“Yang!”
Dhamira
berpaling dari kaunter pendaftaran. Wajah Danial yang berkerut menyapanya.
Dhamira terasa ingin melemparkan diri dan menangis dalam pelukan Danial. Mahu
melampiaskan segala yang terpendam sejak malam tadi ke bahu adiknya. Melihat wajah
Danial sahaja tubuh sudah menggigil sedikit.
Lengan Dhamira
dicengkam lembut. “Fika, aku jumpa Mira kejap. Kau dah dapat kunci bilik kau
mesej Mira nombor bilik nanti, ya?” Bagasi kepunyaan kakaknya diangkat mudah.
“Okey!” balas
Shafika ringkas. Melihat wajah keruh Danial serta riak Dhamira yang berubah
sebaik bertemu Danial, Shafika tidak menahan. Dia tahu ada sesuatu yang dua
beradik ini perlu bincangkan.
Dhamira
mengikut sahaja arah yang dituju adiknya. Langsung tidak perasan akan reaksi
beku Rafique yang masih berdiri di lobi hotel. Dengusan hanya mampu dibuat di
dalam hati. Tajam matanya melihat tangan Danial yang melekat di lengan Dhamira.
Sehingga kelibat Dhamira tidak lagi kelihatan pun dia masih memandang ke arah
laluan gadis itu tadi.
“Long? Along
okey?” Pelik Shafique melihat wajah abangnya yang sedikit kemerahan. “Kunci dah
dapat ni. Kalau along penat, jom la rehat dulu...”
“Hmmm...” Tiada emosi. “Fika?”
“Dia pun dah
dapat bilik. Jom...”
Mereka bertiga
berjalan menyusuri koridor mencari bilik yang telah ditetapkan oleh pihak
hotel. Seronok hati Shafika mendapat bilik yang bertentangan dengan bilik
Shafique serta Rafique. Dahlah dapat bilik di tingkat yang paling bawah. Mudah
untuk ke pantai, mudah untuk ke kolam renang dan mudah untuk ke tempat makan.
Usai solat
zuhur dan asar secara jamak diimamkan abangnya, Shafique mula bersiap untuk
keluar mencari makanan. Laparnya!
“Long? Tak nak
makan ke?” soal Shafique sambil mata merenung belakang tubuh abangnya yang
berdiri kaku di pintu gelangsar. Kedengaran alongnya itu melepaskan keluhan
kecil.
“Shaf... kau
suka pompuan yang macam mana?”
Rafique berpaling. Sempat menangkap riak Shafique yang terkejut dengan soalan
tidak semena-menanya.
“Pompuan? Emmm... yang baik-baiklah kut? Entahlah... Shaf tak pernah fikir pulak... Nape long?” Punggung dilabuhkan di birai katil bujang buat
seketika.
“Kau suka pompuan yang bebas bertepuk-tampar
dengan lelaki? Yang boleh bergurau-senda sambil bersentuh-sentuhan?”
Shafique
menggaru kepala. Bingung dengan perangai abang tunggalnya ini serta
soalan-soalan yang dilemparkan.
“Depends jugak long... Mungkin dia tak
sedar pun dia buat semua tu. Mungkin dia takde
rasa apa-apa pun, maksud Shaf, dia buat macam tu bukan untuk menggoda sesiapa tapi
tindakan refleks yang tak terkawal... Lainlah kalau dia sengaja nak
pegang-pegang tanpa sebab... Kalau pompuan
tu pompuan yang baik, Shaf rasa benda
tu boleh ditegur elok-elok. Lagi pulak
kalau dah jadi bini sendiri. Kita la patut bimbing isteri kita nanti, kan? Shaf
takde hallah...”
“Kau takde girlfriend, Shaf?” soal Rafique
ingin tahu.
Shafique
menggelengkan kepala. “Malaslah long. Shaf dah cukup pening dengan kerja Shaf sekarang
ni. Dengan nak hadap orang yang asyik nak jatuhkan perniagaan abi... Yang
dengki itu ini,” keluh Shafique. “Tak nak la tambah pening kepala lagi buat
masa ni... Along pulak? Dah ada ke?
