“Fiqah,
kau pernah dengar brand A To Z tak?”
Soalku sebaik sahaja Afiqah melabuhkan duduk di sebelahku.
“Brand
A To Z? Brand apa tu?” Soal Afiqah
sambil tangannya mencapai remote tv
di atas meja dan menukar siaran berita ke siaran TV3 yang menyiarkan Buletin
Utama.
“Isy, kau ni.
Aku tanya kau, kau tanya aku balik.” Usikku dan Afiqah ketawa.
“Mak
cik, kau tanyalah pak cik Google. Pak cik tu kan serba tahu.” Ujar Afiqah
sambil tersengih.
Samsung
tablet yang terletak di atas meja, kuambil dan mula mencari mengenai A To Z
melalui carian Google. Aku mula membaca. Mataku membulat sebaik sahaja artikel
yang sedang kubaca berkisar mengenai Benyamin Ziqri Tan Sri Zakaria.
“Wow!” Tuturku spontan.
Afiqah
yang sedang menonton televisyen berpaling ke arahku. Dia mengerutkan dahinya,
tetapi tidak bertanya.
Aku
meneruskan bacaan. Rupa-rupanya jenama A To Z merupakan jenama tempatan yang
berjaya menempa nama di merata negara terutamanya England, Perancis dan Itali.
Jenama yang dicipta sendiri oleh arwah Tan Sri Zakaria dan isterinya, Puan Seri
Adelia sejak 20 tahun yang lepas. Perniagaan yang tertumpu pada pembuatan beg tangan
dan kasut. Selain itu, jenama ini turut menghasilkan dompet lelaki, purse wanita, scarf dan lain-lain. Di Malaysia, jenama ini boleh dijumpai di tiga
tempat iaitu KLCC, Pavillion dan Sunway Piramid. Selepas Tan Sri Zakaria dan
Puan Sri Adelia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, perniagaan mereka
diambil alih oleh Benyamin Ziqri yang berkelulusan dalam rekaan fesyen.
“Kau baca apa sampai ber’wow’-‘wow’
sakan?” Soal Afiqah akhirnya. Tangannya spontan mengambil tablet yang sedang
kupegang.
“A To Z ni posh brand la. Sebab tu non-fashion
maniac macam kita ni tak tahu menahu. Padahal brand
ni dah lama rupanya.” Komen Afiqah. Matanya masih terpaku pada skrin tablet.
“Benyamin
Ziqri ni siapa pulak ? Apsal kau search pasal dia jugak ?” Soal Afiqah lagi.
“Bacalah dulu.” Pintaku.
“Mak aih! One of the hottest young
bachelors in Malaysia. A famous Malay
designer for handbags and shoes. The current owner of A To Z.” Afiqah
menyambung bacaanya. Berkerut dahinya memandangku.
“So,
kenapa kau tetiba interested nak tahu
pasal Benyamin Ziqri ni? Bukan tadi kau tengah search pasal A To Z ke?” Soal Afiqah lagi. Tablet yang dipegangnya
tadi, dipulangkan semula kepadaku.
“Aku pergi Subang Jaya tengah hari
tadi sebab nak jumpa dengan budak nilah.” Jawabku. Di dalam kepala masih
terbayang-bayang raut wajah Benyamin yang tidak pandai untuk tersenyum. Panggil
aku ‘kakak’ pulak tu. Sayang betul, muka dah tersangat okey tapi kurang mesra
alam.
“Budak? Budak mana?” Soal Afiqah.
“Ni, Benyamin Ziqri nilah. Budaklah, sebab dia muda lagi
dari kita.”
Jawabku.
“Patutlah
muka nampak macam budak-budak je. Comel!” Balas Afiqah sambil tersengih.
“Kalau kau jumpa dia in person, barulah kau tahu budak ni
comel ke tak. Harapkan muka je. Anyway,
aku search pasal A To Z sebab budak
ni sekarang jadi client aku.”
Tambahku.
“Oh, yang kau kata ada appointment dengan dia pasal trust tu eh?” Balas Afiqah. Aku angguk.
“So,
how is this cute kid in person?” Soal Afiqah sambil tersengih. Aku sudah
menggelengkan kepala melihat telatah Afiqah. Telefon bimbit yang tiba-tiba
menjerit mematikan perbualan kami.
“Kenapa, Nuha?” Soal Afiqah agak
cemas apabila melihat reaksiku selepas menerima panggilan telefon lewat malam
sebegini.
“Tolong teman aku pergi hospital
sekarang.” Jawabku dengan perasaaan terkejut yang amat sejak tadi.
“Hospital? Siapa yang sakit?” Soal
Afiqah, semakin pelik dengan tingkahku.
“Budak yang kau sibuk cakap comel tulah.”
“Hah !
This Benyamin Ziqri ?
Kenapa ?”
“Yes,
that Benyamin Ziqri. Dia baru accident
kereta. Jom, jom.”
No comments:
Post a Comment