‘MAYA... Mia... Maya... Mia... Maya.... Mia....’
Kembali ke alam nyata, dua nama itu disebut Syazwan
berulang kali. Dua nama yang berselang–seli di fikirannya. Boleh dikatakan
sudah melekat di hatinya. Dia taklah
sekuat mana biarpun hanya sekadar melihat dari jauh.
Letih dan penat, Syazwan melangkah ke bilik air untuk
mandi. Sebelah tangannya berpaut pada dinding dengan kepala yang menunduk, dia
biarkan saja tubuhnya disirami air.
Lama dia begitu, sampaikan hujung jari dan kaki sudah
berkedut sedikit. Kalau otak berserabut dengan tubuh yang letih macam nak
tercabut segala skru, mandi dalam keadaan beginilah yang wajib untuk seorang
Syazwan Imad.
Wajah Mia dan Maya berselang seli melintas di mindanya.
Rupanya, budak kecil yang dilihatnya di depan bilik hotel sebelah bilik dia
menginap bersama Tasya lebih seminggu lalu ialah anaknya sendiri, Mia Shaza. Dan perempuan yang dilihatnya
berdiri di balkoni bilik hotel tersebut ialah isterinya, Maya Laila.
Budak kecil yang ditemaninya melihat anak–anak patung di
sebalik cermin kaca kedai di The Mines dulu adalah Mia Shaza. Dan mama yang budak kecil
itu maksudkan ialah Maya Laila.
Syazwan pejam mata. Jatuh juga air mata lelakinya. Maya
rupanya masih menunggunya selama ini. Tetapi dia? Masih tersesat dengan jalan
yang dipilihnya sendiri. Takkan nak jumpa Maya dalam keadaan dia masih belum
bersedia seperti dulu? Ini bukanlah
seperti yang dirancangkannya.
“I love you both,” ucap Syazwan sendiri. Cintanya pada Maya Laila masih membara seperti
dulu dan kini, baru beberapa kali bertemu Mia Saza, rasa kasihnya sudah
bercambah buat anak itu.
Dia tidak kuat. Sungguh! Bagilah dia sedikit masa lagi.
Selesai mandi, Syazwan bersiap dan mencapai kunci
kereta. Fikiran berserabut mengalahkan menteri. Kereta yang dipandu menghala ke
jalan besar. Nak telefon Tiara, rasa malas. Mood
tak ada nak layan perempuan gedik ketika ini.Tasya? Dah dibuang ke laut dalam.
Zouk! Itu saja yang ingin ditujunya. Namun, tiba di depan kelab, langkah kaki
Syazwan tiba-tiba terhenti. Otaknya berkira–kira mahu menukar keputusan.
Shaz! Where have
you been? Lama tak jumpa.
Malam ni boleh
I ikut you balik tak?
Kalau you nak, I
boleh stay terus di apartment you.
Hoho! Syazwan berpatah balik ke kereta. Soalan–soalan begitu haruslah
dielakkan jika moodnya hilang. Last resort? Rumah mama dan papa.
MAYA memandang Syazwi dan Mia di hadapannya. Sekejap
saja anaknya itu sudah mesra dengan Syazwi. Tak kira siapa, Mia si anak patung
bergeraknya memang mudah bergaul mesra.
Dikerlingnya Nadia di sebelah. Tak ada nak buat gaya control ayu, selamba saja meratah ayam KFC di hadapan Syazwi. Patutlah single
sampai sekarang, tak ada lelaki yang berani nak usha.
Cadang nak ajak pergi Ikea tapi dua–dua malas memandu. Lalu saja Mia tunjuk cermin kereta
kata nak makan ayam goreng KFC. Dan di antara banyak–banyak orang, dengan
Syazwi jugalah mereka bertiga terserempak di situ. Tanpa dipelawa, Syazwi pula
beria-ia nak join makan sekaki.
“Nak lagi?,” tanya Syazwi pada anak Mia yang seronok
mengunyah cebisan ayam.