Ibu asyik membebel je pasal along
tau!”
Rafique
menguak rambut ke belakang dengan jari-jemarinya. “Along pun malas nak
peningkan kepala. Pompuan zaman
sekarang ni too demanding! Belum apa-apa
dah kuat control. Lepas tu nak
layanan yang macam-macam. Perasan diri tu princess.
Bila along buat derk, tahu pulak nak cabut cari jantan lain...”
Kuat tawa yang
dilepaskan Shafique. “Along tu workaholic
sangat. Siapa yang tahan?”
Rafique
menyeluk saku seluar dengan kedua belah tangan. Tubuh disandarkan ke pintu
gelangsar. “Muda-muda camni la kena
kuat kerja, Shaf. Bila dah tua boleh goyang kaki!”
“Betul,
long... tapi kena la ada balance...”
Shafique menyuarakan pendapat. “Kerja, kerja jugak. Tapi aspek kehidupan kita yang lain pun, kena jaga...”
“Kau ni macam
orang tua, Shaf!” tegur Rafique. Bibir koyak kecil.
Shafique
tersenyum. Rasa terhibur berbual begini dengan abangnya. Seingatnya, mereka
tidak pernah berbual lama begini. Mereka tidak banyak persamaan. Personaliti
juga berbeza. Dia sempoi dan
gila-gila manakala abangnya tegas dan terlalu serius... seakan tidak tahu untuk
berseronok. Kegemaran masing-masing pun tidak sama. Jadi mereka tidak pernah
mencuba untuk ‘mengenali’ antara satu sama lain sebelum ini.
“Along pernah
serius dengan mana-mana pompuan?”
Lama Rafique
berfikir sebelum kepalanya menggeleng perlahan. “Paling lama mungkin tiga
bulan... Tak sempat nak serius pompuan
tu dah cabut...”
Shafique tidak
tahu sama ada dia perlu bersimpati pada nasib abangnya atau menghamburkan
tawanya. Wajah serius abangnya sering membuat dia keliru dengan emosi sebenar
yang dirasai abangnya.
“Masih ada ke
orang yang nak jatuhkan abi?” soal Rafique perlahan. Abi mereka pernah
menceritakan cubaan pihak luar yang mahu menggangu-gugat perniagaan mereka.
Perniagaan yang sarat dengan persaingan. Semakin perniagaan abinya berkembang,
semakin giat cubaan untuk menjatuhkannya. Beberapa kali abi mereka menerima
tawaran daripada syarikat-syarikat di luar sana untuk mengambil alih
syarikatnya. Namun abinya terlalu sayang untuk menjual hasil penat lelah yang sudah
diusahakan bertahun-tahun lamanya. Apabila perniagaan masih kecil, tiada siapa
yang mengganggu. Apabila sudah berkembang seperti sekarang, ramailah yang mula
dengki.
“Ada, long. Personally, Shaf tak kisah pun kalau abi
nak jual. Leave this textile business
once and for all. Dah tiba masa abi pencen dan rehat je kat rumah. Pergi jalan-jalan dengan ibu. Tak payah pening-pening
kepala dah...” luah Shafique.
Agak lama
Rafique terdiam. “Along minta maaf kalau Shaf salahkan along tak nak join business abi...”
“Taklah...
Shaf tak kisah pun. Shaf tak salahkan along...”
Sedetik
kemudian, telefon Shafique berbunyi tanda ada pesanan yang baru masuk. Shafique
mencapai telefonnya. “Fika mesej. Diaorang
dah ada kat coffee house. Tengah
tunggu kita. Jom, long? Shaf lapar...”
Rafique akur.
Pintu bilik dikunci dan kaki menapak ke arah coffee house yang terletak tidak jauh dari kolam renang. Hampir
terhenti langkah Rafique melihat wajah Dhamira yang sudah berubah ceria. Mata
masih sedikit bengkak namun tawa yang dilepaskan ketika mendengar sesuatu yang
diperkatakan Shafika menggegarkan kotak telinganya. ‘Cerianya dia! Dah jumpa si
pemain gitar terus jadi happy macam
ni?’
