DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 6 April 2016

MAMA MIA SYAZA - BAB 5




            Maya Laila! Nama itu disebut Syazwan berulang kali. Sebaris nama yang tak pernah padam dari kotak memorinya. Kenangan indah semasa autumn di Sheffield tiba-tiba datang menjengah.
“Minta gitar tu.” Syazwan menghulurkan tangan, meminta gitar yang dipegang Hakimi.
Gitar bertukar tangan. Petang–petang Sabtu memang inilah aktiviti tetap mereka jika tiada futsal. Lepak di bawah apartment sambil petik gitar. Menyanyi sampai langit sudah gelap. Malam pula bertukar menjadi Badman. Naik ke kelab, pancing mana yang berkenan dan bawa balik rumah. Memang bukan budaya yang patut dicontohi langsung. Tetapi, itulah yang mereka suka lakukan.
“Ada chicks baru  tinggal kat tingkat empat atas tu. Tapi payah nak tengok sebab jarang jumpa,” kata Cheong yang duduk bertinggung. Asap rokok dihembus keluar.
“Yang dua orang tu ke? Baru pindah masuk last week kan?” tanya Hakimi.
Cheong angguk kepala. Matanya beralih pada Syazwan yang sedang mencari key gitar yang sesuai.
“Shaz! Kau tak nak try ke? Dua–dua lawa. Tapi yang sorang macam singa, yang sorang lagi macam harimau. Aku jumpa sekali masa sama–sama tunggu masuk  main door. Senyum dengan aku pun tak. Sombong giler,” cerita Cheong panjang lebar.
Beberapa hari yang lalu dia terserempak dengan dua pelajar baru yang berpindah masuk ke blok yang sama. Niat hati memang nak usha tapi hampeh segala hampeh, dia tak kena layan. Malu tahap nak sembunyi di longkang depan rumah nenek di Ipoh. Tak pernah–pernah Cheong Ching  kena macam gitu.
“Bukan sombong. Stok baik. Of courselah mereka tak nak senyum dengan kau kalau muka dah macam buaya lapar. Siapa–siapa pun akan takut,” sampuk Vijay tiba–tiba.
Cheong senyum segaris. Vijay kalau bercakap tak agak-agak langsung.
“Macam mana aku nak try? Tengok pun tak pernah.” Syazwan mencelah. String gitar dipetik. Key dah ngam. Tinggal nak fikir lagu apa yang sesuai untuk dinyanyikan di petang hari begini.
“Guys, they’re coming. Tu, yang on the way ke sini tu.” Cheong tiba-tiba bersuara sambil menjuihkan bibirnya menunjukkan ke arah jalan besar. Dia berdiri meregangkan otot pinggang. Tiga pasang mata yang lain menoleh serentak.
 “Shaz! Apa lagi? Sing a song. Bagi mereka cair sikit.” Lengan Syazwan disiku Hakimi.
Dari jauh, Maya dan Nadia berpandangan sesama sendiri. Instinct perempuan selalu betul. Kalau lelaki pandang macam tak pernah tengok orang, bermaksud mereka berminat. Tapi kalau perempuan bagi pandangan menyampah, bermaksud tak berkenan. Itulah scenario yang sedang berlaku sekarang ini.
“Huh! Mereka ni lagi,” rungut Maya. Nadia di sebelah sudah tayang muka menyampah.
Jarang–jarang mereka berdua terserempak dengan empat helang tersebut. Tak payahlah nak kenal pun kalau perangai tak betul. Kebanyakan pelajar lebih suka menyewa rumah sebab murah. Ada juga yang tinggal di hall. Tapi entah kepala terhantuk dinding ke apa hinggakan dia dan Nadia mengambil keputusan untuk menyewa apartment.
Tatkala dua gadis tersebut menghampiri laluan tempat mereka berkumpul, Syazwan mula memetik gitar.
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I won’t live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
You’re impossible to find

