Memandang wajah maya yang mencuka, Syazwan Imad tarik
nafas panjang-panjang. Berdekatan dengan Maya begini buatkan dadanya jadi sesak
dengan pelbagai rasa.
‘Maya... saya
sayang awak. Sayang sangat-sangat dan sayang saya ini tak pernah berubah dari
saat kali pertama saya meluahkannya sehinggalah kini. Bertahun berlalu, walau
tanpa awak di sisi, rasa sayang itu tetap mekar.’ Bisik hati Syazwan
sendiri.
Dan... kenangan di Sheffield menjengah lagi. Saat
kali pertama dia mengucapkan kata sayang pada Maya dan melamar Maya dengan cara
tersendiri.
TING! Ting! Ting!
Pemegang besi di balkoni diketuk Syazwan berkali–kali
dengan menggunakan botol. Sambil kepala naik mendongak ke arah balkoni apartment di tingkat empat. Curi idea
dari Tan Sri P. Ramlee yang mengetuk tingkap.
Seminit berlalu. Dua minit. Lima minit. Tiada sesiapa
yang muncul dan Syazwan mengetuk lagi.
Ting! Ting! Ting!
“Shaz! Baik kau panjat aje terus bilik dia tu. Bising–bising
tengah malam macam ni apahal? Nanti mengamuk lagi makcik kat sebelah tu,”
laung Hakimi dari dalam.
Jiran sebelah rumah pantang sangat dengar bunyi bising.
Bunyi bising blender pun dah
mengamuk. Kalau nak berparty sakan, apartment mereka memang tidak boleh
diguna pakai. Silap hari bulan nanti kena halau tuan rumah sebab jiran mereng tu selalu sangat komplen.
“Aku memang nak panjat, tapi dia yang tak kasi,” jawab
Syazwan selamba.
Hakimi tersenyum sumbing.
Syazwan dan Maya. Nak describe macam mana? Merpati dua sejoli. Maya yang cantik itu,
Syazwan yang dapat. Kalau muka memang jenis hot
market, mana–mana perempuan pun akan tertarik. Baik ke tak, belakang kira.
“Maya tu bukan anak ikan biasalah, Shaz. Kau give up ajelah dengan dia tu.” Vijay
menyampuk.
Syazwan menjenguk ke dalam. Kurang asam punya kawan dua
ekor. Perempuan sehebat Maya Laila, tak adanya dia nak lepaskan begitu saja.
Alang–alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dia sayang Maya,
okey!
Maya bukan calang–calang perempuan yang dia pernah cuba
selama ini. Maya Laila jinak–jinak merpati. Nampak saja jinak. Tapi bila
ditangkap, terbang lari. Membuatkan dia selalu kempunan dan merasa di dalam
mimpi.
Ting! Ting! Ting!
Syazwan masih tidak berputus asa, semakin lama semakin
kuat dia mengetuk botol.
Tiba-tiba Nadia muncul di depan muka pintu balkoni
dengan muka yang bertampal mask di
muka. Terhenti terus gerak tangan Syazwan.
“Awak nak apa?” tanya Nadia dengan suara mono. Berpeluk tubuh di depan pintu
balkoni dengan gaya pengetua zaman sekolah menengah dulu.
“Errr..Maya ada?”
Hakimi dan Vijay di dalam sudah ketawa mengekek. Kalau
Syazwan tiba–tiba gagap begitu, bermaksud harimau yang keluar.
“Maya mandi. Awak tunggulah kejap lagi,” jawab Nadia nak
tak nak.
“Okey. Beritahu dia saya tunggu sini,” balas Syazwan.
“Hmmm....” Nadia masuk semula ke dalam apartment, meninggalkan Syazwan yang
masih terkaku.
Fuh! Lega hati. Biasanya Nadia akan marah–marah.
‘Janganlah memekak
malam–malam. Tak senonoh.’
‘Sabarlah dulu,
tak payah nak ketuk–ketuk botol. Nanti pandailah Maya keluar.’
Tapi hari ini okey sikit. Dengan Nadia memang dia takut.
Teman baik Maya yang garang mengalahkan harimau beranak tiga. Senyum tak
pernah, bertegur sapa pun jarang–jarang. Sayang, wajah cantik itu patutnya
lebih selalu senyum. Bukan tayang iron
face.