Rafique serta
Shafique masing-masing menarik kerusi. Rafique sengaja mengambil tempat
berhadapan Dhamira. Melihat wajah gadis itu yang mencemik sedikit membuat dia
hampir melepaskan senyumannya.
“Korang dah oder?” soal Shafique. Pelayan
digamit agar menghampiri.
“Dah...” balas
Shafika.
Shafique
membuat pesanan. Rafique juga.
“Boy mana,
Mira?” Shafique bertanya sambil mata diliarkan ke sekeliling coffee house.
“Tengah practise. Malam kang diaorang perform kat sini...” sedikit
serak suara Dhamira. Seakan baru lepas menangis. Terjongket kening Rafique.
“Kau join diaorang tak malam ni?”
“Hesy! Tak
kuasa! Biarlah Anis sorang je yang perform...”
Shafique
menggelengkan kepala. “Aku tak faham kau ni la. Dulu elok je perform atas stage.
Kalau ada talent show je, nama kau la
yang pertama sekali akan masuk senarai. Tapi sekarang...” Shafique sengaja
menggantungkan ayatnya.
“Shaf!” tegur
Shafika. Matanya tajam mencerlung ke mata Shafique. Memberi amaran agar
Shafique mengunci mulut.
“Sorry, Mira...” ucap Shafique dalam nada
bersalah. “Aku tak sengaja...”
Rafique
perasan akan perubahan di wajah Dhamira. Mula-mula, agak terkejut dengan
kata-kata Shafique sebelum garis-garis luka terbit di ruang mata. Kini wajah
tenang dipamerkan. Hmmm... Shafique
yang terlepas kata tadi telah memberi sedikit penjelasan tentang latar belakang
Dhamira. Gadis itu memang minat menyanyi. Pernah suatu waktu dahulu, dirinya
selesa membuat persembahan di atas pentas. Namun kini tidak lagi. Merakam suara
dalam iklan radio pun dia tidak mahu, sekiranya tidak dipujuk oleh si pemain
gitar. Maknanya, persembahan yang dilakukan pada malam resepsi temannya, Yusri,
pun dia dipaksa? Hmmm... Interesting...
Dhamira diam
tidak membalas. Hanya anggukan kecil menandakan ucap maaf Shafique diterima.
Santapan
tengah hari dijamah dalam suasana sepi, namun sedikit santai. Dhamira sudah
kembali lega pabila dapat menangis di bahu adiknya. Dan seperti biasa, Danial
pandai memujuk. Kisah remaja bernama Amin yang didera keluarga sendiri
benar-benar memilukan. Artikel yang ditulis Dhamira tentang Amin hampir tidak
dapat disudahkan. Namun digagahkan juga tangan menaip kerana tidak mahu
menghampakan Danial yang menanti kehadirannya hari ini.
“Nasib baik
kita dapat check in awal kan? Padahal
belum pukul 3.00...” Shafika tiba-tiba bersuara.
“Bilik banyak
kosong kut. Sebab tu bilik kita dah ready.
Tak perlu nak tunggu orang kemas...” teka Shafique.
“Fika?”
Shafika
memanggung kepala lalu menoleh ke sebelah kirinya. Tubuh automatik berubah
kaku. “Qib...” bisik Shafika. Wajah semakin kehilangan darah.
Berkerut dahi
Rafique melihat Shafika yang kelihatan seperti baru terserempak dengan makhluk
halus. Riak Dhamira serta Shafique di sebelahnya yang berubah tegang juga
membuat dia tertanya-tanya. Siapa lelaki ini? Lelaki yang jelas dikenali oleh
adik-adiknya serta Dhamira. Ya Allah... banyaknya yang dia tidak tahu tentang
adik-adiknya. Hati dihentak rasa bersalah.
“Fika!” Wajah
lelaki itu berubah ceria. “I dah lama cari you. Tak sangka kita dapat jumpa
hari ni...”