Maya dan Nadia buat muka selamba lalu di depan mereka. Lagu yang tidak menarik perhatian langsung.
“Hai!” Syazwan menyapa. Petikan gitarnya terhenti. Jatuh sedikit saham sebab tak dilayan.
Maya dan Nadia menoleh serentak.
“Are you talking to us?” Mono saja suara Nadia bertanya dengan sebelah kening terangkat.
“Taklah, dengan rumput–rumput tu,” jawab Syazwan selamba. Abuden punya chicks! Tiga sekawan yang lain sudah menahan ketawa.
“Hai,” balas Maya dengan senyuman nipis terukir di bibir.
Nadia menjeling tajam teman di sebelahnya. Maya memang, tak sah kalau tak mesra alam. Bukan ke tadi dah diberitahu jangan dilayan sangat kalau helang empat ekor ni menegur.
Bibir Syazwan mengukir senyuman lebar. Dua–dua cantik. Dan dia lebih tertarik dengan gadis yang memakai cardigan berwarna merah yang membalas sapaannya.
“Balik dari mana?” sapa Hakimi ramah.
“Balik dari bulan,” jawab Nadia selamba.
 Hakimi tersentak. Giler! Adakah perempuan memang dilahirkan untuk menjadi sarcastic seperti empunya badan yang memakai skaf berwarna biru tua yang dililitkan di leher sekarang ini?
“Kami tinggal kat tingkat tiga,” kata Cheong.
“Oh, kami tingkat empat,” jawab Maya jujur.
Nadia di sebelah menoleh dan menyiku lengan Maya. Ni apa kes Maya mesra alam melebih–lebih ni? Siap beritahu lagi apartment tingkat mana. Nombor apartment sekali tak nak bagi ke?
“Jom pergi. Jangan layan sangat mereka ni,” bisik Nadia dan menarik lengan Maya agar berlalu pergi. Papa dah pesan awal–awal, jangan menjawab teguran orang yang tidak dikenali.
“Sombong siot!” kata Hakimi sebaik saja dua gadis itu menghilang. Tangan kanannya naik menggaru belakang badan yang tiba–tiba gatal.
Syazwan masih lagi tersenyum.
“What’s her name?” tanya Syazwan.
“Yang mana? Singa ke harimau?” Cheong menyoal kembali.
“Singa.”
“Entah.” Ketiga–tiga menjawab serentak.
“Aku nak yang singa tu,” kata Syazwan perlahan. Dia sudah terbayang apa agenda yang akan dilakukannya.


MAYA berdiri di balkoni apartment. Angin malam ini sedikit sejuk. Cadangnya esok mahu mengajak Nadia pergi ke taman di sebelah universiti. Nak snap gambar banyak–banyak. Sheffield yang digelar ‘The Greenest City’ di England sudah bertukar warna menjadi emas, tandanya musim luruh sudah bermula.
Rindu papa. Rindu mama. Rindu Mala. Rindu Makcik Kiah. Pertama kali berjauhan dari keluarga membuatkan dia rasa tak betah. Kalau malam–malam begini mesti dia dan Mala akan berebut remote di depan tv di ruang rehat. Dia nak AFC, Mala nak History Channel. Dan Mala akan selalu menang sebab Mala anak bongsu, dia pula anak sulung. Demi adik tersayang, dia mengalah. Esok pagi dah janji dengan Mala nak skype, borak sampai laptop meletup pun tak apa. Pasti banyak cerita yang dikongsikan bersama.
Mata Maya terhala pada balkoni apartment di tingkat tiga sebelah kiri. Lelaki yang sama petang tadi dilihatnya duduk santai, menyanyi sambil memetik gitar.
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini 
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Sebaik saja Syazwan habis menyanyi, Maya bertepuk tangan. Membuatkan  Syazwan mendongak ke tingkat atas. Singa!
“Hai,” sapa Syazwan dengan senyuman.
“Hai, Nice song. Putus cinta ke?” gurau Maya.
Syazwan tergelak.
“Tengah jiwang,” jawab Syazwan.
“Dengan siapa?”
“Awak.”
Giliran Maya pula yang tergelak. Ayat tu! Memang ayat buaya yang nak cari makan. Terbatal niat nak memuji suara garau yang memikat hati itu tadi.
“I’m Shaz.” Syazwan memperkenalkan diri.  Dia masih lagi duduk di atas kerusi dengan kedua–dua belah kakinya dilunjurkan pada pemegang besi balkoni. Gitar yang dipegang di ketuk–ketuk dengan hujung jari.
“Tak keluar jalan ke malam ni?” Maya bertanya. Sengaja membiarkan bicara Syazwan yang memperkenalkan diri berlalu pergi.
“Hari ni off day. Badan rasa tak sihat sangat,” jawab Syazwan.
Hanya dia saja yang ada di rumah malam ni. Yang tiga orang lagi sudah keluar menjadi Badman. Kalau bukan sebab tiga kali masuk tandas lewat petang tadi, tak adanya dia nak jadi pujangga jadian bernyanyi di sini. Harus dia ikut sekali.
“Awak? Tak keluar ke?” tanya Syazwan.
Maya geleng kepala.
“Saturday night is the only night where we can rest kaw–kaw,” jawab Maya.
Syazwan mengangguk kepala. Patutlah tak pernah nampak di kelab, stok budak baik rupanya. Bisik hati Syazwan.
“I’m Shaz,” Syazwan mencuba nasib untuk kali kedua.
Maya tergelak lagi.
“Belum putus asa ke?” duga Maya.
Syazwan menggelengkan kepala sambil tersenyum lebar. Menampakkan lesung pipinya di sebelah kiri. Syazwan Imad tak pernah putus asa babe!
Maya menongkat dagu pada pemegang besi. Bila Syazwan tersenyum, sepasang mata itu juga turut sama ‘tersenyum’. ‘Eye smile’ kata orang. Itulah yang membuatkan Maya tertarik sejak petang tadi.
“I’m Shaz,” kata Syazwan untuk kali ketiga.
Pecah ketawa Maya. Lelaki kacak ini memang takkan give up!
“Maya.”
Syazwan mengukir senyum. Maya. Nama secantik tuannya.
“Phone number?”
Maya menjegilkan mata, kemudian tersenyum sambil menggelengkan kepala.
“Tak payahlah. Setakat tahu nama pun dah cukup,” Maya mengelak cara baik.
“Tak cukup, Maya.” Syazwan berdiri dan bersandar pada pemegang balkoni. Kepala masih lagi mendongak, mengamati si cantik di balkoni tingkat atas.
Maya ketawa kecil. Inilah salah satu contoh manusia yang diberi betis, hendakkan peha. Sebijik Shaz! Dah bagi nama minta pulak nombor telefon.


