Syazwan lepas
nafas lega sebaik mamanya berlalu pergi. Satu hal sudah selesai, tinggal lagi macam
mana mahu meraih Maya kembali dan sekaligus mendapatkan Mia Shaza.
Mendongak ke langit gelap dan kemudiannya mata Syazwan
jatuh pada kebun mini milik mamanya. Angin yang bertiup membuatkan
bunga-bungaan milik mama yang sedang mekar berkembang bergerak bagai
melambai-lambai. Ros merah, mengingatkan Syazwan pada winter di Sheffield.
Ros merah adalah hadiah pertama Syazwan untuk Maya dan
dibawakan terus ke depan pintu apartment penginapan
Maya.
“MAYA, tetamu datang. Nak bagi hadiah.” Suara Nadia
menjerit kuat sebaik melihat Syawan bersama bunga ros di depan pintu.
Maya yang sedang duduk di kaunter dapur menjenguk ke
luar. Wajah serius Nadia dan di belakang? Ngeee...jantung
hati tak rasmi. Maya tersenyum dan bergerak ke arah pintu. Nadia sudah
melabuhkan duduk di ruang tamu. Tak nak jadi tiang lampu.
“Saya mesej awak tak jawab pun,” kata Syazwan.
Maya terdiam sejenak. Oh! Tangan menepuk dahi sendiri.
“Phone is inside
the room.” Maya tayang senyum membuatkan jantung
Syazwan jadi dup dap dup dap. Tempo
dah lari. Mata masih tidak lepas memandang gadis pujaan biarpun baru sehari
tidak bersua muka. Angau? Agaklah.
“For you,” Syazwan menghulurkan ros merah di tangan.
Oh my! Membulat mata Maya dengan tangan kanan menekup mulutnya yang
separuh terbuka.
“Untuk saya ke?” tanya Maya tidak percaya.
“Taklah. Untuk anak patung awak.”
Maya ketawa kecil. Alahai hati sudah berbunga warna–warni.
Huluran bunga disambut dengan senyuman lebar.
“Thanks, that is
so sweet of you.”
Syazwan tersenyum. Bersandar pada pintu apartment dengan senyuman buaya. Perempuan
suka bunga. Jadi kalau nak bagi hadiah memang mudah. Apa–apa bunga pun boleh.
Asalkan bukan bunga tahi ayam.
“Bersiap boleh tak? Nak ajak awak keluar,” pinta
Syazwan. Bosan duduk di rumah hujung minggu begini. Lagipun memang dah plan awal–awal nak menyunting Maya
menjadi kekasih hati secara rasmi.
Maya masih mencium bunga yang baru diberi. Harum dan
segar. Mesti Syazwan beli dari kedai bunga di seberang jalan.
“Where to?” tanya Maya. Berdiri di depan Syazwan dengan senyuman yang tak
lekang di bibir.
“Meadowhall.
Jalan–jalan. Then dinner luar. Okey
tak? Vijay kata 7 Spices Balti
sedap.”
Maya berkira–kira. Baru dua bulan kenal, Syazwan sudah
pandai mengajak keluar. Dah naik satu level
nampak. Maya mengangguk kepala.
“Tiga puluh minit. Saya tak mandi lagi,” pinta Maya.
Syazwan mengenyitkan mata, isyarat sanggup menunggu.
Demi Maya. Syazwan melabuhkan duduk di anak tangga bila pintu ditutup Maya.
Rokok sebatang dikeluarkan. Nak buang rasa bosan.
Pertama kali menunggu perempuan di tangga. Nak tunggu di
dalam apartment memang ke lautlah
jawabnya. Maya tak kasi. Nadia lagilah. Harimau jadian yang jarang–jarang
tersenyum. Paling–paling pun cuma mengangkat kening ala–ala Ziana Zain.
Datang bertandang di rumah anak dara bukan
budaya kita.
Ayat membunuh
Maya bila dia datang untuk menghantar chicken
pie hasil tangan sendiri ketika mula–mula dulu mereka kenal dulu. Terhenti
langkah kaki, sudahnya dia hanya berdiri di muka pintu dengan muka yang buat–buat
cool. Malu nak mampus bila kena tegur
cara halus oleh Maya.
Dia tak kisah sebenarnya. Selama ini pun kawan–kawan
perempuan yang lain tak pernah menegur. Masing–masing tutup sebelah mata
biarpun tidak ada niat lain, setakat nak melepak chit chat untuk buang masa.
Tapi Maya dan Nadia? Biarlah. Dia hormat dan takkan main
terjah masuk. Stok budak baik memang begitu.
Habis rokok sebatang, puntung rokok dibuang ke lantai
dan dipijak dengan hujung kasut. Tak kisah nak buang di mana pun. Setiap hari
memang ada pekerja khas yang akan membersihkan bangunan. Malam ni buang sampah
di tangga, esok pagi dah bersih.
Jam tangan dikerling sekilas. Lamanya. Syazwan bangun
dan menepis–nepis punggungnya. Kotor okey!