“Hai.” Suara Maya kedengaran menyapa mematikan lamunan
Syazwan tentang Nadia.
Syazwan mendongak. Maya berdiri di balkoni sambil
tersenyum. Di atas kepalanya berbungkus tuala kecil. Oh! Kekasih baru lepas
mandi, wajah cantik yang teramatlah segar bugar.
“Hai,” balas Syazwan dengan senyuman juga.
“Bising sangat awak malam ni. Ketuk sekali pun dah
cukup, bukan saya tak tahu.”
Syazwan tergelak. Tangannya ligat memusing–musing botol
kaca yang dipegang.
“Hari ni rindu sangat,” jawab Syazwan jujur.
Terhambur ketawa Maya. Itu memang ayat buaya Syazwan.
“Kan tadi baru jumpa. Takkan tak puas lagi.”
“Tu tadi, petang. Sekarang dah malam, mestilah rindu
lagi,” balas Syazwan dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
Maya berdiri sambil menongkat dagu di pemegang besi.
Ralit matanya menatap wajah Syazwan. Wajah yang berjaya mencuri hatinya sejak
kali pertama berjumpa. Sempoi dan pandai menjaga hati. Dua perkara saja yang
dia tidak berkenan.
Syazwan enjoy
memanjang.
Iman Syazwan
sangat cetek. Mengalahkan ceteknya Sungai Ganges ketika kemarau.
Akan berubahkah Syazwan? Itulah yang dia harapkan dan
menjadi doanya saban hari. Dalam diam juga dia mengimpikan agar satu hari nanti
Syazwan akan menjadi suaminya yang sempurna dan membimbing keluarga mereka
berdua. Adakah impian dan doanya termakbul?
“Maya, awak menung apa? Dengar tak soalan saya?”
Lamunan Maya terhenti. Dia mengukir senyum.
“Awak ni tak romantiklah. Tiap–tiap malam awak ketuk
besi dengan botol. Call ajelah saya,
tak pun awak missed call. Saya akan
keluar,” kata Maya.
Bagi hadiah bunga. Mr.
Teddy untuk peluk tidur malam. Candle
light dinner. Menari dalam hujan. Itu semua bukan cara Syazwan. Pendek
kata, dia tak romantik. Dan itulah yang Maya sangat senangi. Kalau romantik
sangat, dia sendiri pun boleh semput.
Syazwan jenis lelaki yang sempoi dan chillax. Makan di kafe biasa, pujuk pun
setakat bertelefon. Dating pula di
balkoni bilik, sambil menyanyikan lagu–lagu yang digemarinya pada Maya. Membuai
perasaan Maya yang makin dilamun cinta.
“Cara ni jimat. Macam zaman P. Ramlee. Nak dating ketuk aje tingkap,” jawab Syazwan
selamba.
Pecah lagi ketawa Maya mendengar jawapan Syazwan.
“Ini bukan zaman 60–an, Shaz. Orang dulu–dulu tak ada handphone, bolehlah buat macam tu. We do have handphones, so next time just
call,” kata Maya.
Bukan dia tak suka, tapi bimbang jika Syazwan mengganggu
Nadia. Ketuk–ketuk besi hampir setiap malam, lama–lama nanti kepala Syazwan
yang diketuk Nadia kalau orang tu dah tension
sangat.
Syazwan menyandarkan tubuhnya pada pemegang besi.
Matanya tidak lepas memandang wajah segar Maya di tingkat atas sebelah kanan.
“Sing me one song
tonight,” pinta Maya.
“Lagu apa?”
“Any song.”
Syazwan tersenyum. Berlalu masuk sebentar dan muncul semula
dengan gitar di tangan.
I'll be your dream, I'll be your wish I'll be your fantasy,
I'll be your hope, I'll be your love be everything that you need,
I love you more with every breath truly madly deeply do,
I will be strong I will be faithful 'cause I'm counting on a new beginning,
A reason for living. A deeper meaning.
I'll be your hope, I'll be your love be everything that you need,
I love you more with every breath truly madly deeply do,
I will be strong I will be faithful 'cause I'm counting on a new beginning,
A reason for living. A deeper meaning.
I want to stand with you on a mountain,
I want to bathe with you in the sea,
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me.