Perlahan-lahan
Shafique bangun. Tangan mengepal penumbuk. “Get
lost!” Arahan yang dikeluarkan dari celah gigi.
Naqib
mengangkat kedua belah tangan ke atas. “Shaf... aku bukan nak buat apa-apa. Aku
happy sangat dapat jumpa Fika...”
Mata dikalihkan ke wajah Shafika. “Fika, can
we talk?”
“Get lost!” giliran Shafika menghalau
Naqib.
“Fika, Shaf...
kenapa ni?” Rafique bersuara.
“Kau baik blah, Qib, kalau kau tak nak penumbuk
aku singgah kat muka kau!” gertak Shafique tanpa menghiraukan soalan abangnya.
“Fika, please...” rayu Naqib. Shafika sudah
mengalihkan pandangan. Dia tidak sudi memandang ke wajah lelaki itu. “Okey...
mungkin you masih terkejut jumpa I hari ni... Kalau you dah tenang semula, call me, okay? I kat bilik 206...” ujar
Naqib sebelum lambat-lambat meninggalkan meja mereka berempat.
“Can somebody tell me what’s going on?”
Rafique sudah panas hati. Terasa diri dipinggirkan. “Siapa lelaki tadi?”
Shafika
bingkas bangun. Mata sudah berair. Pantas dia beredar keluar dari coffee house. Kaget Dhamira jadinya. Dia
berlari mengikut langkah temannya. Ingin memujuk. Ingin menenangkan. Ingin
meminjamkan bahu serta telinganya...
“Shaf?”
Shafique
berpaling ke arah abangnya. “Sorry,
long. Lelaki tadi tu Naqib. A
photographer...”
“And?” soal Rafique tidak sabar.
Berat keluhan
yang dilepaskan Shafique. “Fika kenal masa final
year. Fika guna khidmat lelaki tu untuk assignment
dia tahun tu...” Shafique menggelengkan kepala. “Selebihnya Shaf tak boleh
cerita kat along. Kalau along nak tahu, along kena tanya Fika...”
Rafique
mengetap bibir. “Shaf, did he hurt her?”
Berubah riak
Shafique. “I can’t say...”
“Jomlah...”
ajak Rafique. “Along nak tengok Fika kejap... Tadi nampak macam tak okey...”
Pelayan
dipanggil. Bil dicajkan ke bilik. Mata mula mencari Shafika serta Dhamira yang
tadi kelihatan seperti meluru menuju ke pantai. Matahari masih terik ketika
ini. Rafique pula tidak membawa aviatornya.
Perih matanya.
Seketika
kemudian kelihatan kelibat Dhamira yang berlari-lari anak ke arah mereka.
Riaknya sukar dibaca.
“Mira, kau nak
pergi mana?” soal Shafique cemas. “Fika mana?”
“Shaf, kau
pergi bawah pokok kelapa tu...” Mata mereka bertiga mengikut arah tunjuk jari
Dhamira. “Fika kat situ. Aku ada hal nak settle!
Cepat Shaf! She needs you!”
Tanpa
berlengah, laju Shafique menyusun langkah ke arah pokok yang disebut Dhamira
tadi. Meninggalkan Rafique termangu sendirian. Mata menjeling ke arah kanan,
melihat tubuh Shafique yang semakin menjauh. Kemudian mata dialihkan ke arah
kiri melihat tubuh kecil itu mendaki anak tangga naik ke atas. Entah mengapa
naluri Rafique mengatakan yang Dhamira kini menuju ke bilik 206. ‘Hesy! Takkan
nak biar dia sorang-sorang naik ke bilik lelaki tadi?’
Rafique
bergerak ke arah kiri. Menjejaki langkah gadis tadi.
Tiba di
tingkat 2, Rafique mendengar pintu bilik diketuk agak kuat. Dia menyusun
langkah ke hadapan. Ke arah bunyi ketukan itu. Di hujung koridor yang membelok
ke kiri dia berhenti. Dia menjengah kepala. Betul tekaannya. Dhamira sedang
mengetuk pintu bilik tidak jauh dari tempat berdirinya. Janganlah gadis itu
diapa-apakan!