Mia angguk kepala.
Isi ayam dicarik–carik kecil oleh Syazwi dan diletakkan
di atas pinggan Mia. Seronok benar dia melayan anak comel itu. Sesekali
disuapnya isi ayam ke dalam mulut Mia. Terasa macam jadi seorang ayah sekejap.
“Milo,
please.”
Sebelum sempat Maya mengambil air yang diminta Mia,
Syazwi terlebih dahulu mencapainya. Milo ais
diberikan pada Mia, dengan tangannya yang masih memegang bekas yang sama.
Tangan budak–budak tak kuat, takut terjatuh dari pegangan Mia.
“Minum pelan–pelan sayang,” tegur Maya pada Mia yang
rakus menyedut air dari straw.
Mia tersenyum. Kepalanya dianggukkan, faham dengan
teguran mamanya.
“Uncle Sawi,
chicken,” pinta Mia dengan jari telunjuknya
menunding ke arah ayam.
Burrrrrr!
Tersembur air dari mulut Nadia mendengar nama yang
disebut Mia. Saat yang sama ketawa Maya terhambur keluar.
“Sorry. Sorry.” Kalut Nadia memohon maaf.
Meja yang basah dilap Nadia. Mulutnya juga turut dilap.
Nasib tidak tersembur Syazwi yang duduk betul–betul di hadapannya, percuma saja
sayur sawi kena siram air. Naya!
“Why? Apa
jadi?,” tanya Syazwi hairan sambil mata memandang Nadia dan Maya silih
berganti. Mata–mata di sekeliling bertumpu pada meja mereka berempat. Mana
tidaknya, ketawa Maya dan Nadia tak ubah macam benda berbaju putih yang terbang–terbang
di atas atap dalam cerita hantu.
Mia di sebelah juga turut ketawa melihat Aunty Nadia yang ketawa sampai terbatuk–batuk. Oh si comel yang tidak
tahu apa–apa.
“Mia, siapa nama uncle
ni?,” tanya Nadia pada Mia yang menggaru kepalanya, membuatkan rambut yang
diikat dua jadi senget sebelah.
“Uncle Sawi.”
Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Mia juga turut
ketawa sambil bertepuk tangan.
“Comelnya!” Pipi Mia dicubit Syazwi geram.
“Kau dengar tu Maya. Boleh–boleh anak kau panggil dia
sawi,” kata Nadia. Keluar air matanya kerana banyak sangat ketawa. Thanks to Mia, buat dia ketawa
sungguh-sungguh hari ini.
“Not Uncle
Sawi, sayang. Uncle Syazzzz...wi,”
kata Maya dengan sisa ketawa.
“Uncle Shaaaa...wi,”
Mia menurut penuh semangat.
Pecah lagi ketawa mereka bertiga memenuhi ruang restoran
segera itu. Mia pula makin seronok sambil bertepuk tangan siap tersenyum lebar
menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.
“Sorry, Shaz.
Lawak sangat.” Tangan kanan Maya naik memegang perut yang sudah mula sakit.
Nadia tak usah nak cakap. Kalau boleh, mahu saja dia
ketawa bergolek–golek di atas lantai. Ketawa seorang minah yang memang no mercy kata orang.
“Muka punya hensem
macam ni, selamba aje Mia panggil sawi,” bisik Nadia ke telinga Maya.
“Innocentnya dia. She’s damn cute.” Pipi Mia dicubit Syazwi berkali–kali. Agak–agak
kalau dia culik anak Maya ni semalam dua jadi anak patung kat rumah dia, Maya
bagi tak?
“Mia, stop making
jokes. Finish your chicken, sayang.”
Mia angguk kepala sambil tersenyum. Arahan mamanya
dipatuhi. Perlahan–lahan si kecil mengunyah daging ayam yang sudah dicarik
Syazwi.
“She looks exactly
like you,” kata Syazwi. Bertaut seketika matanya
dengan mata Maya.
