“Awak pasti ke nak pergi, Shaz?” Air
mata yang jatuh ke pipi diseka Maya dengan hujung jari. Hanya mampu memandang
bila Syazwan menyusun pakaian ke dalam bagasi.
Syazwan tersenyum kecil, bangun
mendekati Maya. Tubuh isterinya dipaut ke dalam pelukan dan dibelai lembut.
“Sorry, darling. I have to go.”
Maya terdiam. Keputusan Syazwan
muktamad. Walau menangis air mata darah sekalipun, Syazwan tidak mungkin menariknya
kembali.
Walau hatinya parah dengan keputusan
Syazwan, Maya tetap menghantar pemergian suaminya hingga ke lapangan terbang.
Tiba di London Heathrow
International Airport,
Maya menangis lagi. Tubuh Syazwan dipeluk seakan tidak mahu dilepaskan.
“Shaz, saya nak ikut,” rayu Maya.
Syazwan tersenyum. Payah nak pujuk Maya kalau dah merengek macam
budak kecil. Air mata Maya diseka dengan jemari kasarnya.
“Studies awak tak habis lagi,
macam mana nak ikut?” Bibir Syazwan
mendarat di pipi dan bibir Maya.
“Finish your studies then
balik ke Malaysia.” Wajah Maya dibelai penuh
kasih.
Maya apa lagi, memang menangis tanpa
rasa malu. Kenapa mereka harus berpisah dalam keadaan begini?
“Awak akan datang sini semula kan, Shaz?” soal Maya
dalam esak tangis.
Senyuman Syazwan semakin lebar. Wajah
Maya dipandang dalam.
“Maybe,” ucap Syazwan sepatah.
“Janji?”
“Terpulang pada awak nak anggap
sebagai janji atau tidak.” Mudah saja Syazwan menjawab. Tak ubah macam orang
yang tak ada perasaan langsung.
“Take care, sweetheart. Be strong.” Buat kali terakhir dua batang tubuh itu berpelukan lama sebelum Syazwan melangkah masuk ke dalam
balai berlepas.
“Please turn your back, Shaz,” Maya masih menaruh harapan. Kata orang, dia akan berpaling untuk
kali kedua jika benar dia cinta.
Namun harapannya sia–sia. Syazwan
pergi tanpa menoleh. Lelaki itu pergi meninggalkan dia di bumi asing tanpa
janji.
No comments:
Post a Comment