Pintu bilik
dibuka. “Mira... Hai!” sapa suara lelaki tadi. Namun Rafique tidak dapat
melihat figuranya kerana Naqib masih berdiri di dalam bilik.
“Qib... tolong
jangan kacau Fika lagi. Please stay away
from her!” Rafique mendengar suara itu merayu.
“Mira...
tolong aku. Aku nak sangat jumpa Fika. Aku nak jelaskan semuanya pada dia...”
“Kau dah
pernah jelaskan pada dia dulu, Qib. Takde
bezanya dulu dan sekarang. Keadaan takkan mengubah apa-apa. Tolonglah! Leave her alone!” Suara Dhamira berubah
keras.
“Aku tak
mampu, Mira. Aku dah lama cari Fika. Aku tahu dia sambung belajar ke Paris.
Tapi aku tak tahu dia dah balik. Ini peluang aku nak betulkan semuanya, Mira.
Tolong aku...”
“No! Cukup apa kau dah buat dulu. Aku nak
warning kau! Kau jangan sekali-kali
dekat dengan Fika. Kalau Shaf takde
nak tumbuk muka kau, penumbuk aku yang akan singgah dulu, faham?” gertak
Dhamira. Tanpa menunggu balasan Naqib, Dhamira berlalu. Rafique membelakangkan
sedikit tubuhnya kerana sedar Dhamira akan menggunakan laluan tempat dia
berdiri kini.
“Aduh!” jerit
Dhamira. Terkejut tatkala tubuhnya berlanggar dengan tubuh seseorang sebaik
sahaja dia membelok ke kanan. Tubuh terhentak dengan sesuatu yang keras dan
dahinya terasa perit.
“Are you okay?”
Suara itu!
Dhamira mendongak. Dahi diusap perlahan. Keras betul badan mamat ni! Terasa macam baru melanggar tembok!
“Apa awak buat
kat sini?”
“Ikut awak...”
“Kenapa?”
“To make sure you’re safe...”
Dhamira terkedu.
Tidak menjangkakan jawapan pantas daripada lelaki itu. Mengapa jawapan itu buat
dia rasa senang? Rasa seperti dilindungi?
“Betul ni tak
sakit?”
“Mestilah
sakit! Keras macam batu!” Ayat terakhir digumam perlahan. Namun masih bisa
ditangkap telinga Rafique. Terjongket keningnya. Dhamira mengambil satu langkah
ke belakang tatkala menyedari kedudukan mereka yang begitu rapat. Ingin berdiri
pada kedudukan yang lebih selamat.
“Saya nak
tanya ni...”
Dhamira
menjongket kepala menyoal apa.
“Awak ahli silat
ke?”
Berkerut dahi
Dhamira cuba memahami soalan lelaki itu. Akhirnya dia menggeleng perlahan.
“Black belt tae kwan do?”
Geleng lagi.
“Karate?”
Geleng.
“Ahli gusti
WWE?”
Dhamira
bercekak pinggang. Bibir diketap. Ni sudah lebih!
“Awak rasa
awak ni kebal ke?”
Mencerlung
mata Dhamira.
“Kalau jawapan
kepada semua soalan saya tu ‘tidak’, yang awak berani sangat tadi tu kenapa?”
Suara Rafique berubah keras. “Awak terjah lelaki tadi, sorang diri takde teman, kat bilik dia pulak tu... awak tak sayang nyawa ke
apa?” Tajam mata Rafique menikam ke anak mata Dhamira. “Kalau dia tarik awak
masuk dalam bilik tadi, awak nak buat apa? Nak layangkan penumbuk awak tu?
Badan katik macam pokok bunga ada hati nak layang penumbuk! Entah-entah
penumbuk awak tu pun tak sampai nak hinggap ke muka dia! Nak kena panjat kerusi
baru sampai!” Pedas.
Dhamira
ternganga. Matanya membulat. Baru sedar tindakan yang telah diambil sebentar
tadi bukanlah sesuatu yang bijak. Tindakan berlandaskan emosi semata-mata. Kalau
Danial tahu, pasti luruh telinganya kena bebel kerana mengambil langkah melulu!