I want to bathe with you in the sea,
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me.
Maya menongkat dagu
di balkoni. Menghayati persembahan Syazwan. Suara merdu Syazwan seolah mendodoikan
dia untuk terlena.
Baru menyanyi
separuh, Syazwan berhenti. Memandang tepat ke dalam anak mata Maya.
“Maya, tidur dengan saya malam ni,” ujar Syazwan
selamba.
Maya ketawa lagi. Senangnya jantung hati ajak tidur
sama! Ingat dia bantal peluk ke apa?
“No.” Maya menolak tegas.
“Why? Awak
kata awak sayangkan saya, then prove it,”
duga Syazwan.
Maya dengan sisa ketawanya menggelengkan kepala. Ini
memang cara pasangan bercinta zaman sekarang ke? Semua nak bukti, bila menyesal
kemudian hari nanti tak ada siapa pun yang peduli.
“Ada banyak lagi cara lain nak buktikan cinta, Shaz,”
balas Maya.
Syazwan tayang senyum. Maya memang susah untuk didekati.
Pergi kelab, Maya tak nak. Lepak di rumahnya pun Maya tak nak. Inikan pula nak
tidur sama.
“Okay, fine.
Saya takkan buat apa–apa. Cuma datang dan tidur dengan saya. Boleh?” Syazwan
masih cuba untuk memancing.
Maya geleng kepala lagi. Senyumnya masih di bibir.
Syazwan! Syazwan! Semua pun hanya diambil mudah. Bagi lelaki, mereka takkan
rugi apa–apa. Tapi perempuan? Kalau lubang dah ditebuk tupai siapa yang nak?
Parah.
Hakimi dan Vijay yang duduk di sofa di ruang tamu
berpandangan sesama sendiri. Syazwan dah mula naik daun. Selama ni ingatkan dah
give up dengan Maya.
“I bet she won’t
agree.”
“I bet she will.”
Dua–dua membuat andaian sendiri di dalam sana.
“Maya, jangan main tarik tali dengan saya. Dah hampir
enam bulan, Maya. Bila lagi awak nak cair dengan saya?” tanya Syazwan terus
terang.
Kadang–kadang, terbit juga rasa putus asa dengan Maya.
Tetapi tarikan Maya terlampau kuat. Jantungnya sentiasa bergetar saat nama maya
terlintas di minda. Gembira? Dia sentiasa gembira bila bersama Maya.
Maya menggeleng lagi. “Saya bukan perempuan murahan,
Shaz. Saya membesar dengan didikan yang cukup. Dan cara awak ni, seriously I don’t like it,” kata Maya
tenang.
Nadia di dalam memasang telinga. Puas hatinya bila Maya
berkata begitu. Dalam banyak–banyak lelaki, entah kenapalah teman baiknya itu
boleh tersangkut dengan buaya bermata helang yang bernama Syazwan.
Syazwan diam sejenak. Bukan dia tidak tahu Maya jenis
perempuan yang begitu. Cukup didikan agama dan kasih sayang keluarga.
Tapi dia? Ketandusan kasih sayang. Mama sibuk, papa
lagilah. Batang hidung cuma nampak sebulan sekali. Nak sembahyang, nak hidup
bermoral, semua dia tak reti. Tiada
siapa yang ajar. Dan hasilnya adalah dia yang sekarang.
“Okey. Saya hormat awak. Saya takkan paksa awak. Tapi
saya nak tahan sampai bila? Tengok awak aje pun saya rasa macam nak ngap.” Syazwan berterus terang. Jujur
sungguh seorang Syazwan Imad.
Memang! Lelaki kalau tengok perempuan cantik depan mata
mana tahan. Lebih–lebih lagi macam Maya yang miliknya tapi tidak sepenuhnya. Giler susah nak menahan!
Hakimi dan Vijay di ruang tamu menggelengkan kepala. Straight forwardnya Syazwan. Mana tidak,
selama ini semua perempuan pun cair dengan Syazwan. Tapi bila dengan Maya,
Syazwan kalah teruk. ‘A perfect guy will
lose to a perfect girl, Syazwan.’
Maya tersenyum lagi. Masih dalam posisinya tadi, menongkat
dagu pada pemegang besi sambil memandang wajah Syazwan yang sudah berubah
tegang.