“Mestilah. Dah nama pun anak Maya, takkan macam muka
saya pulak.” Nadia tiba–tiba menyampuk siap tayang muka selamba.
Syazwi dan Maya sama–sama tergelak. Nadia memang. Lawak
yang tak seberapa pun nak tunjuk kat orang.
“Ada
iras papa dia tak?” tanya Syazwi.
Sengaja? Yup! Nak
korek sedikit info tentang papa Mia.
Kalau dah meninggal dunia, haruslah dia bersimpati. Kalau dah bercerai? Memang
itulah lelaki paling bodoh. Tapi kalau memang tak pernah ada papa yang sah?
Okey, itu belakang cerita.
Maya tersenyum dan matanya beralih pada Mia. ‘Eye smile’ Mia sebijik Syazwan! Tapi dia cuba menafikannya.
“Tak ada. Dia mirip mama dia.” Maya berbohong. Satu
pembohongan yang menyakitkan hati sendiri sebenarnya. Oh, pleaselah!
Nadia di sebelah sekadar diam. Berpura–pura menyedut milo ais dari straw, dah habis pun sebenarnya. Manakala Syazwi sekadar
mengangguk. Tidak mahu bertanya lebih.
‘Papa Mia mana?’
‘Mia kenal tak
papa dia?’
Takkan nak tanya soalan begitu? Silap hari bulan Maya
tercekik tulang ayam mendengar soalan cepumasnya. Tak pun kena hempuk Nadia
dengan botol sos cili Thai di atas meja.
“Mama, done,”
mulut si comel memberitahu mamanya.
Maya bangun dari kerusi dan mendukung tubuh Mia. Kaki
menghala ke arah sinki di sudut restoran. Comot sangat muka Mia, cebisan ayam
boleh melekat sampai ke rambut. Tangan tak usah nak cerita, berminyak habis.
“Dah lama kenal Maya?” tanya Syazwi pada Nadia.
Awkward tiba–tiba bila mereka berdua saja yang ditinggalkan di meja. Baru
beberapa kali berjumpa. Itupun setakat Hi
Bye, sembang panjang memang tak pernah.
Nadia mengangguk. Tubuhnya bersandar pada belakang
kerusi. Dah kenyang, perut pun rasa penuh buncit semacam. Jarang–jarang dia dan
Maya makan di tempat begini. Nak jaga badan, kenalah makan makanan yang
berkhasiat ye tak? Esok pagi harus pergi jogging.
“Dari zaman uni lagi,”
jawab Nadia.
“Jadi awak kenallah papa Mia?”
Dah agak dah! Nadia menjeling sekilas. Tak berani tanya
Maya depan–depan, dia yang dijadikan tempat untuk mengorek cerita.
“Kenal,” jawab
Nadia pendek.
Cakap terus terang lebih baik dari menipu. Dia kalau
menipu memang epic fail. Muka keras
dengan hidung kembang kuncup. Sangat ketara okey! Syazwan Imad siapa yang tak
kenal masa zaman universiti dulu. Antara spesis homosapien yang termasuk di dalam senarai ‘not my type’ Nadia Sulaiman.
Syazwi diam. Cukup setakat itu saja. Tidak mahu bertanya
lebih. Nanti kena cop kepochi. Haish,
lagi satu soalan!
“Dah berpisah ke?”
Soalan terakhir Syazwi tidak dijawab Nadia. Soalan
begini patutnya tanya Maya, bukan dia. Berpisah ke tak, Maya saja yang berhak
menjawab. Bab ni kalau boleh dia tak nak sentuh langsung. Semua cerita di
sebalik tabir Maya, hanya dia saja yang tahu. Dan sebagai teman baik Maya,
disimpannya saja di dalam memori. Tak jaja
pada sesiapapun, termasuklah Syazwi Imad yang tiba–tiba banyak tanya di
hadapannya ini.
“One little two
little three little fingers, four little five little six little fingers, seven
little eight little nine little fingers, ten little fingers have I.”
Riang saja suara Mia menyanyi sambil bertepuk tangan.
