“Macam
mana kaki Nuha boleh bengkak ni?” Soal Mak Engku sambil membelek bahagian atas
tapak kaki kananku yang sudah bertukar warna biru dan mula membengkak.
“Nuha terlepas bekas penyiram air
tadi. Elok je bekas tu landing atas
kaki Nuha.” Jawabku sambil memerhatikan Mak Engku yang sedang membuka peti first aid.
“Nuha buat apa dengan bekas penyiram
tu?” Soal Pak Engku.
“Kak Nuha nak tolong siram pokok
mama dekat belakang tu.” Tiba-tiba Tengku Hakimi mencelah. Nasib baik budak ni
tak jawab yang aku nak siram pokok serai. Memang percuma jadi bahan ketawa.
“Lah…rajin
sangat Nuha ni pun. Dah tu, macam mana bekas penyiram boleh timpa kaki pulak?”
Soal Mak Engku sambil mula menyapu sejenis krim pada kakiku untuk menghilangkan
rasa sakit.
“Ha’ah,
kak Nuha. Siap dengar akak menjerit lagi. Kimi ingat abang Ben buat benda tak
senonoh dekat kak Nuha tau.” Sampuk Tengku Hakimi.
“Isy,
budak ni!” Mak Engku pantas mencubit lengan anak bongsunya.
Tengku Fiqrash yang sedari tadi
hanya mendiamkan diri dan menjadi pemerhati setia, terus memandang ke arahku.
Aku terus memandang ke arah Benyamin pula dan Benyamin cepat-cepat melarikan
anak matanya. Hah, elok sangatlah keadaan kami sekarang ini. Dah macam babak
drama Sinetron.
“Waktu tengah nak siram pokok tu,
ada katak tiba-tiba melompat kat bawah kaki. Nuha terkejut, tu yang terlepas bekas
penyiram tu. Bekas tu pulak memang air kat dalam dia penuh. Memang sedaplah
rasa bila jatuh timpa kaki.” Jawabku sambil sempat menjeling ke arah Benyamin.
Mamat
kutub utara itu hanya menayang riak tidak bersahaja. Geram sungguh aku. Nasib
baiklah kami di rumah Mak Engku. Kalau tak, aku nak hempuk mamat bertuah ni.
“Bengkak jugak ni. Mungkin sehari
dua baru surut bengkak ni. Sakit lagi tak?” Soal Mak Engku lembut. Saat-saat
begini, ingatanku terus melayang pada mummy
di Langkawi. Kalaulah mummy ada ketika ini.
“Sakit sikit je, Mak Engku. Terima
kasih banyak-banyak.” Jawabku sambil tersenyum.
“Kalau esok pun bengkak kaki tu tak
surut, Mak Engku rasa Nuha jangan drive
pergi offislah. Bahaya jugak tu.” Tambah Mak Engku lagi.
“Minta Ben hantarkan Nuha pergi ofis.
Rumah dia dengan rumah sewa Nuha tu bukannya jauh sangat pun.” Balas Pak Engku
pulak.
Aku pandang wajah Benyamin sambil
menayangkan riak muka tidak rela. Tak hendak aku satu kereta dengan mamat tak
berapa nak lurus.
“Nanti Ben hantarkan Nuha pergi ofislah.”
Jawab Benyamin tiba-tiba. Aku terus berpaling ke arah Benyamin sambil membuat
muka. Budak ni nak kena sekeh ke? Ke tak faham bahasa isyarat? Biji mata aku ni
dah nak naik juling bila menghantar isyarat mata dekat dia tadi.
“Okeylah kalau macam tu.” Balas Mak
Engku.
“Nuha nak minta diri dululah, Mak
Engku, Pak Engku. Mesti Mak Engku satu family
nak berehat. Lagipun dah lewat malam ni. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi
jemput Nuha datang ke rumah ni, berkenal-kenalan dengan family Mak Engku.” Balasku sambil tersenyum memandang mereka semua.
Okey, bukan semua sebab Tengku Fiqrash tu memang jenis yang tak reti nak
senyum.
“Terima kasih jugak sebab sudi
datang ke rumah kami. Mestilah kena berkenal-kenalan. Tak lama lagi kan kita
semua nak jadi satu family.” Balas
Pak Engku pula.
“Biar Mak Engku dengan Pak Engku
hantarkan Nuha balik. Tak boleh dibiarkan Nuha dengan Ben je. Tak elok.
Lagipun, dah lewat malam ni.” Balas Mak Engku pula.
“Terima kasih, Mak Engku. Minta maaf
sebab menyusahkan.” Balasku sambil tersenyum lega.
“Tak ada yang susahnya, Nuha. Ben,
nak tidur sini ke malam ni?” Soal Mak Engku kepada Benyamin.
“Tidur sinilah, Mak Engku. Nak
sembang dengan Fiqrash. Dah lama kitorang
tak jumpa.” Jawab Benyamin sambil anak matanya difokuskan kepadaku.
Aku sudah mengetap bibir.
Mentang-mentanglah dah mengaku status, sekarang ni suka pulak nak menyakitkan
hati aku.