PETANG pulang dari kelas, Maya jalan sendirian. Tiba-tiba ada seseorang menyaingi langkahnya.
“Hi, babe.”
Maya menoleh. Syazwan yang sudah berada di sebelahnya tersenyum manis dan senyuman itu Maya balas dengan senyuman juga.
“Hai,” jawab Maya.
“Dah habis kelas ke?”
“Tak. Baru nak pergi kelas.”
Syazwan tergelak. Tertampar dengan jawapan Maya. Dah terang–terang Maya berjalan menghala ke arah apartment, of courselah balik rumah. Abuden lagi!
“Mana bestie awak?” tanya Syazwan. Biasanya Maya dengan Nadia, tapi hari ini batang hidung harimau jadian itu tidak kelihatan.
“Sakit perut.” Pendek saja jawapan Maya.
Semalam semangat giler Nadia masak nasi lemak. Sambal pedas bukan main. Alih–alih pagi tadi bertapa di tandas entah berapa lama. Tup–tup terpaksa Nadia skip kelas, dan hari ni dia jadi lone ranger di universiti.
Dia dan Syazwan berjalan beriringan. Masing–masing senyap. Maya malu dan Syazwan hilang idea nak mengayat.
Di dalam hati Maya rasa lega sedikit, sekurang–kurangnya dia berteman hari ini untuk pulang ke apartment. Biarpun jarak universiti dengan apartment hanyalah lebih kurang sepuluh minit, tapi perasaan takut itu masih ada. Baru sebulan lebih di sini, dia masih belum biasa dengan suasana Sheffield. Kalau di Malaysia, harus kena tengking papa. Berjalan sorang–sorang silap hari bulan kena culik, itu ayat tetap papa kalau marah.
Syazwan sengaja mengajak Maya melalui kawasan taman berdekatan universiti, nak ambil feel berdua–duaan dengan gadis itu.
Ting! Tiba-tiba muncul idea di fikiran Syazwan.
“Maya, wait. I have something for you.” Lengan Maya dipaut Syazwan, menyuruh agar Maya berhenti.
Maya menoleh dengan kening terangkat.
“What?”
Syazwan tidak menjawab. Bunga tulip di taman dipetik sekuntum. Sempat kepala toleh kiri kanan, takut kantoi petik bunga dan bunga tersebut diselitkan pada telinga Maya. Bibir mengukir senyum.  Cantik! Lagi–lagi dengan muka terkejut Maya. Comelnya singa!
“For you. Yellow means friendship,” kata Syazwan. Sengaja dia memetik warna kuning, ada maksud tu!
Maya tercengang. Ingin disentuhnya bunga di telinga tapi lengannya ditepis Syazwan lembut.
“ Awak nampak cantik macam tu,” kata Syazwan lagi. Suara sudah berubah romantik. Diri sendiri sudah telan liur. Sejak bila pula dia pandai bercandaria di taman begini?
Maya terdiam. Kaku sesaat! Kemudian, bibir comel itu menguntum senyum perlahan–lahan.
“Thank you.”
“My pleasure,” jawab‘eye smile’ di depan mata.
“Nak tengok tak muka awak macam mana?” tanya Syazwan.
Maya angguk kepala dengan senyuman masih di bibir.
“Give me your phone. I’ll take a picture of  you.”
Maya menyeluk beg, mencapai telefon dan menghulurkannya pada Syazwan. Nak juga letak jadi profile pic Facebook yang baru, lagipun dia baru buka akaun baru. Itupun Mala yang suruh, sebelum dia ke sini bulan lalu. Zaman sekarang Friendster dah tak main dah.
Klik!
Syazwan tersenyum. Comel saja muka Maya posing dengan tangan gaya peace dan tulip kuning tersemat cantik di telinga kanan. Bluetooth dipasang, nak letak gambar Maya jadi wallpaper di telefon sendiri boleh tak? Kemudian, senyap–senyap dia mendail nombor telefonnya menggunakan telefon Maya. Dan bila telefonnya berdering, makin lebar senyuman Syazwan. Dah dapat nombor Maya!
Bulat biji mata Maya sebaik tersedar apa sebenarnya yang sedang Syazwan lakukan. Tertipu juga dia dengan buaya yang bernama Syazwan itu.
“Pandainya awak,” kata Maya perlahan. Blackberry pantas diambil dari tangan Syazwan.
Save my number, Maya. Lepas ni dah boleh message,” balas Syazwan sambil mengenyitkan mata.
Maya terpana. Syazwan!

No comments:

Post a Comment