Bila sudah didudukkan semula di tempat tadi, selamba saja Mia mengelap
tangannya yang masih basah ke baju Syazwi.
“Mia! Don’t do
that!”
Mak singa menjegilkan mata. Mia tersenyum dan menoleh ke
sisi.
“Sorry, uncle.”
Pecah ketawa Syazwi. Mia memang mencuit hati!
LANGIT gelap malam ini. Tanpa bintang. Prediction. Hujan akan turun. Maya
berpaling dan menjenguk ke dalam bilik. Jantung hati sudah terlena. Letih
sangat agaknya mengekeh sepanjang malam dengan Syazwi dan Nadia.
Mia Shaza. Baru kenal Syazwi sudah pandai minta
didukung. Lepas ni
mesti minta teddy baru, Barbie, cinnamon bun. Dan senarai akan terus panjang ke belakang.
Telefon di atas meja kecil di sebelah berbunyi. Laju
saja tangan Maya mencapai, takut tidur Mia terganggu.
Membaca pengirim pesanan ringkas di skrin, dahi Maya berkerut. Patutlah malam ni
mendung. Petanda Syazwan hantar sms.
I’m sorry, Maya.
Maya tersenyum nipis. Syazwan kalau bab minta maaf
memang payah. Sekarang ni apa kes?
Meeting Mia?
Maya membalas. Mana tahu Syazwan mengubah fikiran. Takkan
dengan anak sendiri pun tak nak jumpa macam hari tu? Kira yang ini satu lagi peluang untuk
Syazwan.
Sorry, Maya. Not now.
Jawapan Syazwan buat Maya kecewa. Habis tu bila Shaz?
Lama Maya diam merenung skrin telefon di depan mata. Jawapan seorang Syazwan
Imad, macam dia tak biasa. Not now bermaksud
tak nak jumpalah tu. Hati Maya tercalar lagi.
Then let me go,
Shaz. For good.
Maya balas lagi. Syazwan takkan pernah bersedia. Jadi,
lepaskan saja dia dan Mia. Lagipun dia tidaklah sekuat mana untuk melihat
lelaki yang dicintai berkepit dengan perempuan lain di depan mata seperti di
bengkel tempoh hari.
Membaca pesanan
balas dari Maya, Syazwan meraup wajahnya. Duduk seorang diri di gazebo mama sambil merenung langit.
Gelap. Bulan pun tak nampak. Tak nak jumpa sekarang tak bermaksud tak nak jumpa
terus, Maya. Dia perlukan masa. Lepaskan Maya? Tak akan!
“Anak mama duduk sorang–sorang malam ni. Tak ada teman
ke?”
Muncul Rafaniah di belakang dengan dua mug di tangan. Syazwan mengukir senyum.
Faham sangat dengan sindiran halus mama. Datang rumah mama dan papa hanya bila
dia bosan tahap gaban.
“Mama, mama ada cucu.” Syazwan bersuara.
Membulat mata Rafaniah memandang Syazwan. Salah dengar
ke apa? Cucu datang dari celah mana?
“Bila masa?” tanya Rafaniah.
Syazwan bangun dan bergerak ke arah tiang gazebo. Bersandar di situ dengan gaya santai.
“Dah lama dah. Umur dia tiga tahun, not exactly but almost.”
Rafaniah geleng kepala. Syazwan buat lawak selalu tak
menjadi. Sama macam sekarang. Tak lucu langsung wahai anak mama!
“Lame joke, my
boy.”
“Seriuslah, mama.” Syazwan berpaling menghadap mamanya.
Wajah si anak ditatap Rafaniah. Tenang saja. Tak ada
aura bergurau.
“Mama nak jumpa kalau betul ada.” Dalam hati sudah mula
berdebar. Jangan cakap Syazwan ada kekasih gelap sampai mengandung pulak. Yang
tu dia tak dapat terima. Atau anak Syazwan dengan Maya Laila ke?
Syazwan angguk kepala. Orait!
No comments:
Post a Comment