Aku
merebahkan tubuh di atas sofa panjang sambil menukar siaran televisyen ke
Buletin Utama. Afiqah yang pulang ke rumah lebih awal daripadaku, sedang
khusyuk membaca surat khabar. Aku sangat arif dengan rutin Afiqah. Setiap hari
dia pasti akan membaca dua naskah surat khabar; Utusan Malaysia dan juga The
News Straits Times.
“Weh,
anak guam kau keluar paper kut!”
Terjerit kecil suara Afiqah sambil tubuhku digoncang kuat.
“Anak guam yang mana pulak?” Soalku
sambil anak mata masih terpaku pada skrin leper televisyen. Makin bertambah
pula kes jualan dadah oleh warga asing yang menyalahgunakan permit belajar
mereka.
“Benyamin Ziqri tulah.” Jawab
Afiqah.
“Biasalah tu. Dia tu kan designer yang famous dekat Malaysia ni. Tak hairan sangatlah.” Komenku malas. Aku
ingatkan pasal siapa tadi.
“Bukan keluar pasal tu.”
“Dah tu?”
“Ada gosip pasal dialah. Gosip
dengan this one model, nama Bella.
Kau tahu ke?”
Aku
pandang wajah Afiqah yang bersih itu sambil menggelengkan kepalaku.
“Kau tanya salah oranglah. Manalah aku
tahu siapa minah model nama Bella tu.
Kau tak ingat ke aku struggle jugak
cari info fasal budak Ben tu?”
Afiqah
sudah tersengih mendengarkan jawapanku. Baru teringatlah tu.
“Anyway,
this paparazzi snapped a few pictures of them dan komen yang dorang sangat rapat. Kau kan selalu
pergi Prince Court melawat Ben. Takkan kau tak pernah jumpa dengan model ni?”
Soal Afiqah.
Daripada
posisi berbaring, aku sudah duduk menegak dan wajah Afiqah yang sedang menagih
jawapan itu kupandang lama.
“Selalu sangatlah kan aku pergi
Prince Court tu jenguk si Ben. Aku baru pergi dua kali kut. Mana ada selalu. Yang
penting, aku tak pernah terserempak dengan model tu. Menjawab tak soalan kau
tu?” Jawabku sambil kusyen kecil kubaling ke arah Afiqah tetapi disambut oleh
Afiqah.
“Frankly
speaking, that kid looks hot in person.” Afiqah sudah tersengih-sengih
nakal.
“Hot
pulak dah. Hari tu kau kata comel.” Sindirku.
“Comel dalam gambar and hot in person.” Selamba Afiqah
menjawab sambil kusyen kecil tadi dilontarkan semula ke arahku, tepat mengenai
muka.
“Sakitlah, mak cik!” Aku sudah
terjerit kecil tetapi Afiqah hanya ketawa seronok.
******
Sewaktu
aku melangkah masuk ke ruang lobi Prince Court Medical Centre, kelihatan
setiausaha Benyamin, Muiz sudah menungguku. Awal betul encik setiausaha ini
tiba. Sebaik sahaja aku berjalan menghampiri Muiz, dia tersenyum hormat.
“Sorry,
saya terlambat ke? Saya dari court sebenarnya.”
Sapaku sambil anak mata melirik ke arah jam tangan. Aku masih ada sepuluh minit
sebelum waktu yang telah dijanjikan. Atau jam aku ni terlewat?
“No
worries, Cik Nuha. Cik Nuha awal sebenarnya. Saya pun kebetulan sampai awal
ke sini.” Jawab Muiz sopan. Aku menarik nafas lega. Menepati masa adalah salah
satu prinsip kerja yang aku cuba amalkan dan pertahankan selama ini.
“Kita nak terus berjumpa Encik
Benyamin ke?” Soalku.
“Boleh juga. Kita terus ke bilik
Encik Benyamin lah.” Jawab Muiz dan kami beriringan berjalan ke lif.
“A To Z memang ada its own lawyer ke atau based on contract?” Aku bertanya pada
Muiz sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam lif.
“Kitorang
tak ada lawyer sendiri tapi ada a few lawyers yang selalu A To Z
berurusan.” Balas Muiz.
“Oh, macam tu rupanya. Tapi kali ini
Encik Benyamin nak saya uruskan pasal patent
dan copyright design baru kasut-kasut
A To Z pulak? Saya rasa ini first time
berurusan dengan A To Z.” Balasku pula.
Ingin
tahu juga mengapa tiba-tiba A To Z mahu menggunakan khidmatku sedangkan
syarikat ini sudah mempunyai senarai nama beberapa orang peguam yang selalu
berurusan dengan mereka. Aku tiba-tiba teringat ekspresi wajah Benyamin ketika
kali pertama aku datang bertemu dengannya di pejabat. Riak wajah kurang yakin
dan kurang percaya dengan aku masih terpahat kuat di dalam ingatan.
“Mungkin Encik Benyamin nak bertukar
angin. Atau Encik Benyamin percayakan kebolehan cik.” Jawab Muiz tenang.
Pulak
dah! Aku tidak menyoal lebih lanjut dan hanya mengikut langkah kaki Muiz menuju
ke bilik VVIP suite yang menempatkan
Benyamin yang sudah lebih seminggu ditahan di hospital. Pintu bilik diketuk
oleh Muiz sebelum kami berdua melangkah masuk.
“Bos…” Bicara Muiz terhenti sebaik
sahaja kelihatan seorang wanita cantik sedang mengenggam erat tangan kanan
Benyamin.
Sekali
lagi, aku datang berjumpa dengan Benyamin pada masa yang salah walaupun di
tempat yang betul. Aku terus memandang ke bawah, tidak tahu ke mana lagi patut
kupandang.
“Minta maaf, bos, Cik Bella. Kami
tunggu di luar dulu.” Ujar Muiz dan menghantar isyarat mata ke arahku supaya
aku turut beredar dari situ.
Oh,
itulah Bella! Benyamin yang jelas terkejut, hanya terdiam seribu bahasa. Hanya
si model cantik jelita yang bereaksi dengan terjerit kecil.
No comments:
Post a Comment