***********************
“Cancel
jelah niat suci kau nak berkenalan dengan Tengku Fiqrash tu.” Aku terus
merebahkan badan di atas katil Afiqah.
“Hah? Kenapa, kenapa?” Soal Afiqah,
kalut.
“Kau tengok kaki aku ni.” Jawabku
sambil menayangkan kaki kanan yang berbalut kepada Afiqah. Afiqah sudah
berkerut dahi memandangku.
“Apa kaitannya kaki kau yang
berbalut dengan aku nak berkenalan dengan Tengku Fiqrash?” Soal Afiqah pelik.
“Apasal pulak takde kaitan? Ada tau
tak? Macam nilah kawan, kau tak prihatin pun dengan keadaan kaki aku ni.”
Balasku, sengaja mengusik Afiqah.
“Yang aku tanya kau waktu kau baru
sampai rumah tadi tu apa? Siapa yang papah kau naik atas ni? Cerita sikit.”
Balas Afiqah sampai berpeluk tubuh.
“Janganlah marah, adik manis. Aku
usik jelah.” Aku sudah menayang gigi seperti biasa.
“By
the way, seriously, apa kaitannya kaki kau yang berbalut ni dengan Tengku
Fiqrash tu?” Soal Afiqah.
“Mamat
sombong tu pun tak straight.” Jawabku
ringkas.
“Mamat
sombong mana pulak ni? Kau ni suka bagi gelaran bukan-bukan dekat orang tau.”
Komen Afiqah.
“Mamat
sombong a.k.a Tengku Fiqrash tu lah.”
Jawabku.
“Kau dengar gosip liar mana pulak
ni, Nuha? Tengah hari tadi kau merepek yang Ben tu tak straight. La ni kau cakap Tengku Fiqrash pun tak straight. Kau biar betul.”
“Betullah ni. Dua-dua mamat tu tak straight. Aku tak dengar gosip liarlah.”
“Dah tu?”
“Ben sendiri yang mengaku.”
“Mengaku apa?”
Aku berjeda ketika dan melepaskan
keluhan. Wajah Afiqah yang masih menanti jawapanku kupandang sekilas.
“Mengaku dekat depan aku yang dia gay. Sebab tu bekas penyiram yang aku
pegang tu jatuh sedap timpa kaki aku. Ni yang sampai berbalut ni.”
Mulut Afiqah secara automatiknya
terus ternganga.
“Kau jangan buat lawak tengah-tengah
malam ni.”
“Ya Allah, betul. Kan aku dah cakap
kat kau, Ben tu memang semacam sikit. Dah tuan punya badan sendiri yang
mengaku, aku nak cakap apa lagi? Lagipun, memang nampak yang dorang tu macam suka each other.”
Aku pandang wajah Afiqah yang jelas
tampak terkejut. Dia masih mendiamkan diri.
“Waktu aku datang rumah Mak Engku tu
pun, memang obvious sangat yang
Tengku Fiqrash tu tak suka aku. Jealous
mungkin.” Tambahku lagi.
“Kau macam mana?” Soal Afiqah
tiba-tiba.
“Bersedia jelah kalau tiba-tiba esok
Tengku Fiqrash tu datang office cari
aku. Hari tu Bella tu dah datang cari aku. Sepupu Ben yang perempuan tu pun
datang cari aku jugak. Aku rasalah, annual
dinner kita this year, aku boleh
dapat award famous staff lah.”
Jawabku. Afiqah terus mencubit kuat pahaku.
“Sakitlah, mak cik! Kau ni,
kesianlah sikit dekat aku yang tengah sakit ni.” Aku menggosok-gosok pahaku
yang terasa pedih.
“Aku tanya elok-elok, boleh pulak
kau buat loyar buruk kau tu.” Bebel Afiqah.
“Aku jawab elok-eloklah.” Balasku.
Afiqah sudah mula mengeluh.
“Habis tu, kau dengan Ben macam
mana?” Soal Afiqah.
“Macam tulah. Dia macam sangat bangga
bagitahu status tak berapa nak lurus dia tu.” Jawabku.
“Wedding
korang macam mana?” Soal Afiqah.
Aku hanya mampu mengangkat bahu.
“Mak Engku dengan Pak Engku tahu ke
tak pasal ni?” Soal Afiqah lagi.
Aku angkat bahu lagi.
“Apa kau nak buat sekarang ni?” Soal
Afiqah lagi.
Sekali lagi, aku hanya mengangkat
bahu. Kepala aku sekarang ni terasa sangat berserabut.
“Aku tahu apa yang kau patut buat.”
Ujar Afiqah tiba-tiba.
“Apa?” Soalku pantas.
“Aku rasa, Allah datangkan kau dalam
hidup Benyamin tu untuk guide dia ke
arah jalan yang benar. Bawak dia keluar dari dunia dia tu.” Jawab Afiqah
serius.
Aku hanya menunduk memandang lantai.
************************
“Turun bawah!” Kuat suara Benyamin
kedengaran dari corong telefon bimbitku.
“Nak turun bawah mana pulak ni?”
Soalku malas.