Langsung tidak memikirkan keselamatannya atau kesan ekoran tindakannya. Tapi...
tak perlu ada Danial kut. Sindiran Rafique pun sudah cukup membakar telinganya.
Wajahnya memerah. Kata-kata Rafique seakan tamparan di wajahnya. Begitu panjang
lebar. ‘Apa dia kata? Aku katik? Kureng!’
“Yang awak nak
membebel ni kenapa?”
“Awak sedar
tak awak buat apa tadi?”
Dhamira
mengeluh perlahan. “Tadi tu saya tak fikir langsung pasal saya. Saya tengok Fika
nangis je, saya terus bertindak...
Saya dah tak boleh nak fikir apa-apa. Saya sedar sekarang... It was reckless of me to do so...”
Dhamira mengakui kesilapannya.
“You love her that much?” Suara Rafique
sudah berubah lembut. Betul-betul terkesan dengan pengakuan Dhamira.
“Siapa? Fika?”
Rafique
mengangguk.
Ada senyuman
sayu singgah di bibir Dhamira. Shafika seperti darah dagingnya. Sayangnya kepada
Shafika melebihi sayangnya kepada Damia, saudara kandungnya sendiri. “Of course...”
Rafique
menelan liur. Ada kejernihan di mata Dhamira. Tiba-tiba, terasa ada rasa sayang
yang singgah di hatinya buat gadis di hadapannya ini. Tidak lain, hanya kerana
gadis itu terlampau sayang akan adiknya... hanya kerana itu. Bukan atas sebab
lain!
“Boleh awak
ceritakan pada saya tentang lelaki tadi?”
“Sorry... not my place to tell you...”
tolak Dhamira.
Lama Rafique
mengamati wajah Dhamira. Sama seperti Shafika yang memegang rahsia Dhamira,
begitu juga Dhamira memegang rahsia adiknya. Gadis ini seorang yang boleh dipercayai.
Teman yang sejati! Jelas kini di mata Rafique mengapa Shafika begitu menyayangi
Dhamira.
“Kalau saya
tanya Fika, awak rasa dia mahu bercerita pada saya?” soal Rafique perlahan.
Sedikit teragak-agak.
Dhamira
terdiam. Mengapa hatinya tambah sayu mendengar pertanyaan Rafique? Ada
keikhlasan di wajah tampan itu. Teringat kata-kata Shafika tentang abangnya
yang jelas sedang berusaha untuk memperbaik hubungan mereka bertiga. Ya...
Rafique memang sedang mencuba...
“Saya tak
pasti...”
Rafique
mengangguk.
“But there’s no harm in trying...”
Dhamira cuba menitipkan semangat.
“That’s true... Jomlah. Saya nak cari
Fika...”
Dhamira pula
mengangguk. Rafique bergerak ke kanan agar Dhamira boleh berlalu. Dhamira tidak
tunggu lama. Jiwa terasa sesak berdiri berdua-duaan begini dengan Rafique.
Baru beberapa
langkah berlalu, namanya diseru perlahan. Dia berpaling.
“Thanks...”
Terjongket
kening Dhamira. “Untuk apa?”
“For loving my sister this much... Fika
bertuah dapat kawan macam awak...”
Terharu.
Dhamira tidak tahu bagaimana hendak bereaksi. Matanya masih bertaut dengan mata
Rafique.
“Tapi kalau
awak bertindak terburu-buru lagi macam ni, awak tunggu jelah apa yang saya akan buat!” sambung Rafique yang membuat
Dhamira berkerut seluruh wajahnya.
“Apa hal pulak? Takde kena-mengena dengan awak pun!”
Tanpa
membalas, Rafique menyusun langkah melepasi Dhamira. Terpinga-pinga Dhamira
jadinya. ‘Eeee mamat sejuk beku ni!
Aku lasing nanti baru tahu!’gerutu
Dhamira tidak puas hati. Meniru tagline
watak Haji Bakhil daripada cerita Labu Labi. Menyampah!
No comments:
Post a Comment