Pintu apartment
dibuka, membuatkan Syazwan berpaling. Maya muncul dengan skinny jeans berwarna hitam dan trenchcoat
Mango berwarna merah. Sling bag Carlo Rino berwarna hitam tergantung
cantik di tubuh. Gaya
santai seorang Maya Laila.
“Sorry lambat.
Jom,” kata Maya. Baru kakinya mahu melangkah turun, Nadia menjenguk keluar.
“Maya, magic ada bawa tak?”
tanya Nadia dengan dahi berkerut.
Maya angguk kepala sambil menunjukkan ibu jari. Don’t worry, babe. I’ll be fine!
Hanya pandangan mata Nadia saja yang menghantar Maya dan
Syazwan menuruni tangga. Janganlah Maya terlupa. Magic tu penting. Sangat berguna di kala kecemasan. Lagi-lagi bila
keluar berdua dengan spesis lelaki seperti Syazwan. Nak tegur lebih, takut Maya
terasa hati. Dia yakin Maya boleh jaga diri. Kalau ada apa–apa terjadi pada Maya,
dialah orang pertama yang akan timbus Syazwan hidup–hidup di dalam pasir.
“Magic tu apa?”
tanya Syazwan ingin tahu. Mereka berdua beriringan keluar dari pintu utama blok
mahu menuju ke Meadowhall. Nak dating di taman sekarang bukan musim
yang sesuai, mahunya nanti dia dan Maya tak beku satu badan. Tapi dia sanggup
hangatkan tubuh Maya kalau Maya nak, dia sangat berbesar hati.
“Pepper spray.” Maya tergelak. Nak sangat tahu kan?
“Huh?” Terdiam sejenak Syazwan. Jangan main–main, siap
ada perisai lagi si Maya ni.
Sampai di Meadowhall,
Syazwan mencapai tangan Maya dan digenggam erat. Hangat terasa biarpun tangan
Maya masih dibaluti gloves. Buat–buat
tak peduli bila Maya menoleh dan memberikan pandangan ‘erk’ padanya.
“Acting like BFGF is
sometimes fun, Maya.” Syazwan berkata selamba
sambil mengenyitkan mata.
Maya tergelak. Tangannya membalas genggaman Syazwan.
“Maya, awak asal
mana?”
Maya menoleh semula.
“Ice breaking
ke?” tanya Maya.
Syazwan tergelak. Sudah dua bulan kenal Maya, tak banyak
yang dia tahu tentang gadis di sebelahnya ini. Yang dia tahu cuma nama penuh
Maya. Full stop!
“Mama dan papa asal Ipoh. Menetap di KL,” jawab Maya. Mata melilau–lilau
melihat sekeliling. Hujung minggu begini memang banyak pengunjung yang
menghabiskan masa di Meadowhall,
salah satu pusat membeli belah yang terletak di tengah bandar Sheffield.
“Saya asal KL. Sekarang duduk di PJ,” balas Syazwan.
PJ dengan KL tak
jauh pun. Bolehlah berjumpa kalau cuti summer
nanti. Otak Syazwan sudah mencerna rancangan di luar alam.
“Maya, that red
rose I gave you. Ada
makna tu.” Syazwan mula membuka mukadimah agenda utama untuk hari ini.
“Meaning?”
Alahai Maya. Buat–buat tak tahu. Red means love!
“Be my girl,
Maya.”
Hah?! Maya terkedu. Syazwan dipandang tanpa kedip.
“Awak dan saya, sama–sama suka. So let’s just be more than friends. BFGF,” kata Syazwan lagi. Straight to Ampang point terus!
“Hari ni April
Fool ke?” soalan bodoh Maya.
Syazwan ketawa kecil. Dia tahu Maya gelabah.
“Saya sayang awak Maya. Be my girl,” ulang Syazwan.
Maya senyum plastik. Malunya. Pipi sudah terasa merah
semacam.
“Yes or no?” tanya Syazwan.
Maya diam seminit. Tanpa menoleh ke arah Syazwan di
sisi, dia mengangguk kepala.
Syazwan tersenyum lebar. Maya sudah berjaya ditawan.
Dengan rasminya mereka berdua kini sudah naik satu pangkat, BFGF–Boyfriend Girlfriend.
“How do you feel
now? Happy? ”tanya Syazwan sambil tersengih. Bahu
Maya dipeluk mesra.
Maya tergelak. Dia menoleh ke sisi, bersabung mata
kedua–duanya. Syazwan tersenyum lebar.“Eye
smile’ yang membuatkan Maya jatuh sayang.
“My heart goes sha
la la la la,” jawab Maya.
Pecah ketawa Syazwan. Bubbly Maya!
Maka bermulalah kisah cinta di antara Syazwan Imad dan
Maya Laila. Kisah yang bermula dengan sebuah persahabatan yang singkat, kini
bertukar menjadi percintaan yang akan
berakhir dengan kisah tersendiri.
Hati Syazwan berkata : In love with you and to only you, I definitely will Maya.
Hati Maya berkata : In
love with you and to be yours, I wish my fate is you, Shaz.
No comments:
Post a Comment