Rasa
nak tercabut telingaku mendengar mamat
kutub utara ini meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana aku pergi ke ofis
bersama-sama Afiqah dan bukannya dengan dia. Kata Benyamin,aku mungkir janji.
Bila masa pulak aku berjanji? Dia yang pandai-pandai membuat keputusan sendiri.
“Turun
dekat lobi ni la. Saya ada dekat lobby
office awak ni.” Jawab Benyamin. Kali ini suaranya sudah mengendur sedikit.
“Hah?”
“Tak
payah nak hah-hah sangat. Turun
sekarang.”
“Tak
nak.”
“Tak
nak?”
“Saya
sibuklah.”
“Sibuk
apanya sekarang ni tengah lunch break.”
“Lunch break pun sibuk jugak.”
“Awak
nak turun atau tak ni?”
“Tak
nak.”
“Seriously?”
“Yup.”
“Then, I’ll come up straight to your office.”
“Naiklah.
Macamlah dorang nak lepaskan awak
naik macam tu je. Kena ada appointmentlah.”
“Fine, we’ll see.”
Terus
talian diputuskan. Eh, eh dia ni! Aku meletakkan telefon bimbit di atas meja
dan menyambung semula kerjaku membaca bahan-bahan rujukan untuk sesi court hearing minggu hadapan. Tiba-tiba
aku berasa tidak sedap hati. Mamat tu
biar betul. Nanti tak pasal-pasal kecoh pulak ofis ni. Aku mencapai ganggang
telefon yang terletak di sisi meja dan pantas menelefon Kak Liza yang merupakan
staf bertugas di kaunter penyambut tetamu.
“Nuha,
akak baru je nak call Nuha. Ni, cik
abang Nuha dah tunggu dekat depan ni.” Tutur Kak Liza sambil ketawa kecil.
“Cik
abang? Nuha mana ada abang, kak.” Jawabku dengan rasa debaran yang semakin
kuat. Kak Liza ketawa lagi.
“Encik
Benyamin ada kat depan ni. Dia nak jumpa Nuha. Elok pun Nuha telefon akak,
sebab akak ingat nak minta dia masuk terus je jumpa Nuha.”
“Eh,
tak apa, kak. Saya keluar sekarang jumpa dia. Thanks, Kak Liza.”
Aku
meletakkan ganggang sambil menarik nafas. Memang mamat tu spesies ketegaq plus degil!
“Nak
apa? Aku terus menyembur sebaik sahaja memboloskan diri masuk ke dalam kereta milik
Benyamin.
“Nak
awaklah.” Jawab Benyamin selamba. Dia memandu kereta keluar dari tempat parkir.
Wajahku
terus rasa membahang. Ikut suka kepala otak dia yang senget tu je nak buat
lawak tengah-tengah hari ni.
“Gurau
sikit pun muka dah merah.”
“Gurau?
Not funny at all lah.”
“Saya
tak sangka yang awak percaya bulat-bulat.”
“Percaya
apa pulak ni? Go straight to the point
boleh tak?” Aku mengetap bibir menahan geram.
Benyamin
terus ketawa. Entah apa yang kelakar sangat sejak tadi.
“Awak
betul-betul percaya yang saya dengan Fiqrash gay ke?” Soal Benyamin. Dia memandang wajahku memandangkan lampu
isyarat sedang berwarna merah.
“Awak
sendiri yang buat pengakuan kan?” Soalku pula.
“Saya
ingatkan kalau lawyer ni, kena banyak
bertanya untuk dapatkan evidence so that
you can prove that your client is not guilty.” Balas Benyamin.
Aku
sudah mengerutkan dahi.
“What are you trying to say?” Soalku.
Benyamin
tersenyum menyenget.
“Jangan
banyak sangat baca tabloid, Cik Nuha Damia. Kalau awak betul-betul nak tahu,
terus tanya saya. Jangan jump into your
own conclusion, or simply believe what other people say.” Jawab Benyamin.
“Saya
tak faham apa satu benda pun yang awak tengah merepek ni, Encik Benyamin Ziqri.
And, saya tak ada masa nak dengar awak merepek, mengarut macam ni.” Balasku
tegas.
“I am straight.” Tutur Benyamin
tiba-tiba.
“Hah?”
“Saya
bukan gay.”
“Hah?”
“Hah-hah je yang awak reti sebut.”
“Kejap,
habis tu yang semalam awak buat pengakuan berani mati tu apa?”
“Saja.”
“Saja?”
“Yup, nak test reaction awak. Well, I have
to admit that you have the best reaction. Sampai bengkak kaki.”
Aku
sudah melopong sendiri. Mamat kutub
utara ni memang nak kena dengan aku.
“Agak-agaknya
kalau tinggi awak ni, kena beli kain berapa meter ye?” Soalku tiba-tiba.
“Kenapa
tiba-tiba tanya pasal kain ni?”
“Sebab
saya nak belikan kain kapan untuk awak. Jadi, kenalah tahu nak kena beli berapa
meter.” Jawabku selamba.
Ingatkan
Benyamin akan tersentap, tapi mamat
ni boleh ketawa lagi. Sabarlah wahai Nuha Damia.
No comments:
Post a Comment