“Saya lelaki biasa Maya. Ada sembilan akal dan satu
nafsu,” sambung Syazwan lagi.
Maya tergelak besar. Ya, lelaki ada sembilan akal dan
satu nafsu. Perempuan pula, sembilan nafsu dan satu akal. Sebab itulah ramai
yang mudah terpedaya dengan lelaki sehebat Syazwan. Sanggup menyerah diri
asalkan diberi apa yang diingini.
“Shaz, awak kena pandai kawal satu nafsu awak tu. Awak
kena..”
“Kalau tak dapat kawal macam mana?” Syazwan memintas
ayat Maya.
Maya mengeluh. Menasihati Syazwan memang susah. Umpama
masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
“Then when can I
get you?” tanya Syazwan setelah Maya lama diam.
“The day when you
become my husband and I become your wife,” jawab
Maya.
Terangkat sebelah kening Syazwan. Semudah itu?
“Then marry me,
Maya,” kata Syazwan.
Melopong mulut Maya. Nadia di sebalik langsir juga
begitu. Hakimi dan Vijay pula sampai ternganga mulut. Syazwan dah gila ke apa?
“Maya, will you
marry me?” tanya Syazwan lagi.
“Shaz, marriage is
not a joke.”
“Maya, I’m being
serious now. Saya tak buat lawak. Tunggu kejap.” Syazwan menghilang di
sebalik pintu.
Maya terkaku di balkoni. Bagaikan tidak percaya dengan
ayat power Syazwan. Gembirakah dia?
Ya!
Syazwan muncul
semula dengan sehelai baju di tangan.
“Nah, ambil ni.” Jersi Germany yang berwarna putih itu dilempar penuh hati-hati pada Maya
di balkoni atas.
“Saya tak ada cincin nak lamar awak. Nak beli pun tak
sempat, kedai dah tutup. Kalau awak terima, pakai jersi tu. Then you’re mine. Kalau tak, awak buang
aje terus jersi tu ke bawah. It’s up to
you and I’m waiting.” Syazwan berdiri mendongak ke arah Maya dengan kedua–dua
belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar pendeknya.
Pandangan Maya jatuh pada jersi di tangan yang sempat disambut
tadi. Kemudian beralih pula pada Syazwan yang masih memandangnya.
“Maya, I’m
waiting,” kata Syazwan lagi. Mengharapkan jawapan
positif dari Maya. Mana nak letak muka kalau proposal kena tolak?
Maya cintakan Syazwan sepenuh hati. Dan berkahwin dengan
lelaki yang dicintai adalah impian setiap perempuan. Tetapi andai dia terima,
betulkah keputusannya itu nanti? Bersuamikan lelaki seperti Syazwan, tinggi
risikonya.
Argh! Sekarang dia masih mampu bertahan. Tapi bagaimana
jika nanti–nanti? Bila sudah semakin intim, lain jadinya. Hasutan syaitan pun
tak kira masa, akan terus menggoda hinggalah manusia tergoda. Silap hari bulan,
dia termakan pujuk rayu Syazwan. Makinlah parah.
“Maya,” panggil Syazwan lagi.
Pandangan mereka berdua bersabung.
“Kalau awak tak nak, saya tak paksa. Awak boleh buang aje
baju saya tu ke bawah,” ulang Syazwan. Give
up? Agaklah. Rasanya sudah hampir lima minit Maya berdiam diri.
Baju Syazwan
dipandang Maya lama. Pelbagai perkara harus diambil kira sebelum membuat
keputusan berani mati.
“Shaz,” panggil Maya.
“Hmm.”
Maya menyarungkan baju jersi milik Syazwan ke tubuhnya
yang masih dibaluti t–shirt longgarnya.
Syazwan menyimpul senyum.
“I’m yours,” kata Maya.
“Hah?!”
Serentak itu, Nadia, Hakimi dan Vijay menjerit dengan
kepala ketiga–tiganya terjengul di sebalik pintu.
“Thank you,” ucap Syazwan.
Maya tersenyum lebar. Dia mahukan hubungan yang halal.
Dan jalan yang terbaik adalah keputusan yang dibuatnya kini.
No comments:
Post a Comment