DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 6 April 2016

MAMA MIA SYAZA - BAB 14



TUBUH  Mia dibaringkan Syazwan di atas katil. Sempat pipi Mia dicium sekali sebelum dia berpaling menghadap wajah tegang Maya. Marah? Oh! Dia lagi marah. Selamba Maya layangkan penampar sebijik bila dia mengaku sebagai suami di depan lelaki yang tidak tahu timbul dari celah mana di dalam hidup Maya.
“Awak nak apa?” tanya Maya.
Wajah Syazwan ditatap tajam. Bila Syazwan mendekat, Maya masih tegak berdiri di tempat tadi sambil berpeluk tubuh. Tak takut pun. Syazwan takkan sampai tangan. Dulu nak cubit dia pun Syazwan tak sanggup.
“Who is he, Maya?” Syazwan membuka mulut. Syazwi Imad. Masa bersalam tadi, lelaki itu siap bagi nama penuh sekali.
Mata Maya terarah pada tubuh si comel yang bergerak–gerak. Mesti Mia tidak selesa. Baju tidur belum ditukar.
“Lima minit,” pinta Maya.
Pijama Mia di dalam almari dicapai Maya. Dengan penuh hati–hati dia menukar pakaian Mia. Bimbang si jantung hati terjaga. Payah nak pujuk untuk tidur semula kalau Mia terjaga dan menangis.
“Nak minta tolong tak?”
Tangan Syazwan mengelus rambut Mia ditepis Maya. Sempat dihadiahkannya jelingan tajam. Menyibuk melebih!
“Kita bincang di luar,” bisik Maya.
Syazwan sekadar menurut. Mata tidak lepas memandang wajah Mia. Hidung dan mata Mia sebijik tempek wajahnya! Itulah yang buatkan dia lagi jatuh sayang pada Mia.
Melangkah ke ruang tamu dan menunggu Maya di situ, Syazwan kumpul sebanyak mungkin soalan-soalan yang ingin ditanya.
Tidak lama menunggu, kelihatan Maya keluar dari bilik si kecil dan melangkah ke arahnya yang duduk menunggu di sofa.
Suasana di ruang tamu diam dan tegang. Maya di hujung sana manakala Syazwan pula seberang sini. Nadia sudah lama menghilangkan diri ke tingkat atas. Tak nak masuk campur hal suami isteri.
“Siapa dia?” tanya Syazwan kali kedua.
“Shaz. I mean another Shaz,” jawab Maya bersahaja.
Syazwan tarik nafas dalam. Sama nama. Pandai Maya pilih pengganti.
“What do you mean by another Shaz?”
“Yalah, another Shaz. Kenapa? Awak ingat awak sorang saja Shaz kat dalam dunia ni?” Maya menjawab selamba.
Kalau difikirkan betul–betul, dia yang bersalah. Keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami. Balik pula hampir tengah malam. Mahunya Syazwan tak marah. Salahkah Syazwan mengaku sebagai suami? Dan dia yang terkejut dan marah membuatkan tangan rasa ringan hinggap di pipi Syazwan. Serius dia dihimpit rasa bersalah.
Syazwan tersenyum nipis. Pahit. Shaz versi Papa Mia hanya ada seorang saja Maya. Takkan dah lupa. Hati Syazwan berkata sendiri.
“Awak dah lupa awak isteri saya ke Maya?”
Aik! Ingat pulak Syazwan ni yang dia masih isteri yang sah. Habis tu lebih tiga tahun lalu tak ingat ke? Terangkat sebelah kening Maya.
“Oh! Saya masih isteri awak ke? Ingatkan awak yang dah lupa.”
Pang! Syazwan tertampar lagi. Untuk kali keempat. Dia melepaskan keluhan. Bersandar pada belakang sofa dengan rambut dilurutkan ke belakang. Rambut kusut, fikiran pun turut sama kusut.
“Jangan nak cari gaduh, Maya.”
Datang untuk berjumpa malam ini bukanlah dengan niat nak bertekak. Dia datang mahu memujuk Maya. Mama teringin nak jumpa Mia. Kalau diikutkan hati, boleh saja kiranya dia ‘culik’ Mia sejam dua dari nursery tanpa izin Maya.
Mama nak jumpa cucu mama.
Umur dia berapa?
Iras siapa? Shaz ke Maya?
Itulah soalan-soalan mama yang menghujaninya. Kalau boleh, malam ini juga dia nak bawa Mia balik rumah mama.
“Kita berpisah, Shaz.” Permintaan Maya buatkan Syazwan rasa terhenyak teruk. Lain yang diharap, lain yang menjadi. Maya sekarang sudah semakin berani.
“Pernah dengar cerai fasakh tak?” tanya Maya perlahan. This is totally not good, Maya!
Oh gosh! Syazwan betul–betul rasa tertekan. Maya sudah merepek yang bukan–bukan. Wajah ditunduk  memandang lantai dengan kedua–dua belah tangan diletakkan di belakang tengkuk. Rasa takut, resah dan sedih kini bertamu di dalam hati.
Takut untuk kehilangan Maya. Resah kerana tidak dapat memujuk Maya dengan cara baik. Dan sedih jika satu hari dia harus menjauh dari kehidupan Maya dan Mia.
Ops! Saya terlupa. Awak kan cetek ilmu agama, agaknya awak tak tahu pun maksud cerai fasakh tu. Dah berapa lama awak tinggalkan saya Shaz?”
Fuh! Panas telinga Syazwan. Menyindir tahap tertinggi. Wajah selamba Maya ditatap. Cetek agama tak semestinya dia tak faham apa itu cerai fasakh.
“Selama  ni saya sorang yang besarkan Mia. Tak pernah ada masalah pun. So just let us go, Shaz. Tak ada guna saya bersuamikan lelaki macam awak. Ketua keluarga yang tak dapat membimbing keluarga sendiri.” Lancang mulut Maya meluahkan kemarahan di hati.
Syazwan terdiam. Kerdilnya dia! I’m sorry Maya. I can’t be perfect!

No comments:

Post a Comment