Aku
dan Muiz duduk di bangku yang disediakan di luar. Keadaan hening di antara
kami. Agaknya, memang betullah seperti apa yang diberitahu oleh Afiqah
berdasarkan surat khabar yang dibacanya tempoh hari.
“Saya minta maaf ya, Cik Nuha. Kita
tunggu sekejap.” Ujar Muiz.
“Eh, bukan salah awak. Jangan risau,
saya faham.” Balasku, tersenyum ke arah encik setiausaha yang sangat
professional dalam kerjanya.
Tidak
lama kemudian, kelihatan Bella keluar dari bilik yang menempatkan Benyamin.
Langkah kakinya kelihatan laju walaupun memakai kasut bertumit setinggi tiga
inci! Muiz mengajakku supaya bertemu dengan Benyamin.
“Yang ini dokumen-dokumen penting
yang encik perlu tandatangan.”Ujarku dan meletakkan fail jernih yang
mengandungi dokumen-dokumen penting di atas meja beroda. Meja beroda tersebut
ditarik rapat ke arah Benyamin yang sedang duduk di atas katil.
“Jadi, saya just tandatangan dekat bawah ni?” Soal Benyamin dan wajahku
dipandang.
“Ya, betul.” Jawabku.
Anak
mataku memerhatikan Benyamin yang sedang menandatangani kesemua dokumen penting
tersebut.
“Ada apa-apa lagi?” Soal Benyamin
sambil memerhatikan aku yang sedang menyemak semula dokumen-dokumen yang sudah
ditandatangani oleh Benyamin sebentar tadi.
“Tak ada.” Jawabku dan
dokumen-dokumen tadi kusimpan semula ke dalam fail jernih.
Pintu
bilik yang tadinya ditutup rapat, tiba-tiba ditolak kuat dari luar. Takkanlah
ada angin taufan dalam kawasan hospital pulak?
“Ben! You dah janji dengan I. I don’t care.” Bella muncul tiba-tiba
dengan wajah yang masam mencuka.
Aku
dan Muiz sudah saling berpandangan sesama sendiri. Drama apa pulak ni? Aku
bertambah terkejut apabila menyedari Bella masuk ke dalam bilik dengan membawa
beberapa orang paparazzi.
Ah, sudah! This
is soooo not good. Baik aku angkat kaki cepat-cepat sebelum drama swasta
percuma bermula.
“Bella. Behave yourself. Jangan buat hal dekat sini boleh tak? Kan I dah explain everything to you
just now. You tak faham-faham
lagi ke?” Tegas kedengaran suara Benyamin.
Geng
paparazzi seronok mengambil gambar
mereka berdua. Akalku sedang berfikir bagaimana aku mahu memboloskan diri
memandangkan Bella berdiri betul-betul di hadapan pintu.
“I
tak faham, I tak nak faham. I nak kahwin dengan you jugak. Sekarang ni, depan reporters
ni semua, I nak you bagitahu perkara yang sebenar dekat dorang. Bagitahu mereka semua macam apa yang you dah janji dengan I
sebelum ni.” Bentak Bella.
Benyamin
tiba-tiba memandang ke arahku yang masih berusaha mencari jalan untuk keluar
dari situ secepat mungkin. Dia menghantar isyarat mata yang sukar aku fahami. Mamat ni dah kenapa pulak? Aku ingin
cabut lari secepat mungkin daripada menjadi penonton drama Sinetron Indonesia
di sini.
“Fine.
If you nak I tell the truth, I will. I
will do that depan mereka ni semua kalau itu yang dapat puaskan hati you.” Balas Benyamin. Bella kelihatan
tersenyum puas hati. Lensa kamera geng paparazzi
kini difokuskan pada Benyamin.
“I
want to confess that I already have a woman that I want to marry after I being
discharged. The woman is here, in this room.” Benyamin berjeda seketika.
Senyuman Bella semakin melebar dan cahaya flash kamera menyerbu merakamkan
wajah Benyamin dan Bella.
“The
woman is…”
Bella
semakin seronok, dia sempat melibaskan rambut perangnya yang panjang mengurai
ke belakang. Aku dan Muiz sudah saling bertukar pandangan pelik.
“Nuha Damia.”
Siapa
pulak orang dalam bilik ni yang nama dia Nuha Damia? Aku bermonolog sendirian
di dalam hati.
Eh,
kejap! Tu kan nama aku! Aku sudah melopong. Fail yang kupegang sudah jatuh ke
lantai.
Anak
mata bundar milik Benyamin digamkan padaku dan dia tersenyum manis. Bella sudah
menghentakkan kakinya dengan wajah yang tersangat masam. Dia menjeling tajam ke
arahku. Geng paparazzi sudah
berlumba-lumba ke arahku dengan cahaya flash
yang menyimbah-nyimbah ke arah wajahku. Hari ni bukan 1 April kan? Tolonglah
seseorang kejutkan aku daripada mimpi yang tiba-tiba bertukar ngeri ini.
No comments:
Post a Comment