kemudian sebuah ciuman hinggap pula ke
dahi Amylia.
Amylia mendongak. Wajah Datuk Manaf dipandang. Ini
lagi seorang lelaki tua yang gatal tak sedar diri. Dia ingat aku serius ke
sukakan dia? Huh… dahlah perut boroi, kepala botak, tak selera aku tengok.
Nasib baik duit banyak. Itu ajelah yang buat dia jadi hensem sikit. Amylia mengejek dalam hati.
“I bosanlah ling
duduk terperap aje kat dalam
kondominium ni. Jom kita keluar shopping,”
Amylia sudah buat aksi manja-manja bila Datuk Manaf melabuhkan punggung
disebelahnya. Jemarinya menguis-nguis dada Datuk Manaf yang tidak berbaju itu.
Macamlah body cantik sangat.
Datuk Manaf pun apa lagi, terus sahaja membelai
mesra rambut panjang keperangan milik Amylia. Haruman wangian rambut Amylia
membangkitkan semula nafsu lelakinya. Sedangkan baru tadi dia dengan Amylia
berasmara. Kini nafsunya kembali menyerang. Dengan Amylia, memang susah untuk
dia mengawal gelora nafsu jantan. Tapi bila berada dekat dengan isterinya si
Datin Rose, nafsunya langsung tak ada.
“I
bukan tak nak keluar shopping dengan you,
darling. Tapi you pun faham kan
kedudukan I macam mana. I tak naklah Datin Rose dapat tahu nanti. Susah kita,”
ujar Datuk Manaf sambil bibirnya sudah mula mencium pipi gebu Amylia. Hisy…
Datuk Manaf ni, gatal tak hengat
dunia!
Ceh! Dasar lelaki pengecut. Belakang aje berani.
Tapi depan takut bini! Cemuh Amylia dalam hati. Belaian Datuk Manaf ke atas
dirinya dibiarkan sahaja.
“You ni macam tulah… asal I ajak shopping aje mesti you bagi seribu satu
alasan. Tapi kalau you mahu I layan you, I tak pernah pun membantah,” Amylia
sudah tarik muncung. Tubuh Datuk Manaf yang melekat dekat dengan tubuhnya
ditolak jauh. Dia sudah membelakangkan Datuk Maruf dan mula buat-buat merajuk.
Dia amat yakin lelaki tua itu akan cair dengan rajuknya itu. Biasalah… lelaki
tua yang gatal macam Datuk Manaf ni memang tak boleh nak tengok perempuan muda
merajuk. Mulalah gelabah satu macam.
“Okey macam ni, apa kata you pergi shopping sorang diri atau ajak sesiapa aje
temankan you? I bagi you duit,” Datuk Manaf sudah memujuk. Dia tahu pasti
Amylia akan cair bila mendengar perkataan duit.
Amylia sudah menarik senyum segaris bila mendengar
Datuk Manaf berkata sebegitu. Namun dia masih buat-buat merajuk dengan Datuk
Manaf. Bagi gelabah lagi lelaki tua tak sedar diri itu.
Datuk Manaf mengeluh kecil. Dia cuba mendekati
Amylia yang sudah duduk jauh daripadanya. Lengan gadis itu disentuh. Namun
Amylia mengelak. Datuk Manaf tidak mahu mengalah. Dia masih berusaha merapatkan
kedudukan dengan Amylia.
“Darling…
janganlah macam ni. I bukannya tak nak temankan you pergi shopping. Tapi you sendiri tahu kan kedudukan I. I bagi you duit.
You boleh shopping sepuas hati you.
Kalau tak cukup jugak… you boleh
gunakan kad kredit ni,” Datuk Manaf menghulurkan kad kredit yang dikeluarkan
melalui dompetnya kepada Amylia.
Melihat kad kredit bewarna emas yang terpampang
depan matanya itu, senyuman di bibir Amylia mekar dengan lebar. Dah macam
senyuman Joker pulak Amylia ketika
itu. Senang sungguh hatinya melihat kad kredit yang dilayang depan matanya.
Serentak itu juga dia mengambil kad kredit yang Datuk Manaf hulurkan. Lalu
dengan manja dia melentokkan kepalanya di bahu Datuk Manaf. Tidak kisahlah
lelaki itu sudah layak digelar bapa, dia tetap akan melayan Datuk Manaf dengan
sebaiknya asalkan dia mendapat pulangan yang setimpal dengan apa yang
diberikan.
Datuk Manaf dengan gatalnya mengelus-ngelus rambut
Amylia yang harum mewangi itu. Fikirannya sudah terbayangkan kehangatan pelukan
Amylia sebentar sahaja lagi. Perempuan macam Amylia ni bukannya susah nak
pujuk. Bagi duit, mulalah Amylia cair.
“Okey I tak akan paksa you. Thanks darling,” ucap Amylia. Sebuah ciuman hinggap ke pipi tua
Datuk Manaf.
“Cium kat situ aje
ke?” soal Datuk Manaf yang sudah tersungging senyuman menggoda. Uwek… rasa nak
termuntah aje sesiapa yang tengok lagak Datuk Manaf yang gatal miang berkurap
itu.
“You ni nakallah…” giat Amylia. Lengan lelaki tua
itu dicubit manja. Senyumannya lebar dan begitu menggoda. Pantas dia bangun
dari duduknya. Tangan Datuk Manaf ditarik lalu dibawa masuk ke dalam bilik.
Datuk Manaf apa lagi… ikut sahaja langkah menggoda Amylia itu. Rasa macam tak
sabar sahaja dia hendak menerkam tubuh Amylia yang kelihatan begitu montok
sekali.
Nampaknya malam ini Datuk Manaf dan Amylia sekali
lagi bergelumang dengan dosa. Mereka sudah tidak takut lagi akan hukuman yang
bakal diterima suatu hari kelak. Nafsu telah melalaikan mereka berdua. Dan
syaitan juga sudah ketawa dengan besarnya melihat cucu cicit Nabi Adam ini
kecundang dengan hawa nafsu mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment